Jumaat, Julai 18, 2008

Biar Molek

Tengahari tadi saya makan berseorangan, seperti biasa.

“Adik, saya nak nasi kosong campur kuah kari. Lepas tu nak ayam dalam kuali tu. Ayam tak mahu potong ah ..thank you,” ujar saya kepada pekerja India sedang menggoreng ayam.

Dia mengangguk faham. Kurang lima minit, makanan dipesan diletakkan di meja saya duduk.

“Mazidul kan? Kau kenal abang aku ke?,” ada orang menyapa.

Saya mendongak. Suapan pertama saya hentikan. Saya letakkan kembali nasi ke atas pinggan. Saya renung remaja lelaki berdiri di hadapan saya. Dia melihat tepat ke arah saya. Saya tidak berkata apa.

“Ini Mazidul kan? Kau kenal tak abang aku?,” tanyanya kemudian duduk di kerusi di depan saya.

Saya kunyah nasi perlahan-lahan dan kemudian saya telan sebelum bersuara.

“Sorry yer, awak ni siapa? Lain kali jumpa orang bagi salam dulu. Kenalkan diri dulu. Saya pun tak kenal awak siapa. Tak ada pun saya suruh awak duduk, awak duduk,” dia tersentak.

“Umur berapa?,” soal saya.

“Dua puluh lima, saya kerja juruteknik,” terangnya.
Saya tidak pernah melayan orang kerana kerjayanya.

“Macam ni lah. Pertama, umur saya dah 41. Maksudnya masa awak lahir dulu, umur saya dah 16 tahun. Banyak tahun saya lebih tua berbanding umur awak. Jadi, tak elok kalau awak guna perkataan ‘kau’. Tak molek,” kata saya.

Dia terdiam. Umurnya lebih kurang usia adik lelaki saya.

“Lepas tu, bila jumpa orang, tak kisah la, dia tu tua ke muda, kenalkan diri. Nama saya ni, abang saya namanya ini. Kenal ke? Kan molek. Kalau buat macam tu tadi , awak tak perlu dengar saya bersyarah pagi-pagi ni,” sambung saya lagi.

“Tak kerja ke hari ni?,” dia cuba mengalih topik perbincangan.

“Saya rasa elok lah awak duduk di meja lain,” nasihat saya.

Dia beredar.

Teringat pesan ayah.

“Kalau jumpa orang bagi salam kalau dia Islam. Kalau tidak pun, cakap lah good apa sekali pun. Andainya dia lebih tua, panggil dia abang atau kakak, tanda hormat”

Ini pula pesanan bekas rakan setugas saya, Tuan Haji Omar Abdullah. Beliau juga bekas penerbit 999 sewaktu kami bertugas bersama.

“Senang aja. Kalau kita tak kenal orang tu, baru kali pertama jumpa, panggil dia ‘encik’, ‘cik’ atau ‘puan’. Kalau dah biasa boleh panggil ‘abang’ atau ‘kakak’, no problem. Memanggil orang lebih tua daripada kita guna nama dia ni tak beradab. Orang putih di barat lain, budaya berbeza”

Saya akan mengingati pesan kedua mereka selagi saya bernyawa, itu janji saya.


6 ulasan:

  1. Assalamulaikum,

    Apa khabar Mazidul?

    Mazidul kan selebriti.Agak 'excited' lah tu dia jumpa mazidul. Dah rasa macam kenal sangat mungkin.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam,entah la plak. saya bila kali pertama jumpa Sharifah Aini saya panggil dia Kak Ani sebelum beliau dapat Datuk. Jumpa Misha, saya panggil Cik Misha ..

    BalasPadam
  3. Assalamulaikum,

    Tulah rasa sebab 'excited' sangat lupa nak bersopan santun.orang muda ni selalunya belum berpengalaman.Ataupun dia rasa lebih casual tak 'berkakak atau berabang' Kak Nani rasa banyak celebriti pernah mengalami situasi seperti yang mazidul alami.

    BalasPadam
  4. Encik Mazidul,
    Bagus buat macam tu, berikan kesedaran kepada budak budak muda zaman sekarang ni.

    Saya pun beberapa kali menghadapi insiden sedemikian, kadang tu umur baru setahun jagung dan kelulusan pun tak seberapa, tapi bercakap macam dia lebih hebat, lebih tua dan lebih berpelajaran tinggi.

    Sekali peristiwa, budak budak ni terkedu bila batahu jawatan, kereta dan syarikat yang saya miliki.

    Masalahnya, takkan nak hormat pada yang bepangkat sahaja, yang penting ialah didikan dari rumah, ibu bapa harus main peranan penting.

    "Mak bapak saya tak suruh pun kita hormat orang asing" begitulah antara jawapan yang di terima bila kita tegur.

    Sesetengah restorant keluarga seperti McDonald dan KFC juga saya perhatikan kurang aspek 'Hormat Orang lebih tua" dan kebanyakkannya tidak di ajar untuk beri salam kepada Orang Islam.

    Pelik juga kenapa ini berlaku, sedangkan kerajaan suruh kita mengamalkan Islam Hadari.

    BalasPadam
  5. Salam En. Mazidul...1st time masuk blog en ni...menarik..byk benda leh dikongsi..thanks...

    elok sgt diberi pengajaran mcm tu...BUDI BAHASAKAN BUDAYA KITA...

    thanks again...

    BalasPadam
  6. Hmm.. I hve a cousin .. abt 9 years younger.. dia pnya prinsip 'Buat apa nk hormat org tua klau org tua x hormat dia' gara2 sya tgur sikap pngotor dia tu. Knon mngadu kt 'byfriend' yg dia knal kt intrnet, tup2 'bf' tu x wujud! Kah kah kah!! Now.. duk mganggur lgi. Nk ckp apa pun ckp lah - sy x kn bgi dia duk dgn sya lgi klau dia dpt keje kt area umah sya. Alhmdulillah Allah swt dh bgi sdikit 'balasan' kt dia, tpi msih x sedar diri gak!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.