Selasa, Ogos 21, 2012

BUAH JAMBU AIR MERAH


Saya percaya masih ramai lagi pembaca berhari raya di kampung halaman di seluruh pelusuk negara. Esok, hari terakhir cuti umum dan mereka kembali ke Lembah Klang, saya jangkakan terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Berhati-hati memandu dan saya doakan semua selamat sampai ke destinasi tujuan dengan selamat.

Pada Hari Raya kedua, ramai sanak saudara berkunjung ke rumah keluarga di Kampung Sungai Bil, Slim Village, Perak.

Ibu dan bapa saudara serta anak dari Ipoh, Perak, datang ke rumah pada hari lebaran pertama.


Sepupu saya tinggal di Amerika Syarikat sejak 11 tahun lalu, Zetty Zakaria Templin kembali ke tanah air bersama anaknya, Daniel.


Teruja saya melihat telatah Daniel, 3 tahun, mandi air sungai di kolah rumah, biar pun kesejukan dia kelihatan amat gembira.


Selain gemar bermain air, Daniel juga suka bermain di tangga. Barangkali di Yukon, Oklahoma, tiada tangga sebegitu.


Sahabat dari Melaka dan juga kru Penyingkap Fakta, Azizul Azzemin turut berkunjung ke rumah bersama isteri.


Terima kasih Azizul kerana sudi menziarahi kami sekeluarga.

Biarpun rumah di kampung jarang berpenghuni selepas abah meninggal dunia, bunga di halaman masih menimbulkan seri.


Tidak seperti pekan Slim Village, kelihatan hambar kerana dicemari dek kewujudan premis perjudian berkomputer.


Biarpun pernah diserbu oleh polis berulang kali, tinjauan saya bersama sahabat, Razali Harun petang semalam menunjukkan premis itu masih terus beroperasi.

Rakan dari Kuala Lumpur, Rose dan keluarga juga datang menjenguk kami. Adik Rose, pembaca tegar blog ini.


Pemilik kilang perabot, pasangan suami isteri, Ah Chai dan Angel bersama 3 anak mereka, Caleb, 12, Daniel, 8 tahun dan Alise, 3 tahun, juga meluangkan masa datang ke rumah.

Seperti Daniel Templin, Alise juga gemar bermain di tangga.


Untuk rekod, rumah ini dibina oleh arwah ayah pada tahun 1971 namun tangga itu masih lagi teguh.

"Ah Chai boleh bertanya dengan emak saya. Sejak dari kecil saya memang ramai kawan Cina dan India datang ke rumah ini. Sebilangan mereka makan dan tidur di sini. 1Malaysia saya lebih awal," ujar saya.

Saya pernah tinggal di lombong bijih timah dan estet getah sebelum keluarga membina rumah di kampung.

"Wah! Di sini memang boleh relaks. Tiada panggilan telefon, tiada SMS," komen An Chai.

Benar, kerana di kampung saya, tiada talian telefon di rumah atau pun perkhidmatan talian telefon bimbit, klik di sini.


Selepas menjamu selera, saya dan Razali membawa mereka sekeluarga pergi bersiar-siar di sekitar kawasan rumah. 

Berikut antara gambar saya rakamkan.


Caleb berminat dalam bidang photografi lantas Ah Chai membelikan kamera Canon untuk digunakan oleh anak sulungnya itu.


3 anak Ah Chai kemudian mandi di sungai mengalir deras di hadapan rumah.


Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, mereka sekeluarga berpeluang memetik buah jambu air merah di tepi rumah.


Kepada pembaca ingin membeli pelbagai jenis perabot dengan harga 30% lebih murah di kilang Ah Chai, sila klik di sini.

Terima kasih kepada semua tetamu dari jauh dan dekat, sudi berhari raya di rumah keluarga saya di kampung.

4 ulasan:

  1. mmg best beraya di kampung.. saya paling suka balik kampung bota rumah arawah opah dan tuk.. mmg terasa suasana beraya di kampung.. tapi part jambu air tu terkeliur saya bang.. lama betul mulut nie tak menjamah jambu air tu..

    BalasPadam
  2. betul memang terliur sebab merah sungguh warna jambu air tu..
    lama sungguh tak bermandi manda di sungai bil. teringin pulak rasanya :)

    BalasPadam
  3. Suasana begini sukar dinikmati...ada jugak mak yang telah uzur di bawa tinggal dengan anak menantu di bandar...bila raya...memang tak balik kampung.

    BalasPadam
  4. salam abg mazidul...terima kasih sbb melayan kami sekeluarga dtg beraya umah abg mazidul di sg bil arituh..mee kari yg disediakan pun sedap sungguh...ada pembetulan skit saya bukan anak saudara kak rose tapi adik dia..hehehe tak sangka gambar kitorang masuk blog abg mazidul heheh

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.