Khamis, Disember 30, 2010

I Pun Ada Banyak Hutang

Majoriti kita, peminjam.

Kita membuat pelbagai loan, antaranya loan kereta.

Hakikatnya, matahari tidak selalu bersinar cerah, mendung  berarak, secara tiba-tiba lalu ribut melanda. Dalam erti kata lain, ada waktunya kita tidak mampu melangsaikan semua ansuran bulanan pinjaman.

Kemudiannya, kita mula menjadi insan buruan, diburu pengutip hutang samada dari bank mahupun ejen dilantik institusi kewangan.

Pagi tadi saya menghubungi  kenalan berpengalaman 12 tahun bekerja sebagai collector.

"Bila dia orang (collectors) call. dia cuma  nak tahu bila you boleh bayar? So, cakap sahajalah, hujung bulan., bagi dia tarikh. Bila ada tarikh, at least dia boleh report kepada bos dia," ujarnya.

Di kalangan mereka ditugaskan sebagai collector, wujud kerjasama.

"Bila saya call tanya bila boleh bayar tunggakan, customer marah. Kita akan dapatkan bantuan rakan setugas lain, bercakap lembut dengan dia. Maksudnya, kita ada pendekatan psychology berbeza untuk mendekati customer supaya dia bayar," sambungnya lagi.

Saya juga dimaklumkan sebilangan bank terpaksa melantik ejen pengutip hutang bagi kes loan tidak berbayar terlalu lama.

"Ejen memang makan komisyen, if tak ada collection, tak ada gaji"

"So, bagaimana nak berhadapan dengan panggilan telefon dia orang in kekadangan memang berbentuk harassment. Dia tak dapat call handphone kita, dia cari nombor rumah keluarga atau  pejabat. Siap dedahkan butiran pinjaman dan nama bank dia wakili kepada kawan di pejabat kalau kita tak ada. Boleh ke macam itu?," soal saya.

"Tak boleh. Bank tak akan berikan kebenaran kepada ejen untuk mendedahkan maklumat pinjaman kepada third party," jelasnya.

"Jadi, bagaimana kaedah berurusan sebenar dengan ejen?," tanya saya.

"Alah! Dia orang bukan boleh buat apa pun. Kalau jumlah tunggakan di bawah 5 ribu ringgit, bila ada duit bayar sebab menjelaskan hutang wajib kepada orang Islam"

Namun perlu diingati ejen pasti sedaya upaya mencari jalan terbaik untuk mengutip hutang tertunggak untuk menerima komisyen dibayar pihak bank. Pelbagai kaedah mereka applikasikan, antaraya memalukan penghutang.

"Dengan dia orang memang dah tidak boleh negotiate, no flexibility at all. By hook or by crook dia orang tetap cuba paksa bayar," sambung kenalan.

Saya pernah menerima panggilan ejen terbabit mencari rakan sepejabat.

"Sorry, dia tak ada di meja," jawab saya.

"Dia pergi mana? Macam mana saya nak bercakap dengan dia?," soalnya.

"Encik, so far saya tidak menjaga jadual dia but you can always call," jelas saya.

"Dia ni ada buat pinjaman ..."

" Oh! Ok! Dia bukan bunuh orang kan? Cuma buat pinjaman?," soal saya.

"Ya lah, buat pinjaman tetapi tak bayar ..."

"Stop! I tak mahu dengar cerita fasal hutang orang, I sendiri pun banyak hutang and I don't think that you have the right to expose details mengenai pinjaman orang kepada pihak ketiga, thank you, bye!," celah saya.

Sambung kenalan saya ...

