Jumaat, Februari 10, 2012

ALAMAK! KALAU GEMUK TIDAK LAYAK MENJADI PENGACARA TV KE? ADUUUUUS!

"Dang Suria (Zainurdin) kata, kalau gemuk balik kuruskan badan dahulu then datang untuk audition," ujar rakan kepada saya.


Saya difahamkan program ditonton oleh rakan itu berjodol 'On Air'.

Baca perincian fakta di Oh! Bulan.

Saya tidak berpeluang menonton program dimaksudkan tetapi mengaku saya gemuk. Sejak mula menceburi dunia penyiaran pada Julai 1995, berat badan saya tidak pernah kurang dari 100 kilogram.

Seperti diketahui ramai, hidung saya tidak mancung, kulit saya gelap dan kepala saya tidak begitu berambut.

Namun fakta menunjukkan, pengacara terkenal di dunia, Oprah Winfrey pun bukan kurus, tidak berhidung mancung bak seludang atau berkulit cerah.


Tidak begitu?

Jika benar Dang Suria berkata begitu, saya berasa sedikit hairan. Ketika bertugas bersama di TV3 dahulu tidak pula pernah dia membisikkan, saya telah melanggar kriteri utama untuk melayakkan diri sebagai pengacara.

Berikut, alasan dikemukakan oleh Dang Suri berikutan tindakannya. 

"Mazidul, aku tidak suka menonton engkau di TV sebab engkau gemuk"

Tidak juga kedengaran komen sebegitu disumbatkan oleh orang ramai ke telinga saya dalam tempoh 17 tahun saya bertugas di bidang penyiaran.

Di belakang, saya tidak tahu.

Untuk rekod, saya pernah mengacarakan program televisyen seperti rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini, Bincang Petang, 999, 360 dan Hujah sebelum ini.

Ketika itu, berat saya 109 kilogram, gemuk, kini berat sudah berkurangan sedikit. Barangkali kerana sudah semakin tua.

Entahlah ...

Jika diperhatikan, di Malaysia, kekacakan dan kecantikan ternyata menjadi ciri utama dipertimbangkan untuk melayakkan seseorang itu menjadi pengacara televisyen.

Barangkali saya telah membuktikan sebaliknya namun saya akui, penampilan saya tidak sehebat Dang Suria.

Tanpa kelulusan dalam bidang penyiaran, saya memulakan kerjaya sebagai Wartawan Kadet. Dalam tempoh 2 tahun saya dinaikkan status ke Wartawan Penyiaran Eksekutif. Biarpun dalam tempoh agak lama, saya diberikan kepercayaan menjadi Penerbit dan kemudian Penerbit Eksekutif.

Saya percaya, jika tampan dan jelita sekalipun, tanpa minat dan pengorbanan, pengacara tidak mampu melangkah jauh.

Cuma pada pandangan saya, pengacara televisyen harus selesa dipandang dek mata, bijak dan petah berbicara, jika mereka tampan dan jelita, ciri itu saya anggap sebagai bonus sahaja.

Lebih menarik jika setiap pengacara memiliki 'character' unik dibina di dalam diri mereka dan jelas pada pandangan penonton.

Itu tarikan sebenarnya.

Kita harus ingat, manusia benci jika bentuk tubuh dihina kerana tubuh itu anugerah Allah. Saya tidak pernah meminta dilahirkan gemuk tetapi dilahirkan sebegitu oleh ibu. Ibu saya pastinya tahu anaknya gemuk dan mungkin berasa terkilan jika fizikal anaknya dicemuh di khalayak ramai.
Justeru, molek andai komen dilontarkan oleh mereka ternama, sedikit berlapik. Renung kembali kaedah orang dahulu berkomunikasi ...

Contohnya, ada 2 cara untuk menerangkan mengenai warna hitam kulit seseorang, pertama hitam macam bontot kuali, kedua hitam manis. Biarpun kedua kenyataan itu berkaitan hitam namun kesannya berbeza jika ditujukan kepada seseorang tambahan pula apabila dipaparkan di televisyen.

Apapun, pada jam 9 malam ini (Sabtu), semua pembaca dipersilakan untuk menonton Majalah 3, karya wartawan gemuk, seperti SAYA.

