Sabtu, Julai 26, 2008

Jom la buat ..

Sewaktu kecil, arwah opah seringkali membawa saya makan dan minum di restoran mamak di pekan kecil, Slim Village, Perak.

“Roti canai dua, potong. Taruk kuah dal saja. Saya punya cucu makan,” masih terngiang-ngiang di telinga biarpun sudah 10 tahun opah menyahut seruan illahi.

“Teh panas dua,” ujar arwah lagi.

Saya masih ingat, ketika itu pekerja kedai majoriti dari India hanya berkain putih separuh diangkat ke atas dan diikat pada paras peha. Kain asalnya putih tetapi kelabu menjelang tengahari. Ketika itu masyarakat tidak begitu prihatin mengenai kebersihan biarpun sesekali kedengaran komplen di anggap jenaka.

“Sebab apa mee goreng mamak sedap? Sebab masa masak, peluh dia menitik, lemak masin”

Ada pelanggan ketawa atau sekadar tersenyum. Menganggap soalan dan jawaban itu bagaikan 'trivia'. Biarpun jenaka itu mungkin benar.

“Kira mamak!,” pinta opah.

“Roti dua, 60 sen, teh panas dua, 60 sen. Semua RM1.20,” mamak mengira tanpa kalkulator.

Opah membayar dengan senyuman. Saya percaya pada masa sama opah juga pernah terjeling dapur mamak berkeladak, tandas mamak kotor dengan najis bertaburan, lantai berminyak tebal seinci tetapi opah tidak bersuara. Tiada komplen maupun riak ketidakpuasan hati pada wajah dimamah usia. Mungkin opah terpegun melihat mamak, hormat kepada pelanggan kerana akur dia meraih rezeki di negara orang, bukan negara dia.

Masa berlalu, zaman beredar. Keadaan kemudian banyak berubah.

Kedai mamak? Huh! Tak nak lah! Cekik darah! Antara komen kerap didengar pada era 80 an.

Ada lagi ..

“Lu kira la betul-betul, tadi kira RM10.20, sekarang kira RM10.70. Mana satu?”

Gentar dengan teguran itu, kini majoriti kedai atau restoran mamak menggunakan mesin kira digital. Lebih tepat, bil disertakan resit.

Komplen kini ..

“Saya makan, nasi kosong, sayur kubis dan daging kambing. RM7 ke?”

Soalan itu, soalan saya sewaktu membayar bil di kaunter restoran mamak di Kota Damansara. Juruwang tidak berkata apa. Dia bukan taukeh, dia kuli hanya mengikut arahan bos, katanya. Lagipun bukan dia menulis harga, itu tugas pekerja warga India tidak diketahui asal usulnya. Ada teman pernah mengusik pekerja ..

“Katak goreng ada?,” soalnya bersahaja.

“Ada,” kata pekerja.

Barangkali bos memaklumkan dia, jika pelanggan bertanya mengenai makanan, kata kan ..

“Semua ada”

Perhatikan, majoriti pekerja kedai mamak tidak ubah seperti robot lagak mereka. Tiada senyuman, kurang ciri kemanusiaan.

“You Islam?,” tanya saya kepada pekerja menghantarkan minuman.

“Islam,” pantas dia menjawab.

“Oh! Islam .. ,” ulang saya.

“Tarak percaya saya Islam?,” dia marah tiba-tiba.

Saya mendiamkan diri. Bukan gentar tercabar di bumi sendiri. Cuma ingin berfikir buat seketika sebelum bertindak. Saya bangun dan menemui pekerja lain.

“Semua pekerja sini Islam ke?,” soal saya.

“Tarak abang, ada bukan Islam juga,” balasnya.

Saya kemudian mencari pekerja saya temui awal tadi. Saya menggamit, dia melangkah ke arah saya.

“Tadi saya tanya, you Islam ke? You cakap you Islam. Saya cakap apa? Saya cakap Oh! Islam .. You marah sama saya, kan? You cakap, tarak percaya saya Islam ka?,” saya menarik nafas menasihatkan jiwa lebih bersabar.

“Baik. Sekarang saya mahu bagi tahu sama you. Bukan semua pekerja ini kedai Islam. Betul ke tak betul?,” soal saya.

“Betul,” jawabnya kelihatan gugup.

“Jadi, salah ke saya tanya you, you Islam ke tidak?

Jika makan di kedai mamak, perhatikan juga gerak geri penulis bil. Kurang 15 saat, tangan dan otaknya sekata. Bil dilipat dan diletakkan di atas meja. Ada antara kita terus membawa bil berlipat ke kaunter tanpa berkata apa. Saya yakin, jika kita boleh mendengar isi hati pekerja itu, mungkin begini bunyinya ..

“Aku kira dan tulis, engkau bayar lah. Bukan duit aku”

Kalau anda ingin melihat ketulusan dan keikhlasan mamak, cuba formula berikut. Buat lah sekali seumur hidup, tidak salah.

