Jumaat, Oktober 31, 2008

Melayu Bantu Melayu

“Aku dapat maklumat ada 43 lagi gadis Melayu kena larikan dan sekarang ada di Lombok,” jelas Datuk Abdul Azeez Abd Rahim sewaktu menghubungi saya semalam.

Datuk Azeez selaku Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia berlepas ke Lombok 2 hari lalu membawa pulang Noor Fadilah Ahmad, 18 tahun kembali ke Malaysia semalam. Fadilah dilarikan warga Lombok Timur, Nasrudin Dahrom, 24 tahun pada 3 September lalu.

Syukur, kes terbabit diselesaikan secara baik. Fadilah dilapor bakal menjadi penuntut kursus kejururawatan Segi Kolej di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dibantu program ‘Second Chance’ Putra UMNO Malaysia.

“Ni terbaru 7 pelajar brilliant kita di Perth, Autralia dilaporkan hilang. Pelajar ambil jurusan Geology. Kes ni pun kita nak tengok juga. Mungkin dia orang ni dipengaruhi kumpulan ajaran sesat,” telah Datuk Azeez.

Semoga usaha berterusan Sekretariat terbabit semakin menyerlah, lambang jelas Melayu mampu membantu Melayu.

Fadilah akan ditemubual secara langsung dalam program MHI, Isnin 3 November 2008. Jangan lupa menyaksikannya.

16 ulasan:

  1. nanti cuba tanya kat fadilah tu, kat lombok kan ramai lagi gadis melayu, naper tak pakat ramai2 lari balik malaysia??

    BalasPadam
  2. sampai sekarang putu wonder..ape le KEISTIMEWAAN jejaka2 Lombok ni?

    tang paras rupanya kaaa?
    tang kegagahannya & kemachoannya kaa?
    tang kebaikan dan kesopanannya kaa?
    tang kerajinannya kaa..?

    * kena korek dlm2 ni...

    BalasPadam
  3. hurm..
    saya ade dapat email mengatakan mereka yg dapat menyesatkan org islam akan diberi ganjaran..
    kesahihan nye tak dpat di pastikan..
    hurm..

    BalasPadam
  4. salam mazidul..bila baca ttg nie memang menakutkan..tapi semuanya realiti..kalau nak difikirkan camner diaorang boleh ikut lelaki2 indon tu kan?tapi yelah,kalau tak takkan orang cakap cinta itu buta...sanggup tu,bersusah payah dok kat san,asalkan dok bersama lelaki tersebut..kan dah banyak yang dibongkar,memang ramai gadis malaysia kat sana,sampai ada yang dah tak tau nak cakap melayu dah..ada setengah tu memang nak balik malaysia,tapi mcm dah terkena ilmu hitam,xbleh balik...takut plak rasanyer,jgn lah terjadi pada saya...ni yang takut nak sambung belajar kat luar negara ni...silap2 xbalik malaysia..isy..ngerinyer..nauzubillah..

    BalasPadam
  5. mcm2 kes sekarang ye...yang hilang di perth tu semua pelajar cemerlang..hmm..mcm pelik je..harap2 mereka semua dapat dijumpai dengan selamat...

    BalasPadam
  6. Susah nak cakap pasal benda ni..
    Bak kata orang 'Ditelan mati emak, diluah mati bapak'.. Tapi saya rasa salah satu penyebab dari masalah ini ialah wanita itu sendiri..
    Saya pernah membaca satu artikel karya saudara Anuar yang menjadi pensyarah di MMU atau lebih dikenali sebagai Sireh dikalangan peminat majalah tempatan. Terfikir juga.. mengapa wanita-wanita itu yang dikatakan cerdik pandai boleh mengambil jalan yang sepatutnya tidak bersangkut-paut dengan gelaran mereka?.. Adakah mereka dipengaruhi sesuatu atau seseorang?.. Yang pastinya perkataan cerdik pandai itu sebetulnya tak sesuai untuk mereka..
    Tapi semua manusia pernah buat kesilapan kan?.. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ada usaha-usaha terutamanya dari bangsa kita sendiri untuk menyelamatkan mereka.. Semoga mereka semua sedar dan semoga 'jerung' di luar sana takkan terlepas dari hukuman..!!

    Adios..

