Khamis, November 20, 2008

Pertama Buat Keduanya

Jam 1.45 pagi tadi saya dan anak sulung, Muhamad Afif Faiq berada di lokasi kes bunuh di Sentul, Kuala Lumpur.

“Ayah, tak mahulah,” ujar Afif ketika saya memimpin erat tangannya dalam gelap malam sambil berjalan kearah mayat terkujur kaku.

Saya faham, dia takut. Pertama kali melihat mayat mangsa bunuh pasti kejadian sukar dilupakan anak berusia 10 tahun.

“Tak ada apalah,” balas saya cuba menyakinkannya.

Hujan lebat mengakibatkan jalan kami lalui lecak. Mangsa, lelaki India berusia lingkungan lewat 40 an terbaring di atas tanah basah hanya ditutupi tikar di tapak pembinaan itu. Dia dipercayai dipukul suspek menggunakan kayu mengakibatkan kecederaan parah di kepala. Darah merah pekat mengalir di sekeliling mangsa.

“Tu, kakak Teh ada,” sambil saya menunjuk kearah Teh Syuhaida berpayung berdiri kurang 5 meter dari mayat.

Afif kelihatan lega melihat kehadiran Teh di lokasi. Semasa keluar dari tapak pembinaan terbabit ..

“Ok tak?,” soal saya kepadanya.

“Tak berapa ok lah ayah sebab hujan,” balasnya spontan.

“Ish! Orang nak kena bunuh bukan kira cuaca, hujan ke panas, gelap ke cerah,” jelas saya sambil tersenyum.

Itu kali pertama Afif melihat mayat mangsa bunuh, hari pertama Teh Syuhaida bertugas sebagai wartawan 999.

[ Kata Mazidul: Baca juga http://mazidul360.blogspot.com ]

14 ulasan:

  1. Tambahan sikit boss
    aku tak boleh tengok darah la... Pitam.

    Dah lama dah....

    BOta: Wah bukan main lagi si Afif, mula mula takut ek, jumpa akak lawa terus jadi berani.

    Itulah anak Ayah.. he he he he

    BalasPadam
  2. Pengalaman begini mungkin berguna buatnya nanti. Ianya pasti mencabar bila mengjhadapi keadaan bunuh yang di depan mata. Hanya orang yang mempunyai kekuatan semangat sahaja yang dapat menghadapinya..

    BalasPadam
  3. ishh bang , relevan ka bawak afif yg berusia 10 thn tgk semua tu? tak trauma ker dia nanti?

    BalasPadam
  4. Salam.. kenapa agaknya En. 360 bawa anak ke lokasi kejadian? Bukankah dia terlalu muda untuk menghadapi situasi mengerikan sedemikian.. Atau anda ingin melatih meningkatkan tahap yakin diri pada anak anda?

    Atau anda ingin melantiknya sebagai wartawan pelatih 360? :)

    Anda yang tahu jawapannya... kongsiLah..

    *Harap dia tak takut lagi jika ditayangkan video 'Sajak Kematian'

    BalasPadam
  5. Alid, tu la kan, nasib baik lelaki tak period!

    H.E.H, anak saya ok, balik mandi sebab hujan lebat dan tidurnya nyenyak :)

    Casper, InsyaAllah ok. Bila balik elok jer tengok Ben 10. Saya tanya, takut tak? Dia jawab, masa mula jer, sebab gelap.

    GPI, saya tanya dia, nak pergi ke tengok kes bunuh? Dia jawab, boleh. Saya terangkan senario bakal disaksikan, katanya tak ada masalah. Cuma gentar pada awalnya. Dia lebih terkejut melihat puluhan manusia berada di lokasi pada jam 1pagi. Siapa ramai2 tu? Dia tanya. Saya cakap, wartawan dan jurugambar. ooooo! Macam tu ker? Dia teruja :)

    BalasPadam
  6. Afif tu sebenarnya nak jd macam ayah dia gak. Nak belajar dr kecik macam mana nak jd Wartawan ngan pengacara. BAgus..bagus..!! Berani tu.

    BalasPadam
  7. salam perkenalan En Mazidul..

    saya pertama kali tgk blog En Mazidul.

    Boleh saya add dlm blog saya ?

    ni blog saya :

    http://penembak-tepat.blogspot.com

    mengupas isu isu sosial agama politik

    sgt berbesar hati dpt singgah blog saya jika free nanti.

    Salam untuk semua yg datang...


    p/s : tegap juga anak En Mazidul, mcm ayahnya juga..

    BalasPadam
  8. Panglima, no problem with the link. Terima kasih sudi singgah di blog ini :)

    BalasPadam
  9. Aduiiii...kenapala bawa MAS junior ke lokasi tu. Nasib baik dia ok tak lemah semangat. Semoga MAS junior menjadi orang yang pandai / bijak macam ayahnya.
    Pesanan ringkas dari mak nenek...dun ever you der to bring ur son to that type of location anymore...hehehehehe. Ok2 bos dah panggil nih!!!

    BalasPadam
  10. super stylo!!! bang..kenapa laa tak call dulu hahahaha...gambar orbs yang sungguh menawan jiwa kalbu...kalah yang tiga segi punyer hahahaha...cakap thank you bye bye dekat shu hahahahaha...ini lagi stylo...aisehh...rugi..rugi...memang macam bentuk meteor...dan saya setuju dengan apa yang dicakapkan...ini baru 1st class punyer gambar hahahahaha...nak jadi anak abang..dah tua sangat...kalau jadi anak...boleh ikut..hahahahaha...tapi kan..saya rasa time time macam tuh laa lagi banyak dia ada..between the time dia nak berpisah...apa apa pun..gambar paling best hahahahaha...

    BalasPadam
  11. haih...kenapa bawak budak kecik ke lokasi pembunuhan cik mazidul?

    bukan ape, takut kene sampuk pulak kan... bukan tahyul, saya pernah menyaksikan sendiri satu semacam itu, budak kecik kerasukan syaitan yang menyamar si mati.

    BalasPadam
  12. Tanpa nama, dia memang tak lemah semangat, setakat ini. Cakap kepada emak dia,'Best mama, mula2 tu takut sikit' :)

    Nik, orbs bergerak ni Shu tak tau lagi. Nanti kita tunjuk kat dia.

    Wan, jarang budak kena sampuk. Selalu orang tua :)

    BalasPadam
  13. hahaha..ok ok..jap..nak gi jenguk yang blog kat atas tuh pulak hehehehe

    BalasPadam
  14. kak Teh lawa. kalo saya pun konpem tak takut :p

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.