Ahad, November 30, 2008

Kakak Dah Hilang Adik!

[ Azizah memeluk anak sulungnya, Ayu ]

“Bila jadi saja, Mazidul orang pertama I nak call,” ujar Azizah Madon ketika saya temui pada jam 11 pagi tadi.

21 Mei lalu, 360 menyiarkan kesengsaraan dialami keluarga Azizah dan suami, Roslan Md Jani. Dia, suami dan 5 anak tinggal di rumah tanpa bekalan air bersih dan dijadikan tempat pembuangan sampah. Tapak rumah banglo dibeli dengan harga seratus tiga puluh dua ribu ringgit daripada Shah Alam Property. Bagaimanapun pihak pemaju dikatakan gagal menyediakan prasarana diperlukan sejak 7 tahun lalu. Semasa ditemubual 6 bulan lalu, berikut antara kenyataan Azizah.

“Pemaju lepas tangan. Sebab tu pembeli lain tak ada nak buat rumah kat sini. We all dah invest banyak, tak ada tempat lain nak duduk, terpaksalah bina rumah juga. I bimbang jalan ke rumah ni banyak berlubang, lepas tu paling takut, tengok tanah kat bahagian belakang rumah ni, anytime boleh runtuh. Apa jadi, mati kami semua Mazidul, dah lah kat sini signal telefon tak ada”

Mimpi ngeri itu menjadi kenyataan. Jam 5.30 pagi tadi dua anaknya, Nur Intan Syarina, 9 dan Nur Atirah, 16 tahun terkorban akibat tertimbus di rumah mereka akibat tanah runtuh di Lot 110, Jalan Belida 1, Hulu Yam, Selangor. Sewaktu kejadian anak sulungnya, pelajar Universiti Institut Teknologi Mara, Nurain Ayu berada di Melaka. Ketika tiba di tempat kejadian ..

“Mak, kakak dah hilang adik! Kakak dah hilang adik!,” Ayu meraung sambil memeluk erat ibunya.

Suasana itu menyebabkan ramai kakitangan media sebak.

“Ayu cuti sekarang ni, I suruh dia balik tapi dia nak kerja sambilan. Tapi nasib baik dia tak balik, bilik belakang tempat dua adik dia terperangkap tu, bilik dia. Kalau dia balik, mesti dia pun hilang sekali,” kata Azizah kepada saya pada jam 2 petang tadi.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.45 dan 3.20 petang tadi dengan bantuan pelbagai pihak penyelamat.

Masalah dihadapi keluarga Azizah pernah saya kemukakan kepada pihak pemaju di Shah Alam pada 20 Mei lalu. Bagaimanapun, usaha membantu mereka dilaksanakan umpama melepas batuk di tangga.

“Saya nak pemaju bertanggungjawab. Kalau ada orang tolong I cari lawyer, I nak sue dia orang,” komen Azizah lagi.

22 ulasan:

  1. Inilah salah satu contoh Pemaju yang tidak prihatin dan hanya mengutamakan keuntungan sahaja. Banyak kawasan perumahan diHulu Selangor umpamanya yang menghadapi keadaan yang sama. Majlis Daerah Hulu Selangor juga harus dipertanggungjawab atas kejadian yang menimpa keluarga simangsa tanah runtuh. Jangan menyatakan kejadian semata mata diatas "ACT OF GOD" sahaja, jika usaha pencegahan tidak lakukan oleh pihak berkenaan.

    BalasPadam
  2. tak lengkap rasanya berbual dengan En.M kita , tapi apa nak buat banyak tugasan perlu diselesaikan takziah buat keluarga mangsa .....lawati kami selalu mediacom999@blogspot.com

    BalasPadam
  3. batuk la korang kat tge tue ek... lepas nie tgu je la ek

    BalasPadam
  4. takziah kepada keluarga tersebut. Ambil iktibar dalam kejadian itu. Hati-hati apabila membeli dan membina rumah tepi bukit.

    fauzi
    http://rm2u.com

    BalasPadam
  5. Salam..
    Tak sabar nak tengok 360 minggu ni, saya dengar tadi di MHI, En. Mazidul kata nak cover cerita ni...

    BalasPadam
  6. Takziah buat keluarga Azizah..semoga roh anak2 nye di tempat kan di kalangan org yg beriman....Amin

    BalasPadam
  7. Takziah kepada keluarga mangsa...

    Kepada pemaju tue... tunggulah balasan korang...

    BalasPadam
  8. Alfatihah.....

    Sedih dan sayu hati bila kes sebegini melibatkan kanak kanak.

    Pemaju memang sudah terkenal dengan sikap lepas tangan.

    Dalam 100 aduan ke Tribunal Pengguna, 99 kes adalah salah Pemaju.

    Di harap pihak yang berkenaan BUKA MATA dan ambil tindakan.

    Nota: Pernah menang lawan pemaju perumhanan, akibatnya pemaju sekarang cuma pakai kereta Toyota KE30.

    BalasPadam
  9. Nak saman pemaju, saman betul betul, biar samapi pemaju tu bankrup dan tak boleh tipu pembeli lain kali.

    BalasPadam
  10. takziah kpd keluarga tersebut...
    semoga tabah mengahadapi situasi ni...

    BalasPadam
  11. Tanpa nama, saya dah link kan blog JPA3 :)

    HEH, saya cover sikit jer, man story masih ajaran sesat seperimana diumumkan minggu lalu.

    Alid, dahsyat rupanya awak ni.

    Teja, mereka memang TERPAKSA bersabar :(

    BalasPadam
  12. ya Allah...kesiannyer...syahdu sungguh...

    BalasPadam
  13. Salam ziarah blog yang peka dengan jenayah yang berlaku dengan ingatan agar keinsafan akan berlaku pada pembaca dan keseluruhannya

    BalasPadam
  14. baru saya tau . Mazidul ngak bisa terima bingkisan dari blog berbentuk kepartian ...tidak apa...
    jgn berat sebelah dah la .. salam

    BalasPadam
  15. takziah, semoga keberkatan dan kekuatan darinya yang esa melimpahi keluarga Pn.azizah, darinya kita datang kepadanya kita kembali..amin

    BalasPadam
  16. Sedih saya tengok..Takziah buat keluarga mangsa. :(

    BalasPadam
  17. takziah utk keluarga mangsa...sedih masa baca td...kalau nk saman pemaju tu..saman biar dia muflis terus..biar dia tau langit itu tinggi rendah nya...

    BalasPadam
  18. Harap kisah sedih duka begini tidak berulang lagi. Banyak lagi kes pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab dan berlepas tangan begini perlu dibongkar.
    Wajarlah sikap mereka ini diadili dan dikenakan tindakan. Di harap Puan Azizah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini...

    BalasPadam
  19. ayu bestfriend sy. sedih sgt ble jadi beginii :((

    BalasPadam
  20. Takziah...UJIAN dunia buat kita merenung dan muhasabah diri...

    BalasPadam
  21. Any latest news?

    Salam takziah ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.