Isnin, Mac 24, 2014

MH370 : TITIK MEMBURU KEBENARAN BERMULA

Jam 10 malam tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan, pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, mengakhiri penerbangan di selatan Lautan Hindi dan tiada mangsa dipercayai selamat.

Klik di sini.

Berita itu pastinya disambut sedih tetapi mungkin telah dijangka oleh ahli keluarga 239 penumpang dan kru kabin pesawat malang itu. Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh 26 negara selama 17 hari, membabitkan penggunaan aset berteknologi tinggi. 

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Al-Fatihah.



Apapun, pengumuman terkini itu tentunya tidak menoktahkan pelbagai persoalan lain di minda masyarakat tempatan dan dunia.

Antara soalan itu, apakah faktor utama mendorong MH370 mengubah arah laluan ke Lautan Hindi? Apakah sebenarnya terjadi di dalam pesawat itu sebelum mengakhiri penerbangan di lautan paling terpencil itu? Adakah MH370 dirampas? 

Biarlah soalan itu dijawab oleh pakar terbabit dalam siasatan kes ini. Kita berharap, penjelasan kelak dikongsikan secara telus tanpa keraguan.

Bukan seperti kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 



Pada 22 Mac lalu, portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan tindakan Anwar mempertikaikan bagaimanakah maklumat hubungannya dan juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dibocorkan kepada akhbar United Kingdom, Daily Mail.

Klik di sini.




Tidakkah Anwar tahu menantunya telah berkongsi maklumat mengenai status Zaharie, digelar sebagai 'uncle' di Instagram?

Screen Shot di bawah kemudian tersebar di alam maya.



Klik di sini.

Anwar sepatutnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia, Zaharie, 'uncle' kepada menantunya, isteri anak lelaki dia, Ehsan. Biarpun hubungan persaudaraan itu barangkali jauh, tidak salah sekiranya Anwar memberikan penjelasan TELUS, lebih awal.

"Menantu saya, Syaheedah, isteri Ehsan, memanggil Zaharie sebagai 'uncle' tetapi juruterbang itu tidak begitu saya kenali biarpun dia, ahli seumur hidup dan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat"



Kenyataan sebegitu, sekiranya dikeluarkan, pastinya membunuh semua spekulasi negatif terhadap Anwar. Hairan, mengapakah dia perlu menjelaskan status hubungan itu melalui CNN? Lebih tidak dijangka, Anwar tersilap tatkala mengeluarkan kenyataan mengenai Zaharie.

"... dia (Zaharie), ahli kepada parti pemerintah," kata Anwar.

Klik di sini.

Mengapakah sejak dari awal, Anwar enggan berterus-terang dan menghuraikan hubungan sebenar di antara dia dengan Zaharie? Apakah ditakutkannya? Mengapakah dia bak mengelak untuk dihubungkaitkan dengan juruterbang berusia 53 tahun itu?



Terkini, polis menyiasat lebih 100 individu berhubung kes kehilangan MH370. Dilaporkan, tiada kesangsian timbul mengenai pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 tahun. Manakala isteri Zaharie , Faizah Khan, dijangka bakal disoal siasat oleh petugas Biro Persekutuan Amerika, FBI. 



Kehidupan peribadi juruterbang dikatakan kompleks, termasuk status hubungan di kalangan ahli keluarga serta kepercayaan politiknya.

Klik di sini.



Faizah Khan sewaktu muda

"Semua suspek tidak bersalah selagi mahkamah tidak mendapati mereka bersalah," kata Ketua Polis Negera, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Baca di sini.

Kes panggilan telefon 2 minit oleh wanita tanpa identiti diterima oleh Zaharie sebelum MH370 berlepas tentunya akan disiasat oleh polis secara lebih terperinci. Nombor telefon didaftar menggunakan dokumen palsu. Bagaimanapun, Bukit Aman dilapor menafikan kewujudan panggilan terbabit seperti dipaparkan oleh The Star Online, klik di sini.

Saya melihat pengumuman MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi, bermulanya titik memburu kebenaran.

11 ulasan:

  1. Salam Mazidul..
    saya amat sedih sekali dgn perkembangan terbaru ini..
    demi Allah saya sama sekali tidak percaya ia terhempas melainkan ini adalah hasil konspirasi jahat pihak tertentu..
    sy lebih mengesyaki Amerika-CIA dan sekutu2 mereka. Data maklumat yg kita beritahu pd hari kedua mengatakah pesawat berpatah balik tiba2 terpaksa ditarik balik..atas arahan pihak luar.. siapakah mereka?

    Tidakkah terlalu bodoh kita hanya percaya kpd US-FBI dan sekutu mereka..yg menyudahkan plot drama ini dgn ending pelik dan tidak masuk akal org2 celik mata dan akal?

    Apalah daya kita hanya mampu berdoa.. sy amat pelik mengapa MH370 berpatah balik dn terbang berjam2 semata untuk terjun di lautan pencil? Apakah kerana rahsia plan A Diego Garcia Amerika telajh bocor maka sifat kebinatangan mereka utk musnahkan semua yg ada dijadikan plan-B?

    Wallahualam...
    demi Allah sy dgn maklumat setakat ini saya sama sekali tidak percaya ia terhempas tanpa konspirasi US dn sekutu2 mereka..

    BalasPadam
  2. http://www.christianpost.com/news/former-pilot-chris-goodfellow-gives-the-most-plausible-explanation-yet-for-missing-malaysia-airlines-flight-mh370-116489/

    BalasPadam
  3. Takziah dan Alfatihah untuk mereka. Kepada puak puak pembangkang yang menuduh, memfitnah dan memburuk burukkan kerajaan dengan cerita menyorokkan kapal MH370, sila minta maaf dengan pihak kerajaan atau anda siksa dalam kubur dan neraka. Konspirasi la sangat.

