Rabu, Julai 10, 2013

SOLAT HAJAT PERDANA : SEMOGA ALLAH MELEMBUTKAN HATI BONDA LADUNI ROHAYA ASMUNI

"In Sha Allah, semua mangsa penipuan pakej umrah syarikat Arlief Juara Kembara diminta menghubungi saya di talian 010 235 8785  kerana  kami bercadang untuk menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana.  Semoga Allah melembutkan hati Rohaya Asmuni untuk mengembalikan semula wang mereka yang tidak dapat  menunaikan umrah," ujar Ustaz Aziz Ismail.


Aziz,  pengerusi Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia,  badan bukan kerajaan, kini berusaha membantu mangsa untuk menuntut kembali wang mereka selepas pakej umrah tidak dizahirkan. 

Rohaya sehingga kini dilaporkan tidak mengembalikan wang  dibayar kepada syarikat kendaliannya, Arlief Juara Kembara,  berjumlah  jutaan ringgit.

Klik di sini untuk  membaca entri sebelum ini.

"Ustaz Mohd Yatim Abu IIdas, mengetuai 81 mangsa dari sekitar Semenyih, Selangor akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi. Jumlah kerugian lebih RM300,000," tambah Aziz sewaktu  menghubungi saya melalui telefon.

Saya telah banyak kali membaca laporan berhubung kes penipuan di Malaysia tetapi tidak ramai individu beragama Islam tekad melarikan wang umat Islam lain  ingin menunaikan umrah ke kota suci Mekah.


Rohaya digelar Bonda Laduni kononnya berstatus 'Dato Paduka' di dalam Pertubuhan Laduni 30 Malaysia. Kini laman facebook pertubuhan itu tidak lagi wujud.

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah,  semoga semua wang mangsa dianiaya, dipulangkan kembali pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. di bulan ramadhan nih moga2 termakbul doa org2 yg teraniaya itu... duit yg di kumpul ngn hasil titik peluh sndiri...
    jgn dh abis duit tuh datuk paduka tu joli sudah lah... kesian pd mangsa2 penipuan nya

    BalasPadam
  3. Tergamaknya dia menipu sesama Islam...wajah x melambangkan pribadi...huhuhu...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Semoga Ramadhan bukakan hatinya untuk kembalikan hak orang-orang yang teraniaya ini. Ketahuilah, doa orang-orang yang teraniaya itu mudah makbulnya, tambahan pula pada Ramadhan yang mulia ini.

    Insha allah, niat yang baik, moga cepat makbulnya. Aminnnn.

    BalasPadam
  5. Moga Ramadhan yang penuh berkat ini akan mebawa sedikit jalan mudah buat mereka juga buat dia agar terdetik dihatinya utk memulangkan kembali wang.

    Hidup tidak untuk menongkat langit. Di dunia hingga akhirat akan dituntut.

    BalasPadam
  6. wow..hebat dan berani... bukan sebarang duit tapi duit nak ke mekah tu... hebat!!! tak takut dengan Allah kot... memang hebat!!! *sinikal*

    BalasPadam
  7. Insya-Allah Allah akan mengabulkan permintaan hamba-hambanya yang teraniaya. Mudah-mudahan Ramadhan ini memberi keberkahan dengan membuka pintu hati orang yang melakukan kesilapan utu untuk kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  8. Jangan la rasa hairan jika orang islam menipu sesama islam..ramai peniaga islam kat pasar pun menipu...dan..yg ramai mati dibunuh pun org islam dinegara islam..pembunuhnya juga beragama islam..

    BalasPadam
  9. Salam bang mazidul, saya tengok budak-budak tahfiz yang buat jualan amal tu masih ada lagi di sekitar ipoh. saya ada snap gambar, tp tak upload ke blog saya lg.

    follow blog saya di Blog Johan Harith

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.