Isnin, Februari 11, 2013

MEMAGAR RUMAH? MEMBUANG SAKA? MENGHINDARKAN SIHIR? HUBUNGI KRU PENYINGKAP FAKTA

Lazimnya pesakit dan keluarga amat bermurah hati menjelaskan bayaran dikenakan oleh hospital pakar biarpun berjumlah ribuan ringgit.   

Ternyata, ilmu diraih oleh doktor pakar bertahun lama di universiti begitu tinggi nilainya. Namun dalam beberapa situasi tertentu, sebilangan doktor biarpun tidak dihebahkan berkata ...

"Elok juga sekiranya pesakit ini dibawa berubat mengikut kaedah tradisional"

Saya yakin, ramai pembaca pernah mendengar cerita dari mulut ke mulut berhubung kenyataan itu tatkala pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memulihkan pesakit, gagal.

Maka keluarga pesakit bergegas membawa pesakit ditimpa musibah bertemu bomoh atau pawang. Tidak dapat dinafikan kekadang kaedah rawatan diguna  membabitkan mentera tidak diketahui maksudnya. Mentera dibaca tidak langsung kedengaran bunyinya seperti ayat dipetik daripada kitab suci Al-Quran.

Namun keluarga dan pesakit berada dalam keadaan tertekan, membiarkan rawatan itu berlangsung. Malah ada waktunya, keris pusaka diasap, limau purut dihiris dan  kemenyan dibakar untuk mengiringi jampi serapah.

Kita sudah biasa mendengar, sebilangan bomoh mengenakan pengeras samada dalam bentuk barangan pelik atau wang tunai sebelum rawatan dimulakan. Berikutan itu, keluarga pesakit kemudian terpaksa memenuhi permintaan itu dengan harapan pesakit mampu dipulihkan dengan kadar segera. 



Segelintir bomoh, tidak diketahui latar belakang mereka, menuntut bayaran ratusan dan ribuan ringgit daripada artis dan orang kenamaan. 

Dilaporkan, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2011, mangsa kerugian lebih 7 juta ringgit berbanding peningkatan lebih  12 juta ringgit dalam tempoh sama pada tahun 2012,  akibat ditipu dek bomoh.

"Disebabkan yakin dengan kehebatan bomoh, ada orang sanggup membayar ribuan ringgit untuk mendapatkan nombor ekor atau mengubati penyakit menggunakan kaedah jampi serapah atau pembedahan batin yang belum pasti berkesan menyembuhkan penyakit," kata Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Datuk Syed Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. 

Klik di sini untuk membaca laporan penuh. 

Kebelakangan ini, ramai lebih cenderung cuba berikhtiar mengubati penyakit menggunakan kaedah perubatan Islam.

"Jika berjumpa doktor pakar dan bomoh, sebilangan pesakit sanggup  membayar ribuan ringgit. Dari pandangan Islam, bagaimanakah konsep sebenar pengiraan upah untuk rawatan?," soal saya kepada Ustaz Zaharuddin Zainal.



"Terdapat hadis tidak begitu dimasyhurkan. Seorang lelaki berikhtiar mengubat pesakit.  Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh. Selepas itu dia pergi bertemu Rasulallah dan memberitahu baginda bahawa dia telah menerima upah 40 ekor kambing. Lalu Rasulallah bersabda, berikan aku seekor," jelas Ustaz Zaharuddin.

"Maksudnya? Upah sebegitu dibenarkan?," soal saya.

"Ya, jika kadar upah itu dipersetujui oleh kedua belah pihak," jawab beliau.

Ustaz Zaharuddin, graduan lulusan Universiti Al-Azhar Damanhur, Mesir dan kini bertugas sebagai imam dan guru.

Malangnya, saya dimaklumkan oleh rakan lain, sebilangan daripada mereka mempraktikkan kaedah rawatan Islam untuk membantu pesakit sering menerima upah tidak langsung berpadanan.

"Katakan, pesakit berada di Pahang. Perawat tinggal di Melaka dan dia memandu sendiri untuk ke lokasi. Setelah membuat rawatan lebih daripada 3 jam, sewaktu beredar, dia hanya diberikan upah RM20 sahaja. Bukan mereka hendak berkira tetapi duit minyak dan tol untuk balik ke Melaka tidak lepas," ujar kenalan.

Berita sebegitu terlalu kerap kita dengar.

"Kalau diperhatikan, rumah boleh dipagar menggunakan besi keluli tetapi apakah antara kaedah digunakan untuk 'memagar' rumah daripada gangguan sihir dan penghuni disantau? Bagaimanakah pula untuk membuang saka?," soal Ustaz Zaharuddin.

Saya terdiam.

