Selasa, Mac 06, 2012

BOLEHKAH MERAKAMKAN GAMBAR DI HOSPITAL?

"Tidak boleh mengambil gambar di sini"

Lazimnya, itu antara kenyataan seringkali dilontarkan oleh kakitangan hospital kerajaan dan swasta sebaik melihat gambar pesakit dirakamkan.

Berikutan itu, majoriti perakam gambar selalunya akan memberhentikan tindakan mereka serta merta.

Isu ingin saya kongsikan di sini barangkali dipandang remeh tetapi dipercayai pernah dilalui oleh ramai pembaca.

Benarkah orang ramai dilarang merakamkan gambar di hospital?

Saya difahamkan, pihak hospital melihat tindakan itu berkebarangalian menceroboh privasi pesakit dirawat di hospital. 

Saya tidak menafikan pandangan itu sepenuhnya.

Timbul persoalan, bagaimanakah jika pesakit, terdiri daripada saudara mara atau rakan taulan kita membenarkan gambar mereka direkodkan?

"Sekarang ini laman sosial, Twitter, Facebook dan blog ada. Sebilangan saudara, tinggal jauh tidak berpeluang menziarahi pesakit, katakah dirawat di Lembah Klang. Itu fakta, justeru mereka ingin mengetahui perkembangan dia dan melihat gambar pesakit itu. Tidak timbul soal gangguan privasi,  sebab kita bukan merekodkan gambar pesakit lain. Kita hanya merakamkan gambar saudara kita, dengan kebenaran mereka," ujar kenalan.

Keluarga pesakit kurang berpuas hati, kekadang sanggup bertikam lidah dengan kakitangan hospital berikutan tindakan itu. Untuk tujuan penguatkuasaan, dalam beberapa kes, pengawal keselamatan hospital terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaaan.

"Saya kemudian bertanya kepada pengawal keselamatan itu. Encik boleh menangkap saya, kalau saya merakamkan gambar anak saudara saya ini? Saya pun kakitangan kerajaan juga. Akhirnya mereka beredar," tambah kenalan itu lagi.

Untuk rekod, dia bertugas sebagai anggota polis.

Bulan lalu, sewaktu menziarahi pesakit di hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, jururawat bertugas cuba memberikan penjelasan.

"Kita ada internal policy, circular dikeluarkan mengikut arahan pengarah hospital, tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan di sini," ujar nya.

Saya hanya mendiamkan diri kerana keadaan tidak mengizinkan saya berhujah di lokasi terbabit.

Ruang ini lebih bersesuaian untuk saya melontarkan buah fikiran dan kakitangan hospital berpeluang memberikan respon mereka melalui komen. 

Andai wujud arahan larangan merekodkan gambar pesakit, mengapa arahan itu tidak dipamerkan untuk tatapan umum? Jika dipamerkan sekalipun, hanya di sebilangan hospital, bukan semua. Seperkara lagi, adakah internal policy itu boleh diapplikasikan kepada keluarga dan mereka menziarahi pesakit?

Saya hanya melihat papan tanda larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit ditampal di dinding semua hospital. 

Adakah maksudnya, larangan merakamkan gambar itu dianggap terlalu remeh, sehingga gagal dipamerkan berbanding larangan tidak dibenarkan merokok dan menngunakan telefon bimbit?

Izinkan saya berkongsi satu analogi menarik untuk membuka fikiran kita. 

Polis trafik menahan pemandu menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu kerana menyalahi undang-undang.

"Encik menyaman saya mengikut akta apa?"

Jika itu soalan dilontarkan oleh pemandu, anggota atau pegawai polis trafik akan memberikan jawaban jelas.

"Encik disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika tidak berpuas hati, encik boleh membawa kes ini ke mahkamah"

Cuba ajukan soalan berikut kepada kakitangan hospital.

"Encik melarang saya merakamkan gambar di hospital mengikut peraturan atau akta apa? Jika saya terus merakamkan gambar, apakah tindakan boleh diambil? Disaman? Diheret ke mahkamah?"

