Isnin, Julai 14, 2008

Sakitnya Hati

Jam 1.30 tengahari tadi sedang saya makan bersama rakan, terlihat kelibat pengemis warga asing lalu di kawasan restoran. Lalu saya ekori dia. Menyedari kehadiran saya dia cuba melarikan diri. Saya pegang tangannya sekadar mencari peluang bertanya. Seperti biasa, pengemis warga China itu mendakwa bisu. Saya perhatikan secara teliti, dia tidak cacat fizikal malah mampu berjalan laju berbanding saya pengidap diabetes lebih 13 tahun dan terpaksa menyuntik insulin empat kali sehari ini.

“Are you from China?,” berkali saya tanyakan soalan sama.

Dia hanya diam dan setelah saya meninggikan suara dia akhirnya menganggukkan kepala.

“Huh! Huh! Huh!,” katanya sambil menghulurkan beberapa nota sepuluh dan seringgit kepada saya.

Haram jadah! Aku nak dirasuahnya, bisik hati saya marah.
Dia gentar, fikirnya saya pegawai polis atau penguatkuasa Jabatan Imigresen. Agaknya ada pihak mengajar, jika ditahan serahkan saja wang dikutip, asalkan lepas bebas. Pada mulanya saya tidak bercadang melihat dia ditangkap tetapi saya tercabar. Pihak polis saya hubungi menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Semalam saya bertemu ustaz, tenaga pengajar di Universiti Institut Teknologi Mara.
“Apa konsep sedekah dalam Islam?,” soal saya.

“Senang saja Mazidul. Kalau nak bersedekah, cari target atau sasaran. Rumah anak yatim ke, rumah orang tua ke. Then bagi. Tak perlu tunggu orang datang minta, baru bagi. Sekarang ni kita tak pasti mana kes pengemis genuine, mana tidak,” balasnya.

Salam

7 ulasan:

  1. salam...

    kalau hendak cari international pengemis, jom abe MIE tolong tunjukkan. ada yang letak budah 3 tahun sambil dukung adiknya 6 bulan pun ada. ada orang tua, emak-anak, ada keluar cecair ari mulut suruh simpati, ada menyembah dan ada yang memakai pakaian sembahyang (buddha) meminta derma (orang cina pun marah).

    lokasi- jalan wealfare, pasar bangla (berhampiran balai polis sungai buluh- khamis dan ahad) an paya jaras (hampir penjara sgbuluh).. semuanya disg buluh.

    pengemis international dari myanmar, indo,....

    kalau memerlukan pertolongan abe MIE boleh tolong... khamis, ahad, selasa, sabtu...adalah mereka nie kat pasar malam...


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. orang dari luar skrang ni dah pandai taktik2 yang kotor macam ni. macam mana kita nak kurangkan dan seterusnya menghapuskan budaya sebegini?

    BalasPadam
  3. saya cukup terganggu dengan spesies manusia begini.
    adakalanya bila kita tidak memberi, mereka akan menganggu kita sampai naik rimas.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan Salam sejahtera juga.

    Terpanggil saya untuk menyuarakan yang tidak berkenaan tajuk di atas atau mungkin juga akan datang ada berlaku.

    Berkenaan this so-called SULTAN OF SULU.

    Buktinya terlalu menarik perhatian dan ada yang sanggup memfakskan bukti kelahirannya seperti kemunculannya yang mahu digelarnya Raja Manusia untuk Sabah sahaja.

    Ini bermakna bahawa rakyat sabah terpaksa bekerja keras demi untuk memuaskan nafsu si Sultan of Sulu ini dengan peruntukan berjuta wang untuknya atau jika dilakukan secara rasional dan mungkin juga berlaku sekali lagi perang dingin atau worlf war III maka adalah wajar untuk isu Raja Manusia ini dibicarakan dan didengari seluruh dunia.

    I was hoping TV3 can do something about it and in my opinion that I rather die than be conquered by this new so-called Sultan of Sulu. I wish I die now.

    Salam. Dengan rendah diri.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Apa khabar mazidul?

    Mazidul kak Nani ada terbaca satu petikan oleh Imam Habib Abdullah Haddad, untuk renungan bersama "Jika seorang peminta sedekah dtg meminta kepadamu, maka jgnlah engkau menolaknya dengan hampa, malah hendaklah memberinya walaupun sedikit. Jika engkau tidak boleh memberi, atau tidak mampu, jgn pula engkau mengherdik atau mencaci makinya. Malah hendaklah engkau menolaknya dgn lemah lembut dan wajah yang manis, kerana seseorang itu mungkin mengherdik peminta sedekah dgn satu herdik shj, kemudian jika ia memberinya separuh hartanya sesudah herdik itu misalnya, nescaya dosa herdik itu lebih berat dari pahala harta yang diberikanya tadi, ataupun sekurang-kurangnya pahala harta yang diberikan itu tidak sama dengan dosa herdik itu.

    Awas, jgn anda tolak peminta sedekah yang pertama datang kepadamu, ingatlah baik-baik.

    Firman Allah Ta'ala :

    "Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sehingga kamu membelanjakan dari apa yang kamu kasihi" (Ali Imran :92)

    Firman Allah Ta'ala pula :

    "Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan Dia menerima sedekah-sedekah, dan sesungguhnya Allah Menerima taubat dan Penyayang." (At-Taubah:104)

    Allahualam.

    BalasPadam
  6. Salam Bro Mazidul,
    lama sudah saya tak lawat blog saudara selepas kali terakhir masa topik gambar jin dulu. Sekarang dah makin top nampak blog ni..apa kata kita exchange link?

    Inside My Head

    BalasPadam
  7. salam..

    saya ingin berkongsi pengalaman..
    ada satu ketika sedang saya sekeluarga berada di gerai makanan untuk makan malam..
    turut ada ketika itu keluarga saudara yang mempunyai anak kecil..

    sedang kami menunggu pesanan makanan tiba,saya dihampiri oleh seorang peminta sedekah berketurunan india.

    saya pada mulanya berkeras untuk tidak memberi apa-apa kepadanya,namun untuk tidak mencemar keadaan,saya bertanyakan apakah dia mahu makan..? tidak jawapannya..

    habis mahu apa? -duit!

    saya bertanya lagi,kalau mahu makan,pergi order..saya bayar..
    namun dia berkeras...mau duit! katanya..

    dengan perasaan marah saya bangun,
    "mau apa?? sambil menunjukkan gaya samseng-kerana terpaksa.
    saya menghulurkan sedikit wang kepadanya kerana tidak mahu hilang mood untuk bersantap.
    hidangan tiba dan kami dapat makan dengan aman.

    namun tidak berapa lama kemudian, si pengemis datang lagi..
    kali ini dengan membaca mentera apa saya tidak arif..namun bunyi-bunyian itu sudah cukup membingitkan telinga..

    kali ini saya bingkas bangun.
    mau apa lagi? katanya meja ini belum beri apa-apa padanya..
    darah muda saya terus tercabar.
    kami bertekak..tatkala itu, anak kecil di capainya..mujur saya dengan pantas memegang tangan pengemis itu lalu melepaskan anak kecil.

    saya kaget seketika.
    namun saya gagahkan diri..
    memegang kepala penggemis itu dengan lantang saya suruh dia pergi

    alhamdulillah,tiada apa berlaku.

    rasionalnya disini,
    apakah mahu di biarkan si pengemis ini bertindak sedemikian rupa?
    tidakkah tindakan ini keterlaluan?

    si pengemis bertindak seperti samseng?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.