Khamis, Mac 15, 2012

PATPONG

Saya berada di Bangkok, Thailand sejak Selasa lalu dan menetap di Prince Palace Hotel. Bayaran servis Wifi di hotel ini, RM60 untuk 24 jam dan tidak boleh diakses di bilik.


Manakala di Starbucks, caj wifi, RM15 sejam tetapi saya terlalu sibuk untuk melepak di situ kerana ingin melangsaikan tugasan sebelum Isnin minggu hadapan

Sejak semalam, saya bersama kru menyertai sukarelawan Poh Teck Tung untuk pengutip mayat mangsa kemalangan jalanraya di kota metropolis dihuni kira-kira 12 juta penduduk ini. Mereka terdiri daripada pegawai bank, penghantar cepat, pengurus teknologi maklumat, bekerja tanpa bayaran pada waktu malam sehingga subuh.


Tahun 2011, hampir 400 terkorban di Bangkok akibat kemalangan jalanraya. Sebilangan pihak melaporkan seorang pengguna jalanraya maut setiap 36 minit di ibu negara Thailand ini. Tanpa sukarelawan saya sertai, mayat mangsa kemalangan bakal menjadi habuan anjing.

Believe it or not!


Pada masa sama, ramai pelancong asing tersadai, biarpun tidak terbunuh di sekitar kawasan papan tanda di atas dipacakkan.

Patpong!

11 ulasan:

  1. salam mazidul..menarik tajuk kali ni..Tak sangka pulak sampai kena ada skuad pengutip mayat kat sana..cerita la lagi, pengalaman kat sana.. Ramai ke yg sempat di kutip..kesian kan kalau sampai jd habuan anjing.. Polis peronda diorang tak buat rondaan ke...?

    BalasPadam
  2. smti.. tak sabar nk tgk hasil dari tugasan kali ini..* berdebar pun ya jugak ni..:)*

    BalasPadam
  3. Tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya...

    BalasPadam
  4. patpong = tinger show + tarian tiang...banyak interesting item jual kat sini tapi sgt tak sesuai if bawak budak2...

    BalasPadam
  5. Salam En Mazidul,

    Maaf mungkin respons ni keluar tajuk. Cuma nak luahkan ketidak puasan hati mengenai Stesen bas Ekspress Shah Alam, Sek 17. Dah dua puluh tahun ulang alik kesana dari zaman ITM skrg dah UiTM, Dr Bujang dah beranak pinak. Tempat & keadaannya masih sama. Punya la banyak sentral sana sini. Bandaraya Shah Alam, tunggu bas masih bwh pokok & khemah. Kalau ada masa pergi lah tinjau kesana. Terutama musim cuti. Tak malu ke warga/ahli majlis BANDARAYA SHAH ALAM. ULANGI BANDARAYA. Bukan Pekan.

    Terimakasih.

    Mz3

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.