Jumaat, Oktober 18, 2013

BIAR P. KAMALANATHAN MENJAWAB SOALAN SARAVANAN MENGENAI KEGIATAN KORBAN DI SEKOLAH

Saya masih ingat, sebaik kes Sekolah Kebangsaaan Seri Pristana, Sungai Buloh didakwa menyediakan bilik air sekolah, sebagai kantin sementara, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatghan bingkas mengeluarkan kenyataan.

Dengan kadar segera Kamalanathan kemduian mengeluarkan arahan supaya  operasi bilik air bersih, bukan tandas terbabit ditutup. Akhirnya kes itu didedahkan dan tiada isu sebenarnya.  

Kini tersebar rakaman audio di Youtube mengenai seorang individu menggelar dirinya Saravanan menempelak Guru Besar sekolah kerana menganjurkan aktiviti  korban di sekolah.



Saya menerima salinan pekeliling di bawah dihantar oleh rakan facebook namun tulisan dokumen tidak berapa jelas.


Tentunya sebagai Timbalan Menteri, Kamalanathan tanpa sebarang masalah berhak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes ini.


6 ulasan:

  1. Salam tuan, boleh lihat pekeliling itu disini :http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1976/circularfile_file_000750.pdf

    BalasPadam
  2. Assalam saudara mazidul,

    Terima kasih menulis isu ini. Saya memang hendak minta saudara menulis perkara ini.

    Pertama sekali, saya tiada masalah kalau agama Islam menyatakan boleh bertolak ansur di dalam perkara ini. Namun, dalam konteks saravanan ini, saya merasakan beliau seorang individu yang kurang ajar tetapi pengecut. Kurang ajar kerana mempersoalkan perkara ini mengikut saluran terbuka/umum yang boleh menimbulkan perasaan benci, sakit hati dan tercabar umat Islam. Ini perkara sensitif. Pengecut kerana berhubung melalui telefon dan tidak mendedahkan identiti sebenar.

    Kedua, Perkara III Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan. Perkara 11 menjamin hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Sejak bila pula orang Islam tidak boleh mengamalkan ajaran Islam di Malaysia yang Islam merupakan agama Persekutuan? Kalau nak kata menyinggung, apa-apa ajaran agama lain yang bertentangan dengan ajaran agama tertentu tentulah menyinggung. Di Malaysia, yang masyarakatnya majmuk, perlulah faham perkara ini dan menghormati, jangan nak jadi hero dan menimbulkan isu yang boleh menyebabkan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam. Siapa saravanan ni, boleh bertanggungjawab kalau ada kejadian yang tak diingini?

    Mana pemimpin-pemimpin India? Sila buat kenyataan. Saya sarankan wartawan-wartawan serbu pemimpin dan si saravanan ini untuk dapatkan penjelasan.

    Apakah perasaan saravanan sekiranya sedang menyambut thaipusam dan ada penganut Islam yang mempersoalkan secara terbuka kenapa perayaan tersebut diadakan dikhalayak ramai sehingga mengganggu sensitiviti umat Islam? Sensitif sebab menduakan Allah. Saya pun boleh tanya ini macam machaaaa.

    Akhir sekali saya pohon Kerajaan ambil tindakan tegas bagi menangani perkara ini. Saya percaya perkara seperti ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Please, kita tak perlukan orang yang seperti Saravanan ini di Malaysia. Inilah contoh orang yang tidak menghayati rukun negara, kesopanan dan kesusilaan. Asas kenegaraan dan bangsa teras Malaysia adalah bangsa Melayu, budaya Melayu, bahasa Melayu dan agama yang dianuti oleh majoriti orang Melayu. Sesiapa yang ada masalah dengan perkara ini macamana hendak tinggal dengan aman harmoni di Malaysia? Tentu akan sentiasa ada perselisihan.

    Tolong bertanggung jawab dan buat kenyataan umum.

    Terima kasih saudara Mazidul membangkitkan perkara ini. Saya harap ada orang yang buat laporan polis berhubung perkara ini.

    BalasPadam
  3. dia fkr sensitif kaum dia je laa...sbb lembu 2 tuhan dia..laux suka g anta ank masuk sekolah tamil laaa...brlambak sekolah tamil kt malaysia ni..hampeh punya org!!!

    BalasPadam
  4. Bro, nak lari tajuk sikit. Content ni sapa punya? Dia punya ke, bro punya?

    http://pasberuk.blogspot.com/2013/10/bantu-kamal-afandi-penganalisis-jenayah.html

    Kalau bro punya, nasihat sikit blogger ni. Nak beramal pun janganlah menipu. Kamal bukan dah lama buat rawatan ke?

    BalasPadam
  5. Salam Saudara Mazidul,

    Sejak kebelakangan ini sudah banyak isu-isu sensitif timbul melibatkan kaum-kaum lain yang selama ini tidak pernah kedengaran.

    Masing-masing bingkas bangun menonjolkan diri samada benar-benar hendak membela bangsa dan agama masing-masing atau sengaja mengambil kesempatan menimbulkan provokasi.

    Mereka semakin berani sehinggakan lupa di mana kaki mereka berpijak. Semuanya ini kerana apa? Tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh segelintir bangsa kita sendiri yang sanggup menggadaikan kepentingan dah kedaulatan bangsa, agama dan negara demi kerakusan mereka gilakan kuasa.

    Beringat-ingatlah wahai semua bangsaku. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH. Renung-renungkanlah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.