Ustaz Zaharuddin mula membantu pesakit dengan mengamalkan kaedah rawatan Islam sejak beliau berusia 16 tahun, sehingga kini. Ilmu, pengalaman serta kepakaran dimiliiki beliau digunakan untuk membantu orang ramai.

Klik di sini untuk membaca contoh kes.

"Kita berikhtiar dengan berdoa dan dengan izin Allah, gangguan jin mampu dihindarkan," tambah perawat berusia 33 tahun itu.

Lazimnya, ramai ahli keluarga bak kehilangan punca untuk mencari perawat sebegitu ketika berada dalam situasi terdesak.

"Pada masa sama, kru Penyingkap Fakta akan bersama ustaz untuk menjalankan kajian menggunakan peralatan elektronik sewaktu rawatan dijalankan,"  celah Razali Harun.  

Gambar dirakamkan di lokasi, identiti pesakit dan ahli keluarga, DIRAHSIAKAN.

Klik di sini untuk melihat gambar disahkan asli.



Jika pembaca, rakan taulan atau sanak-saudara tersayang mendepani masalah gangguan jin, sila hubungi Shahrul Ashraf Salehuddin di talian 019 270 9061 untuk bersama kita berikhtiar membantu.

Kos perkhidmatan di rumah :

Di Lembah Klang : RM300 (TIADA kos tersembunyi)

-  Kenderaan
-  Minyak kenderaan
-  Tol
-  Rawatan
-  Kaunseling dan sesi soal jawab (15 minit) bersama ahli keluarga pesakit untuk mereka   memahami setiap perincian kes dirawat

Untuk rawatan di luar Lembah Klang :  Kru kami terlebih dahulu akan berbincang dengan pesakit atau ahli keluarga mereka agar kos perkhidmatan terbabit dipersetujui oleh kedua belah pihak.

10 ulasan:

  1. maaf tuan tanah..zaman sekarang ni kalau nak ikthiar berubat cara islam kebanyakan paling tidak kena bayar rm 50.00..tu paling sikit..pernah utk memagar rumah dan berubat.. perubatan islam(tak tau lah depa yg mengaku)..kenakan bayaran rm 800.00..cuba bayangkan!!

    dahulu zaman 80an..orang melayu dan ada juga sebilangan kaum lain jumpa bomoh..utk berubat ..pengeras cuma suku sen..kalau nak bagi lebih terpulang..tiada paksaan

    sekarang kalau tak ada rm200..tak datang ustaz yg mengubat..penat jadi alasan..tak berbaloi..yg hairannya kenapa tak pilih profession jadi doktor..guru..atau pegawai kerajaan maupun swasta..kan ada gaji tetap..

    saya bukan nak menyindir atau nak menghina para ustaz yg memang belajar dan menggunakan ilmu yg di pelajari utk membantu sesama orang islam dan orang susah..

    pengalaman saya ..bila rakan saya mengambil keputusan menjadi tukang ubat..mulanya caj hanya rm 0.25..lepas tu tak sampai setahun dah naik rm 1000.25..jadi mana pergi ikhlas dalam diri pengamal perubatan tsb..pernah saya utaran kan pertanyaan tsb..jwpnya hampir terbalik meja kopi kat kedai mamak di buatnya.

    tuan..saya pernah bertanya kepada datuk saya ..yg orang panggil BOMOH..ada saka..berhantu..mcm cerita dlm tv yg selalu kita tengok..dia tak kisah jauh atau dekat..siang ke malam..pagi jam 3.00 ke atau baru nak letak kepala kat bantal..bila di panggil dia pergi tanpa banyak songeh..

    bila ditanya berbaloi ke pergi mcm tu sekali..jwp nya mudah ..1)menolong orang dlm susah ni ..Allah aje yg bagi ganjaran pahala bukan manusia..kalau bab pengeras atau duit lepas selesai berubat tak pernah mintak pun..adakala orang yg di ubat kena sihir ..maklumlah tahu 80an di kawasan kg ilmu sihir ni jadi mainan aje..bila balik ke rumah yg di ubat dah lena tidurnya ..yg mengubat berhempas pulas pulak nak melawan sihir yg dituju kpd diri orang yg baru di ubat..kadang kala dlm tidur pun berlawan juga..habih roboh dinding rumah kayu kena tumbuk...esok baiki yg rosak..

    saya buka penyokong persatuan bomoh2..(kalau ada le)..cuma nak nasihatkan para ustaz..kalau nak berubat jangan ada caj tersembunyi..masa nak berubat ikhlas bila dah selesai..keluar mcm2 barang minta keluarga pesakit beli..keluarga pesakit malu alah..kena keluarkan duit rm 200 nak beli ubat2 yg di promosi..tu belum masuk kos suruh ustaz datang ke rumah..sah sah rabak poket rm 500.00



    BalasPadam
  2. Jari Kaki ...

