Sabtu, Jun 30, 2012

HIMPUNAN KISAH CHINA DOLLS DILENGKAPI VIDEO KLIP (18SX)


Pelacuran, kerjaya tertua di dunia. 

Malaysia juga tidak mampu lari daripada gejala kegiatan pelacuran. Di tahun 80 an, majoriti pelacur asing menawarkan khidmat seks di negara ini berasal dari Indonesia. Antara faktor pendorong utama, jarak dekat di antara dua negara. Pada masa sama, waktu itu Malaysia mula dibanjiri oleh rakyat Indonesia, berhijrah ke negara ini secara sah atau sebaliknya untuk mencari rezeki. Tidak dapat dinafikan sekaligus mereka membawa bersama pakej 'lonte'.

'Lonte' bermaksud pelacur dalam Bahasa Indonesia.


Baca kisah lonte di Pulau Batam, klik di sini.

Lebih 20 tahun lalu, pelacur lazimnya ditempatkan di premis diketahui umum dan dilanggan dengan bayaran berkadaran. Pada waktu itu sebilangan kongsi pekerja binaan juga dilapor menyediakan tubuh montok untuk diperdagangkan, dengan harga lebih murah, berkadaran dengan pendapatan harian diraih oleh buruh binaan.

Kini pelacur dari Indonesia tidak lagi begitu dipandang dek majoriti pelanggan pelbagai bangsa.

Buktinya, mengikut statistik dicatatkan oleh Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 Bukit Aman, di antara awal Januari dan 15 Februari 2012, 177 pelacur Indonesia diberkas.

Pelacur dari China jelas mendominasi jumlah tangkapan, 653 berbanding Vietnam (367), Thailand (300), Filipina (55), Uzbekistan (19),  Myanmar (14), Monggolia (6), Kemboja (10), Bangladesh (9), Nigeria (4), Sri Langka (4) dan India (1).

Jumlah keseluruhan tangkapan di seluruh negara dalam tempoh 90 hari itu,  1,619.

Pelacur dari China, lebih dikenali sebagai China Dolls atau PRC, Vietnam dan negara Timur Tengah lebih menonjol. Andai diperhatikan, modus operandi mereka juga sudah jauh berubah. Dahulu, contohnya, pelanggan berkunjung ke red light districts seperti di Chow Kit dan Brickfileds, Kuala Lumpur untuk mencari pelacur, kini mereka hanya perlu ke premis pelacuran bertopengkan rumah urut dilengkapi alat penghawa dingin.



Untuk rekod, pelacur China didapati menduduki statistik teratas dalam tiga tahun berturut-turut, tahun 2009 (5,753), 2010 (6,378) dan 2011 (5,922).

Sumber, klik di sini.

Purata tangkapan, 6,018 setahun.

Jika dijumlahkan, dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini,  18,053 China Dolls diberkas oleh pihak berkuasa.

Mengambil kira lebih 6,000 pelacur China diberkas  setahun, dijangkakan jumlah tangkapan pelacur dari Negara Tembok Besar di penghujung tahun ini mampu mencecah 24,071.


Sehingga kini sebilangan restoran di bandaraya Kuala Lumpur masih menjadi tumpuan China Dolls menawarkan khidmat seks.

Mereka bergerak lebih bebas sambil menggoda pelanggan di kawasan terbuka.

Tonton 2 klip video di bawah, pelacur China dicekup di Jalan Pudu.



"Lima puluh ringgit! Kongkek! (melakukan hubungan seks)"

Barangkali itu sahaja kenyataan berbahasa Melayu mereka ketahui dan fahami.

Take a break!

Warga Bangladesh di bawah, saya rakamkan marah kerana gambarnya direkodkan ketika melanggan pelacur di Brickfields.


"Sudah 'main' ke?," soal saya.

"Belum lagi, polis sudah mari," balasnya.

Kita sambung kembali ...

Sebelum ini, pelacur berasal dari Republik Rakyat China, PRC, diletakkan di dalam akuarium, ditahan oleh pihak polis di Jalan Kuchai Lama.


Kaedah sama diamalkan di Thailand.

Sewaktu mengendalikan program 999, saya dan beberapa wartawan menyertai serbuan bersama pegawai dan anggota D7 Petaling Jaya di Sunway Mentari.  Seorang daripada pelacur ditangkap dalam keadaan berbogel.

Bulu berserabut.

Untuk rekod, maklumat berhubung lokasi serbuan disalurkan oleh 999 berpandukan kepada aduan dikemukakan oleh penonton.


