Khamis, Mei 30, 2013

MOHON BANTUAN CEO TNB TAN SRI AZMAN MOHD : JANGAN BIARKAN PEMANCING RENTUNG


Dalam  operasi  semalam,  SYABAS   mengeluarkan  notis 14 hari   kepada  pengusaha kolam memancing  di  Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. MBPJ pula  mengeluarkan notis 7 hari kepada  pengusaha  sama. Manakala kakitangan TNB Distribution  memotong sambungan  haram  elektrik  dari  rumah  berhampiran.

Klik di sini

Terima  kasih  kepada  semua  individu  terbabit.

Bagaimanapun  demi  mempraktikkan  kaedah  laporan  beretika, saya  kemudian melayari laman web  TNB,  klik di sini


Berulang  kali saya  menghubungi 3 nombor di atas  untuk bercakap dengan wakil  MEDIA RELATIONS TNB  di antara jam 2 dan 2.30  petang tadi.  Malangnya   panggilan  langsung  tidak  berjawab,  hanya deringan kedengaran.

Jika nada  deringan,  lagu  Datuk  Siti  Nurhaliza,  lunak juga didengari.

Kepada TNB,  lebih  molek  jika  informasi   di atas  tidak  dikongsikan  dengan pelayar  laman sesawang,   khuatir  kelak  ramai berasa kecewa.

Tiba-tiba saya  teringat   kepada  sebahagian daripada  lirik lagi kumpulan Search,  Mentari merah di ufuk timur ...

'Ada yang  tertinggal  setelah  terbenam mentari ...'

Ya, benar,  ada  'kerja' masih tertinggal,  belum disempurnakan  oleh  TNB  dalam operasi semalam. Barangkali kerana  itu  akhbar  Sinar Harian online,   memaparkan tajuk  'Kolam Pancing Maut',  klik di sini.


Saya juga  banyak  memaparkan  gambar lebih kurang  sama di dua entri saya nukilkan sebelum ini.  

GAMBAR  KOLAM  MEMANCING  IKAN  BEROPERASI   DI  BAWAH  KABEL  BERVOLTAN TINGGI  TNB.  

Klik di sini dan  di sini.

Adakah, TNB tidak  menyedari  kejadian ini? 

Menurut pekerja warga asing BEPENYAKIT  kencing manis (tetapi baru sahaja memperbaharui PERMIT kerja)  saya  temu  bual  semalam,  kolam   terbabit  telah  beroperasi  selama  kira-kira  LAPAN  tahun.

L ... A ... P ... A ... N  (8)  tahun!



"Ada  kebarangkalian,  jika  kabel  besar   di atas kolam  dipanah  dek  petir,  biasan tenaga itu terkena  kepada  air bertakung  kolam dan  membahayakan nyawa  pelanggan  kolam pancing HARAM itu," ujar kenalan saya.



Oleh itu,  saya dengan ini,  memohon  Ketua  Pegawai Eksekutif, CEO  TNB, Tan Sri  Azman Mohd mengarahkan  kakitangan  beliau  untuk mengambil  tindakan  dengan kadar segera.


Sepatah perkataan dilontarkan oleh Tan Sri ...

"Selesaikan!"

...  mampu mengubah keadaan terkini, In Sha Allah.

Kita  TIDAK  perlu  menunggu   sehingga  pelanggan  kolam  memancing   dibina  secara tidak sah  itu  rentung  dan  kemudian  kita  pula berasa sayu  melihat  keluarga  mereka  menangis teresak-esak   membelek  mayat hitam  legam  akibat  terbakar.

Teringin   benar  saya  melaporkan   kes ini  secara   terus  kepada  Tan Sri  Azman  tetapi  dijangkakan   pasti  sukar.   Yalah,   untuk  bercakap  dengan   wakil   korporat komunikasi TNB  sudah  terbukti  bukan senang,  inikan pula  berhubung dengan CEO.

Ring! Ring! Ring! Ring!

Angkatlah ...


SILA HEBAHKAN

Semoga  kandungan  entri  ini  disampaikan kepada Tan Sri Azman


Rabu, Mei 29, 2013

TNB TRANSMISSION GAGAL MENGESAN KOLAM MEMANCING IKAN BEROPERASI SECARA HARAM SEJAK 8 TAHUN LALU?

