Sabtu, November 30, 2013

FAHMI PERNAH DITUDUH MEROGOL FAZIRA 4 BULAN SEBELUM MEREKA BERNIKAH TETAPI ...

Akhbar The Star melaporkan, bekas suami gadis remaja beusia 13 tahun, Nor Fazira Saad disahkan dituduh di mahkamah pada 15 Julai tahun lalu kerana merogol gadis itu, 4 bulan sebelum mereka berkahwin. Namun Fazira dikatakan enggan memberikan keterangan di mahkamah lalu Fahmi dibebaskan.


Fakta itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulim, kedah, Superintendan Ghuzlan Salleh. 


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Rakan Fahmi turut dituduh merogol Fazira, didapati bersalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini ditahan di Pusat Pemulihan Juvana, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Sedikit demi sedikit fakta kes ini didedahkan kepada umum.

Klik di sini.

USAH MENJADI HERO KECUNDANG

Kereta berjenama Honda Civic dilaporkan dicuri di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor dan kemudian dilihat oleh rakan pemilik kenderaan di susur masuk Lebuhraya DUKE, berhampiran Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur.

Lalu dia bersama 3 rakan menahan kenderaan dipandu lelaki dinaiki oleh 2 penumpang. Pada jam 7.30 malam, ketika kereta terbabit terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Dua penumpang kereta kemudian melarikan diri manakala pemandu berusia 32 tahun dibelasah teruk oleh 4 lelaki berusia di antara 22 dan 37 tahun di lokasi.

Serangan itu dileraikan anggota polis. Sebaik pemandu dipukul tiba di pekarangan Balai Polis Sentul, dia dilaporkan tidak sedar diri sebelum disahkan meninggal dunia. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, mangsa mengalami kederaan serius di kepala, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Berikutan itu polis menahan 4 lelaki untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jika sabit kesalahan, pesalah akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Kes ini menarik perhatian saya.

Jika disahkan suspek memandu kenderaan curi, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan di atas tuduhan memiliki harta (kenderaan) curi. Berbeza, jika dia diberkas tatkala mencuri kenderaan, seksyen berbeza digunakan untuk pertuduhan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, mencuri kenderaan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara di antara 1 dan 7 tahun serta didenda.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur sekaligus mengubah status pemandu kenderaan dilaporkan dicuri itu, daripada suspek kepada mangsa bunuh dan 4 lelaki ditahan polis berdepan dengan tali gantung. 

Hero bakal kecundang. 

Niat mereka untuk membantu kenalan kehilangan kereta, tidak menghalalkan cara (memukul pemandu sehingga maut). Apapun saya percaya polis akan menyiasat kes ini secara terperinci dan mengenal pasti suspek sebenar melakukan the final blow, pukulan terakhir mengakibatkan kematian mangsa.

Pengajaran daripada kejadian itu mudah. Jika berjaya menahan suspek terbabit dalam kes jenayah, usah bertindak terlalu emosi sehingga memakan diri sendiri. Ingat, Malaysia negara berdaulat, mempunyai sistem perundangan dan pihak berkuasa. Serahkan penjenayah diberkas kepada polis dan mahkamah akan membuat keputusan samada mereka bersalah atau sebaliknya.

"Kalau kita berjaya menangkap penjenayah memecah masuk ke rumah kita, bagaimana?," soalan dikemukakan oleh rakan saya.


"Ikat tangan dia sementara menunggu polis tiba. Masukkan segenggam cili padi ke dalam plastik, tumbuk sehingga lumat dan lumurkan ke seluruh badan dia, mesti terseksa kepanasan. Tentunya dia tidak cedera atau mati," balas saya bergurau.

KISAH FAHMI DAN FAZIRA : AYAH IZINKAN MEREKA BERKAHWIN KERANA ANAK DIDAKWA TELAH DIROGOL

November tahun lalu Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20 tahun, melangsungkan perkahwinan mereka biarpun tatkala itu gadis terbabit berusia kira-kira 13 tahun. 11 November lalu, kira-kira setahun kemudian mereka disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Kulim, Kedah. 


Berita itu mendapat liputan meluas media.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44 tahun, mendakwa anaknya dirogol oleh bekas suami sebelum mereka diijab kabulkan. Berikutan laporan polis dibuat pada bulan Julai 2013, keluarga Fahmi dikatakan datang ke rumahnya dan berulang kali merayu agar laporan ditarik. Mereka bimbang Fahmi bakal berhadapan dengan tuduhan merogol. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan disebat. 