Klik di sini untuk membaca entri nukilan saya berhubung operasi sama.

Operasi rumah urut di kawasan terbabit juga didapati membabitkan gadis warga China.


China Dolls juga didapati terbabit sebagai penari tiang.


Selain daripada modus operandi itu, sindiket pelacuran kini juga memaparkan maklumat butiran pelacur menggunakan laman web.

Saya mempunyai rakaman audio, temubual bersama bapa ayam, dia menerangkan cara terperinci kaedah bagaimana jika pelanggan ingin mendapatkan khidmat seks dari pelacur PRC di Kepong, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan USJ, Selangor. Namun biarlah saya simpan terlebih dahulu sebelum didedahkan di sini.

Dimaklumkan, pelacur PRC berharga di antara RM170 dan RM180 untuk satu sesi perhubungan seks manakala untuk perkhidmatan over night, di antara jam 2 dan 6 pagi, RM600.

Sabar ya!

Buat sementara waktu, klik di sini.

Jumaat, Jun 29, 2012

WARGA AFRIKA MENJADIKAN WANITA TEMPATAN KUNTA KINTE



Sebelum ini berulang kali warga Afrika dilaporkan menggunakan kepakaran mereka memikat gadis tempatan dan kemudian dijebak dalam kegiatan penipuan melalui laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Yahoo Mesengger.

Melalui laporan terdahulu, saya mendapati warga Afrika terutama mereka berasal dari Nigeria memperdayakan gadis Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Majoriti daripada mangsa, gadis gemuk, berpunggung besar dan kesunyian kerana tidak diberikan perhatian oleh lelaki tempatan. Berikutan itu,  lelaki warga Afrika, lazimnya mengamalkan sikap membujur lalu melintang patah akan mendekati dan membuatkan gadis tergolong dalam kategori terbabit berasa disayangi. Mereka dipuji, dibelai dan dimandikan dengan pelbagai bentuk kemewahan di peringkat awal.


Tidak disangkal sebilangan wanita tempatan bersuamikan lelaki Afrika hidup bahagia bersama pasangan mereka. Pun begitu, lumrahnya suami mereka sedikit sebanyak cuba mengintai ruang dan peluang untuk mencari rezeki menggunakan nama wanita dikahwini secara sah di negara ini. Contohnya, nama isteri diguna untuk mendaftarkan pelbagai jenis perniagaan dan kemudian diusahakan oleh mereka sebagai suami. 

Pembaca berusia lewat 30 an ke atas barangkali pernah menonton wajah lelaki di bawah melalui televisyen hitam putih di era 70 an.


Namanya, Kunta Kinte. 

Di dalam siri televisyen diadaptasikan daripada novel, 'Roots : The Saga of an American Family', tulisan Alex Haley. Kunta Kinte diculik dari Gambia, Afrika Barat, kemudian dibawa menaiki kapal laut ke Amerika Selatan dan dijadikan hamba abdi.


Klik di sini, jika ingin mengetahui kisah lebih terperinci berhubung Kunta Kinte.

Masih segar di ingatan, 40 tahun lalu, sambil bersila di atas simen sejuk sewaktu menonton televisyen di Estet Kampung Sungai Bil menggunakan sumber bekalan elektrik daripada bateri kereta, saya mengalirkan airmata.  Terlalu sedih melihat betapa kejam layanan rakyat berkulit putih terhadap Kunta Kinte dan keluarganya.

Siri perhambaan warga berkulit hitam itu menjadi sebahagian daripada kenangan amat sukar dilupakan sehingga ke saat ini.

Cuma kini saya berasa bertambah sedih akibat sebilangan warga Afrika tinggal secara tidak sah di negara kita didapati menjadikan wanita Malaysia sebagai Kunta Kinte mereka. Isteri warga Afrika, diperhambakan menjadi keldai dadah.

Wanita terbabit juga digunakan untuk memancing lebih ramai gadis muda untuk dijadikan penyeludup dadah ke negara luar.

Klik di sini untuk membaca laporan berhubung kes terbabit.

Tonton juga sedutan program Crime Watch Singapura ini.


Jika kawasan di sekitar rumah pembaca, dibanjiri oleh warga Afrika, sila rakamkan gambar mereka (secara selamat) dan hantarkan ke emel saya, mazidulakmal@yahoo.com agar dapat dikongsikan bersama pembaca lain dan pihak berkuasa.

Lazimnya mereka ramai tinggal di Lembah Klang dan di Nilai, Negeri Sembilan.

Di daerah dan negeri lain?

