Isnin, November 03, 2008

Menampakkan 'Lurah'

Semalam saya menerima khidmat pesanan ringkas, SMS melalui talian hotline 360.

Penghantar SMS tidak berpuas hati dengan gelagat segelintir gadis remaja sekarang gemar menayangkan sebahagian daripada punggung mereka semasa membonceng motosikal teman lelaki di jalan raya.

Katanya ..

“Seluar jeans dia orang tu memang dipotong cawat pendek menampakkan lurah bontot. Tujuannya nak menayang kepada pemandu kereta di belakang kut! Atau nak menayangkan seluar dalam branded dipakai. Kalau kepada semua dia orang boleh tayang, bayangkan apa pulak ‘dipersembahkan’ kepada teman lelaki mereka di tempat tersorok?”

Saya pun kerap melihat senario sebegitu sejak tinggal di bandaraya. Peliknya, apabila dilihat ada antara gadis terbabit malu alah tersipu-sipu manarik pinggang seluar keatas.

Ini bukan bicara mengenai isu gender, isu sebenar terpampang di depan mata. Mungkin perempuan sahaja faham apa mereka lakukan.

Kenapa berpakaian begitu?

14 ulasan:

  1. salam bro..
    ini lagi satu isu yang memamg sering sy rungutkan setiap kali saya menggunakan jalan raya..ada jer kelibat manusia yang tak ubah macam 'beruk tercapuk'.dahlah berseluar cawat 2 inci...xperlah,dah trend..sy pun pakai seluar mcm tu.duduklah betul2 klu bonceng motor tu.ni gaya mcm naik big bike,menonggek,padahal kapcai jer..xker nmpak segala galanyer.buat free show kat org lain,buat malu jer.lurah klu cantik xper,ini ada yang berkerak.buat sakit mata jer.
    bukan nak mengata yer,cuma beri ingat kpd diri sndr dan orang yang tersayang je.muda sekali sahaja,rugi klu disia siakan.

    BalasPadam
  2. Benda-benda ni dah lama jadi penyakit dalam masyarakat kita ni bro..
    Kes tayang lurah ni pun pernah jadi isu dalam majalah MASTIKA..
    Yang jadi masalahnya penyakit tayang lurah ni macam tak ada penawar.. macam AIDS..!! Standard mereka sama macam lurah yang sengaja dijadikan santapan mata lelaki.. Makin dalam lurah mereka, makin tinggilah standard mereka..!! Nilai harga diri mereka sama tarafnya dengan sistem perkumuhan..!!
    Jenuh dinasihati, jenuh dimarahi malah ada yang sampai kena tampar.. tapi mereka kata "Ini hidup saya, jaga hidup awak sendiri..!! Kubur lain-lain..".

    Apa lagi saya nak kata?..
    Mungkin betul apa kata mereka..
    "Kubur lain-lain.."
    Sebab mereka tak tau bagaimana azabnya seksa akhirat..

    Sekadar pandangan dari saudara seagama yang ingin membantu tetapi diperkotak-katikkan..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  3. Princess Sarah, kekadang anak gadis kita ni mengamalkan sikap 'mahu tapi malu' atau sekadar terpengaruh dengan persekitaran.

    Cerpelai, perempuan kalau mengenakan baju low cut pun sama, nak tayang bila orang lelaki tengok mula adjust, malu agaknya, pelik :)

    BalasPadam
  4. Yang lebih malukan..ada yang pakai tudung..then pakai t-shirt atas siku tu..pastu low cutlah jeans diaorng..macam ntah apa-apa ntah.Bayangkan lah eh kalau orang yang tak tahu apa-apa pasal Islam tengok anak-anak gadis macam tu?.

    BalasPadam
  5. Segalanya bermula dr rumah..Dididkkan agama,kasih sayang,perhatian, hendaklah di berikan cukup pd anak2 kita...
    Jimat petrol? Ia ker??

    BalasPadam
  6. Actually, saya sbg perempuan pun malu bila tgk ramai budak2 perempuan yg pakai seluar camtu.

    Ok, maybe ada yg malu2, tp yg saya nmpk kebanyakannya takde rasa malu pun. Malah diorg lagi bangga tunjuk lurah bontot diorg yg... eeee...gross.

    Please la, it's sooooo ugly, ok. Worse than ugly.

    BalasPadam
  7. he..23x kekadang pelik jugak...nieat dorg nek menunjuk ke ape ek...bile tgk dan2 time tue nk cover la nk adjust la... ke nk bg org tertentu sahaja yang tengok

    BalasPadam
  8. Wangi74, fesyen kut ..

    Lamborian, ramai gadis ni bebas sebab mereka bukan lagi di bawah pemantaun keluarga.

    Knowlee, sebab itu ada perumpaan 'cuci mata' di kalangan lelaki. Eh! Perempuan ada guna tak bidalan sama?

    BalasPadam
  9. bukan lurah saje nampah..gunung berapi berisi larva pun nampak....

    BalasPadam
  10. Yup..
    Betul tu bro..!!
    Malu tapi mahu..
    Pakai baju macam budak darjah empat..
    Bila si lelaki tengok macam nak tercabut biji mata, dia tarik ke bawah sebab malu..

    Kalau malu kenapa pakai macam tu?..
    Kan ke elok berbaju kurung dan bertudung?..
    Sekurang-kurangnya boleh mengelak dari jadi bahan umpatan dan cacimaki orang..!!

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  11. Ehe...perempuan pun guna jgk 'cuci mata' tu bro mazidul. Tp bukan la tgk aurat lelaki kot. Tgk lelaki2 yg kacak aje. =p

    BalasPadam
  12. diaorg nak ikut trend kot..

    org lain boleh buat..tu yg diorang nak buat jugak...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Menarik bile ade yang kate kubur lain-lain... memanglah kubur lain-lain... tapi sebelum nak masuk kubur tu agak2nya sapelah yang mandikan? sapelah yang tolong kapankan? sapelah yang tolong gali liang lahad? sapelah yang tolong baca talkin? diri sendiri kah? menarik juga bile mendengar video ceramah ustaz azhar(terengganu) mengatakan ; jika kite nak wat benda ikut suka hati kita, kumpul lah semua sepupu-sepapat kita kumpul duit beli bumi sebiji, mase tu kalau nak buat ape buatlah. orang tak larang sebab bumi tu kita yang punye. masalahnye skarang, kita duk kat bumi sapa? kita duk kat bumi Allah. sedarlah wahai muslimin dan muslimat(mengingati diri sendiri juga) janganlah kita mudah dipengaruhi anasir kuning bawaan barat yang terang2 dipimpin yahudi dalam menjatuhkan umat Islam. si Ayah dan Ibu, sayangilah anak2 anda. biarlah kita lahir dengan Islam dan mati pun dengan gelaran seorang Islam... wallahualam.. assalamualaikum.

    BalasPadam
  14. yang jadi masalah....kepala pandai tutup, tapi bontot tak reti pulak nak tutup...hai dunia, dunia....inilah yang berlaku bila tak tau hukum dan tutup main ikut2 aje...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.