   [ Sumber gambar : The Star ]

Fazira kemudian dilapor menggugurkan laporan polis terbabit, 6 hari selepas dibuat dan Saad mengizinkan Nor Fahmi mengahwini anaknya dengan alasan Fazira telah dirogol. Terkini, Saad juga mendakwa, tatkala tinggal bersama keluarga mertua, Fazira selalu ditampar, dipukul, tidak diberikan makanan dan tidak bersekolah.

Cerita itu didedahkan sendiri oleh Saad setelah pasangan terbabit bercerai, klik di sini.

Manakala Fahmi berkata, dia tidak merogol bekas isterinya sebelum berkahwin tetapi mendakwa Fazira curang dengan lelaki lain, berasal dari Kuala Ketil. Lelaki itu dikatakan telah merobohkan rumahtangga dibina. 


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

"Dia (Fazira) bersikap kurang ajar dengan keluarga saya sedangkan kami menjaga dia dengan baik. Dia juga langsung tidak memasak di rumah," ujar Fahmi.

Baca luahan hati Fahmi di sini.

Kini timbul persoalan, adakah kerana Fazira menarik kembali laporan polis, justeru pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan? 

Beberapa peguam dihubungi oleh wartawan akhbar The Star berkata, polis dan Timbalan Pendakwa Raya tidak dibenarkan membatalkan laporan dibuat hanya kerana individu didakwa merogol mengahwini mangsa.

Klik di sini.

Hujah dikemukakan amat menarik perhatian saya.


Di Kota Kinabalu, Sabah, pengurus restoran, Riduan Masmud, 40 tahun, dituduh merogol gadis berusia 13 tahun pada 18 Februari 2013. Dia kemudian mengahwini gadis itu sebagai isteri ketiga, bertujuan agar ibu saudara mangsa menarik kembali laporan polis. Biarpun laporan terbabit ditarik pada 18 April tahun lalu, Riduan tetap didakwa di mahkamah dan proses perbicaraan masih berlangsung, klik di sini.


Jika diteliti, kes Riduan dan Fahmi seakan sama. Kelak kita nantikan perkembangan kes menarik perhatian masyarakat ini.

Untuk rekod, lelaki mengadakan hubungan seks bersama gadis di bawah usia 16 tahun, biarpun dengan kerelaannya, perbuatan merogol mengikut undang-undang.



                                [ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]




           Wanita bertudung, ingin mengelakkan bentuk punggung dipamerkan?  Klik di sini.

Jumaat, November 29, 2013

T-SHIRT MUSLIMAH DAN JUBAH ISTIMEWA DOLLSCARF


Pasangan suami isteri, Nurul Huda Ibrahim dan Dede Adriansyah Syahril, 31 tahun, ternyata amat murah dengan senyuman biarpun tatkal kali pertama saya temui.

"Bermula pada tahun 2008, kami berniaga pelbagai jenis tudung secara online, beroperasi dari rumah di Seksyen 9, Shah Alam.. Jika pelanggan membayar kos barang dipesan sebelum jam 12 tengahari, keesokkan hari, tudung akan diterima kerana dihantar menggunakan servis Pos Laju," ujar Nurul.


"Sejak kira-kira lima tahun lalu, isteri saya menjadi model pakaian dipasarkan, saya bertugas merakamkan gambar untuk dimuatnaik ke laman web kami," celah suaminya.


Selepas kelahiran anak pertama, Armandsyah Gazi, kini berusia 4 tahun, mereka mula berjinak-jinak menjual t-shirt muslimah dan jubah.

"Saya memang gemar memakai t-shirt dan sebagai wanita bertudung, saya memerlukan t-shirt berlengan panjang. Maka saya mula mereka t-shirt muslimah pelbagai corak. Baju berlengan panjang, labuh, tidak menampakkan bentuk punggung serta selesa dipakai," kata pengasas Dollscarf, graduan lulusan ijazah Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia itu.

"Betul juga. Janggal kelihatan penampilan wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian t-shirt berlengan pendek dan ketat," sambung saya.

Huda dan Dede kemudian menunjukkan kepada saya antara t-shirt muslimah dan jubah sambil gambar kami dirakamkan oleh jurukamera, Sharul Ashraf Salehuddin. 


Klik di sini untuk melihat dan memesan t-shirt muslimah dan jubah istimewa keluaran Dollscarf.

"Berapakah harga t-shirt muslimah dan jubah berjenama Wafiyyah?," soal saya kepada Huda, anak kelahiran Johor Bahru, Johor.

'Wafiyyah' bermaksud sempurna.