    BalasPadam
  7. Salam Bro,
    Tolong tanya kat fadilah tue, kenapa dia gatal sangat nak ikut nasrudin lari ke lambok tu, Malaysia nie tak best ke? Ke memang dah gatal sangat nak kawin. Kalu betul2 nak kawin pun, restu ibu bapa tue penting.
    Pasal student m'sia yang hilang tue, rasanya mereka tue ikut laki, Laki Australia pun hensem2, idung tinggi2, ppuan mana yang tak berkenan.

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul, tak sabar nak tengok MHI ni..

    BalasPadam
  9. kenapalah pelajar kita jadi macam tu..golongan cerdik pandai kita senang je kena tipu...

    BalasPadam
  10. trok btol dak melayu skang..
    trok2...

    BalasPadam
  11. Pada pendapat saya, dari dihabiskan duit dan tenaga menyelamatkan perkara sebegini, baik lah disalurkan bantuan wang ringgit & tenaga kepada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan-seperti fakir miskin, golongan kurang upaya & warga emas yang kurang kemampuan. Sekiranya kesalahan seperti isu ini bermula bukan dari pihak wanita sendiri, tak apalah... tapi kenapa pihak wanita masih tidak serik-serik lagi dengan berfoya-foya?Adakah mereka terlalu ego sampai tidak mahu ambil berat tentang isu semasa?Kan dah banyak isu seperti remaja wanita ikut pasangan kekasih yang tidak dikenali hati budi selama beberapa tahun dan terus menyatakan ibubapa kongkong?Saya dah berumur 30-an dan merasakan ada wajarnya ibubapa kongkong, walaupun saya ni lelaki, kerana, mereka lebih arif tentang pancaroba yang berlaku.Kenapa remaja sekarang mudah melenting bila ditegur?Adakah sebab keseronokan yang dicari semata-mata?Fikirlah secara mendalam sebelum bertindak dan jangan kita abaikan waktu remaja kita.Janganlah buang masa dengan memberi bantuan untuk menyelamatkan mereka yang seronok tetapi tersepit bila tersalah?Baik bantu mereka yang betul-betul hendak hidup berjaya.

    Terima kasih, sekadar berkongsi pendapat.

    BalasPadam
  12. melayu bantu melayu... UMNO memang bantu melayu je ke?

    saya bosan kat TV selalu buat talk tajuk pasal Melayu... lagi2 kaitkan melayu dengan Islam...walhal Islam bukan milik bangsa Melayu sahaja... Bahkan bangsa lain macam dah taman persepsi salah Melayu mesti Islam...ohh...ini bukan hal remeh...tolonglah...saya malu dengan talk2 yang macam ni... bangsa Melayu takkan ke mana tanpa Islam..lihatlah sejarah melayu Melaka dahulu yang gemilang kerana pemimpin2nya yang memegang teguh syariat Islam...tapi malang kerajaan melayu melaka jatuh akhirnya kerana pemimpinnya yang mengikut nafsu (melanggar syariat Islam)...islam is deen (a way of life)..not just a religion... people would not feel the real happiness if they practice their lives out of islam's guidelines..salaam...

    BalasPadam
  13. I wonder...
    why does this thing always happen?
    Hurm~

    BalasPadam
  14. Memang student msia tinggal di overseas ada persatuan2 diaorg..aa yg oklah..tapi yang terjebak benda ntah apa2 tu tak tahulah.Orang cakap.."people with good grades doesnt mean they the smart one"..selalu macam tu..belajar tinggi common sense kadang tak makes sense pun.

    Datang overseas guna duit rakyat tak gak faham-faham nak guna secara baik.Yang adik-adik ikut lelaki-lelaki luar tu..tak tahulah nak cakap apa..sengal ke apa..mungkin wake up call to local man kot..layanlah perempuan-perempuan anda dengan baik..hehehe:)...Jangan marahhh

    BalasPadam
  15. Saya menarik tentang melayu, kenapa kita sekarang baru nak menyanyi mari bantu melayu, tp kita sedarkah melayu sendiri dirosakkan melayu bangsat. Bro apa y wa nampak sekarang melayu bila dh hilang hak barulah nak melompat. Cuba lu tgk kes madam low dan PKNS, lantik bangsa asing melayu kecohlah ckp Bato MB Selangor jual bangsa, tapi semasa melayi pengang, sedarkah kita dia sendiri yang memberikan projek melebihi 70% kepada bangsa asing. Kenapa masa ini tak ada yang nak terpekik dan terlolong.

    BalasPadam
  16. 'Siapa bilang gadis melayu x menawan?'.... Haaa.. bilang dh brapa org trtawan kt Lombok nun.. hee.. Anyway, apa brita trkini Fadilah ek ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.