Sabtu, Julai 12, 2008

Apa Tu?

Sejak 2 minggu lalu, banyak respon diterima melalui talian hotline 360, saya wujudkan untuk penonton berkomunikasi dengan krew penerbitan secara terus. Ramai menghantarkan pandangan, tidak kurang berkongsi ide.

Peliknya, segelintir daripada penonton turut menghantar SMS berbaur lucah dan maki hamun. Ada menghantar SMS panjang berjela. Saya kongsikan satu daripadanya. Di salin mengikut cara SMS ditulis.

“360’? P7rpektif yg Bgaimana?Pdhal kamu juga Sbahgian Dlm Pusingan KitaraNNYA…dan ‘kita’ BrPeRasan spt sngt Bijak dgn PilihanTrBaik,Mmprolehi khidupan’Crmelang,pnuh ‘KgemilangN’..BoLeh jd ituLah Pnyebab Brtmbahnya,Mnusia 2 Angkuh,Sombong,berMegahan dlm Nada KbodoHan..Brsma Kbencianmkegoan tnpa Batasan,’kiTa’MmPrLekeH,MnCaCi Domba…Khidupan Org Lain dgn Niat PngHinaan Demi Agenda SosiA L kamu itu..jg Mlariskan PrKrjaan demi Kselesaan KrabatMu. ATAU Dgn Plihan KasihSayang,…fahamilah Mrk itu…ygKBnyaknNya adalah ManGsa2 Hasil UJIAN KELANSUNGAN KITARAN KEHIDUPAN BUMI:maka siapa ‘kita’ yg mahumenguBaH SUNNATULLAH,jalanNYA ??? adalah Lebih baik lg dgn “Pranan kamu,mnjd Pnegak Kbenaran,MnBongkar SALAHlaku mRk yg Brpranan,Brwatak Pngusa itu.krna Aku sNgt Tahu..Apatah lg Pd Tuhanku..Dan Klu kamu mngeT’ahui Dari NYA …,psti Mnangis tresak seakan mmohon agar “kita’ tdklah Wujud mnjd apa@apa …. … …P 777

SMS di atas dihantar pada jam 4.16 pagi, 12 Julai 2008 dari talian 014-83820XX.

Salam.

6 ulasan:

  1. Mungkin ini salah satu golongan yang terasa pedas apabila org lain yg makan cili...

    BalasPadam
  2. Assalam alaikum.

    Cara disampaikan pun dengan penggunaan Bahasa Melayu rendah. Adab pun begitu juga. SMS ini umpama sanggup rugi sepuluh ringgit kerana mahu untung sepuluh sen.

    Apabila cara menyampai pun caca marba, maka layanan diterima pun caca marba juga. Jadi pengirim SMS itu usahlah marah jika tidak dilayan.

    Tidak salah berbeza pandangan tetapi biar kena pada tempat dan alasanya.

    Saya juga mengalami perkara yang sama ketika menulis buku Rahsia Bisnes Mamak. Dimarahnya saya dengan sebahagian ayat, "maka di sini saya tidak begitu bersetuju sekiranya kita perlu melutut,merayu untuk mempelajari cara orang mamak berniaga....jangan terlalu membanggakan kaum lain"

    Saya biarkan sahaja komen itu di blog. Ada orang tidak memahami sebab di sebalik setiap tindakan.

    Apa jenis kerjaya pun pasti ada dua kumpulan. Ada yang suka dan tidak suka.

    Macam-macam jenis manusia.

    Nota: Terima kasih Tuan. Saya sudah terima imej kulit buku Tuan.

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    BalasPadam
  3. toksah layan bende2 macam tu dul, kalau ada yang hantar lagi establish je no. tel. kat sini .. pastu report polis ...

    BalasPadam
  4. saudara mazidul,
    sy sesaje je nak bagi cdngan kat sini.
    cuba saudara buka blog ini :
    http://notasi.blogdrive.com/

    -maybe boleh bongkar cerita baru.ade 1 lg blog yg seangkatan dgnnya tapi dah dideletekan oleh tuan punya..

    BalasPadam
  5. org kalau dah buat salah hidup memang tak tenang, sentiasa macam cacing kepanasan. takut pada bayang-bayang sendiri macam ni lah sikapnya.

    mazidul, jangan sesekali berundur.

    BalasPadam
  6. orang macam ni selalunya pengecut.. berani bila kt belakang.. kalau betul tak puas hati, naper tak berdepan ataupun telefon jer.. janganlah sms yang bukan2 nih..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.