Isnin, April 08, 2013

PARTI AJARAN SESAT

Pada minit 1:38,  Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa, solat orang UMNO tidak mendapat pahala.


Terkini ...

'Pondok Minda, gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan mengulangi bahawa PAS parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat WAJIB ditolak.

Ya, saranan itu dikeluarkan oleh gabungan pondok pengajian AGAMA di KELANTAN. 

Dalam pilihan raya umum sebelum ini, tidak pernah kedengaran kenyataan seperti itu dilontarkan terhadap Menteri Besar Kelantan dan parti pimpinannya.

Kini, buku bertemu ruas.

Klik di sini untuk membaca laporan penuh.


18 ulasan:

  1. Moge mndengar dgn mata hati..dalil dah diberi oleh ulama :)

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang kita di hidangkan sesuatu situasi atau suasana yang boleh menghidupkan pelbagai emosi dan personaliti dalam diri kita.

    Sering ianya bercampur gaul yang mana jika tidak di kawal dan di uruskan boleh membawa keputusan samada baik mahupun buruk. Jika baik Alhamdulillah jika buruk sendirilah tanggung..

    Maka saya beza-bezakan perasaan saya setelah selesai melihat video Tuan Guru Nik Aziz tadi

    1) Talhah yang pemarah yang suka memaki hamun :- K$%#%#%)!! #@H#@%=I&%@!N &^$$# Zzzzzz &%*_I #%#%R HA#)&%! R$)*&^A !!|+M JzzzzA dah.

    2) Talhah yang sinis yang perasan dirinya handal dalam hal-hal agama:- "Saya cadangkan Tuan Guru Nik Aziz membuka satu mahzab baharu kerana saya merasakan ilmu Tuan Guru telah mencapai satu tahap yang terbentang luasnya yang mampu untuk berijtihad tanpa merujuk atau bertaqlid kepada mana-mana kaedah fiqh dari mana-mana Mahzab atau kaedah-kaedah yang lain.

    3) Talhah yang bersangka baik :- Mungkin Tuan Guru Nik Aziz tidak mempunyai jalan lain lagi untuk perjuangannya untuk Islam melainkan terpaksa berkata sedemikian berdasarkan prinsip-prinsip darurah dalam peperangan politik. Bukan niatnya untuk mempersoalkan dosa dan pahala orang lain apatahlagi saudaranya yang beragama Islam seperti orang UMNO.

    4)Tlahah ynag tdak reti mngeja tapi teirgin nak jdai Keybot Warier AMNO :- TAKBIR!!! eh silap... Tekbir!! eh eh ..TAKBEER!! eh TAKEBEER!!!!!

    5) Talhah sebagai manusia yang solatnya sendiri belum tentu sempurna:- ....................

    Maka dalam hal ini saya memilih NO 5.. Biarlah urusan Tuan Guru Nik Aziz ini di uruskan oleh Allah s.w.t sebagai Hakim yang Maha Adil. Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

    BalasPadam
  3. Saudara Penulis,

    1. Dalam menilai sesuatu isu, kita seharusnya meneliti keseluruhan hujah secara menyeluruh dan di dalam konteks apa ianya dinyatakan. Jika kita hanya memfokus kepada satu bait dari keseluruhan hujah, kita munkin akan terkeliru dan membuat tanggapan yang salah.

    2. Di dalam isu penggunaan kalimah Allah, saya hanya mendengar dua pendapat yang berbeza dari golongan ulamak dan ilmuan ugama Islam -"Bersetuju" dan "Tidak Bersetuju". Munkin saya terlepas dengar, tetapi saya pasti saya belum mendengar pendapat yang mengatakan "Tidak Boleh". Pada kefahaman saya, bila kita "tidak bersetuju" dengan sesuatu perkara, tidak bermakna perkara itu jika dilakukan adalah satu kesalahan yang menjadikannya "Tidak Boleh" dilakukan. Sebagai contoh, seorang ibu yang "tidak bersetuju" anak terunanya menikahi seorang wanita yang lebih tua tidak bermakna perbuatan anaknya menikahi wanita yang lebih tua itu salah dan "tidak dibolehkan". Ibu tersebut munkin ada alasan sendiri mengapa beliau "tidak bersetuju" tetapi beliau "tidak boleh" menghalang niat anaknya kerana perbuatan itu tidak salah.