Jika ingin melihat saya kurus sedikit, sewaktu menonton televisyen malam ini, sila pejamkan sebelah mata.

Jom makan, makan, makan!

56 ulasan:

  1. huhu..mungkin sbb pengurus ON AIR nk kurus kering peserta kot..

    BalasPadam
  2. manusia ni mmg begitu..cuba kalau si dang tu yang gemuk..pasti lain pulak bunyinya..tapi lumrah manusia suka yang cantik apa lagi kalau wanita.. logiknya bidadari di surga semua cantik jelita belaka tapi di dunia siapa yang di uji dgn rupa paras yang x seberapa..redha lah dengan ketentuanNYA...

    BalasPadam
  3. Lebih mudah, sebelum uji bakat, catatkan, syarat utama calon, berat kurang daripada 50 kilogram, ayu bagi perempuan, berperwatakan keras bagi lelaki ... bla, bla, bla

    Lebih mudah, kan?

    BalasPadam
  4. Ye la..dia (Dang Suria) kurus...lawa..sesedap oren la dia kata orang...apakah ....!

    BalasPadam
  5. kalu cantik lawa tapi kaku sewaktu menjadi pengacara, tak ada maknanya jugak...

    personaliti tu penting sebenarnya bukan hanya sekadar paras rupa sahaja...

    BalasPadam
  6. eh.. dang suria tu pakai botox ke..? lain mcm je bibir dia.. kesian..

    BalasPadam
  7. Setuju. Sebaiknya cakap awal-awal inginkan yang 'cantik' dan 'handsome' sahaja..

    BalasPadam
  8. Salam bro. Hahah, i know you gonna write about this as I was telling myself, eh Mazidul pun gemuk gak, rambut pun takde, tapi charisma and romancing the camera tu lagi penting.

    And honestly, your adlib on camera is awesome! I can vouch on that. Kalau rupa ada, dok hafal skrip dan 9juta take pun tak guna gak. Ohh, pls add knowledge too.

    BalasPadam
  9. Apapun, Dang Suria memang tidak sepatutnya mengeluarkan komen sebegitu yang sudah tentunya sangat mengguris hati orang yang telibat. Banyak lagi cara yang lebih sopan boleh digunakan. Gemuk, hitam, tiada rupa, itu semua kejadian Allah. Sebagai manusia, siapalah kita untuk mengutuk atau menghina ciptaan Allah itu. Bayangkan jika terkena pada batang hidung sendiri.

    Apapun, Abang Mazidul Akmal Sidik dan Oprah Winfrey telah buktikan bahawa fizikal sebegitu juga mampu untuk berjaya dalam bidang pengacaraan.

    BalasPadam
  10. Bro Hazrey, congrats sebab blog terkenal diundi sebagai The Most Vocal Blog.

    Mission accomplished.

    Biarpun saya tidak sekacak Hazrey tetapi selama ini saya berasa amat selesa bekerja bersama awak bro.

    You're have both, intelligence and look (nanti masa mengambil anugerah, saya akan menjadi jurukamera awak).

    It is not too late for me to say that, right?

    BalasPadam
  11. Morase, macam artiste selalu cakap "No comment" :)

    BalasPadam
  12. Kalau hendak melihat saya kurus, sewaktu menonton Majalah 3 malam ini, sila pejamkan sebelah mata.

    BalasPadam
  13. cawan belapik piring.cakap biar beralas sopan.Dang suria timbang-timbang kan lah..

    BalasPadam
  14. mmg benar dang suria ada mengkritik peserta yg berbadan besat tu,sehingga gadis itu mengalir air mata..rasa kecewa sgt dgn kata2 dang suria tu

    BalasPadam
  15. Dang suria ingat dia cantik sgt ke? Especially after sutik botox kat bibir dia tu,dah pelik pulak rupanya. Elok2 muka dah ok(sedang2 aje k,cntik sgt tu idak le)dia mengubah ciptaan Nya pulak. Rasanya dia perasan sndri yg dia cntik kot???Dia perlu tgk cermin n tgk muka sndri dulu seblm ngata org.