Tidak pula pernah saya terlihat kelibat warga sama di Sabah dan Sarawak.

HEBAHKAN

Khamis, Jun 28, 2012

POLIS INGIN MENGHUBUNGI LELAKI INI

Kereta Toyota Harrier di bawah telah dilarikan oleh jockey di Jalan Doraisamy, kira-kira jam 2 pagi 21 Jun lalu. Laporan polis telah dibuat oleh mangsa, 37 tahun di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.


Nombor pendaftaran kenderaan di atas WJR 5060.

Perincian kes saya nukilkan di sini seperti dimaklumkan oleh mangsa.

Mangsa telah mendapatkan kebenaran Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Tun H.S Lee untuk wajah lelaki terbabit dimuatkan di blog ini.

Berikutan itu, pihak polis sedang cuba untuk menghubungi, Sulaiman Kassim beralamat di Melaka. Dua hari lalu dia dilaporkan dilihat berada di Tesco Kuala Selangor, Selangor.


Jika terserempak dengan dia, sila hubungi Min di talian 017 599 6331 atau balai polis berhampiran.

PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BIL BEBAS BIL BAYARAN TELEFON BIMBIT DAN TELEFON RUMAH

Ya, tajuk di atas adalah FAKTA. 

Setiap kali pulang ke kampung halaman, pasti bil harian telefon bimbit saya kosong. zero, nil, begitu juga semua pelancong sudi berkunjung untuk berkelah bersama keluarga mereka di kampung Sungai Bil.

Mana mungkin syarikat operator telefon mengenakan caj sedangkan tiada signal untuk telefon bimbit. 

'Barangkali pihak tertentu risau beban bil bayaran penggunaannya nanti kepada penduduk2 di sana. Masakan tidak bila nama sungainya pun Sungai Bil :)'

Terusik saya dengan gurauan sinis dilontarkan oleh penganalisis jenayah terkemukan, Kamal fnd Hashim di ruang komen entri sebelum ini.

Penduduk Sungai Bil bukan golongan kaya biarpun mungkin sebilangan anak mereka sudah berjaya dan hidup selesa di Kuala Lumpur.

Bayangkan ...

"Tolong maklumkan kepada penduduk Sungai Bil, saya akan datang berkempen (untuk Pilihan Raya ke-13) dalam tempoh sejam lagi dari sekarang," arah calon Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.

... tidak kisah samada mereka berstatus 'datuk' atau tidak, tiada bezanya.

"Maaf Datuk, kampung Sungai Bil tidak ada kemudahan telekomunikasi. Hmmmmm ... maksud saya tiada kemudahan telefon rumah atau signal telefon bimbit. Jadi saya terpaksa memandu kereta ke sana terlebih dahulu untuk memaklumkan penduduk kampung mengenai kehadiran Datuk," balas pembantu peribadi mereka.

"Sejak bila tiada kemudahan telefon?," tanya calon, porak porak hairan.

"Sudah berkurun," balas pembantu.

"Yakin sudah berkurun?," tanya calon lagi untuk kepastian sudah terserlah.

"Saya yakin 100%, BERKURUN," jawab pembantu sambil tersenyum.

Situasi itu bakal dihadapi oleh semua calon Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, PAS atau DAP, jika calon mereka ingin berkempen di kampung kelahiran saya.

Andai sewaktu berkempen di kampung sama, malang menimpa, calon diserang sakit jantung (moga dijauhkan), usah bermimpi untuk menghubungi ambulan menggunakan telefon. Campakkan sahaja semua telefon bimbit ke sungai mengalir jernih dan sejuk tanpa mengenal jenis alat komunikasi terbabit kerana pasti tidak mampu digunakan. 

Sila beramai-ramai mengangkat calon dan bawa beliau dengan kadar segera menaiki kereta melalui jalan berbengkang-bengkok bak ular dipalu ke hospital di Slim River atau Tanjung Malim untuk dirawat, jika sempat.

Untuk rekod, setakat ini  Sungai Bil telah melahirkan individu bergelar 'datuk', jurutera, guru, pekerja kilang, kakitangan kerajaan dan swasta.

... dan saya, blogger cabuk, suara masih tidak didengari.

Namun tidak mengapa, saya percaya, sedangkan batu lagikan lekuk jika terkena titisan air berulang kali, inikan pula manusia bergelar pemimpin. Mereka semua mempunyai telinga dan otak untuk berfikir, lagipun bukan sebarangan orang. Mereka insan terpilih bak khalifah. Cuma barangkali mulut mereka belum terbuka dan hati mereka tidak digerakkan oleh Allah untuk mengajukan masalah asas dikemukakan oleh rakyat.

