Jumaat, Ogos 24, 2012

INI WAJAH LELAKI MYANMAR PELAHAP DUIT MADRASAH


Lihat wajah lelaki Myanmar berusia 20 tahun di atas, kelihatan tenang dan dia segak berbaju Melayu dan bersongkok.

Saya menemuinya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kononnya sedang mengutip derma untuk membina madarasah di Naratiwat, Thailand.


"Mana awak dapat kertas ditampal di bekas plastik ini?," soal saya.

Dia kelihatan gabrah sebaik soalan itu diajukan.

"Kawan saya bagi sebelum bulan Ramadan. Dia kata gunakan ini kertas boleh kutip derma," katanya.


"Macam mana awak hantar duit kutipan ini ke Thailand?," tanya saya lagi.

"Tidak hantar," balasnya.

"Masuk poket awaklah?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

Remaja itu kelihatan amat takut sedangkan saya bukan pegawai polis, penguat kuasa Jabatan Imigresen atau kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Hairan.


"Abang, saya minta maaf, baru sahaja buat ini kerja," jawabnya.

Sejak mula terbabit dalam penerbitan kisah 'Di sebalik tangan yang menadah', telinga saya sudah terlalu lali mendengar alasan sebegitu.

"Awak tidak membuat salah dengan saya, cuma awak menipu orang ramai. Mereka menghulurkan sumbangan ikhlas untuk tujuan membiayai kos pembinaan masjid tetapi awak ambil semua duit itu untuk kegunaan peribadi. Saya hendak awak berhenti menipu, boleh?" 

Itu permintaan saya.

Jika tidak dikawal kesabaran, pasti pipi kiri dan kanannya penuh dengan kesan tapak tangan saya.


Sebilangan mereka lalu-lalang di sekitar barangkali melihat tindakan saya menemu bual remaja itu sebagai perbuatan zalim.

... mengganggu pengutip derma untuk masjid.

Walhal dia lebih zalim, pelahap wang sepatutnya dihantar ke negara jiran. 

Perbualan kami dirakamkan oleh jurukamera Majalah 3, Rohaizat Roslan dan InsyaAllah akan disiarkan pada 15 September, jam 9 malam.

Skrip paparan selama 1 jam itu sedang saya siapkan.


"Awak tolong koyak kertas ini, boleh? Saya tidak mahu melihat wajah awak di sini lagi," kata saya.

Remaja berasal dari Myanmar dan kini menetap di Ampang, Selangor itu akur.


Kertas dikoyak manakala wang hasil kutipan dimasukkan ke dalam poket baju Melayu.


Bagi dirinya, madarasah dan poket baju, sama.

Tolong sebarkan gambar dan informasi di entri ini agar dia tidak terus mengembungkan poketnya dengan kaedah sebegitu.


9 ulasan:

  1. Semoga pemuda itu insaf dan dapat cari rezeki dengan cara lain.Sebagai saudara seIslam,alangkah bagus kalau kita dapat tolong carikan dia kerja yang halal unutuk dia sara diri.InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Semasa solat aidilfitri, imam cbuk khutbah.(Msjd Alhidayah,tmn melawati)org Myanmar nih sibuk minta duit derma. Skang nih kt trafic lite simpg 4 Giant Hulu Kelang laks, owg tgh tggu lampu hijau dia ketuk cermin minta sedekah.

    BalasPadam
  3. Kita juga sebenarnya perlu memperjuangkan nasib org myanmar ini yg datang malaysia membuat kerja halal..mereka dianiaya..bekerja teruk, gaji tidak dibayar..kemalangan semasa bekerja sehingga jari patah. Majikan tk mahu hantar hospital kerana takut kos mahal. Akhirnya jari kakinya terpaksa dipotong kerana gangrene..ada yg bekerja cukup rajin dengan kerja yg sedikit upahnya, tetiba terjatuh sehingga cedera tulang belakang. Akgirnya dihantar balik ke myanmar tanpa mendapat rawatan. Berkemungkinan lumpuh. Bbnyak lagi kisah sedih mereka yg kita tak tahu. Kepada org malaysia yg menganiayai mereka ini yg merupakan org islam, adalah lebih hina dari pemuda tersebut. Cuba hayati kisah penderitaan mereka sebelum kita cepat menghukum. Tahulah bahawa kedatangan mereka ke sini untuk mencari rezeki kerana di negara sendiri jika mereka pulang, matilah mereka ditangan kerajaan myanmar. Bayangkan kalau kita ini berada ditempat mereka. Semasa kita menadah tangan berdoa untuk mereka jgn pula kita aniaya mereka yg telah berada di sini. Ya allah moga engkau laknatkanlah manusia2 yang telah mengambil kesempatan terhadap insan2 yg teraniaya ini. Manusia yg melihat mereka ini seolah binatang, bukan sebagai insan sesama islam.

    BalasPadam
  4. btul tu.smpng 4 giant memang da ade org mntk sedekah pdhl sblum ni memang xde lngsng.trafik light selepas sunway lagoon pn sma menghala k shah alam.

    BalasPadam
  5. Itu sebabnya saya amat taku menderma bila bertembung dengan individu sebegini. Adalah lebih baik jika kebetulan berada dilokasi seperti masjid...terus saya kita yang baik hati menderma disitu. Lebih selamat dan terjamin insyaallah(itu pun jika tiada yang mencuri dari peti masjid)

    BalasPadam
  6. sib baik terjumpa dgn bro mazidul...

    nasib xbaik..
    terjumpa mat rempit yg bawak parang..
    kutipan kena samun..
    jari harus/nyaris kena tetak kudung !!

    BalasPadam
  7. semalam baru saya nampak budak ni kutip derma kat ampang depan restoran2 berhadapan ampang puteri hospital tu....hmmmm

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.