    BalasPadam
  16. Setuju dengan MAS. Jika diletakkan Dang dengan satu rancangan dan MAS dengan satu rancangan dimasa yang sama, saya pilih MAS. Apa masalahnya? Cantik ke gemuk ke bukan persoalannya. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika harapkan cantik, slim, racangan macam T>A>I>K, sapa nak tengok. Sakit hati dengan komen macam tu. Kesian budak tu. Apa salahnya dia gemuk? Lepas tu kalau betul-betul dia berbakat, boleh groom.Setuju sangat-sangat dengan apa yang MAS katakan.

    BalasPadam
  17. Cun, pada hari ini, tetiba bangun esok, eksiden,,huhu,,
    Dalam sejarah Nabi Musa paling lazer, tapi ada kelebihan lain,,

    BalasPadam
  18. Tuan,

    sejak sekolah sy melihat tuan sbg pengacara MHI ms tu.Sbb sekolah sy dekat dan boleh bjlan kaki, sy boleh tonton MHI sbb nak tengok pengacara best mcm tuan dan mat cermin(aziz desa)ms tu..dua2 pun x kurus kan?begitu juga pengacara hebat mahadzir lokman.sy yakin dang suria x pernah mengecam kegemukkan sahabat2nya yg hebat semua ini.

    Ni saja nak naikkan rating on air kot.kalau realiti tv x kontroversi x de sape nk follow sangat.Huhu...

    BalasPadam
  19. saya baru berpeluang menonton 'ON AIR' petang semalam. Pada pendapat saya Dang Suria tak sepatutnya komen sebegitu..contoh 'awak tak hensem..suara awak tak sedap..awak gemuk..' .

    Semua itu anugerah Allah..sepatutnya dia memberi komen yang lebih membina. Sebelum ini pernah ke dia mengacara sesuatu program?..

    Bagi saya dia tak layak jadi juri jemputan...

    BalasPadam
  20. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?

    Saya sekeluarga menonton sesebuah program yang mempunyai pengantara di TV bukan sebab rupa & fizikal. Diulangi : Bukan sebab rupa & fizikal.

    Tidak pernah saya melihat suami melihat program yg diacarakan oleh Dang Suria sampai habis kerana "cantik betullah dia, program ni best sebab dia".

    Tetapi suami akan menonton program 360 sebelum ini, di mana pengantaranya adalah En. Mazidul sehingga tamat kerana pengisiannya & penyampaiannya yang 'sampai'. Tidak pernah terkeluar kata "macamana le si gundu, hitam lagi botak ni dpt masuk TV huh?"

    Anak perempuan saya tidak pernah kata Qi pengantara Jalan-jalan Cari Makan tu hensem giler, so trendy dgn seluar skinny sampai teringin dijadikan suami yg menyebabkan dia menonton program tu sampai ternganga & meleleh air liur tetapi akan menonton sampai habis kerana 'feel' Qi yang 'sampai' sewaktu mengacarakan program tersebut.

    Ya, TV itu sangat komersial sifatnya & memang benar manusia secara semulajadinya suka kpd semua benda yg memukau, cantik & molek. Tetapi fakta2 tersebut tidak boleh dijadikan alasan kukuh hingga mengabaikan hakikat yg tersirat.

    BalasPadam
  21. semalam saya tonton episod on air tu. kecewa sangat dengan apa yang dang suria perkatakan. and saya setuju dengan abang mazidul baik diorang letakkan kriteria cantik, selim melim, handsome, kurus, ayu semua tu siap2 kan. takde la buat orang yang takde kriteria2 tu kecewa sebab dikutuk di hadapan kamera.

    BalasPadam
  22. memang betul saya ade menonton rancangan tersebut. Tak patut kriteria seseorang itu ditentukan pada bentuk badan, warna kulit, bangsa, rupe bentuk etc. Kalau begitu kriterianya, eloklah disaring terlebih dahulu, jangan dah depan kamera baru nak cakap awak tak layak sebab kulit gelap, tak handsome, gemuk etc, etc.

