Rabu, Mac 07, 2012

PEMUNGUT MAYAT

Dilaporkan, Bangkok, Thailand, dihuni lebih 12 juta penduduk.

Lebih kurang 2.5 juta kenderaan bergerak di jalanraya pada satu masa.

Seorang maut dalam setiap 36 minit dan kemudahan ambulan hospital kerajaan dikatakan terhad. Justeru terdapat 2 kumpulan sukarelawan dari 2 yayasan berbeza, berfungsi sebagai pemungut mayat dan mangsa tercedera dalam kemalangan jalanraya untuk dihantar ke hospital.

Sebelum ini, sukarelawan 2 kumpulan bertembung sewaktu cuba memungut mayat di lokasi sama, bertindak ganas antara satu sama lain. 

Bertembak dan bertikam.

Mereka digelar sebagai 'body snatchers'.


InsyaAllah, jika tiada aral melintang, di antara 13 dan 18 Mac 2012, saya akan bersama mereka untuk menghasilkan paparan Majalah 3.

9 ulasan:

  1. As salam Bang Mazidul..

    Saya nk klik baca td pun seram, takut ada gambar2 mayat ngeri..huhuhu.
    Persoalan saya, agaknya kat sana takde atau tak boleh col ambulance ke? ermmmm
    Ye la mcm di negara kita, klu accident, mesti kena tggu polis dtg atau ambulance sbb dh jd kes..

    Tp tu le, kerjaya mereka sungguh mulia...

    BalasPadam
  2. mmg mencabar kehidupan di Bangkok dan pemungut mayat juga satu mata oencarian walaupun ianya dipangil sebagai sukarelawan , lebih baik hidup di Malaysia.[

    BalasPadam
  3. owh..ini ke yg dikhabarkan di fb haritu? mmg menarik! tak sabar nak tgk!

    BalasPadam
  4. sentiasa sabar menunggu untuk menonton majalah 3 setiap minggu .

    BalasPadam
  5. Majalah 3 tanpa gagal memaparkan tajuk-tajuk berserta kupasan yang menarik untuk peminat-peminat setia macam saya...........thanks M3.

    BalasPadam
  6. Kat Penang pun banyak agensi..Hospital kerajaan, JPAM, St john, bomba sukarela,PBSM, Hospital swasta...tapi semua diselaraskan oleh pihak hospital kerajaan. Tak mau pertindihan kes.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.