Khamis, November 21, 2013

PENYEBARAN BERITA PALSU MENJEJASKAN KREDIBILITI


Status di atas dimuatnaik pada 18 November lalu. 

Sewaktu membuat liputan kes kehilangan remaja, Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun di Johor Bahru, Johor, tidak pula saya mendengar berita mengatakan Sultan Johor mencemar duli, berada di lokasi seperti dicatatkan di status Twitter di sebelah kanan.

Beberapa remaja kononnya didakwa pengsan dan dirasuk. Ternyata itu hanya sekadar perkongsian maklumat palsu. Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt, Abd Samad Salleh sewaktu saya hubungi TIDAK  mengesahkan kejadian itu.

Begitu juga status di bawah ini.


Mujur FAKTA sebenar telah diperjelaskan oleh wartawan TV9, Zulhazri Abu Bakar, klik di sini. Berita penafian kehilangan 23 individu itu oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff juga boleh dibaca di sini.


Alhamdulillah, Izzat selamat ditemui dan saya berharap sekaligus masyarakat pelayar alam maya menyedari, sebilangan individu atau kumpulan taksub menyebarkan berita palsu agar mereka menjadi tumpuan, biarpun hanya seketika.

Kisah awal penemuan Izzat, saya nukilkan di sini.

Tiada masalah menjadi penyelidik kes paranormal tetapi biarlah sentiasa berkongsi informasi tepat dan benar berlandaskan SUMBER sahih.

Itu antara kaedah berkesan untuk membina serta memperkukuhkan kredibiliti.

9 ulasan:

  1. admin fb tu tengah sentap abg mazidul oi...hahahahah...sebab nya abg mazidul publish pasal post2 dia di fb...memang post2 dia mengarut...terlalu karut...info memang tak tepat.paling kelakar gambar sekitar villa nabila pon siap ada boleh nampak bayangan muka...hahhahahhahaha...jaaaammmmmeeedddd otak.

    BalasPadam
  2. wakaka....nampaknya kali ni makluk besaq telah berjaya '"sorok" makluk haluih...kih3

    BalasPadam
  3. Kerja budak-budak yang akalnya pendek. Maaf cakap la, ni semua buat dulu baru berfikir , bukan fikir dulu baru buat.

    BalasPadam
  4. saje la tu nk upkan like page.. hurm, sikit lg percaya..nk unlike lah pasni..

    BalasPadam
  5. budak2 ni pandai tapi tak cerdik................

    BalasPadam
  6. KYM International tu adalah sebuah kolej di Melaka, dimana saya juga adalah bekas pelajarnya. Bagaimana twitter yang menggunakan nama dan logo kolej boleh mengeluarkan kenyataan yang mengarut dan tidak berasas. Jika twitter itu bukan twitter rasmi, harap pihak KYM mengambil tindakan undnag undang kerana ianya menjatuhkan maruah kolej.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.