Isnin, April 05, 2010

Sarungkan Stokin?

Petang semalam sebelum menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah menjamu selera di kedai makan milik rakan berhampiran lapangan terbang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Berapa ramai isteri sekarang menyarungkan stokin suami mereka sewaktu nak pergi kerja?," soal rakan wartawan sambilan duduk di meja sama.

"Sarung stokin? Kekadang nak hidangkan segelas air kosong masa suami balik kerja pun susah," sampuk rakan.

Melalui perbincangan ringkas, semua rakan akur, majoriti isteri bekerja, lalu mereka sibuk.

"Sibuk macam mana sekalipun, a simple act done can be so meaningful to a husband," celah wartawan terbabit.

Saya terdiam seketika, berfikir. Melaui perkiraan saya, kedua perbuatan untuk suami terbabit hanya mengambil masa kurang 2 minit, sedangkan isteri bekerja purata 8 jam sehari untuk memenuhi tuntutan majikan.

Barangkali semua bakal isteri dan isteri harus berfikir sama berhubung hal itu.

"Kawan saya, kahwin dengan perempuan Indonesia. Dia kata isteri dia bekerja sebagai cleaner, keluar pagi, balik petang tetapi tidak pernah miss menyarungkan stokin suami sebelum dia melangkah keluar setiap pagi," tambah rakan lagi.

Wow!

Barangkali majoriti isteri warga Malaysia melihat tindakan terbabit kolot sekaligus menganggap perbuatan itu remeh. Namun, sebilangan suami mungkin berasa diri mereka lebih dihargai isteri.

Ahad, April 04, 2010

Karma

Saya berasa amat ‘kagum’ berikutan pendedahan berani lelaki di Rawang, Selangor, ‘Saiful’ di akhbar Harian Metro hari ini. Dia mendakwa rela berpisah dengan isterinya kerana ‘cair’ dengan kelembutan amah, gadis Indonesia, Elly.

Mereka dilaporkan berkahwin di Karhwang, Jawa Timur pada 29 Januari 2003 dengan kos RM5,000. Saiful mengaku menjalin hubungan cinta secara senyap dengan Elly sewaktu dia masih beristeri.

“Dia gadis baik, manja dan pandai mengambil hati. Saya terpikat dengan kelembutan tutur kata lebih istimewa daripada isteri,” kata Saiful memuji Elly.

Jika dilihat usia anaknya, Saiful sudah berkahwin dengan isteri lebih 20 tahun kerana mempunyai anak berusia 17 dan 20 tahun.

Manakala hasil perkongsian hidup bersama Elly, Saiful dikurniakan anak perempuan berusia 6 tahun.

13 Februari lalu, Elly melarikan diri kerana ingin keluar dari ‘sangkar kemiskinan’ dan mencari pendapatan tambahan untuk menyara ibu dan 6 adik-beradiknya di Indonesia biarpun Saiful mendakwa memberikan Elly wang belanja RM200 sebulan.

Saiful mendakwa Elly kini menjalin hubungan dengan pekerja Indonesia apabila kerap menyebut nama lelaki terbabit serta menyimpan gambarnya di dalam beg duit.

Bagaimanapun Saiful masih tetap merayu …

“Saya masih sayangkan dia. Pulanglah ke rumah segera, kasihanlah anak masih kecil ini. Saya sanggup korbankan cinta isteri pertama melalui fasakh di mahkamah syariah demi menumpahkan cinta suci terhadapnya”

Bukankah itu karma? Itu pandangan saya.

Jika berkebetulan terlihat Elly, sudikah pembaca menghubungi polis dan melaporkan kedudukan sebenarnya?


Saya yakin tindakan pembaca wanita dan lelaki pasti jauh berbeza. Kita lihat bersama.

Sabtu, April 03, 2010

Datuk Penjual Botol

"Saya dahulu semasa kecil, jual botol cuka getah," ujar beliau.

"Botol warna coklat terang ke datuk?," soal saya.

Saya juga pernah menjual botol sama sewaktu kecil. 

"Ya, 3 botol harganya 10 sen," balas beliau.

Itu antara intipati perbualan saya dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Datuk Solah Mat Hassan sewaktu kami bersama berada di lokasi operasi 4 kilometer dari pekan Rantau Panjang, Kelantan jam 11 pagi tadi.

Tujuan operasi, memantau van Thailand dilaporkan membawa penumpang dari negara jiran masuk ke Malaysia. Tindakan terbabit dikata menggugat pendapatan pemandu teksi dan kereta sewa tempatan di Rantau Panjang.


Datuk Solah, 57 tahun, anak kelahiran Kampung Gaal, Pasir Putih. Siapa mampu menjangka anak kecil suatu ketika dahulu penjual botol kini Ketua Pengarah JPJ?

Mesej ingin saya kongsikan dengan pembaca, sebagai ibu bapa, seharusnya kita sentiasa mengingatkan anak, biarpun kehidupan dilalui sebilangan kita  tidak semewah mana, berbekalkan kesungguhan mengejar ilmu pengetahuan, mereka mempunyai peluang untuk berjaya.

Sebilangan pembaca juga saya kira mempunyai episod pedih jerih kehidupan sewaktu kecil sebelum mencipta kejayaan.

Maklumlah, bukan semua kita dilahirkan dalam keluarga 'silver spoon', kaya raya.

Jumaat, April 02, 2010

Dia Tergamak Menghina Arwah?

Berikut komen blogger Ibni Marzuki al firdaus dihantar antaranya kepada saya, Azrul dan Hazrey.

