Petang semalam, jalan sesak. Barangkali ramai keluar membeli-belah atau mula pulang ke kampung halaman.
Saya memandu di lorong kiri Jalan SS21/1, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor dan begerak inci demi inci. Ketika kereta berhenti ...
"Kraaaaaaak!"
Cermin sisi kereta dilanggar dek bas Rapid KL, bersepai di atas jalan raya.
Saya keluar dari kereta, menunggu pemandu bas turun.
"So? Repair sahaja lah," ujar saya.
"Saya baharu sahaja bekerja, bayar sama-sama lah," katanya.
Oh! Begitu pula, detak hati.
"Oh! Rapid KL," keluh saya.
"Awak jangan tunjuk kuasa. Saya tahulah awak kenal ramai orang," balasnya marah.
Lebih menarik, pemandu bas mendakwa berasal dari Johor tetapi loghatnya lebih kurang sama seperti gaya bahasa warga Indonesia.
Eh! Mana bas nya? Lihat gambar di bawah.
Ketika saya merakamkan gambar bas itu, pemandu terbabit juga mengambil gambar sama. For what? Persoalan bermain di minda saya.
Jika dia beradap, saya tidak kisah. Masih mampu mengganti cermin kereta rosak biarpun menjelang musim perayaan. Cuma saya berasa pelik, dari cara dan gaya dia bercakap, bagaikan saya bersalah melanggar bas dipandunya.
"Tak apalah, kita ada undang-undang, kita buat laporan polis," kata saya.
Tanpa berkata dia naik ke bas dan memandu ke arah Kuala Lumpur. Biarpun bertubuh kecil, ternyata dia agak garang tetapi kegarangannya itu belum mampu menggentarkan saya.
15 minit kemudian saya menghubungi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ di Putrajaya.
"Mazidul hantar tarikh dan masa kejadian beserta plat number bas. Saya akan check identiti pemandu," janji pegawai terbabit.
Sebelum ini saya pernah menerima laporan berhubung syarikat bas menggajikan warga asing khususnya dari Indonesia sebagai pemandu.
Hari ini saya akan membuat laporan polis berhubung kes itu dan menunggu maklumat berhubung identiti pemandu daripada pegawai JPJ terbabit. Mujur saya rakamkan gambarnya untuk rekod. Jika bukan warga Indonesia, barangkali dia berketurunan Jawa dari Johor.
Bukan berkira sangat mengenai cermin sisi berkecai, cuma terkilan dengan sikap angkuh pemandu terbabit. InsyaAllah, sebelum 1 Syawal cermin terbabit akan diganti, bukan kerosakan major berbanding kereta terbabit dalam kemalangan saya rakamkan dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 3.24 pagi tadi.
Kalau pemandunya Melayu, patah kaki lah nampaknya dia. Biarpun kenderaan rosak teruk, saya difahamkan pemandunya dilaporkan selamat.
Kurang seminggu umat Islam akan menyambut hari lebaran. Saya percaya ramai pembaca blog ini akan pulang ke kampung bersama keluarga. Ingatkan pemandu kenderaan agar lebih berhati-hati supaya tiada menjadi sebahagian statistik korban Ops Sikap ke-22.
Sebelum berangkat pulang pada waktu malam, bawa bekalan bawang kecil. Jika pemandu mengantuk, kemam bawang terbabit dan gigit sedikit. InsyaAllah mata akan terbuka luas sehingga tiba di destinasi dengan selamat.
Update
Saya telah membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit di Balai Polis Trafik Kota Damansara dan kemudian bertemu Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
"Kita dah check, pemandu bas tu belum membuat laporan polis selepas 24 jam," ujar pegawai terbabit.
Saya dimaklumkan blogger Hazrey, Pengurus Besar, GM Rapid KL, kenalannya, bekas wartawan Berita Harian di Johor Bahru, Johor.
"He is a nice guy, very nice," kata wakil TV3 di Johor itu.
"When a nice guy said that, I believe so," balas saya.
"He is a nice guy, very nice," kata wakil TV3 di Johor itu.
"When a nice guy said that, I believe so," balas saya.
Saya percaya GM terbabit akan menghubungi saya untuk berbincang secara baik. Teringin benar bertemu pemandu bas itu buat kali kedua di hadapan GM nya. Harapan saya dia tidak segarang kali pertama saya bertemunya sewaktu kemalangan berlaku.
Soalan ingin saya ajukan dicetuskan pembaca blog ini.
"Pemandu bas Rapid KL memang bertugas tanpa uniform ke?"
How is that?
Soalan ingin saya ajukan dicetuskan pembaca blog ini.
"Pemandu bas Rapid KL memang bertugas tanpa uniform ke?"
How is that?