    BalasPadam
  23. afdlin shauki..mahathir lokman..mazidul...name besar orgnya pun besar..memang best tgk jadi pengacara...peserta2 tu x dicuba dicungkil kita mane tau bakat dia org..tgk zmn skrg ni tren yg nak jadi pengacara muka jambu..blonde rambut..putih...alahai..bukak la mata masing2...yg dikutuk2 tu anugerah ALLAH...kira ok la diorg x ubah kejadian ALLAH..yg dah cantik x puas hati..nak cantik lagi...suntik itu ini la..

    BalasPadam
  24. Tak patut kriteria seseorang itu ditentukan pada bentuk badan, warna kulit, bangsa, rupe bentuk etc. Kalau begitu kriterianya, eloklah disaring terlebih dahulu, jangan dah depan kamera baru nak cakap awak tak layak sebab kulit gelap, tak handsome, gemuk etc, etc.

    BalasPadam
  25. mungkin insan tu tak hensem di mata dang suria, tapi di mata orang lain sebaliknya...yang penting ada keyakinan diri dan jgn lemah semangat dgn kutukan orang, teruskan perjuangan. Dang Suria itu hanya menjalankan tugas/tanggungjawab dia sahaja...

    BalasPadam
  26. hmm..kenapa org suka cemuh mereka yg berbadan besar ye? pelik betul manusia ni..

    BalasPadam
  27. Bro, saya pun gemuk dn hitam. Walaupun pernah tinggal dan bergelumang salji di utara USA, kulit saya maintain warna asal he he. Dang Suria boleh cakap begitu kalau dia interview bakal
    pilot atau stewardess. Saya pernah dpat ayat tu dari panel interview. Kami nak pilot kami bawah 70kg. Tak kisah gemuk atau kurus, yang penting bijak berbicara serta pandai menarik perhatian penonton. dang Suria tu pun akan gemuk satu hari nanti. Dulu pun kes dia bukan main lagi, beritanya sampai ke US. Malulah sikit.

    BalasPadam
  28. aduh!kenapa statement begini dang suria boleh keluarkan.tersentuh pengacara yg over 70kg disana.ha.haa.apapun ni semua anugerah Allah.terimalah seadanya.Vokal bukan sekadar rupa! :-)

    BalasPadam
  29. Yang penting bakat dan kebolehan..mempunyai personaliti yang menarik.

    BalasPadam
  30. Kecantikan anugerah Allah,
    Di takdirkan Allah swt tarik balik apa yg kita ada masa tu baru kita rasa...

    Saya pun pernah dihina dan dipandang serong oleh masyarakat kerana berpenyakit kanser dan ada 3 org anak istimewa..

    Saya faham perasaan org yg gemuk ni
    Saya pun gemuk jugak!!

    BalasPadam
  31. slm..pd pndapat saya Dang Suria sepatutnya berhati2 bila berkata2 bimbang takut org2 yg kecewa dan rase terhina dgn kata-katanya itu mendoakan yang bukan2 untuk dia(Dang Suria) kelak..Maklumlah ALLAH mendengar doa org2 yang teraniaya kerana dihina ni..Hati org kita tak tahu kan,..

    BalasPadam
  32. Walaupun Dang Suria cantik. . . . Tapi, dia bukanlah wartawan POPULAR. Dia tak ada pun rancangan dia sendiri. . . . Owh SEDIH lah

    BalasPadam
  33. Tak apa....saya suka abg Mazudul walaupun gemuk...tapi saya tak suka Dang Suria walaupun 'kurus'

    BalasPadam
  34. sy pon gemuk! ishh xpatut dia ckp mcm tuh! x sygkan mulut tu...

    BalasPadam
  35. br berkesempatan tgk ulangan on air baru ni... mmg lgsung tak berlapik mulut dang suria ni... kalau aku jadi org kena kutuk tu.. aku jwb jer... biar sy tak lawa dr saya lawa plastik mcm ko... cakap pun nmpak mulut keras... (geraaammm)

    BalasPadam
  36. For the record, sebelum ini tak pernah dengar pun nama Dang Suria ni. Mungkin this is another cheap publicity stunt by her untuk melonjakkan nama sendiri: dengan mengutuk orang lain.

    Mengeluarkan kata kata sebegitu hanya akan membuatkan orang berbadan besar dan berkulit hitam manis ini lebih menimbulkan perasaan low self esteem secara majoriti.

