Jumaat, Mac 30, 2012

LAP DANCE NO TOUCHING! JUST WATCH! (18SX)

"Mazidul, apakah perlu saya buat? Emak kenalan saya berkata, anak dia penari tradisional tetapi mengapa sesi tarian diadakan pada waktu malam dan awal pagi?," soal kenalan saya, kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Saya hanya mampu tersenyum.

"Beritahu sahajalah fakta sebenar," balas saya.

"Nanti terkejut dan pengsan pula emak dia," balasnya.

"Betul juga tetapi malangnya anak dia mungkin tidak memikirkan mengenai maruah keluarga. Alah bisa, tegal biasa mempamerkan tubuh menggiurkan kepada khalayak ramai tanpa perasaan segan silu kerana wang," celah saya.

Bukan mudah barangkali untuk menyatakan hal sebenar kepada ibu penari tiang. 

Di Amerika Syarikat, penari separuh bogel menerima ganjaran menarik kerana penonton lelaki di pusat hiburan berlumba-lumba menyelitkan wang kertas di tali seluar dalam di bahagian pinggang atau di coli mereka. Namun pastinya penampilan penari hanya berpakaian dalam tidak begitu asing mahupun menghairankan di mata ramai lelaki atau wanita negara itu.

"No touching! Just watch!"

Itu antara ungkapan DJ di pusat hiburan kepada lelaki meraikan bachelor party. Lelaki bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.

Penari lazimnya duduk di atas riba lelaki terbabit sambil menggerakkan punggungnya mengikut rentak muzik digelar lap dance

Berikut antara teknik lap dance dipraktikkan. 


Jika penari kelihatan seksi dan pergerakannya mengghairahkan maka imbuhan diterima pasti lebih lumayan.


Sebelum ini saya pernah menulis berhubung kegiatan tarian seksi di pusat hiburan di Kuala Lumpur tetapi barangkali tidak membabitkan sentuhan penonton, baca di sini.

Saya percaya ramai gadis Melayu selama ini bertugas sebagai penari tiang mampu menarik nafas lega dan tidur lena. Mereka dirakamkan dalam gambar seperti disiarkan oleh akhbar Kosmo di bawah sebilangan daripada penari terbabit. 


Didenda RM25 sahaja kerana didapati bersalah terbabit dalam aksi tarian tiang di Nilai, Negeri Sembilan. Justeru tidak hairan jika mereka semua mampu mengukirkan senyuman.

Baca laporan lengkap di sini.

7 ulasan:

  1. salam bro Mazidul...

    tepuk dahi kejap bila baca denda hanya RM 25..... hermmm mungkin bro bole panaskan isu nie dgn cuba menarik pihak berkaitan untuk mengkaji kembali undang2 dan denda/penalti yg dah lapuk nie...

    BalasPadam
  2. hemm entahlah nak komen lebih2 tak ada kapasiti sebegitu, tapi apa yang terlintas dalam kepala saya apabila terbaca tajuk itu di akhbar
    HEMMM.. tak berat cuma RM25.00 jer.. patutlah dah berlambak tempat hiburan sebegini yang masih belum di serbu...

    BalasPadam
  3. Bila sesuatu akta atau enekmen itu tak pernah digunakan, akhirnya terperap macam tu je. Bila nak guna baru la nak cari, akhirnya benda tu dah lapuk dan tak relevan..

    BalasPadam
  4. bawah motor langgar isyarat lampu merah pun kena rm300..camna leh buat poll dance kene rm25 je? 10% dari upah minah² sengal ni punya gaji.adoilah..apsal tak sebat je montot dorang bertiga nih.leh senyum lah tu bila muka masuk surat kabar...hakktuiii!

    BalasPadam
  5. hukuman yang tidak memberi kesedaran dan pengajaran..

    BalasPadam
  6. smti...


    rn25? denda salah paking pun paling kurang rm30.. isk isk..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.