    3. Lanjutan dari penulisan ringkas saudara, saya terpanggil untuk mendapatkan penjelasan saudara dalam perkara-perkara berikut:

    (a) Saya yakin saudara sebagai seorang wartawan sudah pasti bermaklumat dan berpengetahuan. Justeru bolehkah saudara nyatakan alasan-alasan lojik dan "intelektual" yang mendorong saudara mentakrif PAS sebagai "Parti Ajaran Sesat"?

    (b) kefahaman saya bidalan "buku bertemu ruas" adalah pertembungan dua kuasa yang sama handal dan gagah. Adakah saudara bermaksud ianya memerlukan kesepaduan 25 pondok pengajian agama di Kelantan baru dapat menyaingi kehebatan seorang Tuan Guru yang dilabelkan sebagai "nyanyuk" dan "sesat?

    (c) Pernahkah saudara hadir sendiri mendengar ceramah TGNA dan menilai sendiri ajaran dan pendapatnya yang saudara katakan sesat itu?

    Saya tidak akan terkilan jika saudara tidak menjawab soalan-soalan yang saya ajukan di atas. Samada berjawab atau tidak, pembaca akan dapat merumus sendiri pendapat tentang keperibadian dan tahap intelektual saudara sebagai seorang wartawan "berpengalaman" dan menilai samada saudara mempunyai agenda peribadi dalam penulisan saudara.

    Salam, dan maaf jika terkasar bahasa.

    BalasPadam
  4. pada aku....awat kita sanggup menggunakan AGAMA demi kepentingan politik. ingayt la wey, kalau depa ni menang...jadi YB....yang kaya depa anak beranak gak..kita yang makan gaji ni, hujung bulan sama ja...xlebih dan xkurang sekupang pun. Kalau dia dah tau BN tu bersekongkol dgn kapiaq...yang dia p join Roket tu watpe????

    BalasPadam
  5. Saya tak setuju dengan pandangan en. Romli.
    Kita tahu bahawa Mazidul adalah ahli UMNO, dan pandangannya tentulah sedikit sebanyak dipengaruhi dengan pendirian politiknya.

    Terpulang kepada Mazidul untuk mengolahnya, kerana ini adalah blognya.

    Bagi pembaca pula, boleh menilai kebenaran apa yang dinyatakan oleh Mazidul mengikut persepsi masing-masing.

    Saya yakin Mazidul meluahkan pandangan ikhlasnya, berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya sebagai wartawan.

    Dalam bicara politik menjelang PRU, kita akan dapat tempiasnya.

    Pokok pangkalnya, hati kita untuk membuat penilaian...

    Bagaimana cara kita menerimanya, pastilah ada kaitan dengan sistem kepercayaan yang wujud dalam diri sendiri.

    Wallahualam..

    BalasPadam
  6. Saya pun sangat setuju dengan saudara Ramli M. Sorip

    BalasPadam
  7. Saudara ROMLI M. SORIP

    Pertamanya Tuan MAZIDUL hanya melapor Gabungan 25 pengajian agama mengatakan PAS SESAT bukannya mengatakan TGNA yang SESAT.

    Maka permintaan saudara Ramli . M. Sorip Selasa, 9 April 2013 4:21:00 PG GMT+08:00

    1) dalam perenggan 3 (a) adalah permintaan SAUDARA yang TIDAK TEPAT dan TIDAK ADIL kerana TUAN MAZIDUL sebagai wartawan pelapor BUKANNYA TUAN MAZIDUL sendiri mengatakan PAS SESAT. Saya ulang beliau hanya pelapor dan kemahirannya bukan untuk memberikan pernyataan "Lojik" dan "Intektual" bekenaan samada PAS SESAT atau tidak.

    Saudara juga cuba memerangkap pembaca (samada secara sengaja atau tidak) dengan membuat pernyataan pembuka kata "Saya yakin saudara sebagai seorang wartawan sudah pasti bermaklumat dan berpengetahuan". Jesteru itu logik dan persepi telah timbul di kalangan pembaca bahawa " TUAN MAZIDUL WARTAWAN bermaklumat orangnya maka sudah tentu beliau mempunyai kemahiran untuk menjawab secara intelektualan akan permintaan saudara RAHIM."

    Sebagai contoh dan mengambil pendekatan saudara.

    "Saya yakin TGNA sebagai seorang ulama yang sudah pasti bermaklumat dan berpengetahuan. Justeru bolehkah TGNA nyatakan alasan-alasan lojik dan "intelektual" samada KARIPAP lebih SEDAP dari kuih BINGKA?

