Jumaat, April 05, 2013

KEPALA BERLUBANG

Dia berlegar-legar di stesyen minyak Shell, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Hampir setiap pelanggan mengisi minyak didekatinya sambil menawarkan bungkusan keropok dijual dengan harga RM15 sebungkus.


"Dari mana?," soal saya.

"Pattani, Thailand," balasnya.

Setiap hari, dia dihantar ke lokasi itu pada jam 9 pagi dan dijemput untuk pulang pada jam 8 malam.

"Ustaz Zaidi, dia tinggal di Sungai Buloh (Selangor) membawa kami berlima ke lokasi untuk menjual keropok. Selepas Maghrib, dia datang untuk ambil saya dan kawan lain di tempat berbeza," jelas lelaki berusia 23 tahun itu.


"Berapa kali masuk ke Malaysia sebelum ini?"

Soalan itu saya ajukan.

"Tidak terkira, terlalu banyak," katanya.

"Awak masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong, kan?," tanya saya lagi.

"Ya," balasnya.

"Kalau menggunakan visa pelancong,  Jabatan Imigresen tidak membenarkan awak bekerja di negara ini. Awak tahu, kan?," soal saya.

Dia menganggukkan kepala.

"Mencari rezeki bang," balasnya.

"Matlamat tidak menghalalkan cara sebab Malaysia juga ada undang-undang. Kalau rakyat Malaysia pergi ke Thailand, tidak sewenang-wenangnya mereka dibenarkan berniaga. Tersilap langkah,  kepala berlubang kena tembak," ujar saya.

Katanya, dia dibekalkan 10 kilogram keropok sehari untuk dijual.


Biasanya keropok bersaiz seperti di atas, dijual dengan harga RM10 sahaja, bukan RM15. Merela tahu, imej penjual berkopiah mampu meraih simpati pelanggan stesyen minyak untuk membeli barang dipasarkan.

"Awak tidak menghormati undang-undang di negara saya. Tolong hilangkan diri dalam tempoh lima minit," pinta saya.

Dia kemudian beredar.



18 ulasan:

  1. Kadang2 kesian jugak tgk org cm nie..tp tak tau nak ckp cm mn..tak tolong salah..tolong pun salah...

    BalasPadam
  2. Tolong kerana Allah sudah..kdg2 undang2 Allah pun org langgar..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Sdr. Mazidul & semua pembaca blog mazidul

    kes macam nie terlalu banyak kita dapat saksikan, sebab saya bekerja banyak dengan travelling, kebanyakan penjual ini bersikap agak mendesak untuk menjual barangan (keropok) dengan alasan cari belanja anak2 belajar agama sek pondok...

    kadang kala tu sampai 5 ~ 6 orang sekali gus di kawasan yang sama...

    terlalu dekat dengan Kuala Lumpur .. stesyen minyak di Lebuhraya PLUS, Serdang berhampiran dengan MILLION yang ada Subway tuh...

    kadangkala mereka ini kasar juga dalam aktiviti jualan mereka.. jika dia jual RM15 pastikan bagi mereka RM15 tepat2.. kalau bagi RM20 dia akan cakap lebih tu sedekah lah... erm... dah ckp mcm tu nak buat macam mana.. sedekah....

    cuba Sdr. Mazidul cover story nie .. terutamanya hari Sabtu dan Ahad...

    BalasPadam
  4. SMTI."tolong hilangkan diri dalam tempoh 5 minit..."

    mesti abang tu tgh pikir mcm mana dia nak hilangkan diri dia dlm masa 5 minit. sambil hisap rokok sambil fikir.

    BalasPadam
  5. brapa untung dia dapat?atau org tgh yg bernama ustaz itu kaut untung lbih atas jualan dia?

    BalasPadam
  6. dekat stesen mintak petronas jalan kerja ayer lama selalu ada. nak pump angin tayar pun jadi malas sebab terganggu

    BalasPadam
  7. Mereka ni menggunakan agama untuk mengambil kesempatan. Sepatutnya kita cari siapa "kepalanya"

    BalasPadam
  8. Mereka ni menggunakan agama untuk mengambil kesempatan. Sepatutnya kita cari siapa "kepalanya"

    BalasPadam
  9. kesiannya :(
    mmg kesian wpun geram dgn org yg suka ambil kesempatan atas sikap murah hati rakyat malaysia

    BalasPadam
  10. memanglah kesian dgn diorang ni... hanya mereka sendiri yg tahu apa yg ditanggung..undang2 melarang, undang2 yg hanya di dunia, manusia yg cipta. tapi dunia ni semua milik Allah. Tiada batasan kawasan pun yg Allah tetapkan untuk kita mencari sesuap nasi... renung2kan~

    BalasPadam
  11. Salam...belasnya tengok...mereka hidup susah di sebelah sana...lelaki dan perempuan...hanya bagi sedekah RM5...kat Bangi ni ramai...terlalu ramai...pusat perdagangan dan pusat minta sedekah bertaraf international...macam2 bangsa dari pelbagai negara...Ya Allah...tolong...

    BalasPadam
  12. dia org memburukan imej malaysia di mata pelancong asing.kalau sy pun g sjung dan tengok org jual kopok ni mesti sy ingat org kita sb rupa dia org mcm org malaysia.sama juga dgn peminta sedekah,peminta derma,penjual kaki lima yg bukan org malaysia tp sbgai pelancong mana dia org tau..

    BalasPadam
  13. mesti 'ustaz' tu beli keropk harga borong....pastu dia suh org len jual...dah tentu dia yg untung banyak...maybe mamat ni dapatla..4 hinggit ke satu kepok...erkk....

    BalasPadam
  14. Aslmkm en mazidul,saya ada 1 kejadian sama cuma berlainan niaga yg diniagakan.masih lagi terdapat individu(berbangsa sabah berdasarkan loghatnya) yang menjual gadjet murah seperti Samsung galaxy dari China di kawasan stesyen minyak RnR lebuhraya kesas berhampiran tol Awan Besar dari shah alam menuju sungai besi.

    BalasPadam
  15. di area shah alam seksyen 10, 9 ni ramai org pattani kutip derma dan jual keropok. asal duduk je kat restoran mesti mereka datang. stesyen minyak shell tu pun yg kutip derma sekolah pondok pun ramai, ada je mereka. sampai terfikir betul ke nak buat sekolah pondok. Please siasat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.