*p.s sejak kena maki dlm blog

1. adik wartawan gol
2. anak media prima jln
3. pelawak babai

macam dulu kat sms  lapor pdrm

1. yasmin jud
2. rabbani kiyok

Saya tidak melihat mesej berguna di dalam komen dihantar selain dia secara jelas menghina mereka telah meninggal dunia.

Tindakan ini saya anggap terlampau dan amat biadap!

Jika marah sekalipun berikutan pandangan dilontarkannya selama ini tidak dipersetujui ramai, mengapa perlu menghantar komen sebegitu? Catatan mampu menguris hati ahli keluarga  kehilangan insan tersayang. Apa kena mengena Ibni Marzuki al firdaus dengan adik wartawan, anak media prima, pelawak, yasmin dan rabbani?

Adakah dia mendakwa kononnya kerana dia dimaki berikutan  komen bodoh dihantarnya selama ini ke banyak blog dikutuk SEMUA menyebabkan mereka itu meninggal dunia?

Apapun, pembaca diingatkan JANGAN klik link blogger terbabit kerana saya percaya dia hanya sekadar ingin menarik perhatian kita semua sekaligus berhasrat menambah bilangan trafik ke blog miliknya.

Saya berharap semua pembaca dapat menasihatkan Ibni Marzuki al firdaus agar memberhentikan kebiadaban berterusannya.

Tolong.

Nota Jenazah pelawak, Din Beramboi telah selamat dikebumikan di Kepong, Selangor  sebelum solat Jumaat tadi. Takziah sekali lagi kepada keluarga arwah.

Din Beramboi Tiada Lagi

Tiada lagi usikannya, tiada lagi derai tawa. Hanya air mata dan Al-Fatihah mengiringi pemergiannya.

Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 12.30 pagi Jumaat. Jenazahnya  akan dikebumikan hari ini di Kepong, Selangor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Permohonan saya, sekiranya arwah pernah terlanjur kata dan perlakuan dalam kerjayanya, maafkan dia. Saat kita pergi akan menyusul jua.

Kepada keluarga arwah, takziah daripada saya, rakannya.

Khamis, April 01, 2010

32 Lelaki Berkhalwat Dengan 7 Perempuan?

Jam 5 petang tadi saya menghubungi kenalan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

"Bilik di Intekma Resort dan Convention Center tu macam apartment. Di dalamnya ada 2 bilik lagi kalau tak silap lah," ujarnya.

Bukan apa, saya berasa hairan berikutan kes penangkapan 39 orang termasuk 7 perempuan berusia di antara 18 dan 30 tahun dikatakan berkhalwat di Intekma Resort and Convention Center. Majoriti mereka tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan manakala 10 lelaki mengaku dan didenda di antara RM2,000 dan RM2,900.

Saya difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS mempunyai 3 kumpulan dianggotai 7 penguatkuasa (2 di bahagian pertanyaan di pejabat), bertugas 24 jam mencekup mereka berkhalwat. Maksudnya, 1 kumpulan bertugas 8 jam sehari.

Namun, ada pihak mendakwa amat sukar untuk penguatkuasa terbabit melaksanakan tugas mereka biarpun banyak aduan dibuat masyarakat berhubung kes khalwat di rumah flat, apartment dan kondominium.

Saya dimaklumkan anggota gerakan JAIS menerima purata 9 aduan sehari daripada penduduk di Shah Alam. Petaling Jaya, Kelana Jaya, Seri Kembangan, Serdang dan Puchong.

"Bilangan penguatkuasa kurang. Pengambilan anggota dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, SPN Selangor bukan JAIS," kata sumber.

Setiap kes tangkapan khalwat, Orang Kena Tahan, OKT akan dibawa ke balai polis berhampiran untuk JAIS membuat 'covering report' dan selepas itu OKT akan dibawa ke  pejabat JAIS di Shah Alam untuk urusan jaminan. Proses terbabit didakwa memakan masa, tambahan pula apabila lokasi aduan dipisahkan jarak jauh di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kini nazir, imam dan bilal masjid dilapor telah ditauliahkan kad kuasa untuk membuat tangkapan.

"Ramai orang keliru. Ahli jawatan kuasa masjid boleh membuat tangkapan dan bawa OKT ke balai polis. Selepas membuat laporan, mereka boleh balik, tak perlu menunggu penguatkuasa JAIS kerana OKT akan ditahan polis dan kemudian diserahkan kepada penguatkuasa JAIS," ujar sumber lagi.

Saya kemudian mengajukan soalan cepu emas barangkali sering ditanyakan orang ramai.

"Kalau ramai perempuan dan lelaki berada di dalam bilik, bolehkah mereka dituduh berkhalwat?," soal saya.

"Samada seorang lelaki bersama seorang atau lebih perempuan atau seorang perempuan bersama seorang lelaki atau lebih sehingga menimbulkan syak wasangka, boleh dituduh berkhalwat," jelasnya.

Gambar Harian Metro

Anda Diperhatikan

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan  Jalan, JPJ, Datuk Solah Mat Hassan saya hubungi minggu lalu, pihaknya menerima lebih 13,000 imej pegun dihantar orang ramai berhubung tindakan pemandu melakukan pelbagai kesalahan di jalanraya.

Jadi kepada semua pemandu, berhati-hati. Gambar anda mungkin dirakamkan dan dihantar mereka tidak dikenali kepada JPJ. Pada masa sama anda juga boleh menghantarkan imej kenderaan milik orang lain melakukan kesalahan lalu lintas ke aduantrafik@jpj.gov.my.

It's fair and square.