    Jika TUAN GURU NIK Aziz sebagai seorang ahli Falsafah aestetik seperti Immanuel Kant :-
    Jika di lihat dari susut aestetik mana yang lebih sedap bergantung kepada si perasa tetapi dalam HAKIKAT KESEDAPAN karipap atau bingka ada satu yang lebih sedap dari yang satu lagi yang tidak termampu di buktikan secara empiri oleh manusia.

    Tetapi jika TGNA seorang ahli BIO-KIMIA beliau akan berkata:-

    Saya tidak Bersetuju dengan KANT sebab sedap atau tidak KARIPAP atau BINGKA boleh di buktikan secara empiri. Misalnya di lidah kita ada TASTE BUD. PAda orang yang tinggal di negara sejuk dan tidak biasa makan pedas maka BINGKA akan lebih sedap kerana KARIPAP kepedasannya akan di gandakan pada mereka. Bila Pedas maka sistem tubuh berikan isyarat "sakit" pada otak. Bila BINGKA yang manis dan lembut di makan maka kepedaasn akan di kurangkan lalu merasa lega maka orang akan merasa BINGKA lebih sedap dari karipap.

    last-last TGNA jawab :- "SAYA memang suka Karipap sebab saya dah suka siapa kamu hendak menyatakan sebaliknya?"

    Saya nampak Tuan Mazidul seorang WARTAWAN yang MAHIR dan seorang wartawan yang bagus (rujuk laporan-laporan beliau sebelum ini tentang salah laku dalam masyarakat -semoga ALLAH memberi keberkatan kepada TUAN MAZIDUL.) Maka hormatilah beliau sebagai wartawan dengan berlaku adil kepada beliau.

    2) dalam perenggan 3 (b) adalah permintaan yang TIDAK tepat dalam konteks post ini. Mudahnya 25 PONDOK PENGAJIAN VS PAS BUKANNYA 25 PONDOK PENGAJIAN VS NiK AZIZ.

    Ini bukan buku bertemus ruas. Ini seperti "Buku 555" bertemu HARAKAH yang tidak dapat kelulusan KDN untuk di edarkan secara terbuka melainkan pada ahlinya sahaja tetapi kita nampak di jual merata-rata hatta dalam kedai BUKU CINA.

    3) dalam perenggan 3 (b) juga satu permintaan yang tidak tepat dan salah PREMISnya kerana perkara pokok ialah PAS bukannya NIK AZIZ.

    Maka mana-mana ceramah tajaan PAS rasmi dan tidak rasmi termasuklah usrah-usrah, tazkirah misalnya hatta perbincangan kedai kopi, Youtube dan blog-blog pun hendaklah di masukan dalam senarai bukannya hanya ceramah NIK Aziz.

    Maka suka saya minta saudara Rahim membaca semula mukadimmah saudara dalam post saudara Selasa, 9 April 2013 4:21:00 PG GMT+08:00 " Dalam menilai sesuatu isu, kita seharusnya meneliti keseluruhan hujah secara menyeluruh dan di dalam konteks apa ianya dinyatakan..."

    Konteks keseluruhannya sebenarnya "SESAT" hendaklah di kaitan dengan "PAS" bukannya NIK AZIZ

    Maka minta maaf saudara, saya rasa saudara sendiri telah terserandung dalam pernyataan saudara sendiri.

    P/S Kalimah Allah "TIDAK BOLEH" (bukan hanya tidak bersetuju) di gunakan oleh penganut lain di MALAYSIA telah di bincangkan oleh UZtaz Harun DIN.

    BalasPadam
  8. takbir!!!!!!!!!!!!
    kali nie bungkus la BN
    bye..bye...

    BalasPadam
  9. Sokong sama u daniel..bn mmg akan bungkus peralatan nya untuk berpindah ke banggunan kerajaan negeri selangor dan kedah..takbir.....

    BalasPadam
  10. Tahniah en.Mazidul krn menyodor maklumat ini yg mana kelanjutannya membawa kpd pbincangan secara intelektual yg bagus.mudah2an akan terbuka mn yg tertutup.tahniah juga atas analisis yg terperinci yg dibuat oleh sdr Talhah.saya rasa tuan bukan calang2 orang.

    BalasPadam
  11. Nik aziz tu bukan setakat sesat tp menyesatkan...lihat kembali sejarah islam dulu...nik aziz ni boleh diibaratkan sebagai muawiyah...yg membuat fatwa sendiri dan memusuhi keluarga Rasulullah saw...

