Selasa, Jun 05, 2012

BERENANG BERSAMA IRANUN

"Dahulu Sungai Rampayan laut ini penuh dengan buaya. Kami biasa melihat buaya air masin timbul di permukaan sungai," ujar nelayan berusia 67 tahun, Atan Yunus.

"Takut?," soal saya.


"Tidak. Pada tahun 1968, bot saya naiki bersama dua nelayan lain tenggelam dipukul dek ombak besar di Laut China Selatan. Rakan saya diselamatkan oleh bot nelayan lain tetapi tidak mempunyai ruang untuk saya naik kerana bot itu kerana dipenuhi muatab ikan. Jadi saya terpaksa terapung dan berenang lebih 24 jam sebelum mereka kembali membawa saya ke daratan," ujar nelayan berbangsa Iranun itu lagi.


"Bolehkah saya merasai pengalaman berenang dan terapung di air sungai masin ini?," tanya saya kepada nelayan tua itu.

"Boleh, mengapa tidak?," balas Atan spontan.


Kejadian itu dirakamkan oleh jurukamera berpengalaman TV3, Abdul Rahman Salim dibantu oleh juruteknik Mohd Azhar Che Umar.


Setiap kali cuba berenang, arus sungai menarik saya ke dasar tetapi berbekalkan sedikit kemahiran sebagai anak kampung saya bertahan dan cuba terus mengapungkan diri.


Berenang di sungai air masin lebih sukar kerana pergerakan kaki terasa berat.


Saat terapung di permukaan sungai, terlintas di fikiran, bagaimanakah nelayan terababit berupaya menyelamatkan diri terutama pada waktu malam, mengapungkan diri untuk hidup dan kembali bertemu keluarga?


Pastinya Atan istimewa.


Beberapa nelayan Iranun kemudian sudi menunjukkan kepada saya kemahiran mereka berenang dan menyelam sambil menahan nafas di dalam air.


"Saya sudah dua kali dibedah tetapi InsyaAllah masih mampu bersaing dengan penyelam lebih muda," kata Atan.


Ternyata dakwaannya benar belaka.

Sejak 1 Jun lalu, saya dan kru Majalah 3 berada di Kota Belud, Sabah membuat liputan berhubung gaya hidup dan budaya masyarakat minoriti, Iranun.


Saya juga dibantu rakan dari Kota Kinabalu.


3 hari bersama masyarakat Iranun, pengalaman unik.


Selepas makan tengahari, saya sempat berkongsi cerita berhubung entiti paranormal, klik di sini, sedang mereka menampilkan kisah hantu manusia digelar 'Balan Balan'.


Baca juga kisah ini.


Pelbagai lagi informasi menarik bakal saya kongsikan bersama pembaca dalam Majalah 3, 23 Jun, Sabtu, jam 9 malam.

11 ulasan:

  1. Wah..sempat lagi amik gambar awek ye bro.. 

    BalasPadam
  2. mesti best pi sabah...last pi 2008...bila la nak pi lagi ni...

    http://ayaqkosong.blogspot.com

    BalasPadam
  3. bang mazidul, 26 jun hari selasa bukan sabtu....

    BalasPadam
  4. hebat bro mazidul berenang... ada pelampung semulajadi hehehe... btw awek iranun tu mmg cute lah

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Saya mula pandai berenang masa tingkatan 1.tempat belajar berenang sungai lipis,motivasi untuk pandai berenang ialah diseberang sungai banyak pokok jambu air.sapa yang tak boleh berenang tak merasalah jambu air?kejam betul budak masa tu...satu lagi sapa tak boleh berenang tak boleh ikut pergi menacing atau menjala.

    BalasPadam
  6. Nak cari jodoh dgn orang Sabah la pula lepas ini..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.