Selasa, Mac 20, 2012

MENGAPAKAH DATUK SERI ANWAR MASIH TIDAK MENYAMAN DATUK K. S. NALLAKARUPPAN?

Pengerusi United Indian Party, Datuk K. S. Nallakaruppan mengeluarkan pelbagai kenyataan negatif berhubung bekas kawan karib beliau,  mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau juga mencabar Datuk Seri Anwar untuk mengheretnya ke mahkamah jika kenyataan secara terbuka dikeluarkannya tidak benar atau fitnah.

Tonton dan dengar klip video berikut.


Sebagai individu cetek pengalaman dalam dunia politik, saya berasa hairan. Mengapa Datuk Seri Anwar masih tidak menyaman Datuk Nallakaruppan?

Barangkali pembaca blog ini mempunyai pandangan untuk dikongsikan.

Sila.

21 ulasan:

  1. Aku pun hairan.....dok tunggu apa lagi!!!, saman la....suka-suka hati tuduh orang lain sesedap rasa dia saja

    BalasPadam
  2. DS Anwar dah saman siang tadi RM100 juta. Sekarang nak tunggu DS Najib dan Datin Rosmah saman berbagai pihak yg mengeluarkan pelbagai cerita mengenai mereka akhir2 ini. Soalnya: ada berani ka?

    BalasPadam
  3. As salam..

    Saya juga begitu, setelah melihat video ini, jika kita 'insan biasa' pasti dh saman menyaman berlaku..

    Tapi kenapa 'beliau' tidak berbuat begitu ye..ermmm ??????

    BalasPadam
  4. DSAI wajib menyaman Datuk Nalla bagi membersihkan namanya. Tidak patut seorang bekas kawan karib sanggup membawa fitnah seks terhadapnya.

    Bukan itu sahaja, DSAI juga sepatutnya saman malu terhadap 3 Datok T yang menfitnahnya mengenai Chinadoll tempoh hari. Secara logiknya DSAI wajar mengambil pendekatan ini jika tidak, awam akan percaya dakwaan tersebut adalah benar.

    Entahlah saya pun tak faham mengapa...

    BalasPadam
  5. haha terbaru, nalla di saman RM100 juta oleh Anwar.. jeng jeng jeng.. kita nanti lihat siapa yang penipu dan mampukah nalla tunjukkan bukti 70% baki aktiviti Anwar.. jangan2 nalla yang tipu tak? datuk T apamacam, tak nak saman kah?

    BalasPadam
  6. nak pru dah bro..
    cukup2la ulang benda liwat, mongolia apa semua yang peribadi..

    baik bergaduh pasal real issues yang affect negara directly..

    lynas, skandal nfc 250juta.. ini lagi beri kesan kepada ramai orang..
    kalaulah anwar tu betul liwat, atau main perempuan, ada ke sangkut paut dgn duit rakyat, kesihatan rakyat? itupun kalau betul dia buat lah..

    please bro, usahlah alih topic.. skandal nfc masih panas lagi, tup2 media nak bentang cerita datuk nala pulak.. awat tak cerita dari dulu lagi?

    BalasPadam
  7. politik....oh politik...

    macam2 dunia politik sekarang ni

    BalasPadam
  8. ak sokong tukangdera ni...org skrg ni tambah2 keli** bukan leh percaya sgt.kate je kwn baik..kalo dpt upah berjuta2, istilah kawan bak cmpk ntah ke mn2..hihi... siapa di pihak bnr, kite tgu dan lihat jelh.tp undang2 manusia ni ak xpercaya sgt.gudluck.

    BalasPadam
  9. Soalnya inikah kredibiliti "bakal seorang PM?"

    LYNAS motif untuk demo... kan dia amat suka demo.. kalau boleh jadi Arab Sprang.. huhu.. tak ada lain... USA pula hehhh... tak mahu M'sia ada kemudahan teknologi nukliar.. faham lah beb jangan bengap sangat. Uranium yang banyak di dasar negara kita tu nak buat apa ye? Kalau nadir bumi untuk buat bateri pun kena tentang... untuk USA beb!

    NFC ada dalang belakang isu ini, bakal terbongkar dalam mahkamah nanti, tunggulah jangan tak sabar. Nanti jangan meroyan pulak ye?

    Nak yang untung jerr, yang nampak rugi takndak plak. Apa pun jangan pilih manusia perosak agama jadi ketua, berdosa tau.. geng Salman Rushdie tuu.. belajarlah jadi dewasa, bro yang hanya suka dera orang... hehe.

    BalasPadam
  10. Anwar pun ada strategi gak bro...hahaha..

    BalasPadam
  11. APA LAGI NAJIB...BERDEBAT LA DENGAN ANWAR

    BalasPadam
  12. sorang kata liwat, sorang lagi tuduh altantuya, sampai bila nak habis..

    rakyat ke mana, negeri kemana..

    AMY berkata...

    Soalnya inikah kredibiliti "bakal seorang PM?"

    LYNAS motif untuk demo... kan dia amat suka demo.. kalau boleh jadi Arab Sprang.. huhu.. tak ada lain... USA pula hehhh... tak mahu M'sia ada kemudahan teknologi nukliar.. faham lah beb jangan bengap sangat. Uranium yang banyak di dasar negara kita tu nak buat apa ye? Kalau nadir bumi untuk buat bateri pun kena tentang... untuk USA beb!

    1. Nak buktikan kredibiliti seorang PM, senang saja, debat live di televisyen, siapa yang punya visi dan misi serta pandangan tentang rancangan masa depan negara yang lebih baik, kita akan dapat tahu on the spot!

