Sabtu, Julai 26, 2008

Jangan Gerudi Kami

Konsert Ratu Dangdut Indonesia 19 Julai lalu di Johor Bahru ditolak. Konsert sama di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2008 juga ditolak. Di Johor dia hampir pengsan dan teresak-esak menangis. Pihak penganjur mendakwa kerugian lebih 800 ribu ringgit akibat pembatalan dua konsert terbabit.

Goyang gerudi Inul Daratista, 29 tahun bukan sahaja ditolak beberapa pihak berkuasa di Malaysia termasuk Pasukan Polis Di Raja Malaysia tetapi turut di tentang hebat, artis senegaranya Roma Irama sebelum ini.

Saya percaya jika artis wanita tempatan bergoyang gerudi di atas pentas, pasti peristiwa itu bakal dikutuk hebat masyarakat. Jadi, saya tidak nampak mengapa artis luar harus dibenarkan beraksi menggiurkan di depan khalayak.

Biarlah dia ‘menggerudi’ di negara asal ..

6 ulasan:

  1. kita pun rasa cam tak logik je konsert tu nak dibuat kat Malaysia..apa tujuan penganjur tu ntah..hmmm.....

    BalasPadam
  2. Elok la tak dibenarkan... Sekurang2nya kita menyatakan pendirian kita secara terang2an yang kita tak suka goyang gerudi tu.. (badangperkasa)

    BalasPadam
  3. http://dewawang.blogspot.com

    ini malaysialah bapak, bukan indonesia. kenapa kita kena ikut aje apa orang luar nak...

    keadaan sekarang tidak membenarkan... lagipun ramai indo-indo cowok dan cewek udah mau pulang, peminatnya udah tiadak. siapa mau ke sana?

    BalasPadam
  4. bagus la dibatalkan...kalo sy hanya seorg pelajar yg kerdil ini mmpu mmikirkan kesan negatifnya...sudah pasti pihak berkuasa yg lg arif dn berpengalaman tahu akan kesan buruknya...keburukannya lbih byk dr kebaikan (mlh boleh dikatakan tk nmpk pun kebaikannya)...

    Alhamdulillah....smoga kita dilindungi Nya!

    BalasPadam
  5. Apa2 konsert pon patut dihalang.
    Kerana 'aftermath' selepas mana2 konsert pon amat teruk. ada yang mabuk2, berkeliaran, gadis diperkosa...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.