Sabtu, Mac 08, 2014

NAJIB RAZAK TIDAK MENJATUHKAN HUKUMAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM


Tiga hakim di Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, 6 tahun lalu.


Sebaik keputusan itu diumumkan, ramai penyokongnya menjerit tidak berpuas hati. Keadaan menjadi semakin panas apabila Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. 

Mereka berteriak  ...

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Berikutan itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengistiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan kira-kira 500 penyokong di Sungai Sekamat, Kajang, Selangor. Katanya, Majlis Presiden akan membuat keputusan hari ini samada bakal turun ke jalanan atau sebaliknya.

Semalam, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, PKR, Tian Chua mencatatkan maklumat berikut di laman sosialnya.


Biar saya perbetulkan kenyataan Tian Chua itu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak TIDAK menjatuhkan hukuman terhadap Anwar. Hukuman diputuskan sebulat suara oleh hakim di mahkamah Istana Kehakiman.



Tian Chua secara yakin BERJANJI akan menjatuhkan Najib dalam tempoh 5 bulan. Pemimpin itu harus tahu, dia tidak akan mampu mendahului ketentuan Allah. Maksudnya, jika Allah tidak mengizinkan, hasrat itu bakal gagal dizahirkan. 

Pada 16 September 2008, Anwar juga begitu yakin untuk menakluki Putrajaya. Ramai penyokongnya kemudian terpedaya. Hasrat Penasihat PKR itu untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai biarpun dia berasa amat yakin dengan kenyataan dilontarkan kepada penyokong.

Di sebalik pelbagai usaha gigih Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia, Allah yang maha mengetahui TIDAK mengizinkan kejadian itu berlaku.

Noktah.


Bertujuan mencapai matlamat peribadi, menjadi Menteri Besar Selangor, Anwar kemudian membuat keputusan bertanding di Pilihan Raya Kecil Kajang. Penamaan calon hanya tinggal 3 hari lagi. Malangnya, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara melebihi setahun, dia diistiharkan tidak layak bertanding. Jika diimbas kembali, Anwar diwakili oleh peguam ternama dan hebat, Karpal Singh. Namun semalam, nasib tidak menyebelahi mereka di mahkamah.


Kita semua harus akur, manusia berhak berusaha untuk memburu matlamat diidamkan dalam hidup tetapi harus redha dengan ketentuan Allah. Lazimnya, tatkala ditimpa bahana, kita percaya, pasti hadir hikmah tersirat di sebalik kejadian itu. Justeru tidak salah andai penyokong Anwar beragama Islam  berkongsi kepercayaan sama.

Hukuman penjara Anwar ditangguhkan, sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Andai kata, dia dipenjarakan selama 5 tahun, keputusan itu juga sebahagian daripada qada dan qadar telah ditetapkan. 



11 ulasan:

  1. Allah maha mengrtahui,mungkin atau past i janji Allah telah tertunai."kun fa'ya kun".

    BalasPadam
  2. Salam. Sepatutnya penyokong Pakatan yang Islam telah sedar apa yang berlaku. jangan berfikiran sempit dan menuduh sembarangan. Datuk Sri Najib tidak ada kena mengena dengan masalah ini. Siapa yang makan nangka dia yang kena getahnya. Kenapa Datuk Sri Najib UMNO/BN selalu dituding, sedangkan punca masalah mereka sendiri yang lakukan. Mungkin ini adalah suatu rahmat dari Allah yang kita tidak tahu. Suatu pengajaran yang kita tidak boleh mendahulukan Qada' dan kadar dari Allah. Untuk menjadi PM Malaysia kalau tindak-tanduk Datuk Sri Anwar betul, jujur dan berhemah sudah tentu jawatan itu sudah lama di sandangnya.

    Nasi sudah menjadi bubur, bertaubatlah dan memperbaiki diri dari musibah yang melanda. Bukan setakat untuk Datuk Sri Anwar sahaja, kita semua umat Islam harus memperbaiki diri. Cerminlah diri ini adakah kita selama di jalan yang lurus dan di redai oleh Allah?.

    Fikir-fikirlah......