    Kalau diambil orang berbadan besar, tidak lawa, hitam manis ini sudah pastinya akan menjadi satu taktik yg bijak dan menimbulkan positivity kepada mereka yang lain.

    Kalau takut mereka ini dihina dan dicemuh suatu hari nanti sebab gemok, hodoh, hitam, maka sediakan lah mereka secara psikologi untuk dijadikan contoh kepada yang lain.

    Satu publicity stunt yang murah daripada Dang Suria utk menaikkan rating program dan dirinya sendiri.

    Pffttt!!!

    BalasPadam
  37. Dang Suria???? irrelevent!!

    Kejayaan : Nil
    Anugerah : Nil
    Program TV Terhanggat: Nil
    Botox : YES!!
    Lawa : Boleh Tahan
    IQ : Boleh la
    Jumlah Peminat : hahahahah rasa-rasa Pengacara GEMUK macam Brader Mazidul lagi ramai

    BalasPadam
  38. SMTI...org kata ckp siang pandang2...ckp mlm dengar2...agak2 Dang Suria tuh x dgr atau x pandang?...jawapan klise.."no comment"..hehe...

    BalasPadam
  39. lawa sgt ker Dang Suria tu? Saper dia nk kutuk2 kejadian Allah? Dia jgn lupa kecantikan tak kekal, lambat laun kulit dia pun akan berkerepot. Awasi la tutur kata kita krn Rasullullah ada bersabda ramai manausia yg masuk neraka krn tidak menajda lidah...nauzubillahiminzalik. Salah pd Allah boleh bertaubat, salah dgn manusia, kena minta maaf pd org berkenaan

    BalasPadam
  40. 1: Biar buruk hodoh gemuk itam kurang rambut - asalkan ASLI ciptaan Tuhan

    2: Kalo rancangan tersebut hanya nak yg ensem cantik putih kacak kurus - mungkin tajuk program wajar ditukar ke PENCARIAN RATU CANTIK/RAJA KACAK

    3: Dalam Islam ada ajaran cara menegur dgn halus - seandainya ditegur scra terus itu mendidik, tapi seandainya ditegur dihadapan manusia lain itu mengAIBkan

    4: Satu telunjuk menunding, 4 jari yang lain hala kemana sayang? Soalan ini buat DSZ

    BalasPadam
  41. sangat setuju dengan semua yang diatas...sy slh seorang pesrta yg diujibakat..tapi bukan dengan dang suria, dengan wan zaleha....citaan ALLAH jgn diperkatakan, nilai pada bakat, kalau ada ckp ada, kalau xda,,,bg tau xda, jgn alasan lain ditimbulkan.

    BalasPadam
  42. salam bro mazidul...pada saya mmg saya tak setuju dgn kenyataan dang suria...dan say sendiri tgk siaran pada mlm tu...terkejut beruk dibuatnya...bila keluar kenyataan begitu...pada saya biar gemuk dan tidak begitu hensem mahupun cantik...janji kita tetap bersyukur dan tidak pernah mengubah kejadia Allah seperti sesetengah Manusia yg kurang peka pada kehendak agama...Dan saudara Mazidul sendiri contoh terbaik bukan rupa paras menjadi ukuran tetapi bakat dan keihlasan adalah segala dalam kita menjalankan kerja kita...Insyaalah segala urusan akan dimudahkan jika kita ikhlas kerana Allah...

    BalasPadam
  43. Bagi saya, Kenyataan dia "saya tidak mahu penonton akan tukar channel bila melihat "Si polan" mengacara sesuatu program" adalah tidak setuju sama sekali. Dan bagi saja dia adalah hamba ALLAH yang tidak pernah tahu mensyukuri nikmat dan memelihara setiap inci pinjaman dunia dia terhadap ALLAH s.w.t

    Kita boleh lihat sendiri setiap inci ciptaan ALLAH yang telah dia ubah. Siapakah beliau untuk menukar setiap ciptaan ALLAH. Tak takutkah beliau dengan azab neraka yang bakal menunggu di akhirat kelak, kurang didikan agama kah beliau?

    Jangan pernah nak menilai seseorang jika diri sendiri kita tak pandai nak nilai. Biarlah ALLAH tentukan hala tuju beliau dalam mengejar kecantikan duniawi.