"Harga t-shirt muslimah di antara RM49 dan RM62 sahaja. Manakala jubah, kami jual di antara RM99 dan RM132, mengikut saiz. Material digunakan, cotton, soft denim dan lycra. Kain cotton tidak panas dipakai, bersesuaian dengan cuaca di negara kita dan contohnya sesuai dipakai tatkala membeli-belah mahupun pergi ke pasar. Tudung bawal dan shawl juga ditawarkan kepada setiap pelanggan dengan harga amat berpatutan," terang Huda sambil diperhatikan oleh suaminya.


[ Klik di sini untuk melihat koleksi Dollscarf ] 


Dollscarf  juga memasarkan pakaian untuk memudahkan ibu menyusukan bayi mereka.

"Saya rekakan baju dan jubah khas dilengkapi zip atau butang. Jadi ibu tidak perlu menyelak baju mereka dari bawah," jelas anak sulung daripada empat beradik itu.

Sebilangan t-shrt muslimah kini dijual dengan harga DISKAUN 50%.


Saya kemudian dibawa meninjau ke bilik stor di bahagian belakang kedai di tingkat satu bangunan kedai.


[ Klik di sini untuk laman facebook Butik Dollscarf ]


"Pakaian rekaan saya, dihantar ke butik oleh dua kilang, seminggu sekali, di antara empat dan tujuh design, purata bilangan mencecah 500 helai sebelum diagihkan kepada stokis. Semua gambar baju design baharu, saya muatnaik ke laman web, pada setiap hari Khamis, jam sembilan malam untuk mereka membuat tempahan secara online menggunakan code design. Setiap stokis tahu melalui informasi saya kongsikan di laman facebook kumpulan stokis," ujar Huda.

Semua pakaian juga dijual secara runcit kepada pengguna berminat.

"Saiz? Usah bimbang. Kami menawarkan pakaian bersaiz XS, S, M, L, 2XL,3XL dan 4XL," tambah bekas kakitangan bank HSBC terbabit.


"Ini antara sample design terkini kami pasarkan," kata Dede.


"Setakat ini stokis Dollscarf berada di mana?," tanya saya.

"Kota Tinggi, Johor, di sekitar Selangor, Melaka, Pahang dan di Ipoh, Perak. Jika pembaca blog Bersama Mazidul berminat untuk menjadi stokis, termasuk warga Sabah dan Sarawak, sila hubungi kami untuk berurusan," balas anak bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat swasta terkemuka itu.

"Alhamdulillah, setakat ini, isteri saya telah design 157 jenis pakaian berkualiti," celah Dede bangga.

Butik Dollscarf terletak di No 11-A, Jalan Keluli AM7/AM, Bukit Raja Business Centre, Seksyen 7, 4000 Shah Alam, Selangor.


Hubungi Dede di talian 012 345 9482 atau pejabat, 03 3359 1719 dan bercakap dengan Ekyn/Ain. Butik dibuka di antara jam 9 pagi dan 6 petang, Isnin-Sabtu.


Laman web Dollscarf, klik di sini dan klik di sini untuk ke laman facebook butik terbabit.

In Sha Allah, setiap pelanggan disambut dengan ukiran senyuman manis dan layanan memuaskan . 


Khamis, November 28, 2013

APAKAH AYAT PERTAMA NEGRO APABILA DIPERIKSA ATAU DITANGKAP?

Diberitakan kira-kira 10,000 warga Afrika bermastautin di Mantin, Negeri Sembilan, majoriti pelajar kolej swasta.


[ Sumber gambar : Harian Metro ]

Tidak hairan jika penduduk tempatan rimas dan resah dengan kehadiran mereka. Kemudahan awam di daerah itu juga dilaporkan dimonopoli oleh negro. Sikap buruk mereka telah lama saya dedahkan di blog ini.

Lebih menarik, dalam operasi dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, penguat kuasa terpaksa bergelut untuk menahan negro terbabit. Perhatikan gambar dipaparkan oleh Harian Metro, di bawah.


                                                   [ Sumber gambar : Harian Metro ]

Melihatkan antara bahasa tubuh, riak wajah penguat kuasa, perasaan marah dan geram jelas terserlah. Sedangkan negro digari bak mempersendakan tindakan diambil ke atasnya, biarpun kedua tangan bergari.

Perangai puaka.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Saya sebenarnya sudah berasa terlalu muak melihat kelibat negro di Malaysia setelah diberikan peluang berulang menyertai banyak operasi bersama pihak berkuasa, memberkas sebilangan mereka sebelum ini. Melalui pengalaman, kekadang 3 penguat kuasa lelaki diperlukan untuk menumbangkan seorang lelaki negro. Mereka perkasa, tubuh lincah dan ramai kulit berminyak.Tersilap tangkap, bau tubuh lelaki Afrika itu melekat di badan.

Mulut kebanyakkan mereka lazimnya tidak berhenti bercakap atau meluahkan ketidakpuasan hati tatkala ditangkap.