"Bila dia introduce sahaja diri, collector, cakap kepada kepada dia, 'Bos! I baru nak call you tadi. Nak bagi tahu ada masalah sikit. Hujung tahun banyak pakai duit, anak nak sekolah, beli barangan semua. Tapi not to worry, hujung bulan saya bayar'. Maksudnya kita bagika alasan, pada masa sama kita commit kepada dia tarikh pembayaran akan dibuat. Dia pun at least lega sebab ada harapan untuk menuntut wang tunggakan"

13 ulasan:

  1. salam tuan, nak lari kemana ke...hutang tetap hutang, bayar tetap kena bayar...x bayar bunga mari...cari along, cari mati

    BalasPadam
  2. Ada juga member kerja sebagai collecter untuk Court Mamooth tapi kadang2 menyampah dengan cerita dia macam dia bagus jer dapat collect banyak income tapi dengan cara paksa

    BalasPadam
  3. Tak berhutang, tak berharta kata orang.
    Tapi agen collect hutang ni ala-ala

    'ada aku kisah?' - kekdahnya...

    BalasPadam
  4. collector pun berhutang jugak.

    takde sesapa ke nak buat panggilan hangit mintak hutang kat collector? hihihi

    BalasPadam
  5. Adat hidup.. nak beli cash siapa mampukan jadi nak tak, setuju atau tidak berhutanglah jawabnya :( Jom Singgah! "Jom jalan-jalan ke Pahang"

    BalasPadam
  6. ada jugak bill collector ni wat method yang ganas...tapi untuk jumlah hutang yang besar la... selalunya korporat company yg kene..

    Isu Semasa : Siapa Tak Pernah Fuck Dia Loser!!!

    BalasPadam
  7. I rasa, dalam banyak2 kerja, bill collector adalah golongan tugas yang paling ramai orang ngelak, paling ramai seperti memusuhi, takut angkat fon dll.

    Sian...

    BalasPadam
  8. tak berhutang, tak berharta pulak..

    zaman skarang... kereta dan rumah dah jadi keperluan utama, mesti berhutang

    namun adat berhutang wajib membayar

    colector tu belagak je lebih, macamlah diorang tak berhutang

    BalasPadam
  9. org malaysia stat berhutang sedari belajar lagi..masuk u, ptptn dah tunggu. keluar u, lom sempat byr ptptn, perodua/proton/toyota etc dah menunggu..huhu
    apa-apa pun, kalau tak mampu, jangan pakai/beli barang dengan hutang.

    BalasPadam
  10. salam..saya pernah mengalami pengalaman diburu begitu..collector yg bertugas telah expose detail saya pada pihak ketiga..malah berulang kali..dan bahasa yg digunakan kadang2 kesat..sebelum ni saya tak pernah tahu hak2 kita sebagai penghutang..sikit demi sedikit saya belajar..tapi apa2 pun yg penting bila berhutang pandai2 lah bayar.. ;)

    BalasPadam
  11. Oh, begitu rupanya.. at least kena bagitahu bila kita boleh bayar, bukan tak nak bayar..Diorang pun faham juga sebenarnya..thanks Mazidul, really helpful article.

    BalasPadam
  12. Bro, aku pernah jadi bill collector on the phone masa tak de kerja dulu, pihak yang berhutang kebanyakkannya memang pandai berbahasa yang 'cantikk' dan 'molek'@maki-hamun/mencarut. Pelik, semasa nak berhutang muka manis, lidah lembut, senyum sampai telinga, tapi sampai masa untuk membayar, lain pula jadinya. Pada pandangan saya yang cuma 20sen ini, Kerajaan harus menghapuskan system hutang. Siapa yang nak beli barang selain rumah atau hartanah, kumpul duit dulu, dah cukup baru beli. Semua barang beli tunai. Ramai yang tidak setuju aganknya?

    BalasPadam
  13. Ada collector yg memburu ahli keluarga pengghutang dan memaki hamun..ada kawan dulu kena..si collector menyamar kata peguam dari mahkamah majistret dan memaki hamun kawan saya tu dengan kata-kata kawan saya penipu, orang tak guna..sedangkan kawan saya bukan taknak byr..tapi dia dah dibuang keja..boleh ke diaorang menyamar mcm ni????

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.