Selasa, Ogos 21, 2012

POLIS BALAI SLIM VILLAGE TIADA KUASA MENUTUP PREMIS JUDI? POLIS LAIN?



Petang semalam, saya bersama Razali minum petang di pekan Slim Village, Perak.


"Buka lagi ke kedai mesin judi itu?," soal saya kepada lelaki duduk bersama dua rakannya di meja sebelah.

Riak wajahnya, gementar.

"Buka," balasnya perlahan.


Lima belas minit kemudian ...

"Bro, tengok lelaki berdiri di hadapan kedai itu masuk ke?," soal saya.

Ketika itu saya memandu.

"Dia masuk bro," jawab Razali.

Dalam perjalanan pulang ke kampung Sungai Bil, Razali berkata ...

"Bro bagi saya kamera (Canon SX40), biar saya masuk dan ambil gambar," cadangnya.

Saya tidak mampu mengiyakan cadangan itu kerana bimbang keselamatannya tergugat. Firasat saya, taukeh premis itu semestinya bukan calang calang orang.

Beberapa kali diserbu oleh polis, premis terbabit masih terus beroperasi biarpun pintu utama ditutup.


Mungkin soalan terlintas di fikiran saya pada ketika itu kedengaran bodoh.

Kemanakah perginya Ketua Balai Polis, OCS Slim Village berpangkat Sarjan Major, SM dan anggotanya? Adakah mereka sudah tidak lagi bertugas? Mungkinkah mereka terlalu takut dengan taukeh kedai judi itu?

Saya telah berulang kali menulis berhubung kegiatan haram premis perjudian itu di blog ini.

Penat.

"Pangkat saya hanya SM dan tidak berkuasa untuk memasuki premis itu. Kalau saya pegawai (polis), lainlah"

Itu kenyataan pernah diungkapkan oleh OCS hampir pencen terbabit ketika saya menghubunginya melalui telefon bimbit beberapa bulan lalu.

Balai itu terletak kira-kira 500 meter dari premis saya pohon supaya ditutup dengan kadar segera.

Jika tiada pegawai di balai pekan kecil itu, logiknya masakan tiada juga pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjong Malim (terletak di Slim River)?

Inspektor? ASP?

Di Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Perak ...

DSP, SUPT, ACP, SAC?

Cukuplah jika Selangor dan Kuala Lumpur antara negeri menghadapi masalah perjudian sama, sehingga kini tidak dapat dibanteras secara total.

Slim Village, pekan sekangkang kera, simpati melihat orang Melayu tersungkur di premis menawarkan perjudian berkomputer itu.

Janggal rasanya jika kes kecil seperti ini dipanjangkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Beliau pastinya mempunyai tugasan dan tanggungjawab lain, lebih besar.


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA ANGGOTA DAN PEGAWAI POLIS DI SELURUH NEGARA! 

posted from Bloggeroid

7 ulasan:

  1. salam.

    tuan jangan rasa penat n lelah dengan usaha membenteras kegiatan ini. di sebalik sikap buat tak endah pegawai berwajib, di belakang tuan dalam kalangan rakyat marhaen sememangnya menyokong sehabis baik. inilah yang dikatakan pemimpin yang lagak bagai boneka. bukan merujuk kepada pemimpin negara or negeri, tapi juga pemimpin masyakat dan pihak2 yang menjaga kemaslahatan masyarakat juga. diperkotak-katikkan dan rela disembur kata nista namun telinga masih ditulikan atas kepentingan2 pihak tertentu. ke mana lagi kita orang bawah mahu mengadu nasib kalau bukan kepada mereka. tidak sedarkah mereka akan peranan mereka yang harus menjadi model positif kepada kita? tuan jangan letih, apa2 yang terjadi pada skuad tuan disaksikan oleh ramai pembaca blog ini jika ada kemungkinan yang tak baik berlaku, ini lah buktinya. salam syawal, wasalam.

    BalasPadam
  2. quote:
    Saya telah berulang kali menulis berhubung kegiatan haram premis perjudian itu di blog ini.

    Penat.


    Bro...
    apa kata fwrdkan sj ke pihak SPRM..
    sy agak la kan..
    ni tentunya 'ada kira2'..
    xtau la..
    kira harian/mingguan/bulanan ke..

    gamaknya la..

    BalasPadam
  3. nisah...kira-kira between pihak berkuasa mesti ada...kalau saya cakap benda ni dah lama tapi semua macam tutup sebelah mata...kedai runcit jual nombor ekor dah dekat 2 dekad pun ada..kedai mesin judi...arghhhhhh....sampai bila benda ni nak bertapak di setiap bandar...tak kira la bandar besar ka kecik ka...tak kira la negeri bawah kerajaan pakatan ka BN ka...please bro mazidul....bongkarkan semua benda ni....bongkar tanpa double standard ..saya sayang bangsa melayu yang tak habis-habis buang duit untuk judi...

    BalasPadam
  4. nisah....kira-kira antara pihak berkuasa mesti ada...kalau di tempat saya...kedai mesin judi rasa dah banyak sangat....ada sekali kedai tu kena rush dengan polis...tapi lepas setengah jam dah bukak balik...lepas tu tak dak lagi rush...operasi macam biasa..apa semua ni..??kedai runcit jual nombor ekor haram pun banyak...yang buat nombor ekor di kedai runcit selama 10 tahun lebih pun ada...tak penah tengok kena rush pun...mana pihak berkuasa?? tidur eh semua?? bro mazidul please bongkar semua ni...tak kira la bandar kecil ka besar ka....negeri bawah pakatan ka...BN ka...banteras tanpa ada double standard...benda ni dah bertapak lama kat bumi Malaysia...saya sayang bangsa Melayu.....sigh...

    BalasPadam
  5. Salam. Bro, cuba selongkar pusat pelacuran di HOTEL OCEAN PARADISE yang rasanya tak berapa jauh daripada Balai Polis Sentral. Rasanya dah lama benda tu beroperasi. Takkan polis tak tahu kot?

    BalasPadam
  6. Kadang2 kita banyak menyalahkan pemerintah/perdana menteri bila masalah mcm ni berlalu tetapi org bawah yg diberi tanggungjawab tidak menjalankan tanggungjawab masing2. Dalam hal ni penjawat awam juga patut dipersalahkan.. Berapa ramai penjawat awam tidak kira guru, kerani, penguatkuasa yg ikhlas dlm menjalankan tugas.. Tidak kira la menyokong parti apa, keikhlasan langsung x ada. Akhirnya kesalahan diletakkan pada bahu kerajaan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.