Khamis, Januari 30, 2014

PERMOHONAN PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERHUBUNG STATUS KELULUSAN PRODUK DOUBLE STEMCELL

Terdapat pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh agen dan mobile (stokis) memasarkan produk Double Stemcell.

Mengetahui saya adalah pesakit diabetes, sebilangan daripada mereka, bercakap seperi pegawai perubatan, mendakwa kononnya produk itu mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Kenyataan lain juga turut dihebahkan, dikatakan produk sama mampu menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

Syarikat pengeluar produk stemcell itu, Phytoscience Sdn. Bhd mencetak kod siri kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM di bungkusan produk. Sila rujuk gambar di bawah.


Melihat 'KKM-163/S/25 Jld. 214', pastinya majoriti golongan marhaen tidak mengetahui samada kod itu dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pharmasi atau Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan, KKM. Setelah membuat pemeriksaan, saya dapati 2 bahagian itu mempunyai beberapa sub-seksyen.

Sebelum ini, JAKIM telah mengesahkan produk Double Stemcell menyalahgunakan Logo Halal JAKIM dan syarikat kemudian bertindak membuang logo itu sekaligus memperkenalkan bungkusan baharu, klik di sini.

Satu tindakan amat dialu-alukan agar masyarakat pengguna ISLAM di Malaysia tidak terus ditipu. Hairannya, sedang isu ini hangat dibicarakan, setakat ini JAKIM tidak langsung mengambil tindakan tegas terhadap syarikat itu. Apakah sebenarnya berlaku? Pilih kasih? Pilih bulu? Hanya berani mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi tidak bertindak mengimplementasikan undang-undang? Sedangkan bukti nyata di depan mata. Tidak perlu sudah terang lagi bersuluh.

"Individu menjadi rujukan soal agama, Datuk Haron Din juga menggunakan produk Double Stemcell," ujar kenalan.

"Barangkali beliau sendiri tidak mengetahui FAKTA, syarikat pengeluar telah menyalahgunakan Logo Halal JAKIM selama ini," balas saya spontan.

Apapun, demi kepentingan rakyat Malaysia, saya memohon KKM untuk memperjelaskan isu ini.

Bahagian manakah di KKM mengeluarkan kodex 'KKM-163/S/25 Jld. 214' ditampal di bungkusan produk? Adakah produk terbabit selamat untuk dimakan? Adakah Double Stemcell tidak mempunyai bahan kimia berbahaya? Boleh juga diterangkan, apakah sebenarnya status kelulusan itu (jika ada) samada dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pharmasi atau Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan

Persoalan LEBIH penting, layakkah produk itu dihebahkan berfungsi sebagai pengubat pelbagai jenis penyakit seperti didakwa sebilangan agen?

Saya berharap KKM akan membuat kenyataan rasmi di facebook dikunjunghi lebih 100,000 pelayar sosial, klik di sini.



Entri ini telah ditampalkan di laman terbabit.

10 ulasan:

  1. No rujukan dari bahagian pharmaseutikal bermula dengan MAL bukan KKM. Ini macam no. rujukan di surat rasmi saja. No. rujukan surat tak valid untuk pengesahan sesuatu produk. Mungkin surat tu adalah surat pesan barang atau pun apa juga tetapi ditampal pula di situ sebagai nombor pengesahan.

    Mana boleh, tak sama. Macam gunakan no telepon sebagai alamat rumah. Ye, nombor jugak, tapi orang takkan jumpa rumah kita...hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abg mazidul tolong checkkan produk yg sama iaitu PERFECT STEMCELL. kandungan sama dan guna logo yg sama

      Padam
  2. No di atas adalah dikenali sebagai no kandung surat rasmi kerajaan. Sebagai contoh, syarikat di atas menerima surat daripada kkm mengenai "apa-apa" sahaja perkara, maka no kandung fail rasmi adalah seperti berikut sebagai contoh:

    KKM-163/S/25 Jld. 214

    KKM (Merujuk kementerian mana)
    163 - (Rujukan bahagian di KKM, bahagian daftar ubat ke apa ke)
    S - (Merujuk Portfolio apa)
    25 - (Merujuk subseksyen portfolio)
    Jld 214 - (Jld fail, maknanya fail mengenai surat berkaitan bidang tersebut dah 214 fail!)

    Ada satu kekurangan... sepatutnya dihujung Jld 214 kena ada no kandung fail

    KKM-163/S/25 Jld. 214 (35)

    (35) merujuk kepada surat ke berapa dalam fail tersebut...

