Isnin, April 08, 2013

CATATAN TERBUKA UNTUK PENGARAH HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN KUANTAN

Kemalangan menimpa, mereka menjadi mangsa.

Sekitar jam 2 petang, 6 April lalu, sewaktu dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang, tayar kenderaan dinaiki oleh  rakan saya, suami isteri bersama empat anak lelaki, berusia di antara 1 dan 13 tahun pecah.  Kenderaan pacuan empat roda terbabit dilaporkan terbalik tiga kali. 

Sebaik tiba di Hospital Tengku  Ampuan Afzan, HTAA dalam satu kumpulan, kami bergerak ke Wad Ortopedik 5B untuk melawat anak sulung rakan saya, Ramlan dan Romihamiza.

"Mazidul Akmal, sinilah," sapa jururawat tidak saya kenali sambil menggamit.

Dia berdiri di ruang berhadapan pintu masuk ke wad. Saya hanya memandang ke arahnya  dan kemudian berjalan ke katil pesakit.

"Sini, sekejap,"  arah jururawat sama sekali lagi.

Kami merancang untuk menziarahi 6 pesakit kesemuanya di HTAA lalu terpaksa bergegas. Sebaik berdiri berhampiran katil pesakit di bawah,  jururawat  berpakaian biru  tadi mendekati saya. 


"Encik Mazidul sudah mendapatkan kebenaran daripada pengarah?," soalnya di hadapan khalayak ramai.

Rakan saya terpinga-pinga kehairanan sekaligus kehadiran kami menjadi perhatian pesakit dan pelawat lain.

"Untuk apa? Perlukah saya mendapatkan kebenaran pengarah hospital untuk melawat anak rakan saya ini?," soal saya kembali.  

"Yalah, sudahkah berjumpa dengan pengarah?," tanyanya terus mendesak.

"Puan, saya sedang kesedihan. Ya, saya bertugas dengan TV3 tetapi bukan datang ke sini untuk membuat liputan," jelas saya.

Bayi berusia hampir setahun di bawah, terhumban ke ruang kaki di tempat duduk belakang kenderaan dinaiki. Mujur dia tidak mengalami kecederaan teruk, hanya tercalar halus di dahi kiri.

Ajaibnya kuasa Allah.


"Selepas kejadian, saya berusaha  mengutip tulang paha anak ke tiga, Amar,  sembilan  tahun. Paha kiri dia hancur tetapi Alhamdulillah berjaya disambung semula oleh dua doktor pakar bertugas. Kini Amar ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.  Isteri saya pula berada dalam keadaan separuh sedar dan  dibawa untuk CT Scan. Lutut dia tercedera dan akan dibedah dalam jangka waktu terdekat," jelas Ramlan.


Saya yakin,  jururawat itu TIDAK mengetahui semua kisah dikongsikan oleh Ramlan.  Setelah tindakannya terburu-burunya ditegur,  dia beredar.

Beberapa minit kemudian saya berpeluang meneliti carta organisasi ditampal di dinding wad sama dan mengetahui kakitangan terbabit, seorang daripada Ketua Jururawat atau  'KJ'  bertugas di wad saya lawati itu.

Pantas saya mendekati dua doktor muda sedang duduk berhampiran katil pesakit di wad tiga itu.  Mereka mendengar setiap kenyataan dilontarkan oleh  KJ terbabit.

"Saya hendak bertanya satu soalan. Saya bertugas sebagai wartawan tetapi datang ke sini untuk menziarahi pesakit, anak rakan saya. Perlukan saya mendapatkan kebenaran pengarah hospital ini?," tanya saya. 

"Tidak. Bagi saya tidak ada isu," balas doktor secara ringkas.

"Terima kasih," ujar saya.


Kepada Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Mohammed Salleh ...

Terima kasih di atas kerjasama kakitangan perubatan HTAA diterajui oleh Datuk kerana terbukti bertungkus-lumus menghulurkan perkhidmatan terbaik merawat ahli keluarga rakan saya terbabit dalam kemalangan jalanraya.

Semoga jasa kalian dibalas sewajarnya di dunia dan di akhirat.

Dalam pada itu, saya juga ingin menegur sikap KJ bak tidak langsung mempunyai perasaan empathy sewaktu mendekati pelawat seperti saya. Saya percaya,  Datuk juga bersetuju dengan fakta, setiap wartawan media cetak atau elektronik bukan menjalankan tugas,  TIDAK diwajibkan mendapat kebenaran daripada pihak Datuk untuk melawat pesakit di HTAA.

Justeru KJ terbabit tidak perlu mendiskriminasi wartawan apatah lagi secara tergesa-gesa bertindak melakukan profiling terhadap kami.

Untuk pengetahuan Datuk,  sewaktu melangkah tenang ke wad pesakit,  bersama beberapa rakan lain,  saya tidak dilengkapi kamera video atau diiringi oleh jurukamera profesional. Maka tiada langsung isyarat menunjukkan saya sedang bertugas. Barangkali KJ itu hanya dihantui tanggapan dan ilusi sendiri.  

Sebagai pengarah, selama ini, Datuk mungkin hanya  menerima laporan daripada pegawai kanan  bertugas di hospital sekaligus jarang disogokkan dengan rintihan sebenar pesakit dan keluarga mereka, sewaktu dirawat di HTAA.

Oleh itu, saya membuka ruang komen entri ini untuk pembaca pernah dirawat di HTAA berkongsi pengalaman MANIS dan PAHIT mereka untuk rujukan Datuk.