"Apakah ayat pertama negro sebaik diperiksa atau ditangkap?," soal pegawai polis berpangkat ASP.

Saya terdiam.

"I am a student," celah beliau pantas.

Kami tersenyum bersama.

Memang ramai negro di Malaysia mendakwa pelajar kolej swasta, biarpun usia menjangkau lebih 40 tahun. Walhal apabila diperiksa oleh pihak berkuasa, tiada dokumen perjalanan sah atau tinggal lebih masa.

Saya berharap, status terkini Mantin sebagai 'Mini Afrika' dilucutkan dengan kadar segera. Dihargai usaha gigih penguat kuasa Jabatan Imigresen menjalankan operasi secara berterusan membanteras pendatang haram negro di daerah itu.

Klik di sini.

LORI TERBAKAR DI LEBUHRAYA DUKE MASIH DI LOKASI (TERKINI)

Pada jam 5.10 petang tadi, saya menghubungi Pusat Kawalan Trafik DUKE dan bercakap dengan kakitangan bertugas, Zainul Abidin Azizan.


"Sebuah lori membawah minyak masak terbakar kira-kira jam 1.40 tengahari tadi berhampiran Plaza Tol Batu. Api telah berjaya dipadamkan. Kini hanya dua lorong dari Ampang ke Jalan Duta masih dibuka kepada pengguna. Pihak DUKE sedang menunggu lori, dalam perjalanan untuk membersihkan tumpahan minyak dan dijangka sebaik tiba di lokasi, petugas akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk menjalankan kerja pembersihan. Ketika itu hanya satu lorong sahaja akan dibuka," ujar beliau.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Tambah Zainul, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Alhamdulillah.

Semoga maklumat dikongsikan oleh DUKE membantu pembaca blog ini.

ANWAR IBRAHIM : KHALID JELASKAN KEPADA MEDIA

Seperti dilaporkan banyak media, gaji Menteri Besar Selangor dan exco tertinggi negeri ditadbir beliau telah dinaikkan di antara 87% dan 373% bermula Januari tahun depan.

Gaji bulanan Khalid, RM29,250 berbanding RM14,175.


Diharapkan mereka semua bekerja lebih gigih membuka mata dan hati untuk menangani seklaigus membanteras lambakan pusat urut dan judi di Selangor. Lazimnya, andai gaji besar, semangat lebih tinggi.


Bagaimanapun, kenaikan gaji itu tidak disenangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta Khalid menjelaskan kepada media asas kenaikan dianggap terlalu tinggi itu.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Kata Anwar, tiada perbincangan teliti di antara beliau dan Khalid berhubung kadar kenaikan gaji itu.

Klik di sini.

Rabu, November 27, 2013

GADIS PELAJAR UNIVERSITI MEMBUAT 2 LAPORAN POLIS MENDAKWA DIUGUT BUNUH BEKAS TEMAN LELAKI MENYEBARKAN GAMBAR TIDAK SENONOH

Gambar 'panas' pasangan Melayu dilaporkan bercuti di Cherating, Pahang, tersebar di laman sosial, bukan sahaja menarik perhatian orang awam tetapi pihak berkuasa.


Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan undang-undang terhadap pasangan itu harus dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP.  

Klik di sini.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Melalui pengamatan, banyak kesan tompokan merah kelihatan di tubuh lelaki di bawah. Barangkali akibat nyamuk nakal berterbangan, mengigit dan menghisap darah di pantai, lokasi mereka bercuti.


Blog My Media melaporkan informasi menarik.

Dicatatkan di blog itu, pelajar universiti terbabit telah membuat laporan polis pada 30 Jun 2013. Dia mendakwa diugut bunuh sejak memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, pemain rugbi. 


Laporan polis dipaparkan di blognya dipetik daripada pemilik akaun facebook, Ottoman Ibnu Othman.


Gadis sama juga membuat laporan banyak gambar peribadi, sebilangan tidak senonoh telah dimuatnaik oleh bekas teman lelaki menggunakan akaun facebook palsu.

Laporan polis kedua menyusul dibuat pada 26 November lalu.


Ramai berpandangan, pelajar universiti itu telah melakukan kesilapan dan berharap kejadian itu tidak diulangi.  


Selain daripada JAIP, pihak polis juga harus menyiasat dan mengambil tindakan berikutan dakwaan berhubung kes ugutan bunuh itu. 


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Terfikir, mengapakah gadis itu terpaksa membuat 2 laporan kepada pihak polis? Apakah tindakan susulan polis berikutan laporan pertama dibuat hampir 6 bulan lalu itu? 

Klik di sini untuk membaca entri di blog My Media.