Jumaat, Februari 20, 2009

Enggan Berkongsi

Ini rentetan post ‘Kahwin Lagi’.

Rumusannya, majoriti wanita enggan dimadu dan kerap mendesak diceraikan jika suami mengambil keputusan berpoligami.

“Tak nak berkongsi kasih dan cinta dengan wanita lain!,” antara alasan mereka.

Sukar dan seksa benarkah ‘perkongsian’ itu jika berlaku?

33 ulasan:

  1. Baru sebentar tadi gua bawak perbincangan ni pada kawan-kawan perempuan sepejabat..

    Keputusannya seperti yang diduga.. Semuanya tak ingin hidup bermadu malah ada yang sampai mahu undang-undang poligami dilupuskan terus..!!

    Tapi ada seorang dua yang tak kisah asalkan lelaki tu sanggup berlaku adil dan sama rata.. Hmm.. Mungkin dia bukan perempuan agaknya.. Kehkehkeh..!!

    BalasPadam
  2. Hanya pandangan.... lelaki sekarang majoriti belum memiliki sifat Rasulullah dan para anbia, wanitanya pula tidak setulus Saidatina Khadijah.

    Sebelum keluar berumah kedua, bimbing sebaiknya ilmu yang hak di rumah pertama. Sayugia bukan hanya indah khabar dari rupa didalamnya, baru bisa keluar dengan ceria, bukan paksaan, hati ikhlas dengan relanya

    Kalau tidak mampu berlaku adil, cukup hanya seorang sahaja

    BalasPadam
  3. Bagi sy bermadu tue elok jika kene pada niatnya..Tidak sukar dan seksa jika si suami memberikan nafkah dengan adil kepada si isteri.Mungkin bagi sang Isteri akan merasa sukar utk menerima hakikat yg mereka dimadukan,tetapi semua itu akan jadi mudah jika si isteri faham akan apa itu poligami dan dalam islam pun menggalakkan poligami jika berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin juga boleh berlaku adil..Pengorbanan si Isteri utk membenarkan si suami berpoligami adalah suatu pengorbanan yg cukup besar yakni sanggup berkorban demi kebahgiaan si suami.Akan tetapi si suami jgnlah menggunakan kelemahan/pengorbanan si isteri itu sbg tiket tuk kawin lagi..Apa yg penting sekarang utk menyelesaikan permasalahan ini dari menjadi lebih rumit,kita ikut cara nabi muhammad s.a.w..Berbincang,memahami antara satu sama lain dan berkorban demi kebaikan bersama..

    p/s:Hanya pandagan dari lelaki bujang bernama nan.. :)

    BalasPadam
  4. takut suami tidak boleh berlaku adil mgkn antara sebab mengapa isteri tidak mahu berkongsi kasih

    BalasPadam
  5. Ya bro.
    kerana ia melibatkan hati dan perasaan:-P

    BalasPadam
  6. sukar dan seksakah?

    cube kalau lelaki berada di tempat wanita. see how it goes. malangnya itu mustahil. sebab lelaki ttp lelaki. huhu

    BalasPadam
  7. hmm, senang je nak bayangkan..
    cuba kalau suami mendapati isterinya ada kekasih lain di luar.
    Bagaimana?..

    BalasPadam
  8. isu hangat tul ni siap ada rentetan...hehehe...anyway kenapa mesti nak kahwin dua yerr...lain la kalo perempuan itu ada kekurangan..ini semuanya perferct...mayb pasal mungkin dah berumur kot perempuan so lelaki cari yang lain....tetapi memang susah la nak cari perempuan yang betul2 ikhlas waktu sekarang ni...kalau dia rela pun mesti ada makan hati jugak....

    BalasPadam
  9. maybe tak menjawab soalan ni bro, my two cents saja;

    walaupun halal, tidak semua yang mampu. mampu di sini bagi saya bukan hanya nafkah zahir dan batin, tapi mampu membimbing, mampu memimpin membawa keluarga ke jalan yang diredhai-Nya. tapi kalau keluarga satu pun masih belum lengkap, isteri anak masih belum menutup aurat, solat pun endah tak endah, macam mana suami yakin dia akan mampu membimbing keluarga yang baru. kalau sekadar nak tambah zuriat tapi seiring dengan penambahan penagih dadah, mat rempit dan sebagainya, jauhkanlah. tanggung jawab lelaki ini besar. bukan mudah.

