Isnin, Julai 21, 2008

Silap betul la!

“Kereta aku baru kena pecah. Laptop aku hilang. Silap betul la letakkan dalam kereta”

Keluhan biasa kita dengar. Ketika itu 'mangsa' barangkali bukan sahaja kehilangan laptop malahan kesemua maklumat disimpan di memori komputernya.

Izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman bersama pelayar blog ini. Sesetengah kita gemar membawa laptop di dalam kenderaan. Maklumlah, laptop kini dianggap ‘nyawa’ majoriti daripada kita. Bagi golongan pelajar, laptop diguna menyiapkan tugasan. Bagi kelompok pekerja, laptop perlu bagi menyelesaikan kerja harian. Justeru, tidak hairan jika dibawa ke mana sahaja.

Bagaimanapun manusia seperti kita ada pelbagai kelemahan. Kita mudah lupa lalu cuai dalam menjaga keselamatan harta benda.

Hasil maklumat diperolehi daripada pelbagai pihak, dipercayai wujud sindiket mengintai peluang mencuri barangan berharga seperti laptop khususnya ditinggalkan di dalam kenderaan. Samada boleh dilihat mapupun diletakkan di tempat tersembunyi.

“Memang! Memang ada itu device ha ... Dia olang bili Singapore sana. Itu balang, bukan detect komputer tapi detect itu bateli,” ujar kawan Cina bertugas sebagai penarik kereta.

“Itu macam, kalau mahu tinggal itu laptop dalam kereta, cabut bateri saja lah?,” soal saya.

“Itu macam lagi bagus lah,” balasnya.

Tapi, takkan nak kendong bateri laptop ke hulu ke hilir kut, kata hati saya.

Apa pun, pesanan saya mudah. Jika tidak perlu, tinggalkan sahaja laptop di rumah atau di pejabat. Jika perlu, jangan ditinggalkan barangan berharga itu di dalam kenderaan samada dapat dilihat dari luar atau sebaliknya. Letakkan dalam beg galas dan bawa.

Kita selalu beranggapan, barang diletakkan di dalam kenderaan selamat daripada sebarang angkara jenayah. Hakikatnya, pemisah antara barangan milik kita dan penjenayah hanya cermin nipis dan mudah pecah.

Jadi, jangan terantuk baru terngadah!

5 ulasan:

  1. masalahnya En. Mazidul.. sekarang ni bukan sahaja laptop yang tak boleh letak dalam kereta, apa2 saja barang tak boleh tinggalkan. Kereta saya baru je bulan lepas cermin tingkap kena pecah sebab tinggalkan beg sekolah anak. Mungkin pencuri tu ingat dalam beg sekolah tu ada laptop kot. Kereta sebelah saya pun beg sekolah gak hilang... disebabkan semua orang pakat2 letak laptop dalam beg galas, beg sekolah pun jadi mangsa. Tak pasal2 kena keluar duit tukar cermin baru... . Dari comment2 orang dalam FP saya.. ada yg kereta kena pecah dan ambil beg pakaian bayi... lagi la teruk..

    BalasPadam
  2. manusia memang lalai dan degil... bukan sorang dua yg dah kena tetapi dah beratus and mungkin beribu tetapi kita masih tak serik2 sebab kita tunggu hingga kena batang hidung sendiri... inilah namanya manusia

    BalasPadam
  3. ada sesetengah alat lagi canggih.signal yg d kesan akan d convert kan utk tau apa device yg d tinggal kan dlm keta.berbaloi atau tak diaorg nak pecah kan keta tu.if device yg d kesan brg yg berharga such as laptop so,berbaloi le pecah kan..if setakat henpon je..ada sesetengah pencuri akan abai kan je..except for pencuri yg memang terdesak..semua sebat...asal kan boleh buat duit...apa yg penting kita kena berhati2..jgn lalai

    BalasPadam
  4. Salam saudara mazidul,

    Ya semakin canggih teknologi, semakin canggih juga penjenayah mengadaptasi teknologi. Memang benar "device detector" tu amat berguna untuk penjenayah mengesan sebarang hasil,barangan yang di ingini. Jadi berwaspada langkah terbaik.

    Wasalam.

    BalasPadam
  5. salam...

    abe MIE ada kawan baru saja beli kereta honda acconrd..no plate 3333. letak kat KLIA, seminggu balik-balik tiada (kena curi). kesan dengan cctv, entah macamana boleh tak berfungsi. memalukan.


    http://dewawang.blogspot.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.