    2. Kalau lah Lynas tu awak katakan hanya motif untuk demo, kenapa tak batalkan saja Lynas?? Dan NFC pula, bukan pembangkang yang mula bongkar, tetapi ketua audit negara yang mula2 bongkar.. Salah tetap salah.. Kalau betul nak letak jawatan, kenapa tak letak terus? Tup2 Kadir Sheikh Fadzir yang keluar umno dulu dari Kak Ijat..

    3. URANIUM banyak di dasar negara kita?? boleh mintak sumber mana awak cari ni?
    Kalau nak buat sangat kilang lynas tu, sy cadangkan buat di laman rumah awak je.. kalu cucu cicit keturunan awak berkaki tiga, bertangan sepuluh, jangan salahkan lynas..

    BalasPadam
  13. dol dol.....dah jd wartawan politik plak....dol dol.....
    nak failkan saman amik masa gak....last dia saman gak....ko ingat dia x de keje lain ker...umno hentam dia keliling sbb takutkan dia...."apa ada pada anwar?,,,cuba ko fikir sampai umno hentam dia?...umno dah korup dan membusuk...puiiiiii......tak yah aku tulis....baca la sendiri....

    BalasPadam
  14. Maaf, saya kurang setuju perkataan "WAJIB" dalam isu sama-menyaman ini.. (perkataan itu bukannya dibuat oleh Saudara Mazidul)

    Pada pandangan saya, isu ini sama dengan kenyataan kedua-dua belah pihak dalam perkara lain, apabila MENCABAR pihak lawan melakukan sesuatu.

    Semuanya permainan EMOSI dan PROVOKASI, oleh Pihak Kanan, Kiri mahupun yang mengakui dirinya di Tengah-tengah (BERKECUALI).

    Saya yang tidak masuk mana-mana Parti ini memerhati dan menilai untuk Pilihanraya yang akan datang.

    Teruskan, teruskanlah..

    BalasPadam
  15. Sebenarnya, tak ada pun dia menyaman. Dia hanya kemukakan tuntutan permohonan maaf kepada nalla dan utusan.

    Dan tolong jangan kata ini bukan isu negara. kalau betul ini berlaku, dan betul dia jadi PM kita, kau mahu orang luar lihat Malaysia be-Perdana Menterikan seorang yang ada masalah moral?

    Pemimpin negara melambangkan imj negara. Dan imej negara adalah imej kita. Ini masalah negara. Lainlah dia bukan siapa siapa.

    BalasPadam
  16. Blogger Alif berkata...

    Dan tolong jangan kata ini bukan isu negara. kalau betul ini berlaku, dan betul dia jadi PM kita, kau mahu orang luar lihat Malaysia be-Perdana Menterikan seorang yang ada masalah moral?

    Pemimpin negara melambangkan imj negara. Dan imej negara adalah imej kita. Ini masalah negara. Lainlah dia bukan siapa siapa.

    Rabu, 21 Mac 2012 11:55:00 PTG GMT+08:00



    soalnya, sudahkah terbukti Anwar itu meliwat? Berzina dengan perempuan? Pung pang pung pang.. Aku tengok famili Anwar tu macam famili orang baik2 je, yang perempuan, menutup aurat, baik isteri dan anaknya tak timbul pula anak2 Anwar berpoya2, pergi clubbing dsbnya.. Kalau ada, tentunya cepat je masuk media..
    Biasanya kalau anak2 baik, perangai elok.. datang dari famili yang elok2.. Kalau betul Anwar tu Amerika, pro Yahudi.. Kenapa famili dia tak pulak mengamalkan cara hidup barat? Tak jadi jew??

    Isu moral tak usah cerita la, benda yang awak dan saya sendiri pun tak pasti. Setakat dengar buah mulut atau tulisan2 internet, memang tak wajar untuk dijadikan sandaran.. Nak pilih menantu pun kena kenal2 dulu, jumpa budak tu, kenal asal usul dia, kerja apa, dsb, bukan main dengar cakap2 orang je..

    Kalau kisah sangat siapa jadi PM, apa lagi, debat la tengok.. Takpun beri peluang di media televisyen, siarkan tokoh2 pembangkang berucap.. Sekarang ni kesatuan sekerja MAS (MASEU) pun merintih mintak pembangkang tolong bantu mereka..
    Pembangkang masuk tv? Hmm.. kalau masuk pun, bila ada yb lompat parti keluar pakatan, kes liwat, dan lain2.. kalau isu2 besar, isu nasional, jangan haraplahh!

    BalasPadam
  17. hehehe.sorang hentam najib, sorang hentam anwar.kalau tgk kredibiliti, TPM tu yakin ke boleh jadi PM yang lagi elok dari Najib? sama jugak mcm kita tgk Anwar.sepatutnya kena tgk TPM jugak, sebab dia paling dekat utk jadi pengganti...sama2 la kita usaha untuk dapat pemimpin yang terbaik.

    BalasPadam
  18. aku sokong saudara alif punya komen, tapi bahagian 'Pemimpin negara melambangkan imej negara.." je la...

    kalau la PM boleh control Rosmah, tgk sket ucapan sebelum rosmah cakap, lagi elok rasanya.cukup la komen pasal tsunami japan aritu.

    yang part lain, pasal masalah moral DSAI tu, susah sket nak cakap.politik sekarang banyak ngelat, fitnah...merbahaya.

    BalasPadam
  19. Hahaha... Politik, Dsai bukan mudah untuk di perangkap. Tak perlu tergopoh gapah untuk menyaman. Klw kita org biasa mmg dah saman... Tp ni org politik, kita tggu & lihat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.