Petang  semalam, saya, rakan,  Mohd Farid Hamzah  dan Juru  Teknik  Kanan  Tenaga Nasional Berhad, TNB, P. Sivaraj  ke kolam memancing  ikan di PJU 8/7 Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Kolam itu   terletak  berhampiran   penempatan  Orang Asli,  Desa Temuan.  Berkibar  megah bendera   PAS  dan  PKR  di struktur  diperbuat  daripada  kayu  terpakai itu.


Kolam   ikan  dikorek  di bawah  talian  bervoltan  tinggi TNB.  Banyak  gambar  saya rakamkan  sewaktu  berkunjung  ke lokasi  sama  pada 17 Mac lalu,  klik  di sini.


Dua  hari  lalu  saya  memaklumkan  kes ini   kepada  Ketua  Meja  Jenayah/Mahkamah  akhbar   Sinar Harian,  Izwan  Rozlin

Saya  kemudian  membawa   Izwan  ke  kolam  memancing  berkedudukan  tersorok  itu dan dia  memperolehi  beberapa informasi penting.

Semalam sewaktu bersama Sivaraj dan  Farid,   saya merekodkan gambar   dua paip  PVC  dalam   keadaan   mencurigakan  di dalam  kawasan  berpagar  kolam memancing  ikan itu.


"Saya  syaki,   satu paip  untuk  menyalurkan  bekalan  elektrik dan satu  lagi untuk bekalan air," bisik   Sivaraj.

Kami  dapati,  jalan  tar di luar premis  seperti  telah  dipecahkan dan  kemudian ditampal semula.


Gambar  sambungan  paip di bawah  saya rekodkan  di longkang  di tepi  sebuah  daripada rumah  Orang  Asli  terletak kira-kira  50  meter dari  kaunter  bayaran  untuk  memancing.  


Saya perhatikan,  tiga bendera PAS dan PKR  dikibarkan  semalam sudah  diturunkan.

Barangkali  pemimpin  Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat  sudi  mencungkil maklumat sekaligus  mengenal  pasti  siapakah  pemilik kolam  itu?

"Taukeh ada empat orang, tiga Cina, satu Melayu," kata pekerja Bangladesh saya temu bual tadi.


Sebagai   bekas   wartawan  membuat  liputan kes jenayah,  tentunya  pelbagai soalan bermain  di minda saya  tatkala  itu.

1. Adakah  kolam   terbabit   dilesenkan  oleh  Majlis  Bandaraya  Petaling  Jaya,  MBPJ? 

2. Adalah  bekalan  air  dan  elektrik  diperolehi secara sah?

3. Apakah status  dokumen  pekerja warga  Bangladesh  bertugas lebih 4 tahun di kolam memancing  ikan itu?

4. Adakah  TNB  membenarkan  struktur  dibina dan  pengusaha  kolam  memancing dibenar  menjalankan perniagaan  di bawah  kabel   bervoltan  tinggi?


"Berapa  lamakah  kolan memancing  ikan ini sudah dibuka?," soal saya kepada pekerja Bangladesh berusia 38 tahun.

"Saya  sini  kerja   sudah   empat  tahun. Ini  tempat  sudah  buka  lapan tahun," balasnya sambil  diperhatikan  oleh  Farid.


Pesakit  kencing  manis itu  mendakwa,  dia memiliki  permit  kerja  sah. 

Tengahari  tadi, saya,  Sivaraj,  Izwan dan  wartawannya,  minum di restoran mamak di Seksyen 11,  Kota  Damansara.


Kakitangan  TNB  dan  syarikat  pembekal  air di  Selangor, SYABAS,  bersetuju  untuk melakukan   pemeriksaan   di  kolam memancing  ikan  itu  berdasarkan  maklumat  awal disalurkan  kepada  pihak   terbabit.

Kami kemudian bergerak ke lokasi.


Turut  mengiringi  pihak berkuasa ke kolam memancing ikan terbabit, 3 anggota polis dari Cawangan  Pencegahan  Jenayah,  CPJ,  Balai Polis Damansara  Utama.


Pemeriksaan  Sivaraj  dan  anak buahnya,  Steven  mendapati  terdapat  sambungan elektrik secara   tidak sah di sebuah  rumah di Jalan   PJU 8/7.


Lalu  bekalan  elektrik  disalurkan secara tersembunyi   ke kolam  memancing  itu  diputuskan  serta-merta.


Saya  difahamkan,  pengusaha  kolam terbabit  menggunakan   bekalan  elektrik  disambung  dari  sumber  rumah   untuk  tujuan  komersil   dan  membayar  pada  kadar  domestik.