Setakat ini, tiada kakitangan hospital berupaya memberikan jawaban jelas. 

Jika setakat berkata ...

"Dilarang merakamkan gambar di sini"

... sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kenyataan itu. 

Barangkali sebilangan pembaca blog ini bertugas di hospital, bantu saya, sila kongsikan pandangan berhubung isu ini.

... tetapi biar pandangan itu disertakan dengan fakta.

Saya menunggu jawaban jelas.

SILA HEBAHKAN DI FACEBOOK

21 ulasan:

  1. teringat masa zmn dgn media dulu, saya pun pnah buat jgk hehehehe. bab nak ambik gmbar atlit kebangsaan kena denggi, pre-komanwel 2002.

    kitorg smuggle je camera masuk, xde sapa yg sedar pun :-p

    BalasPadam
  2. Sama kes berlaku kat saya ketika adik saya berada di ICU...sehingga kini masih tiada Akta atau Peraturan ditampal di dinding hospital yang menyatakan DILARANG MENGAMBIL GAMBAR

    BalasPadam
  3. mmg banyak mcm tue le abg mazidul...masa nana bersalin dulu pun,husband nana siap kena halau lagi dgn pak guard situ...walhal nak kena angkat nana pun husband nana jgk....geram jgkler....cuma husband sound ler mcm xpraktikal undang2 di hospital masa tue....

    BalasPadam
  4. nak jaga privasi pesakit sangat ke atau nak cover kelemahan hospital itu sendiri?
    saya ada sekeping gamba yg sya snap dgn handphone semasa di sebuah hospital kerajaan - - - knp saya ambil gambar tersebut? sebabnya, sewaktu ramainya pesakit menunggu giliran mendapat rawatan si pekerja kaunter pendaftaran sibuk menonton siaran (hiburan) secara online...
    bila ada waris pesakit yg ke kaunter untuk bertanya status, pekerja tsebut acuh tak acuh akan suruh terus menunggu
    sekali pon dia tak agkat kaki untuk check keadaan di dlm.....

    BalasPadam
  5. hah... lepas ni kalau aku kena sound kat spital pasal ambk gmbr... jwpn aku dah ready dah... hehehe...

    BalasPadam
  6. Kalau ada yang sound, saya nak tanya macam tulah..saya nak tengok apa dia jawab

    BalasPadam
  7. saya salah seorang bekas pekerja hospital.Memang undang undang melarang mengambil gambar pesakit dikuatkuasakan untuk orang awam.tapi sebenarnya undang undang ini tidak wujud sebaliknya hanyalah arahan dari semasa ke semasa. Sebenarnya pihak hospital takut perkara perkara yang sepatutnya menjadi rahsia terdedah ke luar. Sepertimana kata salah seorang sahabat kita tadi.Kelemahan itu terdedah keluar.Tapi sebenarnya banyak gambar pesakit contohnya gambar kemalangan ngeri yang dicuri rakam oleh kakitangan hospital sendiri dan disebarkan di FB dan Youtube. Bezanya kalau seseorang itu kakitangan hospital, mereka terlepas dari penguatkuasaan ini.Saya pernah ditugaskan mengambil gambar sekitar waktu hospital saya bertugas pada waktu malam.Oleh kerana saya bekerja siang guard yang bekerja malam tidak mengenali saya dan mengejar saya.Pada mulanya saya cuba berdebat menanyakan apa rasional larangan tersebut tetapi seperti biasa mereka memberi tahu itu adalah arahan pengarah.Yang peliknya saya bukan mengambil gambar pesakit tapi hanya gambar bangunan Hospital pada waktu malam.Setelah hampir dirampas kamera saya barulah saya menunjukkan kad pekerja saya dan mereka memohon maaf. saya juga pernah ditugaskan oleh bos saya untuk mengambil gambar payudara pesakit yang akan disuntik ubat khas.Kebenaran pesakit dan wajah hendaklan disembunyikan dan tujuan gambar ini adalah untuk pendidikan.Oleh kerana gambar itu diambil sewaktu kehadiran ramai orang kerana pada waktu itu bengkel sedang berjalan, saya telah dipanggil mengadap pengarah.Yang peliknya Dr Pakar dari Australia tu pun pening dengan peraturan di Malaysia.Kata beliau kalau dah ada kebenaran pesakit itu bukan lagi kesalahan.

