Selasa, Julai 29, 2008

Cemburu Macam Air

Kenapa majoriti perempuan kerap cemburu?

‘Perempuan’ dalam persoalan di atas termasuk teman wanita maupun golongan bergelar isteri. Barangkali ramai lelaki termanggu mencari jawabannya. Justeru mari sama-sama kita analisa. Analisa ini berpandukan pergaulan saya bersama manusia pelbagai golongan usia, remaja, pertengahan maupun tua.

Jika kita perhatikan, sikap cemburu tidak begitu menonjol sewaktu di awal perkenalan.

“I tak kisah, I bukannya ada apa-apa pun dengan dia. Gasak dia lah nak keluar dengan siapa,” antara respon biasa dilontar sewaktu perempuan itu bergelar gadis dan baru mengenal lelaki.

“Betul ke you tak kisah ni?,” soal rakan sekadar menduga.

“Betul lah. You ingat I apa? Ramai lagi lelaki kat luar sana nak kat I tau! Bukan dia seorang,” dia menyakinkan diri sendiri.

Tetapi keadaan itu bakal berubah secara drastik apabila gadis itu dinobatkan sebagai teman wanita. ‘Status’ baru. Di kalangan remaja perempuan, berikut petikan kata biasa didengar.

“Kau dah declare dengan dia eh?”

“Dah!”

Itu jawabannya. Satu perkataan mudah difahami simbol bermula pergolakan dalam kehidupan teman lelaki. Seminggu kemudian ..

“You keluar dengan siapa semalam?,” tanya gadis sama.

“Eh! Mana ada I keluar, I duk rumah,” nafi teman lelakinya.

“You cakap biar betul. Ada kawan I bagi tahu, dia nampak you dengan perempuan mana ntah,” ujarnya sambil menarik muka masam.

Bukan yakin tetapi sekadar mencuba nasib dengan jangkaan. Menanti respon lelaki.

Kekadang, perempuan kerap berperlakuan pelik. Gemar melemparkan tuduhan, biar pun tidak pasti. Mungkin ingin menyakitkan hati sendiri. Saya ingin berkongsi hujah bersama anda. Kepada teman lelaki berhadapan dengan tuduhan sebegitu ( tetapi pastikan kejadian keluar dengan gadis lain itu tidak berlaku, anda harus berkata ..

“You tahu tak, dalam negara kita ni, sebarang tuduhan harus dibuktikan. Sebab itu ada mahkamah. Kalau dengar pandang, kita panggil ‘hearsay’. Kawan you kononnya terpandang, you mendengar. Hearsay for your information tak laku langsung dalam mahkamah. So, sila kemukakan bukti sah. Kalau tidak I pun boleh tanya you sekarang, you keluar dengan siapa semalam?”

Pastikan kenyataan itu diungkapkan dengan wajah serius. Jika tidak, pasti anda akan mendengar respon berikut ..

“I cakap serius ni, you jangan main-main!”

Saya perhatikan, gadis tanpa mengenal bangsa kerap melatah apabila berhadapan dengan maklumat berbentuk hearsay selalunya tidak yakin dengan diri sendiri. Maka katakan kepadanya ..

“Apa fasal la nak melatah ni? Kalau betul-betul yakin, you tu ikhlas sayang kat I, betul-betul yakin you menepati spesifikasi teman wanita sebenar, kalau betul-betul yakin you akan menjadi suri rumah I suatu hari nanti, nak rasa tergugat sebab apa?”

Kemudian tambah ..

“You takut ada perempuan di luar sana LEBIH baik dan LEBIH menarik berbanding you ke? Perempuan jenis tak mengamuk tak tentu arah, perempuan tidak melemparkan tuduhan membabi buta, perempuan LEBIH yakin dengan diri sendiri?”

Perkataan ‘lebih’ harus diucapkan dengan nada tinggi. Kalau dia bukan peguam, dia pasti terdiam.

Pada masa sama, elakkan daripada dipantau menggunakan ‘friend finder’, teknologi mengekang kebebasan lelaki dan perempuan. Sekiranya teman wanita atau lelaki bercadang melanggan servis terbabit, ini hujah untuk dikemukakan.