    keduanya, adalah tanggung jawab seorang isteri mentaati suami,melayan suami makan, pakai dan segalanya. kalau ingkar si isteri, maka berdosalah dia. kalau sang isteri dah yakin apabila bermadu, akan kuranglah layanan sang isteri pada suami, akan marah dan luput kasih dan sayang pada suami, bukankah lebih baik dilepaskan sang isteri tersebut dari biarkan dia terus menanggung dosa derhaka. kalau suami nak elak dosa zina, terang2 dah ada jalan yang halal.

    regarding soalan bro mazidul susah dan seksa benarkah, saya jawab iya.

    saya yakin tuhan tak jadikan wanita dengan sifat cemburu dan possesive tanpa sebab. mungkin satu jalan untuk mengawal suami, membawa suami lebih dekat pada keluarga dan sebagainya.

    haih imagine lah kalau wanita ni tuhan jadikan dengan perasan endah tak endah saja, selang setahun tukar isteri gamaknya.. :)

    wallahualam :)

    BalasPadam
  10. Yus, bravo! Lain kali tanya lagi, pandangan perempuan mampu berubah mengikut kefahaman.

    Syabar, soalan saya, sukar benarkah berkongsi kasih di antara madu?

    Nan, I like your explanation.

    Acu, kalau suami berlaku adil, Acu sanggup dimadukan?

    Qaseh, hati dan perasaan. Itulah manusia,kan? Banyak kita takuti biarpun kesannya bukan membawa mati. Tak kena dimadu, tak tahu ..

    Farah, ada perkara TIDAK boleh di 'kalau' kan. Kena terima sebagai fakta. 2 suamu berkongsi isteri yer? Nanti bergaduh hebat, dua2 berteriak 'Anak lu ke anak gua?' :)

    Cik, makan menendang, penampar dan talak 3, antara jawabannya.

    Didi, perempuan dan makan hati, sinonim.

    Hafis, siapa moderator ni? :)

    Kyora, suka baca penjelasan awak. Dah kahwin belum ni?

    BalasPadam
  11. Syabas saudara mazidul. Isu yg anda utarakan sgt tajam dan berkaitan dgn kehidupan seharian. Jika berkesempatan, lawat lah blog saya. mgkin isu di dlm nya tidak sehebat isu2 yg saudara bongkari, namun mungkin saudara boleh mendapatkan ide2 baru. :)

    BalasPadam
  12. Sukar dan seksa benarkah ‘perkongsian’ itu jika berlaku?

    ya... sukar dan seksa sgt...tp pada xillix... walaupun sukar kalau itu janji Allah.. apa nak buat...

    wah bagus betul penjelasan kyora...

    BalasPadam
  13. kalo en. mazidul & lelaki kat sini ditempat wanita seperti kami nak ke berkongsi kasih..??

    tolong jawap dgn ikhlas & jujur :)


    *dlm akhbar harian metro ade suami yg ingin membunuh diri bila mendapat tahu isteri ade affair dgn lelaki lain. :D

    *membelasah lelaki yg ingin "menekel" tunang sehingga mati.


    bertumbuk diluar pagar sekolah kerana cemburu kpd teman wanita.

    dan byk lagi mengenai sikap lelaki yg tidak rela BERKONGSI walopun wanita itu bukan "hak milik kekal" mereka lagi (maksud nyer blom goncang tgn tok kadi):p

    so jgn nak letak kesalahan pada wanita sahaja..lu pikir laa sendiri!

    BalasPadam
  14. Echah, tidak dinafikan kes tercatat di atas itu berlaku, lelaki memang cemburu. Namun, cemburu mereka berasas.

    Kenapa saya katakan berasas?

    Seorang lelaki dikongsi antara 2 dan 4 wanita, dibenarkan dalam Islam.

    Seorang wanita dikongsi lebih seorang lelaki, bercanggah dengan hukum.

    Nampak tak perbezaan ketara tu?

    Tak boleh fikir, lu jumpa la Nabil!

    :)

    BalasPadam
  15. Kepada En Mazidul, jawapan saya senang je. Lelaki dan perempuan dilahirkan berbeza, tak sama sifat dan perangai. Sebagai contoh, tindak tanduk seorang perempuan condong ke arah emosi manakala seorang lelaki lebih banyak berfikir sebelum bertindak. Ilustrasi kedua saya, lelaki di dalam Islam diberikan hak mutlak untuk melafazkan Talak manakala perempuan tidak sebegitu mudah. Contoh-contoh saya tadi menunjukkan kenapa lelaki seharusnya dibenaran mengamalkan Poligami dan menyamakan hak lelaki tersebut dengan perempuan adalah bagai langit dan bumi. Kalau bercakap pasal perasaan, siapa yang mahu berkongsi, tetapi sebab-sebab poligami bukanlah boleh diputuskan melalui perasaan dan emosi. So, fikirlah dulu sebelum berkata-kata.

