Isnin, Julai 28, 2008

Dah Tua

[ Pic: Mazidul, Suhana Ibrahim dan rakan ]

Sepanjang malam saya merakamkan kembali gambar lama menggunakan kamera digital Canon G9, 12.1 megapixels. Gambar dulu kabur, bagaimanapun setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Diperhatikan, kenangan lalu datang menyapa minda. 99 gambar berjaya saya rakamkan dalam bentuk digital. Satu daripadanya saya kongsikan bersama anda.

Ini gambar saya ketika meraikan ulangtahun ke 21. Ketika itu saya di Miami, Florida. Di sebelah saya, Puan Suhana Ibrahim, bekas pensyarah UITM dan rakannya.

1 ulasan:

  1. Encik Mazidul

    Bila engok gambar tu teringat zaman student dulu, fesyen rambut, baju dan seluar lbih kurang sama je... ha ha ha

    Bila balik kampung, emak bising suruh gunting rambut. Pakcik pakcik pakat nak gunting rambut malam malam masa tidur, tapi masa tu kitaran biology tubuh badan masih lagi ikut waktu Amerika, jadi malam berjaga siang tidur. Meka tak dapat buat apa sebab siang semua pergi bekerja.

    Gambar saya banyak yang dah kuning. nak restore balik dah tak boleh kot.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.