Selasa, Ogos 04, 2015

VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)


Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.

'Duduklah dengan kami dulu sementara dapat kerja," ujar Nazri Said ketika itu sudah berkeluarga.

16 Jun 1995, Sehari sebelum menhadirkan diri ke sesi uji bakat di TV3 saya berada dalam keadaan kelam kabut.

Mana nak cari kemeja?

Itulah persoalan berulangkali bermain diminda saya sejak awal lagi.

"sebab apa muka nampal macam risau je ni?,' tanya Totty Asla Noor, Isteri Nazri.

Segan tetapi saya terpaksa berterus terang.

"Ti, kemeja tak ada, lepas tu esok nak pegi uji bakat."

Mendengar jawapan itu Totty masuk ke bilik tidur dan membawa beg plastik berwarna putih.

"Last week, Nazri beli kemeja tapi terbesar rasanya, saiz XL"

"Engkau taulah dia tu, bukannya nak tengok betul-betul, main beli je," komen Totty.

Dia mengeluarkan kemeja berwarna kuning air dari beg plastik dipegang lalu menyerahkan baju itu kepada saya.

"Engkau pakailah. Mana tau ada rezeki. Jadi selebriti kawan kita seorang ni," usiknya.

Saya tahu kenyataann itu sekadar hanya gurauan.

"terima kasih. Manalah tau," balas saya.

Keesokkanya jam 9 pagi.....

Bersambung.......

Virus kehidupan
Mazidul Akmal Sidik

RM2.6b dalam akaun Najib daripada penderma, bukan dari 1MDB - SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma, bukannya dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM dalam kenyataan di sini hari ini berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun, agensi itu berkata, siasatan berkenaan isu SRC International yang membabitkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

Mengikut SPRM, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan 1MDB dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

"SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," kata agensi itu.

SPRM berkata, pihaknya juga akan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan polis ke atas pegawai SPRM.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawainya terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa 'fear or favour' dan tanpa mengira siapa yang terbabit. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

"SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi hingga siasatan mengenai perkara ini selesai," katanya.

Rabu, Mei 13, 2015

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Pesanan untuk semua

Kata-Kata Hikmah Imam Syafie

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 

Jika suka melanda, aku sering bertanya: 

“Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati. Namun apabila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan."






Isnin, Mei 04, 2015

"Tangkap orang yang langgar ayah saya," Nur Firuza Amira


"Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tonton selanjutnya :

Kerana sikap dan hati manusia yang tidak bertanggungjawab, akhirnya mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Berlumba tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. 

Allahuakbar.

Berikut adalah Rakaman CCTV bukti pemandu kereta Myvi seperti berlumba


Ikuti luahan dari nenek Firuza.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.


Mangsa, Fairuz Nizam Husain yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik.

Al-fatihah



Ahad, Februari 15, 2015

MAZIDUL SEMAKIN SIHAT...


Alhamdulillah, hampir 8 bulan kita tidak melihat sebarang posting dari Saudara Mazidul Akmal.

Buat pengetahuan semua, kesihatan Mazidul Akmal semakin menunjukkan perkembangan yang positif.  klik untuk baca

InshaAllah, jika anda semua terus mendoakan kesihatannya, mungkin dalam masa terdekat beliau akan mula menulis kembali.

Pasti ramai yang ternanti-nantikan entry sulung beliau selepas beliau jatuh sakit.

Semoga kita terus berdoa supaya kesihatan beiau kembali seperti biasa. 

-Admin-

Rabu, Jun 18, 2014

LIM GUAN ENG TIDAK MENONTON YOU TUBE?


Dalam kenyataan akhbar, Lim Guan Eng mendakwa RSN Rayer tidak melabelkan UMNO celaka di luar Dewan Undangan Negeri.

Klik di sini.

Barangkali Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpeluang menonton dan mendengar ceramah RSN Rayer di bawah.

"Celaka punya UMNO ..."


Itu antara kenyataan Rayer dalam ceramahnya sewaktu berkempen di Pilihan Raya Kecil di Bukit Gelugur, Pulau Pinang.


Petang tadi Rayer dilihat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan dia dikatakan akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan 1948.


Klik di sini.

BENGKEL BERCAKAP

Bengkel latihan komunikasi berkesan, Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM ditawarkan kepada semua secara berkumpulan. Kumpulan terbabit tidak melebihi 30 peserta bagi satu sesi. 

Objektif bengkel, memantapkan lagi kemahiran bercakap di khalayak ramai. Tentunya kemahiran itu amat berguna khususnya kepada ahli politik, peniaga dan  pelajar. 


Bagaimanakah kaedah terbaik untuk bercakap secara lebih lancar, tenang, menyakinkan dan memukau audien? Cara untuk menangani gemuruh? 

Itu antara maklumat bakal dikongsikan.

Jika anda bercakap seperti lelaki di bawah, memang kemahiran bercakap anda perlu diasah.



Tempoh YBBM, sekitar 5 jam. Tempat, makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur. 

Sila klik di sini untuk meninjau antara bengkel telah dilaksanakan sebelum ini. Jika berminat menganjurkan YBBM, sila hubungi En. Zul di talian 019 271 5610.

In Sha Allah, pengalaman bercakap di khalayak ramai dan juga di televisyen, hampir 20 tahun berpeluang  saya kongsikan bersama peserta.