... biarpun mereka digelar 'WAKIL RAKYAT', dilantik oleh rakyat secara sah dan bersetuju untuk memikul tanggungjawab diterima secara sukarela.


Saya tidak pernah meminta pemimpin terkini di kampung, daerah dan kawasan parlimen untuk mengangkat cangkul, membanting tulang empat kerat untuk menaikkan pencawang telefon di kampung Sungai Bil, seperti saya nukilkan dalam entri terdahulu. Berhubunglah dengan pihak berkuasa dan gunakan KUASA dan SUARA sebagai wakil rakyat untuk membantu rakyat sebelum ini bersungguh-sungguh memilih dan mengundi pemimpin mereka.

Ok YB?

Jika YB belum berpeluang membaca entri 'Tampalan Khas Untuk Perdana Menteri', sila klik di sini.

Saya telah menghantar beberapa mesej melalui Tweeter kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengemukakan isu sama.

Jika pihak lain sudi melaksanakan tindakan susulan, masakan saya perlu bertindak sebegitu.

JIKA PEMBACA MENYOKONG ISU DIBANGKITKAN DALAM ENTRI INI, SILA KONGSIKAN DI FACEBOOK, BIAR DIBACA DEK PEMIMPIN BERKAITAN.

SAYA SEDIH SETIAP KALI MELIHAT SAMSUNG GALAXY TAB, BLACKBERRY DAN TELEFON BIMBIT

Awal tahun ini saya memohon Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim 'membantu' orang kampung saya.

Mengapa?

Sedang negara membangun dengan pesat, kampung saya masih ketinggalan dari aspek kemudahan telekomunikasi. Hingga ke hari ini tiada kemudahan telefon di rumah, apatah lagi signal untuk telefon bimbit. 

Tiada Celcom, tiada Digi dan tiada Maxis.

Terlalu jauh berbanding kemudahan dikecapi oleh penduduk Jelebu dan Kampung Gagu di Negeri Sembilan.

Memang saya akui, siapalah penduduk kampung Sungai Bil berbanding menteri. Apapun Datuk Seri Rais tidak perlu melawat kampung saya kerana jauh di pedalaman tetapi mencukupi sekiranya beliau membisikkan kepada pegawai di kementerian diterajui untuk meminta syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia ini  menjenguk ke kampung saya.

Sukar sungguhkah untuk mendirikan pencawang? Sedangkan di kampung lebih 'hulu', pencawang terpacak megah.

Klik di sini untuk melihat kemudahan telekomunikasi di bandar kelahiran menteri terbabit ketika saya ziarahi.

Sebilangan penduduk kampung Sungai Bil semakin tua, tanpa kemudahan telefon, jika berlaku kecemasan, sukar untuk menghubungi hospital terdekat di Tanjung Malim atau Slim River, berjarak lebih 17 kilometer.

Sungai Bil juga dikenali sebagai lokasi pelancong bermandi-manda di hujung minggu, klik di sini, tanpa telefon bimbit menyukarkan komunikasi mereka.

Dalam erti kata lain, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Tab, Blackberry atau semua jenis telefon bimbit tidak berfungsi di Sungai Bil.



Saya percaya majoriti penduduk kampung, penyokong Barisan Nasional tetapi sehingga kini semua luahan  berhubung kemudahan telekomunikasi tidak dilayan.

Menteri Besar bersilih ganti tetapi masalah dihadapi penduduk masih lagi sama, baik di bawah pemerintahan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri?

Cubalah minta mereka menghubungi penduduk Sungai Bil menggunakan telefon bimbit atau pejabat. Pasti kedua mereka menggelengkan kepala berulang kali, tiada nada dering berikutan ketiadaan signal dan talian telefon di rumah. 

Kami tidak memohon bulan dan bintang dari pihak kementerian, cuma hak untuk diberikan kemudahan asas seperti dikecapi oleh majoriti rakyat lain di Malaysia.

Setakat ini nampaknya, keperluan asas telekomunikasi penduduk kampung, juga rakyat Malaysia, jelas TIDAK didahulukan. Namun saya percaya menjelang kempen pilihan raya kelak, barangkali suara mereka bakal didengar oleh wakil parti bertanding.

Sesetengah pihak menjangka, Pilihan Raya ke-13 bakal berlangsung pada bulan Disember, usah sampai semua penduduk kampung berubah hati.

Itu pandangan peribadi saya.