    BalasPadam
  8. Satu isu yang dah lama juga saya nantikan jawapannya. Nampaknya seperti satu taboo dikalangan pihak hospital, cuma tiada akta.

    BalasPadam
  9. Tak pernah tau pun tak boleh merakam gambar di Hospital. IJN, Prince Court, ok je. Siap dapat bergambar dengan doctor2 yg segak dan misi2 yg lemah lembut dan cun2 dgn pak guard2 pun baik - very helpful. Semua baik2. Mungkin undang2 dan layanan terhadap pesakit/tetamu/pelanggan berbeza mengikut Hospital.

    BalasPadam
  10. Sementelah isu ni keluar, saya nak tanya juga rasional ti dak boleh mengambil gambar di dalam pasaraya. Saya pernah nak ambil gambar anak saya di dalam pasaraya tesco..jaga Nepal halang..hahaha...

    apa apa pun, saya berpegang pada prinsip:
    - kita mudah kan hidup, tak perlu nak peningkan kepala dgn benda remeh temeh..

    -kita hormati perturan di premis yang kita masuk. Masuk kandang lembu, mengembu.

    kalau semua benda kita nak pertikai, memang hidup tak akan aman, percayalah..dan banyak lagi benda yang lebih penting dalam hidup ini yang kita kena fikir, yang lebih penting dan membawa ke kehidupan abadi di akhirat nanti.

    Cheers

    BalasPadam
  11. Daddy Ziyyad, sifat 'couldn't care less' itu boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja dan adalah your choice.

    I tend to find the truth.

    BalasPadam
  12. bagi saya la kan...hospital kerajaan memang orang kata begitu dilarang mengambil gambar...di larang membawa makanan luar pada pesakit dan apa2 jer la peraturan hospital kerajaan ini..

    kalo hospital swasta buat apa kita nak...tangkap gambar hingga bilik pembedahan...kawan saya wife dia melahirkan anak melalui pembedahan siap rakam video....

    BalasPadam
  13. mmm....mengganggu jika ada hal² tertentu dan boleh mendatangkan aib...tapi jika mendapat kebenaran...tak salah rasanya, cuma kalau gambar diambil tanpa kebenaran...itu kan tak bagus

    BalasPadam
  14. salam
    berhubung kenyataan di atas..
    saya sertakan salah satu link.
    polisi hospital changkat melintang.
    memang benar, tiada AKTA yang dinyatakan dalam polisi ini. sebab itu tiada signage.
    saya masih menanti jawapan dari bahagian perundangan Majlis Perubatan Malaysia. dan saya akan kongsikan dengan kalian semua.
    buat sementara waktu...sila layari link ini
    http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-hospitalchangkat-melintang

    BalasPadam
  15. internal policy applicable utk kakitangan dalaman sahaja.. utk dikuatkuasakan, kena publish kat laman MINISTRY OF HEALTH.. dibawah akta kesihatan something like that.. mana ada peruntukkan kuat kuasa undang2 tnpa akta yg berkenaan...

    BalasPadam
  16. internal policy saje kut... xde la sampai ke akta.. di kebanyakan hospital kerajaan meletakkan beberapa peraturan dan dibawah sekali terdapat ARAHAN PENGARAH... so anything kena tanya pengarah hospital berkenaan lah... hurm... biasa telepon bimbit jgk di haramkan didalam wad... katanya transmission bleh menggangu mesin2 canggih dalam wad.....dan mungkin jugak gmbr2 yang diambil bleh digunakan untuk tujuan tertentu dan bleh disalah ertikan...

