Ahad, November 03, 2013

SATU NYAWA : HARGA UNTUK MEMBUKA MATA PIHAK BERKUASA DAN MASYARAKAT

Semoga roh mangsa maut ditembak oleh pengawal keselamatan warga Sulawesi Tenggara, Indonesia pada 23 Oktober lalu, dicucuri rahmat.


Al-Fatihah sekali lagi untuk mangsa.


Semoga suami dan 2 anak Norazita Abu Talib hidup dalam keadaan tenang biarpun mendepani cabaran besar dalam kehidupan mereka. Suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu, ibu dan ayah kehilangan anak.

Berikutan insiden meragut nyawa pegawai operasi bank berusia 37 tahun itu, pelbagai reaksi serta tindakan dapat dilihat. 

1. Kementerian Dalam Negeri, KDN telah membatalkan lesen operasi syarikat pembekal pengawal keselamatan,  Kawalan Prima Sdn. Bhd.

2. Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara telah diarahkan memeriksa dokumen pengenalan diri setiap pengawal keselamatan bertugas di Malaysia.

3. Operasi memberkas pengawal keselamatan warga asing diperhebatkan oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen.

4. Masyarakat mulai sedar, hanya pengawal keselamatan warganegara Malaysia dan rakyat Nepal BEKAS TENTERA sahaja layak berkhidmat di negara kita.

Klik, mereka ini harus diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

5. Syarikat pembekal pengawal keselamatan kini tentunya lebih berhati-hati sewaktu mengambil kakitangan untuk berkhidmat. Bukan secara tangkap muat dan semberono.

6. Saya difahamkan, kira-kira 4,000 pengawal keselamatan Kawalan Prima Sdn. Bhd diberhentikan kerja berikutan pembatalan lesen operasi majikan mereka. Syarikat keselamatan lain, berpeluang mengambil pengawal keselamatan warganegara Malaysia untuk bekerja selepas tapisan keselamatan dilaksanakan. Dalam kes ini, kakitangan terbabit tidak bersalah dan seharusnya dibantu untuk meraih rezeki dan meneruskan kehidupan.

Pada 15 Oktober 2012, kerajaan mengumumkan kadar kenaikan gaji minima untuk pengawal keselamatan.

Namun Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, PPKKM mengemukakan rayuan penangguhan gaji minumum, berkuatkuasa pada 1 April 2013 di atas pelbagai sebab.




Klik di sini.


Klik di sini untuk membaca artikel di atas.

Jika kadar gaji minuman dilaksanakan, pasti lebih 40,000 pengawal keselamatan di negara kita hidup lebih selesa. Jadi kepada pihak terbabit, sila selesaikan isu ini dengan kadar segera.

Pengawal keselamatan itu manusia, kebajikan mereka harus dijaga untuk mereka menjaga keselamatan kita secara lebih sempurna.

2 ulasan:

  1. Kerajaan terlalu berlembut, sampai gaji minima pun pihak majikan boleh tangguhkan perlaksanaan. Aku tak rasa bisnes syarikat pengawal keselamatan ni not making money. Kalau tak untung xdak sapa nak berlumba2 bisnes ni. Berapakah kos yang dikenakan kepada bank bagi "seketul" Pengawal keselamatan dan berapa pulak yang dibayar kepada pengawal oleh syarikat terbabit??? Apa lagi untuk pengawal yang bersenjata api???

    BalasPadam
  2. Banyak kali terbaca dlm ruangan rakan akhbar tempatan pengawal keselamatan bertanya tentang bila gaji mereka nak dinaikkan.Kesian mereka.Hidup dihimpit kesusahan.Kebanyakan mereka adalah bekas tentera.Mana cukup makan dgn gaji/elaun kurang drp RM700 sebulan.Tetapi majikan mereka hidup senang lenang.Tak ada sikit simpati keatas kakitangan mereka.Zalim.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.