    Pertama, awak barangkali terkeliru. Kami tidak menawarkan khidmat perbomohan di sini. Maksudnya, tiada pennggunaan barangan untuk dibeli oleh keluarga.

    Let me corret you on that.

    Kedua, zaman dahulu? Oh ya! Zaman dahulu.

    Zaman sekarang, perawat dan kru kami bergerak ke rumah pesakit menggunakan kenderaan. Kenderaan itu perlu di isi minyak untuk memacu enjin dan bergerak. Dalam perjalanan ke lokasi, bayaran tol harus dijelaskan, bukan menggunakan pengeras 25 sen tetapi lebih daripada itu.

    Untuk rekod, saban hari keluarga pesakit cuba mendapatkan perkhidmatan perawat menggunakan kaedah Islam apabila usaha pakar di hospital gagal. Jika tidak semestinya pesakit akan terus dirawat di hospital.

    Begitulah lazimnya.

    Namun, jika awak menjadi pesakit, tiada siapa mampu memaksa awak mendapatkan rawatan kaedah Islam. Segalanya terserah kepada keputusan awak dan ahli keluarga.

    Hairannya, jika di hospital, adakah pesakit atau ahli keluarga berada di kaunter pembayaran bertanyakan soalan ...

    "Boleh ke saya membayar mengikut seikhlas hati? Saya ikhlas hendak membayar RM20 sahaja bukan RM300 seperti tercatat di bil hospital"

    Tentunya tidak. Kan?

    Caj perkhidmatan ditawarkan di sini berpatutan dan mencetuskan suasana menang-menang bagi kedua belah pihak dan TIADA paksaan untuk dirawat.

    InsyaAllah, kami hanya ingin cuba membantu.






    BalasPadam
  3. Bagus tu abg mazidul...kenyataan yg bernas yg tepat dgn fakta..

    BalasPadam
  4. Terima kasih SIti Sabri.

    Semua kejadian berlaku mengikut keizinan Allah.

    BalasPadam
  5. Sepatutnya kita kena ambil kira byk faktor sblm membayar upah kpda ustaz2 ni. Fikirlah sendiri, kalau dia dtg ke rumah kita dgn kereta, tempuh tol lagi, takkan nk bayar sikit jer. Jgn la kejam sgt.

    Bukan saya memihak kpda mana2 pihak, cuma kita ni didiklah diri sendiri untuk jadi orang yg lebih bertimbangrasa.

    BalasPadam
  6. As salam, carilah perawat bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan.

    Kami hanya menawarkan perkhidmatan kepada mereka memerlukan.

    Masa diperuntukkan untuk merawat pesakit kekadang lebih daripada 3 jam. Pada masa sama, perawat juga barangkali dihenyak kesan sampingan selepas melakukan rawatan. Ada risiko ditanggung. Risiko itu tidak mampu dibayar dengan wang sebenarnya.

    Appun, biarlah pesakit dan perawat berada dalam suasana menang-memang, a win win situation.



    BalasPadam
  7. Tq Bro Mazidul atas ulasan yg bernas. Ramai yg tidak faham tentang Rawatan Alternatif ini.
    Sy sendiri tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap rawatan yg diberikan. Terpulang kepada pihak yg dirawat, selepas mereka berpuas hati terhadap rawatan. Apatah lagi sekiranya mereka hadir sendiri ke rumah saya.
    Kpd. sdr 'jarikaki' rasanya, wajarkah membantu untuk memagar kebun dgn jarak perjalanan 150km, peralatan disediakan sendiri dibayar hanya RM50. Bukan berkira, tetapi sampai pendapatan sendiri untuk keluarga pun terpakai, mampukah untuk ikhlaskan diri.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,

    Saya menyokong kedua-dua kenyataan dari Bro Mazidul dan Jarikaki. Memang betul kalau kita niat nak bantu dengan ikhlas mestilah tak boleh berkira masa, jarak dan bayaran. Tapi untuk berlaku adil biarlah ianya setimpal dengan 3 faktor diatas. Kalau berlaku dijarak yang dekat bolehlah tak kira masa dan dengan bayaran yang murah tapi kalau berlaku dijarak yang jauh, mau tak mau masa dan bayaran kena ambil kira. Kebiasaannya perawat-perawat ni tak minta bayaran. Kalau ada pun untuk beli ubat rawatan mereka. Cadangan sayalah daripada kita memanggil perawat ni datang apakata kita ambil dan bawa dia datang kerumah kita atau kita sendiri pergi berjumpa dengan perawat tersebut. Itu lebih menjimatkan kalau kita berkira tentang bayaran.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..saya nak tanya..betul ke sekiranya kita ermimpi melahirkan anak atau mimpi baby bermakna kita hendak menerima saka? sangat2 mengharap jawapan..tq

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.