Selasa, April 02, 2013

ANDAI USIA AWAK 99 TAHUN SEKALIPUN SAYA TETAP SAYANG

Frank Stone, 36 tahun, berkunjung ke kedai menjual barangan kulit, JR West Leather di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.



Saya terjemahkan perbualan kami.

"Awak berasal dari mana?," soal saya.

"NIgeria," ujarnya ringkas.

Bapa dua anak lelaki itu, pelanggan tetap di kedai terbabit dan mengenali pemilik JR West, Raja.



"Di Malaysia, ramai warga Nigeria terbabit dalam kes penipuan, scam menggunakan internet dan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit di kalangan rakyat Malaysia terpedaya,"  kata saya.

"Ya, mereka lazimnya menipu wanita berusia atau  wanita bekerjaya. Tidak guna mencari gadis muda kerana selalunya mereka tidak mempunyai wang banyak. Wanita tua atau anak dara tua, lazimnya kesunyiaan. Wang bukan masalah bagi mereka, mereka perlukan perhatian. Awak bayangkan, wanita tempatan berusia 62 tahun, sudah lama menopause, anak sudah dewasa dan  berkahwin, manakala suami meninggal dunia. Dia kesunyian. Apabila dihoda oleh penipu lelaki Nigeria, mangsa bertanya, benarkan awak sayang sedangkan umur saya lebih 70 tahun. Awak tahukah apa jawaban penipu itu?," soal Frank.

Saya menggelengkan kepala.

"Andai usia awak 99 tahun sekalipun, saya tetapkan sayang," balasnya.

Spontan saya teringat kenyataan di dalam 'kitab ayat power' milik penjenayah warga Nigeria diberkas kerana terbabit dalam  kes parcel scam.

'I asked God for a rose but he gave me a garden. When I asked God for an angel, he gave me YOU'

Franks tertawa mendengar  'ayat manis' itu.

"Lelaki Nigeria telah biasa dari awal  remaja mengungkapkan kata-kata manis kepada perempuan. Berkata seperti Hey! You look so beautiful, You look gorgeous, I really like you ... I love you, normal bagi mereka. Seks, bukan perkara penting buat kami, lelaki Nigeria dan wanita kerana majoriti gadis dan lelaki kami kehilangan dara serta teruna pada usia di antara 12 dan 13 tahun.  Tidak harian jika perempuan kami sudah muak dengan kata-kata manis dan seks. Namun di Malaysia, berbeza. Jika ayat manis diungkapkan kepada wanita  tempatan, mereka mungkin terpedaya. Wanita Nigeria? Jika mereka berusia lebih 30 tahun, mereka akan membalas, if you love me, show it!  Put  bags of money on that table then I would belive you," katanya sambil tertawa.

"Benarlah dakwaan, kebanyakkan lelaki Nigeria, sweet talkers?," soal saya bersahaja.

"Barangkali benar. Saya perhatikan sikap lelaki Malaysia jauh  berbeza berbanding cara lelaki kami melayan wanita. Di sini, agak sukar untuk mendengar, lelaki mengungkapkan I love you kepada isteri atau kekasih di khalayak ramai. Kelemahan itu dieksploitasikan oleh penipu warga Nigeria.  Apabila sasaran dikenal pasti, dia akan didekati. Ayat manis kemudian ditaburkan.  Ayat jarang diluahkan oleh lelaki tempatan samada mereka berbangsa Melayu, Cina atau India. Jika cara dan kaedah digunakan berkesan, wanita kesunyiaan pasti akan tertipu. Mereka sanggup mendepositkan wang ribuan ringgit, semata-mata untuk menagih belaian perkataan lelaki Nigeria. Lazimnya, wanita tidak begitu memandang paras rupa. Mereka hanya ingin berasa dijagai, disayangi, dicintai, selamat dan selesa sewaktu bersama lelaki. Itu sahaja," ujar Frank lagi.

Frank terbabit dalam bidang multi-level marketing di negara ini sejak 5 tahun lalu. Isteri dan anaknya, menetap di kota United Kingdom.

Tambahnya, kebanyakkan lelaki Nigeria datang ke Malaysia bertujuan memburu kehidupan lebih selesa.

