Saya dan krew 999 tiba di Limbang, Sarawak jam 4.20 petang semalam. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kami transit di Kuching. Dari ibu negeri Sarawak itu kami kemudian terbang ke Miri sebelum menaiki pesawat ATR ke Limbang, bandar sempadan di antara Sarawak dan Brunei.
Jam 6.30 pagi tadi saya rakamkan gambar langit di Limbang ini.
Berikut beberapa gambar bandar Limbang dan kampung berhampiran sungai.
Wanita ini menyelongkar sampah mencari barangan boleh dikitar semula untuk dijual.
Bangunan putih di bawah ini terletak di kawasan digelar 'Bangkita'. Sebelum ini Bangkita dikatakan terkenal kerana menjadi sarang pelacur Indonesia, 'ayam sangkar'. Mereka dikatakan memanggil orang ramai lalu-lalang di hadapan bangunan untuk menawarkan khidmat seks sambil berdiri di tangga bangunan, pintu berpagar dan dikunci. Oral seks di premis terbabit dilaporkan berharga cuma RM20 tetapi jika pelacur dibawa ke hotel, harga mencecah RM300.
"Pelanggan mereka kebanyakannya orang Brunei. Di Brunei tak ada pusat hiburan, tak ada pelacur, tak ada jual arak. Jadi pada hari Jumaat dan Ahad, sebilangan mereka datang ke sini," ujar rakan anak kelahiran Limbang.
Saya difahamkan 10 dollar Brunei nilai terkininya bersamaan dengan RM24. Justeru ramai rakyat Brunei berkunjung ke Limbang untuk membeli barangan keperluan harian pada harga lebih murah berikutan kadar tukaran mata wang itu.
"Plat number kereta Brunei besar, plat number kita kecil," tambah rakan lagi.
Malam tadi, saya dan krew 999 menyertai operasi memantau deretan kedai kayu di pekan terletak di sempadan Brunei-Limbang, Tedungan. Segelintir peniaga dilapor sering menyalahgunakan lesen perniagaan, menjual arak tanpa lesen.
"Di sini, 10 dollar Brunei boleh dapat 8 botol beer. Ramai datang minum seawal jam 2 petang sebelum gate ke Brunei tutup pada jam 10 malam," ujar lelaki tempatan mendekati saya dengan mulut berbau arak.
Melalui pengamatan saya, banyak kenderaan diparkir di kawasan terbabit bernombor pendaftaran 'besar'.
"Ramai juga pak haji dari sana datang enjoy di Tedungan ini," sampuk rakannya.