Terima kasih.

12 ulasan:

  1. adik ipar den ponah dirawat di hospital nie...sgt x memuaskan ati!!...

    BalasPadam
  2. Kesilapan KJ tuh adalah kurang berhemah dan tidak bertanya terlebih dahulu dan mungkin kurang paham dengan prosedur... apa2 pun setiap orang ada membuat kesilapan...

    BalasPadam
  3. KJ ni ada yg baik & ada yg kerek giler....tu yg x berkenan tu..

    BalasPadam
  4. Depa takut Saudara Mazidul pi buat terjah..sebab depa tau kuasa suara wartawan..macam dalam perlimen dulu pernah kecoh pasai YB takut dengan Karam Singh Walia..kata depa kalau masalah tak selesai jangan cari YB tapi cari Karam Singh Walia...

    BalasPadam
  5. saya ada kes tentang kecuaian hospital, tak tahu nak adu kat sapa...boleh saudara tolong???

    BalasPadam
  6. Pakcik saya doktor pakar di Unit Padaetrik HTAA.. seorang yang baik, mesra dan tak pernah tinggi suara.

    Pendek kata ; Bukan semua orang seperti KJ tu.. maafkanlah dia.. bak kata pepatah Maori ; "Your reputation precedes you." Mungkin mereka sangkakan bro Mazidul di dalam dan di luar TV adalah sama. Jika kita teruskan 'bertarung' begitu, maknanya kita mengiyakan sangkaan mereka. Bro Mazidul sabar ye? :)

    BalasPadam
  7. On a side note, kemalangan rakan Mazidul boleh menjadi iktibar kepada ibubapa lain untuk melabur sedikit dalam kerusi keselamatan untuk kanak-kanak dalam kenderaan.

    BalasPadam
  8. Doa buat keluarga Ramlan n Romi... moga Allah lindungi kalian sekeluarga..

    Assalam bro Mazidul..nk kongsi pendapat je ttg pengalaman dr lawatan bro tu.

    Bg saya ada sedikit masalah ttg penyampaian arahan..mungkin tak begitu detail
    menyebabkn tindakan diambil tanpa berfikir atas sbb kepatuhan yg tidak munasabah.
    Boss kata "jgn benarkn wartawan masuk tanpa kebenaran saya!" Staff bawahan takut
    nak tanya lanjut..."kalau wartawan nk lawat mak/bapa masuk wad?...adik-beradik?..
    .kawan2? Macam mn..nk kena mintak kebenaran Boss ke?"...atau mmg telah diajar
    supaya patuh tanpa bantahan...Boss mungkin rasa terlalu berkuasa tanpa dpt berfikir
    secara munasabah... jadi yg diatas dn dibawah,
    dua2 silap atas sbb ketakutan tk munasabah terhadap sang wartawan...

    BalasPadam
  9. Doa buat keluarga Ramlan n Romi... moga Allah lindungi kalian sekeluarga..

    Assalam bro Mazidul..nk kongsi pendapat je ttg pengalaman dr lawatan bro tu.

    Bg saya ada sedikit masalah ttg penyampaian arahan..mungkin tak begitu detail
    menyebabkn tindakan diambil tanpa berfikir atas sbb kepatuhan yg tidak munasabah.
    Boss kata "jgn benarkn wartawan masuk tanpa kebenaran saya!" Staff bawahan takut
    nak tanya lanjut..."kalau wartawan nk lawat mak/bapa masuk wad?...adik-beradik?..
    .kawan2? Macam mn..nk kena mintak kebenaran Boss ke?"...atau mmg telah diajar
    supaya patuh tanpa bantahan...Boss mungkin rasa terlalu berkuasa tanpa dpt berfikir
    secara munasabah... jadi yg diatas dn dibawah,
    dua2 silap atas sbb ketakutan tk munasabah terhadap sang wartawan...

    BalasPadam
  10. Doa buat keluarga Ramlan n Romi... moga Allah lindungi kalian sekeluarga..

    Assalam bro Mazidul..nk kongsi pendapat je ttg pengalaman dr lawatan bro tu.

    Bg saya ada sedikit masalah ttg penyampaian arahan..mungkin tak begitu detail
    menyebabkn tindakan diambil tanpa berfikir atas sbb kepatuhan yg tidak munasabah.
    Boss kata "jgn benarkn wartawan masuk tanpa kebenaran saya!" Staff bawahan takut
    nak tanya lanjut..."kalau wartawan nk lawat mak/bapa masuk wad?...adik-beradik?..
    .kawan2? Macam mn..nk kena mintak kebenaran Boss ke?"...atau mmg telah diajar
    supaya patuh tanpa bantahan...Boss mungkin rasa terlalu berkuasa tanpa dpt berfikir
    secara munasabah... jadi yg diatas dn dibawah,
    dua2 silap atas sbb ketakutan tk munasabah terhadap sang wartawan...

    BalasPadam
  11. Ksilapan teknikal......kbykkn wartawan kn suka terjah n mnakutkn.....itu yg mbuat 'KJ' dlm dilema ktakutan.....huhuhu.....kesilapn yg kecil jgn dbsrkn.......bak kata 'BOBOI' redha jer leeer......smoga insiden ini mjd pengalaman kpd semua ....setiap manusia sntiasa mbuat ksilapan.......

    BalasPadam
  12. saya dulu pernah ditahan di HTAA selama 8 hari. alhamdulillah sepanjang saya disana, saya berpuas hati dengan doktor, nurse dan kaki tangan hospital..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.