“Macam ni lah, dalam satu hubungan kejujuran adalah asasnya. You boleh tahu I kat kawasan mana. Tetapi you takkan boleh tahu secara tepat I buat apa. Kadang-kadang teknologi ni mencetuskan pelbagai keraguan. Pakai friend finder ni menggugat kejujuran manusia, menimbulkan prasangka. Kata lah I keluar dengan kawan lelaki, you guna friend finder. You tahu lokasi, you call I. I cakap I dengan lelaki. Tapi you takkan percaya, akhirnya cemburu juga, lepas tu gaduh walhal tak ada apa pun. Biarlah kita ni dipantau hati dan kepercayaan”

Saya faham keadaan sebenar kerana ada antara rakan terpaksa berhadapan dengan dugaan itu. Akhirnya hidup bagai ‘lembu’ dicucuk hidung, tali di tangan teman wanita atau lelaki.

Akhir sekali, nasihatkan kepada gadis maupun wanita .. gunakan analogi.

"Cemburu ni macam air. Air kalau sikit, kita minum, buat mandi. Tapi kalau banyak sangat, dia macam Tsunami, boleh naik tinggi, boleh memusnahkan segalanya, boleh membunuh!"

Sikap cemburu perempuan selalunaya berterusan hingga ke jinjang pelamin. Setelah mereka bergelar isteri.

Bagaimana menangani sikap cemburu isteri? Tunggu, nanti saya tulis lagi.

He! He!

5 ulasan:

  1. abg..azma rase mmg pompuan skit cemburu mcm air..kdg2 x bertempat pun nak cemburu..tp mb cemburu ni bleh jadi 2 kebarangkalian..kebarangkalian pertama mb bleh jd positif n kebarangkalian ke 2 bleh jd negative...tp ape pun yg penting azma rase kalu 2-2 tolerate n trust each other, insyallah masalah besar mn pun akan dapat diselesaikan dgn baik...tp kan bang, azma nak tahu kalu laki cemburu dia mcm ne plak yer? mb cemburu mcm api kot ya? hehehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Abg Mazidul..

    Best post abg kali nih...
    Haha, bleh blajar cara nk couter balik tuduhan2 teman wanita saya yg amat kuat cemburu...

    Thanx!!

    BalasPadam
  3. Salam.

    :) Senyum baca entri kali ini.

    Gamaknya inilah yang terlalu biasa berlaku, hingga boleh jangkakan apa yang berlaku apabila seorang wanita cemburu.

    Tapi itulah, cemburu itu normal bagi mereka yang berpasangan. Tapi ia di luar normal andai tidak dikawal. Semacam makan nasi, kalau setakat cukup-cukup kita dapatlah kebaikannya. Kalau terlebih, kita dapat pula obesiti.

    Kena ingat, kalau berat pun berlebih ada penyakit lain selalunya datang bertandang. ;)

    Bersederhanalah. Tak rugi apapun. :)

    BalasPadam
  4. setuju dengan lennymoriza... syukurlah saya tidak tergolong dalam golongan yang kuat cemburu nih.. memang cemburu tandanya sayang tapi kalau dah terlebih2 tu, jadi rimas pulak.. seharusnya kita kena percaya pada pasangan kita.. asas itu yang akan mengukuhkan sesuatu hubungan biar apa jua yang datang melanda.. kalau tiada kepercayaan, seeloknya kita putuskan sahaja hubungan itu sebelum ianya merosakkan hidup kita dan jua pasangan kita..

    BalasPadam
  5. It's right to be cemburu. Tak caya, tanyalah pakar ugama. Memang dibolehkan cemburu tapi kena bertempat. Kadang2 the wives tak cemburu pada mulanya. Tapi kepercayaan itu di'rosak'kan maka bermulalah cemburu. So the husbands kenalah tahan sebab you all started/ignited them.
    Pernah terjumpa yg lelaki cemburu. Rasanya lagi teruk.. Tak caya cuba tanya the wife.. tu pun kalau dapat tahu siapa :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.