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    BalasPadam
  3. tapi pelik kenapa tidak saiful bukhari sekali dihukum dia juga terlibat dengan liwat, tak mungkin dia seorang mangsa, anwar dah tua dan saiful masih muda, kenapa tidak lari saja dari anwar? adakah ini bermakna saiful juga menikmati liwat itu dan suka sama suka kejadian liwat tersebut? barangkali disini ada juga kekhilafan fakta oleh mahkamah.kalau benar anwar menjadi mangsa teori konspirasi maka dah dua kali anwar dizalimi dan satu peringatan buat semua rakyat malaysia takutilah doa orang yang dizalimi,setiap doanya pasti dimakbulkan Allah.

    BalasPadam
  4. btol tu.. abd razak baginda pun tak d jatohkan hukuman oleh najib.. hehe

    BalasPadam
  5. Hanz png, yang membuat aduan adalah En. Saiful yang mengatakan dirinya diliwat. En. Saiful tidak pula meliwat orang tua berumur 62 tahun itu. En. Saiful ketika itu masih muda, takut terhadap Anwar yang sememangnya berkuasa. Masih ingat lagi betapa penakutnya seorang pengadil untuk mensabitkan hukuman kerana takut. Anwar kaya raya, ramai yang sokong beliau bermati-matian. Anwar licik dan ganas, sering mengugut sesaorang yang boleh kena makan, "U ulang, I saman."

    BalasPadam
    Balasan
    1. anwar seorang yang berkuasa lebih dari pm najib?habis tu boleh pula saiful berjumpa pm najib untuk buat aduan,siap ada fakta saiful makan karipap di kondominium anwar, macam mana boleh jadi kes tak rela kena paksa?ingat saya bodoh macam andakah?kalau anwar kaya raya, buat apa dia kena masuk jail dan dipukul tan sri rahim noor, budak kecil bolehlah anda perbodohkan....azizan juga salah seorang penipu yang terdesak nak duit macam si saiful, kalau ikut fakta, jika saiful diliwat paksa pasti saiful juga dah jadi seorang pemangsa dan peliwat akibat trauma malah kalau saya jadi saiful yang tak rela diliwat dah lama saya trauma nak kahwin dan tersenyum lebar,malah malu nak keluar rumah sebab lebih muda dan sihat dari anwar berumur 62 tahun .tak masuk akal sungguh

      Padam
  6. Hanz Png: Kalau begitu, cuba rujuk balik fakta kes Liwat I dulu, kenapa Azizan Abu Bakar tak lari bila DSAI nak liwat dia?

    BalasPadam
  7. Saya setuju dgn apa yang dikatakan oleh MB Selangor.... dan Tian Chua sepatutnya jangan cuba-cuba nak heret dan buli rakyat semata-mata utk memenuhkan impian individu yang telah hilang akal....sama bersamalah kita mewaraskan fikiran serta menerima dgn redha keputusan itu yg telah melalui proses perundangan yg cukup rumit & panjang.

    BalasPadam
  8. Aku rasa dah banyak sangat soalan tentang kenapa saiful tak lari Dari anwar . anwar tua dan saiful muda sudah tentu boleh lawan anwar. Sebenarnya korang berfikiran sebegini sebab fikir pergelutan berlaku. Sebenarnya takde pergelutan maka isu saiful boleh backhand atau flying kick anwar tak timbul. Perlakuan seolah olah consensual tetapi harus diingat banyak aje kes rogol tiada berlaku pergelutan tetapi melalui taktik pujuk rayu, ajakan, ugutan, menakut najutkan, ancaman, etc. Tapi tuduhan bawah seksyen 377b subseksyen b tu yg penting. Mahkamah tak pedulik pun jikalau Ada elements paksaan. Yg dia nak tahu satu aje. Liwat berlaku atau tidak? Ikut fakta kes ni, beyond reasonable doubt

    BalasPadam
  9. Pandangan saya. Anwar dah boleh agak dah kes liwat dia kalah. Dia pakat dengan team dia, bubar dun kajang, masuk tanding, mahkamah umum dia sabit kesalahan, dia spin cite UMNO salah sebab takut dia naik jadi MB, PR win... Itu dia pikir... tapi dia tetap bodoh sebab bodoh menggunakan alasan yang sama berulang2

    BalasPadam
  10. Iya qada n qadar Anwar didapati bersalah dan kalah PRU13.. Qada n qadar jgk pembunuh altantuya dibebaskan dan semasa PRU13 bnyk adegan magic.. qada n qadar..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.