    BalasPadam
  16. Sdr MAS,
    kerana perkara berkongsi kasih (bermadu) itu hukumnya HALAL, maka ramai lelaki yg mengimpikan hal sedemikian.

    Namun bg wanita, yang enggan berkongsi tu kerana memikirkan lelaki tidak berupaya berlaku adil.

    Bukan semua lelaki tidak berlaku adil dan bukan semua wanita enggan berkongsi kasih. Ada sahabat saya yang bermadu tiga dan suaminya hanya kakitangan kerajaan biasa sahaja. bahagia dan rumah memasingpun dekat-dekat saja.

    Pokok pangkalnya, hati.. dan suamipun .. hati kena baik beb!!!

    BalasPadam
  17. tak suka topik berkongsi kasih..tapi tak suka macam mana pun, ini realiti yang banyak terjadi dalam masyarakat kita.

    pada kaum lelaki, kalau boleh,janganlah ye..kesian kaum wanita..

    p.s. ni yang buat kami-kami yang belum sampai 'seru' ni risau ni :P

    BalasPadam
  18. kalau dah agama kata boleh dan dapat pahala ikut sunnah lagi apa nak di kecohkan.masalahnya sekarang perempuan susah nak terima walaupun itu adalah sunnah.
    isteri solehan adalah isteri yg patuh pada perintah dan kehendak suami.hehehe

    BalasPadam
  19. kalo pasal kawen ikut sunnah tapi pasal tanggung jawab..hampehh :(

    BalasPadam
  20. Topik hangat, hahaha.. tetapi isteri-isteri perlu berhati-hati apabila menolak poligami. Jangan cakap ikut nafsu, kelak dibalasNya dengan isteri itu diceraikan dan menjadi janda. Ha, masa tu bila ada suami orang menawarkan diri, mungkin pendirian bekas isteri itu akan berubah, sanggup menerima poligami. Sikap sombong, menganggap suami hak persendirian boleh dibalasNya dengan segera samada melalui diri sendiri, anak mahupun adik-beradik. Suami pula, jika tak yakin diri mampu & dapat berlaku adil, jangan kahwin lagi sebab jika tanggungjawab suami tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan adil, berpoligami adalah tiket ekspres ke neraka!

    BalasPadam
  21. Lawyer, selamat datang ke blog ini :)

    Hazlin, memang ada terbukti lelaki berpoligami OK kan? Is that what you want to say?

    Heart,ramai wanita tidak berkongsi kasih pun tak bahagia :(

    Admin, ha baca elok2, jangan kecoh!

    Echah, banyak pasangan bermadu, bahagia :)

    Aliya, kekadang orang bila duit dah banyak, senang dia nak berpoligami. Kehendak fizikal for sure boleh dipenuhi. Kasih sayang datang nombor dua.

    BalasPadam
  22. Kalau perempaun tu tak setuju, terpulanglah

    BalasPadam
  23. sy nk jawab pertanyaan ecah tue..Kalau kitorang lelaki berada di tempat wanita sekarang bg pandangan sy la,mmg menangis hati nie...Tp sebagai hamba Allah yg berakal fikiran,kita jgn cepat menghukum,seharusnya sentiasa berfikir secara positif dan meneliti baik buruk terlebih dahulu.Kebayakan wanita tidak bersetuju bila dimadukan,begitu juga sy jika berada di pihak wanita.Akan tetapi sikap egois yg kadang kala menguasai diri menjadikan ianya sukar..Baiklah,sy ada lampirkan cerita berkenaan poligami di blog sy.(copy paste jerk)harap kalian semua sudi membacanya...

    blog sy:
    http://nan-baikpunyer.blogspot.com

    BalasPadam
  24. kalu sy kt tmpat pmpuan, sy tatau ar nk ckp cmne sbb xpnah rase..tp cm la pmpuan xpnah mnat kat 2 org laki, 3 org ke, lbey ke..kalu tak,xde nye kuar lagu 'antara dua' nyanyin farah tu..yang lebih kat kaum laki ni cuma dorg bleh kawin lbey dari satu..kalo pmpuan bleh,dorang pn xnk gak lpaskn org2 yg dorang syg tu kan..haha..

    *khutbah jmaat smlm ad bgtau, baek la poligami, atleast bini gak..kalu pmpuan simpanan?..ke cmne?..ntah la..hahaha

    BalasPadam
  25. hm, bagi lelaki tak ada sukar mana pun. tapi bagi wanita, memang sukar walaupun membenarkan poligami.

    kalau dah takdir, apa boleh buat. takkan nak MARAH pada Yang Maha Esa.