Rabu, Jun 27, 2012

ZED ZAIDI PROPA - PENCINTA TVET

Ramai barangkali tahu, Datuk Aziz Sattar dimasukkan ke hospital. 

Akhar melaporkan, lawatan Presiden Seniman, Zed Zaidi, ditolak oleh keluarga beliau dan pihak hospital tidak membenarkan media merakamkan gambar.

Sebenarnya, jika keluarga Datuk Aziz membenarkan gambar seniman itu dirakamkan,  tiada masalah. Pihak hospital tidak mempunyai kuasa untuk menghalang selagi tidak menceroboh privacy pesakit lain.

Baca entri ini sebagai rujukan.

Sewaktu meneliti komen di ruang menceritakan kisah Datuk Aziz dan Zed Zaidi, saya terbaca beberapa komen menarik untuk diberikan perhatian.

Berikut komen dilontarkan pembaca. Saya tidak mengenali dia kerana jarang benar bercampur dengan golongan artis atau keluarga di Malaysia ini.

Sila klik imej untuk memperjelaskan komen terbabit.


Ini pula pandangan tidak berbentuk provokasi dicatatkan.


Komen di bawah barangkali perlu dianalisa.


Banyak lagi komen lain, klik di sini.

GAMBAR INI MEMANG GANJIL (UPDATED)

Sebelum ini beberapa kali saya pamerkan gambar pegun entiti paranormal dirakamkan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pembaca setia blog ini atau blog Penyingkap Fakta pastinya pernah melihat gambar dirakamkan pada 1 Oktober 2011 di bawah.


Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin Zainal berada di tempat tinggi semasa gambar di atas dirakamkan. Lebih tepat lagi, rujuk lokasi kru 666 di bawah berdiri.


Manakala entiti terbabit direkodkan secara rawak, berada di kawasan bersimen di bawah. Selepas gambar  dirakamkan, beberapa kru 666 membuat tinjauan di kawasan sama dan tidak menemui sebarang entiti ganjil.


Sewaktu kamera digital diangkat oleh Ustaz Zaharudin dan gambar dirakamkan, entiti itu hanya berjaya direkodkan pada paras bahu sahaja. Maksudnya, entiti kelihatan seperti mawas itu dipercayai lebih tinggi atau berada dalam keadaan terapung.

Setelah meneliti semula beberapa gambar dirakamkan itu, saya menemui fakta saya anggap menarik.

Berikut gambar direkodkan pada 22:03:03 dan tidak pernah dipaparkan di blog ini.


Gambar di bawah direkodkan tepat pada 22:03:15, perbezaan waktu, 00:00:12.


Maksudnya, entiti itu mengambil masa beberapa milisaat untuk membentuk dan kemudian dirakamkan di hadapan Ustaz Zaharuddin biarpun tidak mampu dilihat menggunakan mata kasar.

Saya percaya gambar terbabit sukar dirakamkan dan amat ganjil.

Sila baca nukilan awal saya sewaktu tinjauan kami di lokasi itu, klik di sini.

Kepada pembaca baru blog ini, sila klik di sini untuk melihat hasil rakaman entiti terapung di Highland Towers direkodkan  pada tengah malam 2 Julai 2011.

Berikut komen Al-hafiz Ustaz Zaharuddin di Facebook beliau berhubung gambar dirakamkan.


Selasa, Jun 26, 2012

KERETA DILARIKAN JOCKEY

"Bang kereta Harrier saya hilang?," kata 'Hassan'.

"Hilang di mana?," soal saya kepada rakan berusia 38 tahun itu.

"Saya pergi makan dengan beberapa kawan di gerai Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Saya serahkan kunci kepada jockey di sekitar jam 2 pagi. Sejam kemudian pengurus jockey menghubungi saya, dia kata kereta saya hilang," tambahnya lagi.

"Siapa larikan?," tanya saya lagi.

"Kes ini berlaku pagi hari Khamis lalu, 21 Jun. Petang Rabu kenalan lama pengurus itu datang bersama isteri dan anak-anak, meminta kerja. Berasa amat simpati, dia pun menerima suspek, berusia lingkungan 30 an bertugas memakirkan kereta pada malam itu. Suspek datang dengan kawan dia. Sebelum melarikan kereta bernombor pendaftaran WJR 5060, berwarna coklat metalik dan mempunyai sport rims berwarna keemasan, dia sempat menghantar kawan dia balik ke Pandan Perdana menaiki kereta dilarikan itu," balasnya.

"Nama suspek, alamat rumah dia, dapat?," tanya saya.