    MH370 berpatah balik mungkin kerana kebakaran di kokpit, dan terbang menuju ke Langkawi kerana itulah laluan lebar dan dianggap selamat untuk pendaratan semula. Berpatah balik ke KLIA akan melintasi Banjaran Titiwangsa manakala untuk mendarat di lapangan terbang berhampiran (Kota Bharu atau Kuala Terengganu) agak mustahil kerana terlalu hampir dan kapalterbang mungkin menjunam ke landasan. Mungkin juriterbang dan pembantu juriterbang telah pengsan dan tidak sedatkan diri mengakibatkan kapalterbang terus terbang hingga ke Lautan Hindi dan akhirnya menjunam ke laut, penebangan ini mungkin tidak di sedari oleh semua krew dan penumpang kerana biasanya apa apa masalah teknikal kapal tidak akan diberotahu kepada semua untuk mengelakkan panik, kelamkabut, huruhara dan keadaan luar kawalan.

    BalasPadam
  4. 1. Selalunya orang pandai yang berniat khianat bersedia menutup segala alat bukti supaya tidak dapat dikesan.


    2. Boleh percaya ke alas an yang diberi oleh anak perempuan kapten Zaharie?

    Jangan terlalu sangat percaya akan keluarga atau Aisyah, anak si juruterbang yang tersyak, kerana mereka pun mungkin berpura-pura hipokrit seperti pemimpin parti kencingkan rakyat.

    3. Semua penjahat memang mahu tutup taik mereka dan tunjuk baik.

    4. Manusia yang baik, tak payah :

    -memuji diri mereka sendiri,
    -mengaku tiada apa niat tersembunyi,
    -menuduh kesalahan orang lain.

    5. Cuma penyiasat dan polis sahaja yang berwibawa menentukan, kemudian seret ke mahkamah, buktikan dengan tuduhan pengganas.

    Kepintaran seseorang boleh dikategorikan 2 puak.

    - puak yang cerdik dan bersedia menipu, mengkhianati, menindas
    kerana puak ini memanipulasi undang-undang

    - puak yang cerdik yang sudah pasti kesalahan undang-undang dan
    ta’at kepada undang-undang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong penuh. Parti Kencing Rakyat harus dikuburkan macam MH370

      Padam
  5. Salam,

    Dari pengamatan seya sejak hari pertama lagi banyak keraguan dan banyak maklumat yang dikeluarkan oleh pihak asing dan bukannya dari kerajaan Malaysia.

    Apakah ini cara untuk menutup kesilapan mereka terutama sekali apabila TUDM dapat menyedari adanya patah balimpesawat MAS. Jadi untuk menutup jejak konspirasi menyalahkan juruturbang bermula dengan berbagai laporan negatif dari wartawan asing.

    Kalau ini be ar kemalangan kenapa pihsk indonesia dan Australia tidak dapat mengesan pergerakka kapalterbang melalui ruangan radar mereka.

    Apakah indonesia, australia dan diego garcia menggunakan radar cap ayam sehingakan kapalterbang boing tidak dapat dicerap oleh radar mereka?

    Banyak lompong dan banyak sekali kemusykilan bermain dalam misteri MH370


    BalasPadam
  6. tak semua wanita bila dah tua, lawa macam era muda mereka

    lari dari tajuk lak

    BalasPadam
  7. SAYA MENYOKONG SEGALA UPAYA KERAJAAN DLAM MENANGANI ISU NI.TETAPI SECARA PERIBADI SAYA AMAT SUKAR UNTUK MENERIMA BAHWA MH 370 NI BOLEH TERPELEOT SAMPAI LAUTAN HINDI .UNTUK APA PILOT NI BAWAK PESAWAT NI SAMPAI KETEMPAT YG BEGITU TERPENCIL,DITAMBAH DGN CARA IANYA HILANG AMAT AMAT MISTERI DAN MERAGUKAN.KALAU PUN DIA BUAT TURN BACK TAK BOLEH KE LANDING KAT PENANG ,KAT LANGKAWI,KAT MEDAN ATAU KAT YANGGON SEKALIPUN,MENGAPA BOLEH TERPELANTING HINGGA KE TEMPAT YG JARANG JARANG ORANG SAMPAI KESANA?

    BalasPadam
  8. PELIK TAPI BENAR....Al-fatihah...

    MH370 bertolak dari KL dan dah masuk ke sempadan Vietnam utk ke Beijing.
    Slps tu dikatakan berpatah balik dan transponder serta ACARS dimatikan lalu ianya dikatakan dilihat di kepulauan Maldives di selatan India pada siangnya. Sangat pelik bila pilot terbang ke kutub selatan yg sangat jauh dan tidak berpenghuni, memandangkan suku minyak telah luak dan jika nak ke Australia pun dah tak cukup minyak. Paling jauh jika ke selatan MH370 hanya sempat sampai bawah sikit pada Sumetara, sedangkan objek yg ditemui itu berada 2500 km di tenggara Perth. Jauh tu. - sebenarnya tiada siapa yg mahu ke situ. (apabila transponder dan ACARS dipadamkan, pilot hanya menggunakan matakasar tika menerbangkan pesawat, sbb tu ada laporan mengatakan melihat kapalterbang terbang rendah. Munasabahkah MH370 telah tersasar ke koridor selatan lautan hindi)
    Jika benar perjalanannya sebegitu ianya samalah seperti menempah maut dan ianya mungkin didorong sesuatu yang tak dapat kita fahami.
    Persoalannya..."Apa yg membuatkan transponder dan ACARS dimatikan dan tidak dihidupkan lagi...."
    Wallahualam

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.