    JELAS SYARIKAT ATAS SCAMMMM

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.

    nombor code tersebut berkemungkinan surat rujukan dari bahagian keselamatan dan kualiti makanan KKM, pengkelasan produk tersebut sebagai makanan.

    BalasPadam
  4. Celaka punya orang, buat duit dengan cara menipu. Logo-logo dan nombor-nombor yang lain tu pun entah entah mesti tipu jugak.

    BalasPadam
  5. Ni reply yg saya dpt dr BPFK. Skrg tgh tggu dr bahagian keselamatan dan qualiti makanan lak ckp apa. Tp kalu ikut pemahaman saya, kalu terletak bawah bahagian keselamatan dan qualiti makanan, produk xleh dakwa ada kesan mcm ubat, sembuhkan mcm2 penyakit.

    On Jan 28, 2014 3:35 PM, "Zeti Hulwani bt. Baba" wrote:
    Salam En Nik,

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada pertanyaan tuan berkaitan produk Phytoscience Double Stemcell.

    Melalui carian pangkalan data Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sehingga hari ini (28 Januari 2014), mendapati bahawa produk ini adalah produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Walaubagaimanapun, pihak kami mendapati bahawa produk ini kemungkinan produk yang dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk berkenaan tidak dapat dipastikan oleh pihak kami.

    Untuk makluman tuan, produk yang berdaftar dengan PBKD adalah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran MAL (contoh : MAL20125467T) serta hologram MEDITAG yang tulen. Selain itu, tuan/puan juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/maklumat/semakan-pendaftaran-produk.html . Pencarian produk boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan nama produk, nombor pendaftaran produk, pemegang pendaftaran, bahan aktif atau nama pengilang.


    Sekian terima kasih.

    Bahagian Perkhidmatan Farmasi
    Kementerian Kesihatan Malaysia
    Lot 36, Jalan Universiti,
    46350 Petaling Jaya, Selangor.
    Tel : 03-78413200
    Faks : 03-79682222

     

     

    From: v.vimmelathithan@moh.gov.my [mailto:v.vimmelathithan@moh.gov.my]
    Sent: Wednesday, January 22, 2014 10:41 AM
    To: Dato' Eisah Binti A. Rahman; Muhammad Syafiq Saleh
    Subject: Penugasan Maklum Balas Baru : Status Kelulusan Produk Double Stemcell Phytoscience SDN BHD

     

    Tuan/Puan,

    Dimaklumkan bahawa pihak PRO KKM telah menerima maklumbalas bertajuk Status Kelulusan Produk Double Stemcell Phytoscience SDN BHD dengan nombor tiket 28324.001505 pada 22/01/2014.

    Mohon kerjasama tuan/puan untuk menyelesaikan maklumbalas yang diterima dalam tempoh 15 hari bekerja. Sila layari http://moh.bpa.jpm.my untuk membuat capaian dan tindakan sewajarnya.

    Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

    Sekian,terima kasih.

    Komunikasi Korporat
    KKM

    BUTIRAN LENGKAP

    No Tiket : 28324.001505
    Tajuk : Status Kelulusan Produk Double Stemcell Phytoscience SDN BHD
    Butiran Maklum balas : Salam. Berdasarkn lampiran gambar yg diberikan produk ini telah mendapat kelulusan KKM. Jadi adakah nombor siri ini sah kerana ada yang menyatakan nombor siri kelulusan patut bermula dengan MAL xxxxxxx.
    Tarikh Terima : 22/01/2014
    Saluran : Sistem iSPAAA

    BalasPadam
  6. Saya percaya KKM akana mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal ini. Sabar.

    BalasPadam
  7. KKM sibuk le bang..banyak keje katanya.. kalau nak dapat maklum balas dari KKM 2015 kot bru boleh dapat..standard ler tu...tu kira cepat gak tu..klau lagi lambat boleh sampai 2020 baru dapat maklumbalas.. biasa le...KKM sibuk bang... JAKIM pun sama bang.. SIBUKKK... JAKIM mungkin tgh sibuk baru nak bukak kitab..nak mentelaah dulu... sumer SIBUK bang... tunggu dah ada yang mati..yang keracunan...baru dia x sibuk nak datang dan buat pemeriksaan... jadi ini cdangan dari saya ialah kita perlu wujudkan badan KKM dan JAKIM swasta supaya perkara seperti ini dapat diambil langkah segera... KKM dan JAKIM kakitangan kerajaan ni biarlah bang..x boleh harap... SIBUKK...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.