"Dapat, nama dia Sulaiman xxxxxx, nombor telefon dia 019 302 xxxx dan rumah mertua dia di Taman Seri Jaya, Tanjung Karang, Selangor. Masa berjumpa dengan Pegawai Penyiasat pagi kenderaan itu hilang, di hadapan dia saya menghubungi suspek dan menyamar.  Dia menjawab panggilan dan berkata saya tersalah mendial nombor," terang Hassan.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pagi sama.

"Kerana Pegawai Penyiasat belum mengambil kenyataan saya, saya dan rakan pergi sendiri ke rumah mertua suspek dan merakamkan gambar," jelasnya.

Selepas 4 hari kejadian, petang semalam, saya menemankan Hassan bertemu Pegawai Penyiasat, berpangkat Inspektor untuk dia mengambil keterangan bertulis di Balai Polis Tun H.S Lee.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi menjamin siasatan dan tindakan untuk mengesan pencuri kereta terbabit dilaksanakan dengan kadar segera.

"Fakta paling menarik, saya difahamkan oleh kenalan suspek, dia baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor kira-kira 2 minggu lalu," ujar Hassan.

Saya amat yakin, suspek akan diberkas dalam jangka waktu terdekat. Semoga kenderaan rakan saya itu ditemui dalam keadaan sempurna.

Untuk rekod, pada jam 1.10 pagi tadi, Hassan menghantar gambar suspek kepada saya, lelaki kurus dan bermisai. Sekiranya pihak polis gagal mengesan suspek terbabit, InsyaAllah saya akan paparkan wajahnya di blog ini.

Cuma ingin saya ingatkan, kepada pembaca sering menggunakan khidmat valet parking, berhati-hatilah.

Sebilangan pekerja bak musang berbulu ayam. Jangan sesekali meninggal kan barangan berharga di dalam kenderaan.

Isnin, Jun 25, 2012

JIKA TIDAK BERSELERA MAKAN SILA BACA DAN TONTON KLIP VIDEO DI ENTRI INI

"Makanlah, ini sahaja ada untuk hari ini. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya Allah memberikan kita rezeki," ujar ibu.

Barangkali sebilangan kita pernah mendengar kenyataan itu sewaktu kecil. Ketika itu mungkin kita hanya makan nasi putih berlaukkan ikan masin dan kicap pekat sahaja.

Saya dibesarkan di kampung dan pernah makan hidangan sebegitu di rumah jiran. Namun selera tidak pernah terbantut kerana kemeriahan makan bersama 10 anak jiran terbabit. 

Makan di atas lantai buluh, berpinggan ayan.

Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu.

Makanan anak sekarang mewah. Mereka dihidangkan ayam, daging dan pelbagai jenis ikan.

Apapun kita semua sebenarnya amat bertuah samada makan ikan masin atau lauk lain berbanding mereka tinggal di Haiti. Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan 'mud cookies' atau biskut tanah liat.

Bisku sama juga digelar 'dirt cookies'.

Lihat lidah anak kecil di bawah selepas memakan mud cookies di negara termiskin di hemisfera barat. Dilaporkan biarpun biskut dicampur garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran, rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama.


Tonton bagaimana mud cookies diperbuat.


Selepas menonton klip video di bawah, kita semua seharusnya berasa bersyukur dengan pelbagai makanan dihidangkan di atas meja setiap hari.

Sekaligus hargailah keamanan dan kemakmuran dikecapi di negara kita ini berbanding negara dilanda krisis politik dan gempa bumi itu.


Sila kongsikan kandungan entri ini bersama anak, agar mereka semua lebih menghargai  juadah kita sediakan setiap hari.

HEBAHKAN

MAMA KUKU BUNGKUS

Petang semalam, saya kembali ke Desa Aman Puri, kawasan sebelum ini dibanjiri oleh warga Afrika. Lazimnya di petang Ahad, mereka berkumpul di kawasan perumahan samada di ruang parkir kenderaaan atau di restoran berhampiran.

Selepas penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menyerbu dua premis perniagaan diusahakan warga Afrika 2 hari lalu, kelibat warga terbabit sukar dilihat.

Berikut gambar gerai 'Mama Kuku ' dipercayai milik warga Afrika, saya rakamkan pada hari Rabu, 20 Jun lalu.


Di bawah, 3 gambar saya rekodkan petang semalam.


Mama Kuku sudah bungkus, diberhentikan operasi dan papan tanda gerai juga telah ditanggalkan.

Jika sejak mula gerai terbabit beroperasi menggunakan lesen perniagaan dan pekerja sah, mengapakah gerai perlu ditutup?