Beberapa  penguatkuasa  MBPJ  diketuai  oleh  Muhamad Faizal  Mustafa  kemudian  tiba di lokasi sama.


Tatkala itu  kakitangan  SYABAS  sibuk melakukan  pemeriksaan di dalam  dan  di luar  kawasan berpagar kolam ikan.


Menurut  SYABAS,  jika   pengusaha   kolam   ingin   menggunakan  bekalan air  untuk  tujuan komersil,  tarif  sebenar lebih mahal berbanding kadar domestik.  Pengusaha didapati  melanggar  kontrak  dengan  SYABAS.  

"Hari  ini bersejarah  sebab  saya dapat  berjumpa  dengan abang Mazidul," usik  Nasrul Hashim sambil  menghulurkan tangan  bersalaman.

Rakan setugas  lain,  tersenyum melihat gelagatnya.


Graduan  Universiti  Teknologi  Malaysia, di Skudai, Johor, dalam  bidang  kejuruteraan mekanikal  itu kini bertugas sebagai  penguatkuasa SYABAS.  Nasrul  berusia 28 tahun,  anak kelahiran Shah Alam, Selangor,   mula  bertugas  dengan  SYABAS  sejak  3  tahun lalu.

Apa salahnya menjadikan  anak  muda itu LEBIH dikenali.

:)

Saya  juga  berpeluang  berbual  bersama  Eksekutif  Penyiasatan dan Pendakwaan  SYABAS,   Shahrul  Iman Saharuddin.  

Graduan Universiti  Islam  Antarabangsa di bawah  bersifat  peramah dan  petah berkata-kata. 


Pengusaha   diberikan  notis 14 hari  mengikut  Akta  Industri  Perkhidmatan  Air  2006  untuk   menangani  masalah  didepani.  Jika  tidak  diperbetulkan,  SYABAS  akan  menaikkan  kadar  tarif   bayaran  air  disalurkan   ke kolam  memancing.  

Pada masa sama,  kakitangan  SYABAS Wilayah  Persekutuan  akan  memantau  dan  menyiasat  kes ini  secara  lebih  terperinci  dan  akan  menganggarkan  jumlah  kerugian  sebelum  membuat   tuntutan   bayaran  balik daripada   pengusaha. 


"MBPJ  mengeluarkan  notis  mengikut  Akta 133, Akta Jalan,  Parit dan  Bangunan 1974.  Berikutan itu  pengusaha  diberikan  tempoh 7 hari dan  notis sama  diserahkan  kepada  Pejabat Tanah  untuk   tindakan  lanjut,"  ujar  Mohd  Fauzi  Maarop.

Mohd  Fauzi,  Pengarah  Penguatkuasaan   dan  Keselamatan  MBPJ.

Saya  dimaklumkan,   tanah  di bawah  kabel  bervoltan  tinggi  TNB  hanya  boleh  dibangunkan   sebagai  tapak  semaian  atau  ruang  parkir  sahaja,  itupun  mengikut  dengan kebenaran pihak berkuasa.


Setelah  dokumen diperiksa,  polis  CPJ  menyertai  Ops  Bersepadu  itu mendapati   pekerja asing  terbabit  mempunyai permit  bekerja  sebagai pencuci.


"Saya permit  cleaner  tetapi  sini semuapun  bikin juga.  Baru  sahaja renew  itu permit, RM3,000.  Sini gaji RM1,200 sahaja,   kerja 24  jam  mahu  kasi  makan  sama  enam  orang di Bangladesh.  Emak,  ayah,  isteri,  dua anak dan  adik.  Adik stroke, saya sendiri kencing manis, satu  bulan  ubat  angkat dua kali,  RM160,"  katanya.


Fakta ...

Lapan  tahun,   pengusaha  kolam  beroperasi  di tapak  TIDAK  sah.  Tidakkah  kakitangan TNB  Transmission   dapat  mengesan  kegiatan  haram  itu  selama ini? 


Lapan tahun,   pelanggan  kolam  memancing  haram  memperjudikan  nyawa  mereka  setiap kali berkunjung  ke lokasi itu.  

Barangkali  wakil  TNB TRANSMISSION  sudi  memberikan  penjelasan  berhubung kes ini. 

Laporan Sinar  Harian,  klik di sini.

Jika hendak makan SEDAP, klik  di sini.