Selasa, Februari 03, 2009

Pengedar Jenaka Ditahan

“Awak ditahan kerana mengedar jenaka!,” ujar penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berseloroh.

Penyampai radio Fly.Fm, Fabian, 39 tahun dengan tangan dikilas kebelakang hanya tersenyum.

Gambar mereka saya rakamkan pada jam 10 pagi tadi.

“Bayangkan pandu kereta seorang, boleh tersenyum sendiri bila dengar jokes Fabian. Kalau orang lain tengok kita mesti cakap, mesti tak betul orang ni,” jelas Kamal.

Botak, bertubuh gempal, peramah, Fabian, anak kelahiran Ipoh, Perak, dibesarkan di Lembah Klang. Celotehnya bersama penyampai lain boleh didengar melalui frekuensi 95.8 MHz.

“Mazidul dan Fabian macam double la,” usik Kamal.

Kami tersenyum.

Paling pasti, biarpun berbeza bangsa dan ugama, kami saling hormat menghormati antara satu sama lain.

24 ulasan:

  1. yer betul tuh..celoteh fabian kekadang buat saya tersenyum sorang..

    risau gak takut org keliling kater saya giler senyum tak tentu pasal

    BalasPadam
  2. Saya jarang dengar Fly FM..
    Sebab saya suka lagu retro macam siaran Sinar FM..

    Tapi bro dengan Fabian nampak serasi.. Apatah lagi dalam bidang yang sama.. Kedua-duanya dalam bidang penyiaran..

    BalasPadam
  3. MAR,
    apa Kamal tu buat kat situ? seluk poket ke ape?

    BalasPadam
  4. yup.. agreed.. semakin comel la fabian.. mmg perlu gak orang macam dia bagi mereleasekan tensen..tersengih ajer sorang2 dalam kete..

    BalasPadam
  5. En.Kamal pun leh jadi pelawak gak bila tgok En.Kamal ni kt progrm Apa Ke Halnya aritu.. eventgh tgh bgi 'panduan' .. ttapi ada dselitkn dgn jenaka (yg brguna!)

    BalasPadam
  6. Salam saudara,
    biarlah berlainan agama, kepercayaan... yang penting saling hormat-menghormati... kitakan hidup berbilang kaum?
    Yg saya tahu rakyat masih berpegang teguh dan menghormati perpaduan... cuma ahli politik saja yang suka main isu perkauman... mungkin tidak semua...

    BalasPadam
  7. Lpas nih Gua kena botakkan juga eik?
    Kalau nak join Dj Fabian & Bro Zidul...hehehe

    BalasPadam
  8. echah_sayed per yang men blakang plak nih

    dj epoi..camni aku pun nak botak juga laaa..

    BalasPadam
  9. Ni yang aku tgh conpiuuuuuuuus nih Mat Topeng oiiiiii.....

    Nak Botak ker Tak ?

    BalasPadam
  10. ko botak aku pun bota..aku follow ko..

    aik awat panggil aku mat topeng

    BalasPadam
  11. rasanya ramai yg dah mmg gelak sorg2 dlm kereta.....
    dan en Kamal kita pun apa kurangnya..... boleh tahan buat org gelak. I remember u gave a talk to my students. They laughed thru'out...2 hours.
    And terjatuh tut.... lak

    BalasPadam
  12. abg kamal pun sorang yg kelakar...bg speech x penah rasa bosan

    BalasPadam
  13. Betul Bro mazidul dengan Fabian sherasi bershama...shama botak!ha ha ha

    Betul Fabian pengedar jenaka dan ditahan di bawah seksyen 95(8) Akta Jenaka Berbisa!

    Ha ha ha..eh bro. Gambar top shot tu mana? sah sorok nih! FYI semua, ada satu lagi gambar dari atas!Lagi cun!! Apa tunggu lagi semua;kita serang bro mazidul!Mintak dia keluarkan gambar tu!hehehe

    BalasPadam
  14. Salam bro, gua x kenal Fabian sebab gau tak dengar Fly FM. Apa2pun gua harap lu orang sukses dalam bidang masing2.

    BalasPadam
  15. betul tu kata En kamal, Mazidul dan Fabian ni macam double.. memang kelakar..

    BalasPadam
  16. Bro Kamal, jangan pecah lubang la. Itu gambar koleksi peribadi :)

    Dandon, sesekali dengar radio Inggeris OK juga, tukar angin bro.

    Semua, Kamal memang kelakar, dia selalu buat saya ketawa. Tapi bukan semua orang boleh ketawakan dia :)

    BalasPadam
  17. Tuan Kamal memang suka berjenaka

    BalasPadam
  18. ala abg mazidul,share la ngn kitaorg semua...

    BalasPadam
  19. itu yg kite hendak lihat didalam perpaduan kaum di malaysia

    BalasPadam
  20. Rainingheaven dalam bahasa omputih..

    Mat Topeng dalam bahasa Melayu...
    Apa2 sajalah.....yang penting Tuan punya badan tak berubah hahahha

    Layanzzzzzzzz

    BalasPadam
  21. pujuk bro mazidul keluarkan gambar tu semua!!!ha ha ha

    BalasPadam
  22. Kalau gambar Kamal cakap tu dikeluarkan nanti ramai keliru. Sebab nampak betul2 sama muka saya Fabian :)

    BalasPadam
  23. minat gak kat bro kamal ni.. nanti bro mas tolong sampaikan salam ek.. hihii

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.