    BalasPadam
  12. Allah itu tuhan org islam sahajakh? Atau tuhan sekelian makhluk ciptaannya..dilangit dan dibumi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah itu tuhan sekelian makhluk,kenapa x paham.? Dan juga nama khusus tuhan kepada org islam. Kalo kafir,beerti menidakkan ketuhanan Allah..jika menidakkan ketuhannan Allah,kenapa kafir mahu menyebut nama Allah di dalam kitab mereka (bible).ini adalah suatu contadict kepada iman mereka sendiri.mereka itu sesat & terus sesat.penggunaan kalimah allah dalam bible adalah testimoni kesesatan mereka & mahu mengajak umat islam yg setuju penggunaan kalimah Allah dlm bible turut sesat sprti mereka.

      Padam
  13. Bila JAHIL MURAQQAB bersuara inilah jadinya...juga mengundang fitnah apa yg disuarakan...
    Serangan individu ketidakpuashatian kerana ikut ikutan orang lain...
    Apakah sebenarnya 'minda pondok' ini SAH dan DISAHKAN oleh siapa?
    Sepanjang pengajian ana dan sahabat2 lain..TIDAK PERNAH kenal dari mana 'gabungan pondok2 di kelantan?' Guru2nya pun tidak pernah kenal dgn nama dan rupa?
    Dari sanad mana guru mana mereka mengajar/belajar?
    Biasanya pondok2 yg tiada pelajar atas masalah guru2 tersebut berkemungkinan juga ahli2 di dalam 'minda pondok'
    Saudara2 yang komen ni pun termasuk golongan 'minda pondok' juga kerana tidak tahu asal usul sebenar dan mengikut ceita separuh jalan sahaja.
    Ana pun kalau tidak ikut sepenuhnya pasti akan beri jawapan sama seperti anda2 semua.
    'Org umno tidak solat ialah orang umno yang kufur' Apakah ayat ini salah?
    'selama ini BN lah yg beri kesenangan hidup kita' ada 2 maksud disini, 1 boleh menyebabkan menjadi kafir dan 1 lagi maksud dgn ayat yg disudahkan dan harus.
    Ini bukan fatwa sendiri atau memberi hukum...sila rujuk Al Quran dan hadis.
    Jika seseorang islam itu menjadi kafir, sah kah solat mereka?
    ADA AKAL ADA OTAK SENDIRI FIKIR, ALLAH BAGI CUKUP LENGKAP UNTUK MENUNTUT ILMU, MOHON ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA MAZIDUL DAN RAKAN2 LAIN. AMINN

    *Mazidul sendiri pun tahu ramai yg berburuk sangka dgn mazidul 'Catatkan komen secara ikhlas dan tanpa hasad dengki.' itulah bila kita buat sesuatu tanpa guna akal yg Allah beri.

    BalasPadam
  14. Merujuk Komen Encik Kite Aerial Photography :

    Assalamualaikum saudara.

    -saudara ada menyatakan ini SAH dan DISAHKAN oleh siapa?

    Adakah dgn apa yg mereka kata itu akan di tolak bulat2 oleh yg lain ataupun termasuk diri kamu sendiri? Perlu SAH atau DISAHKAN utk memberikan pandangan biarpun ianya memudaratkan? Mahu tunggu ianya SAH sekiranya mereka mempunyai gelaran DYM? DYMM? TYMM?

    -Sepanjang pengajian ana dan sahabat2 lain..TIDAK PERNAH kenal dari mana 'gabungan pondok2 di kelantan?' Guru2nya pun tidak pernah kenal dgn nama dan rupa?
    Dari sanad mana guru mana mereka mengajar/belajar?

    Bukankah ilmu itu berada di mana2 selagi kita masih berpijak di bumi yg nyata? Ilmu itu TIDAK PERNAH KENAL siapa,apa gelarannya dan darjatnya. Jika kamu tidak mengenal mereka, Mungkin yg lain mengenal mereka. Adakah kamu telah mentelaah setiap negeri dan kenal setiap manusia yg bermastautin di situ?

    -'minda pondok'

    Saudara melabelkan mereka dan para pembaca sbg golongan 'minda pondok'. Adakah minda pondok ini tidak dpt di terima pakai kerana ianya pondok bg kamu? adakah kamu berada di golongan 'minda istana' ataupun 'minda mahligai' sehingakan kamu menggelarkan kami semua begitu. Apa perasaan kamu jika kami menggelarkan kamu sebagai 'minda tempurung'? Boley?

    -'Org umno tidak solat ialah orang umno yang kufur' Apakah ayat ini salah?
    'selama ini BN lah yg beri kesenangan hidup kita' ada 2 maksud disini, 1 boleh menyebabkan menjadi kafir dan 1 lagi maksud dgn ayat yg disudahkan dan harus.