"Di Nigeria, ramai golongan terpelajar. Malangnya setelah menamatkan pengajian di universiti, mereka langsung tidak berpeluang untuk bekerja. Kerajaaan kami tidak mempunyai perancangan untuk membantu rakyat.  Di sini, belia Malaysia menganggur kerana mereka terlalu memilih kerja lebih selesa dengan bayaran gaji lumayan," jelas Frank.

Klik di sini untuk menonton keadaan Ajegunle, penempatan setinggan terbesar di bekas ibu negara Nigeria, Lagos.

5 ulasan:

  1. Ha ha baca post kali ini apabila terbaca perkataan Rose dan garden teringat saya zaman saya "jahil" bab-bab perasaan antara manusia dan manusia lelaki perempuan ni. Apa yang Bro ni cakap masyarakat Malaysia susah nak ungkap I Love U ni ada benarnya.

    Masa bujang dahulu saya seorang yang agak janggal dalam hal-hal tarian memikat antara lelaki perempuan. Pergaulan agak terbatas dan saya memangnya seorang yang pemalu sikit. Lagipun saya ulat buku dan tidak ada gaya lansung. Dalam istilah lain saya dahulu Mat belia atau nerdy.

    Apabila saya telah mendapat seorang yang saya rasakan sesuai saya telah merancang sesuatu yang pada waktu itu saya rasakan sangat terbaik. Saya beli sekampit benih bunga hybrid rose tempatan di pasaraya. Rupa bunga rose tu tidaklah secantik dan sesegar bunga rose yang di import yang di jual merata ketika Valentine's day. Saya tanam dan jaga baik-baik. Mungkin selepas dua bulan sudah berbunga saya kutip dan dalam berdebar-debar berikan pada calon saya.

    Setelah beliau terima beliau tenung saya dua tiga saat kemudian sambil senyum sinis berkata :-

    " Tak ada duit nak beli bunga Rose ke?"

    Saya hanya mampu tersenyum pahit. Pahit sebab bunga tersebut memang bunga Rose juga tetapi bunga rose tempatan dan tidak secantik Rose diimport. Keduanya terasa pahit sebab masa saya sebulan dua untuk menjaganya tersia-sia. Ketiganya memang pahit sebab pada waktu itu saya memang kekurangan duit dan saya rasakan saya patut di nilai bukan atas duit yang saya ada.

    Walaubagaimanapun saya akhirnya berkahwin juga dengan calon tersebut dan saya tidak pernah mengungkapkan perkataan "I LOVE U" sehinggalah kini. Oh ya bunga rose tersebut saya masih simpan dalam sachet plastik walau pun telah hancur menjadi serbuk kering dalam dompet saya sebagai peringatan bahawa bunga rose haruslah di simpan bersama duit ( atau sebenarnya bersama kad ATM).

    BalasPadam
  2. Dari Lombok ke Bangladesh. Dari Bangladesh ke Nigeria. Lelaki Malaysia sepatutunya dijatuhkan hukuman berat = had minimum 2 org. Hehehe..

    BalasPadam
  3. that's the truth .. malaysian be it malay, chinese or indian not a sweet talker, even they are married .. too bad .. women are longing for those sweet words frm their hubby. ... anyway .. when facing reality, money is more important than tht sweet words .. insyallah keep reminding me of those sweet words will make you suffer ..

    BalasPadam
  4. "Di Nigeria, ramai golongan terpelajar. Malangnya setelah menamatkan pengajian di universiti, mereka langsung tidak berpeluang untuk bekerja. Kerajaaan kami tidak mempunyai perancangan untuk membantu rakyat. Di sini, belia Malaysia menganggur kerana mereka terlalu memilih kerja lebih selesa dengan bayaran gaji lumayan," jelas Frank.
    Keikhlasan Frank itu sebenarnya berasas. Anak muda kita terlalu meilih pekerjaan dan mudah terpesona dengan janji manis segelintir pihak yang pandai menabur janji, tapi tidak ditepati.. Akhirnya golongan inilah yang kemudiannya menjadi barisan hadapan untuk merusuh dan 'anti-establishment'..

    BalasPadam
  5. Macamana nak menolong kawan yang dah terkena ayat power awang nigeria ni ye?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.