Sabtu, November 02, 2013

BENGKEL MINI YAKIN BERCAKAP BERSAMA MAZIDUL


Sedar tidak sedar, banyak sesi bengkel komunikasi berkesan telah dianjurkan di lokasi berbeza. 

Alhamdulillah.

Berikut kumpulan perintis, peserta bengkel di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan kemudian disusuli oleh bengkel kedua.


Kakitangan CIDB Kuantan, Pahang  juga kemudian meraih ilmu komunikasi dikongsikan, klik di sini.


Saya juga diundang mengendalikan bengkel oleh pemilik Zull Design Autotronic di Rawang, Selangor, milik seorang genius di Malaysia.

Gambar dan informasi, di sini.


Di bawah, gambar dirakamkan selepas selesai melatih juruhebah Felda, klik di sini.


Rakan seperjuangan saya, fasilitator elit, Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Kamal Affandi Hashim masih menenuhi undangan berkongsi ilmu komunikasi bersama masyarakat pada waktu bersesuaian, mengikut jadual  mereka.

Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM kemudian dicetuskan dan berlangsung secara lancar buat kali pertama pada 17 Ogos 2013.


Pada 13 Oktober lalu, saya diberikan kepercayaan berkongsi ilmu komunikasi memukau bersama majoriti  peserta, kakitangan Jabatan Perdana Menteri.


Gambar dirakamkan sewaktu Bengkel YBBM boleh dilihat di sini.

Di ruang ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menimba ilmu berpeluang dipraktikkan dalam interaksi seharian.

Kini, saya menawarkan sesi Bengkel MINI YBBM kepada mereka berminat. Bengkel ini sesuai dihadiri oleh ahli korporat, kakitangan kerajaan serta swasta, peniaga, ahli MLM, pelajar institusi pengajian tinggi juga pelajar sekolah menengah.

Mengapa? 

Mereka semua berinteraksi bersama orang ramai sekaligus perlu berasa LEBIH selesa dan yakin tatkala bercakap di hadapan audien tanpa mengira bilangan.

Suntikan ilmu itu, saya tawarkan kepada semua.



Bilangan peserta hanya terhad kepada 5 individu bagi satu sesi, dilangsungkan di rumah atau di pejabat peserta pada hari Sabtu atau Ahad, mengikut kesesuaian masa. Saya akan hadir di lokasi. Tempoh bengkel, 4 jam dan In Sha Allah, perkongsian ilmu terbabit akan lebih bersifat sentuhan peribadi. Maksudnya, saya akan berpeluang berkongsi ilmu sekaligus melatih setiap peserta dengan lebih fokus dan terperinci.

Yuran, RM500 ( di Lembah Klang )  bagi setiap peserta. In Sha Allah,  jemputan di luar Lembah Klang juga akan saya penuhi. 

Sila hubungi saya melalui WhatsApp 019 390 2899 atau emel mazidulakmal@yahoo.com.

Terima kasih di atas sokongan semua.


'SENTUHAN PERIBADI KOMUNIKASI BERKESAN'


1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.