    Saya tidak perlu berbicara banyak tentang ini. Perkara yg terlalu basic. Adakah kita BERHAK/BERKUASA mengkafirkan/mengkufurkan SAUDARA kita sendiri? Dan apa hak kita utk MENILAI pahala & dosa seseorg itu? Perlukah kita melabelkan seseorang itu sbg UMNO/PAS/PKR yg bersolat tetapi tidak mendapat pahala? Solat ialah hubungan jasad & roh kamu kepada Allah. Tawaduk dan khusyuk kamu demi menjalankan tanggungjawab diri kamu sbg seorg islam. Politik hanya FAHAMAN dan bukannya PEGANGAN. Politik hanyalah REKAAN dan bukanya bersifat BERKEKALAN.

    Saya catatkan komen saya secara ikhlas dan tanpa hasad dengki.

    Assalamualaikum..

    BalasPadam
  15. saya tak pasti mengapa jawapan balas saya kepada ulasan Saudara Talhah tempoh hari tidak di siarkan. Rasanya ulasan saya adalah "ikhlas dan tanpa hasad dengki" dan tidak juga menggunakan ungkapan-ungkapan yang kesat. Saya harap cubaan kali ini dapat disiarkan.

    Saudara Talhah,

    1. Walaupun tidak dinyatakan, saranan menolak fatwa TGNA yang merupakan Mursyidul Am "Parti Ajaran Sesat" bolehlah dirumuskan sebagai beliau mengeluarkan "fatwa sesat".

    2. Jika medium yg digunakan oleh Penulis adalah saluran media, fungsi beliau adalah wartawan pelapor. Tetapi di dalam blog personal beliau, penulisan beliau adalah pandangan beliau secara peribadi. Justeru, saya rasa tidak salah jika saya "sekadar memohon alasan "logik" dan "intelektual" beliau, bukan bersandarkan kepada emosi dan kiblat semata-mata. Ini adalah untuk tujuan menilai kredibiliti, bagaimana munkin kita boleh diyakini oleh seseorang yang kredibilitinya sangsi. Kalau menggunakan contohnya yang saudara berikan tentang karipap tu, saya cuma ingin tahu mengapa kata tak sedap - adakah kurang masin ke atau kurang pedas. Saya tidak berminat untuk mengetahui apa yang menyebabkan dia rasa kurang sedap atau masin. Soalan saya adalah "mengapa anda rasa tak sedap?" bukan "apa yang membuatkan anda rasa tak sedap". Jika dinilai tahap intelektual saudara, pasti saudara dapat membezakan dua soalan tersebut.

    Saya rasa soalan itu adil dan tidak ada unsur-unsur tidak menghormati beliau di situ.

    3. Isu "buku bertemu ruas" saya memohon pencerahan penulis. Apa yg saya nyatakan adalah kefahaman saya, justeru saya memohon pencerahan maksud sebenar Penulis.

    4. Isu ketiga yang diulas adalah berkaitan dengan kenyataan saya dipara 2 di atas yang bersangkutpaut dgn "kredibiliti". Saya cuma ingin tahu samada pandangan dan kesimpulan yang beliau ambil berkenaan pandangan beliau terhadap PAS dan TGNA khasnya adakah bersandarkan pengalaman peribadi atau "hasil kajian" terhadap pandangan umum. Kalau di mahkamah keterangan "hearsay" atau berdasarkan apa yang kita dgr dari pihak ketiga (3rd party) tidak ada "credibity" dan "inadmissible" atau tidak boleh diterima pakai.

    4. Munkin saudara melihat saya dari perspektif yang sempit justeru saudara merumuskan saya terserandung. Maaf, saya hanyalah salah seorang rakyat marhaen yang tidak ada sandaran politik. Saya memerlukan pencerahan dan perlu diyakini dengan kenyataan-kenyataan yang ada "credibility" dan penghujahan yang logik. Jika respon yang saya terima adalah negatif dengan menghukum saya secara melayan saya sebagai partisan pembangkang, BN sebenarnya telah kehilangan satu undi saya. Dan saya lihat ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh penyokong kerajaan yang sentiasa membidas dan mempersendakan penyokong lawan. Pendekatan yang seharusnya dilakukan adalah untuk meyakini mereka supaya "turn-over" kepada pihak yang "benar", tak kiralah mana satu pihak yang dikira benar.

    Mohon direnungkan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.