Justeru benar dakwaan orang ramai, sebilangan warga Afrika bukan sahaja berani tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah, malah mencuba untuk mencari rezeki secara haram. 

Pada awalnya agak ganjil apabila saya melihat gerai warga Afrika itu beroperasi di tengah deretan gerai diusahakan oleh peniaga Cina.


Namun mengetahui kelebihan warga Afrika mengungkapkan kata kata manis dan mampu menjanjikan bulan dan bintang, kejadian itu saya anggap biasa. 

Jika tidak masakan mereka berupaya memikat pasangan gadis tempatan pelbagai bangsa hanya menggunakan air liur sahaja. Setelah diperdaya, teman wanita mereka dibogelkan, diratah dan kemudian ditipu, terjerumus dalam kegiatan penipuan menggunakan internet.

Dalam perjalanan pulang dari Desa Aman Puri, saya singgah di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Sebelum ini warga Afrika saya lihat sering berkumpul di restoran Cina dan di tepi jalan utama berhampiran stesyen bas.

Kini modus operandi ditukar.

Mereka memilih untuk berkumpul di lorong di antara bangunan kedai. 

Berikut gambar saya rakamkan sebagai bukti.


Barangkali kerana mula menyedari hakikat, kehadiran mereka di khalayak ramai kurang disenangi oleh masyarakat tempatan.

Bulan Mei lalu, seorang warga Afrika dibunuh di kawasan ini. 

Klik di sini untuk membaca laporan akhbar.

Sebelum kejadian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, lelaki warga sama dilaporkan dibelasah penduduk tempatan kerana cuba mengganggu isteri orang.


Biarpun bertubuh padu dan berkulit liat, dia akhirnya lembik dibelasah lelaki tempatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ahad, Jun 24, 2012

GADIS INGIN MENJADI ARTIS ... AYAH TAWARKAN KERJA GRO ( Eksklusif )

"Assalamualaikum bang!," ucapnya.

Saya membalas salam gadis manis, memakai baju berwarha hitam bersama seluar separas betis. Ketika itu saya dan Penerbit 999, Harris Farouk Alex sedang berjalan perlahan menuju ke gerai menjual masakan Thailand, berhampiran Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur.

"Jom minum," pelawa saya.

Dia mengikut kami ke gerai berhampiran. Sebaik duduk, gadis berasal dari Rawang, Selangor itu  memperkenalkan dirinya sebagai 'Bela',  berusia 21 tahun.

Saya mempelawa Bela menjamu selera namun dia cuma memesan ais kosong. Perut sebu, itu alasan diberikan.

Bela mendakwa dihalau oleh ibunya dari rumah sekitar Disember 2011 dan kemudian dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 6 bulan.


Tambah gadis itu, bayi lelaki dilahirkannya, kini berusia setahun setengah, di bawah jagaan keluarga angkat di Klang, Selangor.

Manakala bekas teman lelakinya berusia 30 tahun, penagih dadah tegar, meninggalkan Bela sebaik mengetahui dia mengandung.

Kata Bela, dia meninggalkan Pusat Pemulihan Akhlak pada bulan Mei lalu.



Harris kemudian mengemukakan soalan berikut dan dijawab petah oleh Bela.



Anak ke lapan daripada dua belas adik beradik itu mengaku menjadi penagih gam sejak hampir 6 tahun lalu.



Teman lelaki terkini Bela berbangsa Iban, berasal dari Sarawak, 23 tahun, insan berjaya mendesak Bela  membebaskan dirinya dari dibelenggu gam.



Bela mengaku menjadi play girl sejak menuntut di sekolah rendah lagi.  Berbekalkan wajah manis dan kepetahan berkata-kata, saya mempercayai kenyataan gadis itu. 



Dengarkan luahan Bela berhubung cita-citanya.



Lazimnya, sebilangan gadis dihalau keluarga dari rumah dan berasa tertekan,  memilih jalan mudah untuk mencari wang sekaligus meneruskan kehidupan. 

Bela tidak begitu. 



Ayah dan ibu Bela tinggal di lokasi berasingan sejak 10 tahun lalu.



Saya amat berharap Bela mampu meneruskan kehidupannya secara lebih sempurna di masa akan datang. 

