Ahad, Julai 27, 2008

Langkah Pertama

[ Pic (dari kiri) : Zak, Azma, Yue dan Najhan ]

Awal pagi tadi, jam 1.03 saya tiba di Plaza Tol Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor. Pegawai dan anggota Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan.

“Bang, boleh ambil gambar?"

“Awak dari mana?,” soal saya kepada anak muda kelihatan kemas berkemeja lengan pendek itu.

“Saya Najhan dari BERNAMA, baru kerja dua minggu,” ujarnya.

Selain Najhan, Zak, Azma dan Yue, wartawan dan jurugambar suratkhabar Sinar berusia antara 23 dan 26 tahun berada di lokasi sama. Tanpa berlengah Zak merakamkan gambar menggunakan kamera berharga RM2500.

Klik! Klik!

“Aku pulak,” kata Zak meminta Najhan merakamkan gambar kami berdua.

Azma dan Yue bergegas menyelit di kiri kanan. Saya melihat ‘semangat’ pada jiwa mereka semua. Muda pada usia, baru memulakan kerjaya. Paling lama bertugas, Yue.

“Saya dah setahun setengah,” katanya sewaktu ditanya berhubung tempoh perkhidmatannya.

“Saya tak suka 360,” ujar Najhan berterus-terang kepada semua.

Spontan dia memegang dan menyapu bahu kanan saya berulang kali sambil tersenyum. Barangkali berasa bimbang kenyataannya menyentuh hati kecil saya.

“Tak apa,” balas saya ringkas.

Najhan, 26 tahun, sama usia adik bongsu saya, Mushairil Azmil kini bertugas di Pulau Langkawi, Kedah. Senyuman mereka juga lebih kurang sama, manis bak gula.

Terfikir, manis gula sekalipun, tidak semua gemarkannya. Begitu juga 360. Ada meminati, ada tidak. Tertakluk kepada citarasa individu. Jika tidak masakan ramai melontarkan permintaan berbeza sewaktu di kedai makan ..

“Teh ‘O’ ais kurang gula”, ‘Teh ‘O’ ais, manis sikit ya’, ‘Teh ‘O’ ais tak mau gula’.

Saya dan krew sekadar bekerja memastikan isu diutara pada setiap minggu memberikan ilmu sekaligus pengajaran kepada purata 2.3 juta penonton di seluruh negara. Itu matlamat jelas kami.

“Bang, apa pesanan kepada kita orang ni, baru bekerja?,” soal Zak kepada saya sewaktu jam tangan menunjukkan pukul 2.17 pagi.

Kali pertama saya berasa ‘tua’ dalam melaksanakan kerjaya sama.

“Buat kerja ni kena ada ‘soul’, kena ada jiwa. Kalau tak ada jiwa, kita akan buat kerja separuh hati,” ujar saya ringkas kepada mereka berempat.

“Tunggu bila semua kahwin nanti. Tengok cabarannya jadi semakin besar. Kalau suami, isteri, anak tak faham, payah,” sambung saya.

Maksud saya, kerjaya sebagai wartawan maupun jurugambar menuntut semua bekerja pada ‘odd hours’. Ketika orang lain tidur lena, kita bekerja. Tanggungjawb mampu menggugat hubungan keluarga.

“Kalau suami atau isteri cemburu susah la. Abang dulu macamana?” celah Azma.

Bijak dia meringkaskan intipati perbincangan sebenar. Saya ceritakan kepada mereka, sewaktu isteri mengandung anak pertama, pernah saya membawanya mengikut saya ke lokasi operasi di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

“Bentangkan tikar kat tepi jalan, suruh dia duduk. Lama-lama bila dah pagi, tak larat dia. Lepas tu dah tak ikut terus,” kata saya tersenyum mengimbas kenagan silam.

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Saya sudah lama melangkah, langkah mereka baru bermula. Bagaimanapun, saya yakin mereka memiliki semangat kental dalam meneruskan kerjaya seperti semangat saya sewaktu muda belia.

2 ulasan:

  1. Hahahah

    Dunia memang kecil

    Zaki di Mustread itu sahabat saya ketika sama-sama dalam bengkel penulisan.

    Najhan itu junior saya di UIAM

    Dunia memang kecil!

    BalasPadam
  2. abg mazidul...thanks utk nasihat2 abg yang membina itu..sbg journalist, azma sgt bersetuju dgn ape yg abg nasihatkan... ' buat kerja ni kena ada 'soul' kena ada jiwa, kalau xda jiwa, kita akan buat kerja separuh hati'....azma harap ini adalah langkah pertama@setapak menuju kejayaan..doakan azma berjaya ya abg..amin..ok thanks :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.