Pesan makanan, seeloknya nasi berlauk. Ambil sejenis sayur, lauk dan nasi. Rakamkan gambar makanan dipinggan dan simpan bil bercetak Sekali lagi berkunjung ke restoran sama, ambil makanan sama. Rakamkan gambarnya. Kemudian bandingkan dua bil terbabit. Sama atau berbeza?

Kongsikan hasil perbandingan, hantar ke mazidul360@yahoo.com.my. Komen menarik bakal saya paparkan dalam blog ini, itu janji.

4 ulasan:

  1. Assalam alaikum Tuan Mazidul dan rakan-rakan

    Sedikit perkongsian.

    Peniaga India Muslim sukar untuk berkata tidak dalam urusan perniagaan.

    Perkataan tidak mengambarkan beberapa keadaan dan gambaran itu secara langsung memberi satu imej perniagaan yang kurang positif.

    Berkata tidak bagi peniaga India Muslim menggambarkan sikap tidak mampu dan tidak boleh berbuat apa-apa.

    Berdiam diri itu lebih baik daripada peniaga terpaksa menyebutnya.

    Perkataan ini membawa tindak balas negatif dalam perniagaan lebih-lebih lagi apabila hendak memberi keyakinan pelanggan untuk terus berurus niaga.

    Bagi berhadapan dengan keadaan ini, peniaga India Muslim akan cuba memenuhi kehendak pelanggan.

    Berkata ya terhadap permintaan pelanggan menggambarkan daya upaya peniaga India Muslim untuk memenuhi permintaan tersebut meskipun ia kelihatan mustahil untuk dilakukan.

    Ia menjadi adab dalam perniagaan India Muslim untuk mengelak dari berkata tidak terhadap permintaan pelanggan.

    Memberi alternatif lain merupakan salah satu cara untuk menolak perkataan tidak.

    Pelanggan diberi pilihan melakukan urusniaga dengan alternatif yang disediakan.

    Memanjangkan masa berurusniaga dalam memenuhi permintaan pelanggan juga merupakan cara untuk menafikan perkataan tidak dalam perniagaan.

    Misalnya dalam mendapatkan produk yang tidak ditawarkan, pelanggan disarankan untuk kembali semula ke premis perniagaan pada tempoh tertentu bagi mendapatkan produk tersebut.

    Tetapi dalam kes seperti ini, pelanggan lebih cenderung mendapatkan produk di tempat lain jika cara tersebut lebih mudah.

    Berkata tidak dalam urusniaga memberi suasana bekerja yang kurang menyenangkan bagi pekerja-pekerja.

    Perkataan tidak mengurangkan motivasi pekerja dan mencipta imej tidak upaya kepada majikan.

    Masing-masing cuba mempastikan perkataan tidak timbul dalam sebarang urusniaga.

    ZAMRI MOHAMAD
    www.zamrimohamad.com

    BalasPadam
  2. salam..saya ade 1 pengalaman makan di mamak stall ni..selain dari diorg kira xberapa tepat,diorg ni gatal jugak..saya beberapa ketika dulu pernah makan dgn 2 kawan wanita saya di **** maju di BBBangi.Setelah makan semua,tyme nak bayau,kira2 harga rm 9.80 sen.Lepas tu,dia senyum kat kawan2 saya tu,terus cakap rm9 sudah...hampeh betul mamak ni,jangan nanti kawan2 aku tu ko kebas plak..padahal bulan lepas time euro2008, saya minum dgn roomate2, 10sen pun bekira,ais kosong pun 20sen,no student price la...hampeh betul...so,siapa2 yg nak p makan kat kedai mamak,bawakla awek,kakak,atau kawan2 pompuan,gerenti murah..dan juga cepat siap..hehe...


    p/s...kisah benar ni,pengalaman yg xternilai...lain kali kalau en.mazidul makan kedai mamak,bawak la Teh 360 sekali,gerenti dapat diskaun... =D

    BalasPadam
  3. Saya ingin tambah.

    1. Jika ada kedai mamak tiada hidangan daging lembu cuba tanyakan jika ada kari daging lembu. Faham-faham sahaja kaitan 'lembu' dengan apa ya.

    2. Ketika ambil gambar makanan itu, ambil gambar itu di depan beliau. 'Psiko' kan peniaga itu.

    BalasPadam
  4. salam..peniaga india muslim memang banyak belit la..saya pernah keje dgn tauke india,berniaga borong..memang betul semua permintaan pelanggan akan dipenuhi. kalau barang tak ada pun, dia akan cakap ada. pernah sekali ada cikgu sekolah nak tempah cadar untuk pelajar asrama berwarna biru.saya jugak yg disuruh beli di kedai lain (juga kedai india muslim. jadi pelanggan akan sentiasa merasa mudah untuk mendapatkan apa saje di kedai tu.sebab SEMUANYA ADA DI SINI.kaki belit pun memang no 1.tapi cara berniaga memang boleh puji sgt2.lps hampir 3 thn tak keje kat situ, barulah sy rs otak saya dah ok balik. kalau tak,memang sy pun boleh jd kaki belit.hehehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.