Sabtu, Jun 23, 2012

JABATAN IMIGRESEN HARUS MELAKSANAKAN LANGKAH LEBIH BIJAK DAN EFEKTIF UNTUK MENANGANI KEBANJIRAN WARGA AFRIKA

Rabu lalu, saya nukilkan isu berhubung kebanjiran warga Afrika di Desa Aman Puri, klik di sini

Awal pagi tadi, penguatkuasa Jabatan Imigersen Kuala Lumpur melakukan serbuan dan menahan 19 warga sama.


Mereka diberkas, tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Keluhan dan kegusaran penduduk Desa Aman Puri akibat kehadiran warga Afrika berulang kali saya dengari dan dilaporkan oleh media cetak dan elektronik. 

Malah saya sendiri telah 3 kali saya melakukan tinjauan ke kawasan itu.

Saya percaya, selang beberapa hari lagi, 2 kawasan diserbu akan dibanjiri kembali oleh warga Afrika. Tindakan penguatkuasa dan warga Afrika, tidak ubah bak pahat dan penukul. Sekali tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa, sekali mereka menghilangkan diri.

Perhatikan, untuk mengurangkan  kadar jenayah, pihak polis melaksanakan 'Ops Payung'. Pegawai dan anggota polis ditempatkan di lokasi strategik sekaligus melakukan rondaan di kawasan perumahan dan bandar.

Hemat saya,  Jabatan Imigresen juga harus mengambil langkah lebih bijaK dan efektif. Contohnya, penguatkuasa berseragam lengkap boleh ditempatkan di lokasi 'panas', pastinya membuatkan warga Afrika tinggal di negara ini tanpa dokumen kecut perut. 

Barangkali cadangan ini harus diambil kira dan cuba dilaksanakan.

Andai benar kepentingan rakyat didahulukan, keselamatan dan keselesaan mereka harus terus dijaga dan dipelihara.

Jumaat, Jun 22, 2012

WANITA UZBEKISTAN BERSELUAR DALAM PUTIH ... RM1,000 ONE SHOT? (18SX)



Kira-kira jam 2.15 pagi tadi saya dikejutkan oleh panggilan telefon.

"Bang, operasi menangkap perempuan Uzbekistan di Bukit Bintang," kata wartawan itu.

Jam 2.30 pagi,  saya tiba di lokasi dimaksudkan dan merakamkan gambar berikut.


"Ini kali kedua kita melakukan operasi memberkas mereka. Modus operandi mereka, datang berpeleseran di pusat hiburan dan kemudian menawarkan khidmat seks dengan bayaran di antara RM500 dan RM1,000 untuk satu sesi, one shot, sebelum dibawa pelanggan berminat ke hotel di sekitar," ujar DSP Azman Mohd Isa.


DSP Azman, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sewaktu pusat hiburan diserbu oleh polis, beberapa wanita Uzbekistan berusia di antara 24 dan 32 tahun dilaporkan cuba melarikan diri namun gagal kerana premis sama telah dikepung.

Kru 999 berada di lokasi bersama penerbit, Harris Farouk Alex.


Klik di sini untuk membaca laporan serbuan kali pertama oleh pasukan sama.

23 wanita warga Uzbekistan ditahan bersama 2 rakyat Thailand, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.


Wanita Uzbekistan kebanyakkan bertubuh lampai, putih dan gebu. Barangkali ciri terbabit mudah membangkitkan nafsu pelanggan.


Mungkin pelanggan sanggup membayar RM1,000 untuk melanggan wanita di atas dalam tempoh singkat. Namun sebaik terlihat wanita berbaju merah jambu di bawah, saya terfikir ...


Berbaloikah mengeluarkan wang sejumlah itu ditambah bayaran bilik hotel, untuk mengadakan hubungan seks bersama wanita berperut boroi? 

Apabila payu dara dan perut berada di garisan menegak sama, itu sudah teramat kritikal. Namun di dalam gelap dan jika pelanggan pula berada di bawah pengaruh alkohol, barangkali fizikal sebegitu tidak diambil kira sama sekali.


Mungkin kadar bayaran boleh dirundingkan dalam 'perniagaan' tanpa modal itu. 


Apakah dilakukan oleh kru 999 bersama dua wanita Uzbekistan di bawah?


Saksikan laporan lengkap berhubung operasi itu di dalam 999 episod minggu hadapan.  

Pada masa sama, usah lupa untuk menonton Majalah 3, bakal disiarkan malam esok, jam 9 malam, bertajuk 'Warisan Iranun'.


Suara diadunkan pada jam 11 pagi tadi.


Ops! Jika ingin melihat beberapa gambar EXTRA wanita Uzbekistan diberkas, sila klik di sini.

SILA HEBAHKAN DI FACEBOOK, TERIMA KASIH