    BalasPadam
  26. Alaaaaa

    yang perempuan sibuk sangat orang nak kahwin lain apahal?

    Datuk tu Jutawan

    Nikah tu HALAL dan SAH

    apa lagi yang tak eloknya...

    pada korang bising bising, lebih baik korang minta emas, duit, kereta, rumah dan macam macam lagi

    Buat apa susah susah hati

    Semua tu dah takdir dari Allah.

    Jangan melawan takdir, berdisa besar.

    Aku kalau jadi perempuan pun, dapat laki jutawan. apa kisah laki aku nak kahwin lagi.

    Harta kekayaan semua dia dah sediakan okayyyyy

    Lagipun kan ke berdosa ingkar cakap suami.


    Nota: lagi 4 tahun bang Dul....

    BalasPadam
  27. soalan Abang DUL: Sukar benarkah berkongsi kasih di antara madu? Memang sukar Abang Dul.... bukan hati kita jer yang terlibat.. hati anak-anakpun sama.. apatah lagi yang tengah meningkat remaja....sekeliling kehidupan saya sepanjang saya hidup dibumi Allah ini..... bila sang ayah punya kasih lain untuk dikongsi dengan wanita lain.... betapa merempatnyer kehidupan anak2.... bukan saja dari segi wang ringgit.. malahan dari segi perhatian dan kasih sayang.... nak tanyer khabarpun dah tak ader masa......Satu kisah pengajaran buat kita... Kakak angkat saya yang saya kenal sejak berumur 15 tahun... jaga suami seorang pegawai kem penerangan... tatang suami bagai minyak yg penuh.. ketip kuku.. pi out station... kalau 5 hari..5 helai spender.. 5 helai singlet.. 5 helai kemeja..5 helai seluar..5 helai stokin.. balik..bawak kain kotor... kasut sampai masuk dalam umah.. bini bukakkan tali kasut..bukak stokin... dan bukak segala la... masak jangan cakap ler..fist class.. layanan memang tip top... sampai masanyer.. dia pencen umur 55.. isteri 20 tahun lebih muda dari dia..!!! Dia boleh tinggalkan bini... cari bini baru... perempuan siam kabaret ni... anak2 4 orang tengah meningkat remaja masa ditinggalkan...jarak umur setahun satu...terpaksa kerja di kedai jual brg2 plastik lepas balik sekolah... anak2 sek cina..so senang cina nak amik kerja part time...Si ibu pulak berhempas pulas jual kuih dan jaga anak orang..Bila duit EPF dah abih kena kroyok.. si siam kaberet ni mintak cerai... Sekarang ni cam orang sasau.. anak2 tak leh terima...Kalau sayapun... sebelah matapun saya tak pandang... kerana bila kita pandang muka AYAH KITA ITU.... filem kehidupan silam kita itu melayari hati dan perasaan kita.....ITU KATA ANAK2 .. Pendek citer... Untuk Abang KHIR.... (sekira membaca coretan angah ini.... Ini adalah bayaran cash buat Abang Khir!!!!)

    BalasPadam
  28. Abang. Siapa yang suka berkongsi orang tersayang. Tak ada seorang pun. Nabi pun faham hal ni. Sebab tu baginda larang saidina Ali madukan saidatina Fatimah.

    BalasPadam
  29. Menarik kisah yg dicoret Desa Putra..

    Tidak dapat dinafikan kes sedemikian banyak terjadi.. Yang herannya kaum lelaki ni macam selalu tak sedar pengorbanan isteri.. Lebih nampak kepada yg lain..

    Bukan apa.. kadang2 suami sakit, isteri jaga. Tapi tiada ucapan terima kasihpun.. Mungkin sang suami menganggap itu tanggungjawab isteri ..Tapi tak salahkan ucap terima kasih? Kerana itu, sang suami jarang/ tak nampak pengorbanan isteri dan nampak yg lain..

    BalasPadam
  30. sapa sanggup hidup berkongsi? Bukan sahaja org berkahwin, org bercouple pun xnak berkongsi pakwe makwe..

    BalasPadam
  31. saye stuju ngan pndapat syabar.. bila bab kahwin, pandai kata ikut sunnah.. tapi bila bab yang fardu (solat/nafkah/ etc) jarang/tak pernah ditunaikan.. macam mana tu..? nauzubillah.. sekadar mlontar pndapat (bukan emosi yer... =) ) jgn mrh k.. yang pnting sama2 tunaikan tanggungjwb dgn sebetulnye barula pikir poligami.. wassalam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.