    BalasPadam
  44. akhirnye,dpt sy membaca entry abg mazidul yg best..

    BalasPadam
  45. Komen Dang Suria mmg kasar, tapi ada kebenarannya. Masyarakat tak kisah sangat kalau pengacara lelaki gemuk/tak hensem etc., tapi bila pengacara perempuan, banyak benda yang nak di kritik. Lumrah manusia. Lagipun, tak salah kalau disuruh kuruskan badan, bagi faedah untuk kesihatan jugak.

    BalasPadam
  46. Apo la mak cik tuh. Dok kutuk Ciptaan Allah s.w.t. x ingat mati ke? hmmmm.

    Contestent mcm adik2?....yg sebelah dia tu...hmmmmm no komen.

    BalasPadam
  47. sy mmg tgk rancangan ni...dr episod pertama...

    bukan setakat komplen org gemuk je, yg lelaki pun ada juga yg 'kena'..."awk tk hensem / tk cukup hensem"...

    sy rasa, istilah 'kritikan membina' tk ada dlm kamus minda dang suria...

    BalasPadam
  48. Salam tuan Mazidul, sejak dari dulu lagi saya jarang terlepas menonton program bersama mazidul, memang saya minat rancangan ini, dengan suara mazidul yang power...ok bah tubuh gemuk bukan jadi ukuran ..

    BalasPadam
  49. Salam mazidul, i kenal u since kita dkt itm pahang, satu kelas public speaking.....masa tu kita sama2 terlibat ngan aktiviti kampus dan dah tahu u mmg berbakat besar walaupun u belajar bidang komputer....langsung tak terfikir pasal badan besar ni tak leh jadi pengacara selain nampak ur talent je...yg penting u mmg pandai bercakap n sentiasa up-to-date....x kisah apa org ckp, just lenkali dia orang patut hati2 bila bercakap sehingga memperkecilkan hati orang lain.....all d best to you...

    BalasPadam
  50. masa saye tgk pun, terus terpk, abes tu mazidul akmal tu tak menepati kriteria dang suria, camne? camne boleh jadi wartawan hebat?

    sori la. cun kurus itu bonus. tapi kalau takde otak, or ada otak, tapi tak berfikiran kreatif, tetap tak boleh jadi wartawan / pengacara yang bagus.

    BalasPadam
  51. Iya memang betul Dang Suria berkata begitu...Mungkin next time kena tulis antara kriteria yang dinginkan "kurus, putih gebu"...

    BalasPadam
  52. Siapa kata MAS (Mazidul Akmal Sidek) tak hensem?! Hensem macho apa?! Cantik atau buruk seseorang bersifat sangat subjektif hokeyy???

    BalasPadam
  53. masa kerja dulu, ada jumpa dang suria few times during assignment. dia cerita dia akan berenti jadi reporter. tanya dia buat apa? "nothing to do with journalism," she said.

    lepas tu, saya yang tau i've seen her somewhere, tapi tak ingat nama, tanya nama dia. muka dia tiba2 pelik tengok saya, dan dia bagitau, "dang suria".

    only remembered who she is after i reached office. LOL. >_<

    BalasPadam
  54. Karam Singh Walia tidak lah sekacak mana, jauh sekali kurus.. tapi entah kenapa saya tetap suka melihat dia di kaca TV. Kadang tertunggu bila lama tak keluar di kaca TV... Kalau ada pun di ruang Buletin Utama dgn scopenya..

    Benar kata Mazidul.. bakat yang akan memancing mata penonton. Maaflah saya tidak pernah ingat Dang Suria sebagai host.. Tidak melekat di minda saya.. Malah tertanya2 program apa yg di hostkan oleh nya sebaik sahaja melihat episod On Air.. Niat yang baik tapi kalau dilunaskan dgn cara yg kurang berhemah rasanya kurang manis. Apatah lagi dari seorang juri yang dianggap sangat profesional. Seharusnya komen yg diberi lebih berlapik.

    Pada saya tidak perlu cakap org tu tidak hensem sebagainya. Cukup lah berlapik adik tak punya personaliti.. adik tak ada factor x lah dik...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.