    BalasPadam
  17. pengalaman saya pernah ditegur oleh guard di hospital putrajaya kerana mengambil gambar bangunan "Jabatan Kecemasan". Masa tu saya ambil gambar dari jauh dan menampakan sebahagian bangunan berkenaan berserta dengan tulisan "Jabatan Kecemasan". Ianya bukan gambar close up kpd pesakit sbb masa tu tiada kes kecemasan & tiada pesakit pun di triage. Bila guard tu tegur yg saya x boleh ambil gambar kat situ, saya tanya dia mana notis/peringatan. Dia jawab x perlu sbb dia dah tahu. Lalu saya katakan yg org awam spt saya mana tahu. Jawapannya pula "sbb tu saya beritahu!". Sngnya jawapan dia. Saya bersetuju dgn ulasan bbrp ulasan sebelum ni, kalau tak benarkan ambil gambar, pls letakkan notis supaya public tahu walaupun ianya cuma arahan pengarah & tiada dlm mana2 akta atau peraturan kerajaan.

    BalasPadam
  18. Pada pandangan saya, setiap hospital mempunyai polisi tersendiri yg mana diluluskan oleh Lembaga Pengurus agensi terbabit baik klinik kerajaan, badan berkanun dan swasta... Setiap polisi ini mungkin tidak dihebahkan kepada orang awam melalui media masa, media cetak baik pun di papan kenyataan setiap klinik, jabatan dan unit di hospital... Ini adalah kerana polisi dalaman sesebuah hospital itu yg mungkin tidak perlu dihebahkan melalui saluran yang dinyatakan di atas mungkin cukup sekadar di papan kenyataan hospital tersebut... Namun tiada notis yg menyatakan larangan mengambil gambar tersebut dipamerkan.... Apa yang saya pasti polisi hospital menyatakan ANDA TIDAK BOLEH MENGAMBIL GAMBAR PESAKIT KECUALI MENDAPATKAN KEBENARAN BERTULIS DARI PESAKIT BAGI TUJUAN HEBAHAN KEPADA MEDIA.. Jika mengambil gambar saudara mara yang sakit saya rasa ia tidak menjadi kesalahan sekiranya saudara itu membenarkannya.... Sekilas pandangan saya dari penjawat awam yg bekerja dihospital..

    BalasPadam
  19. Saudara mazidul,
    Saya nak jd peguambela pengarah hospital hehehe:
    -Mungkin juga dilarang sbb pihak hospital takut dikenakan saman oleh pesakit yg tak benarkan gambarnya diambil. Tiba2 pesakit yg bagi kebenaran (tanpa B/W) ubah fikiran, hal tu sapa nak tanggung? Cameraman blh tlg pgrh hospital jawab ke?
    -peraturan juga adalah utk kepentingan umum, bukan stkt mengambil kira kepentingan 1-2 saja. Misalnya, ada hospital tak benarkan suami di samping isteri masa bersalin (WTH??). Tapi bila ambilkira ada lelaki yg blh pengsan mabuk darah atau mengamuk sampai mengganggu tugas staf, peraturan ni masuk akal. (cuma kena considerlah juga, isteri yg perlukan sokongan suami)

    Bg sayalah, kewjran sesuatu peraturan kena nilai secara menyeluruh dan bukan dikritik scara pandangan peribadi semata-mata (kalau kita ni orang yg baik, peraturan remeh mmg menyusahkan.)

    BalasPadam
  20. mesti ada sebab kenapa dorg bt polisi mcm tu kan.. bukan nak bt suka2. bnda2 remeh mcm tu x kan nk smp akta kut.. agak2 ler. tapi bila kita buat, may b bagi effect besar.
    cth kalau kat sekolah, DI LARANG BISING. bila cikgu suruh jangan bising tkut murid2 ckp xde akta pun suruh murid2 x bising kat sekolah..lebih kurang macam tu la. Hope hormati polisi hospital terbabit.
    satu lagi contoh, mcm kes rakan kita di atas yang kononnya rakannya merakam wife dia bersalin. bukankah itu privasi.. bagaimana kalau jatuh ke tangan orang lain?? marilah kita fikir2kan.. nampak mcm remeh tapi sebenarnya ada kepentingan. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.