Rabu, Ogos 01, 2012

DENGARKAN LUAHAN HATI KU ... (KLIP VIDEO MESTI TONTON)

Usia wanita saya temu bual petang tadi, 76 tahun dan dia berasal dari Besut, Terengganu. Di bulan mulia ini dia bekerja menjual tisu di Bazar Ramadan Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, dia dan beberapa rakan cacat penglihatan lain menyewa bilik di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Wanita sama juga tidak senang dengan lambakan pengemis warga asing di negara ini. 

Sebelum bertemu wanita itu, saya sempat berbual bersama rakannya, lelaki cacat penglihatan.

"Saya pernah ditangkap (diselamatkan) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 3 kali di Kuala Lumpur, 4 kali di Terengganu. Di Terengganu, saya dikurung sebulan. Dalam tempoh itu, siapakah memberikan makanan kepada  6 orang anak saya tinggal di Besut? Terserah kepada belas ihsan jiran untuk membantu. Anak saya paling kecil, darjah 3, paling tua, baru hendak masuk tingkatan 6. Kami menjual tisu tetapi dikatakan mengemis. Cuba tengok pengemis warga asing, bersepah! Punyalah ramai di negara kita. Tangkaplah mereka, buat apa menangkap orang cacat seperti kami?," soalnya.

Ya Allah! Saya tidak mampu menjawab soalan itu.

Menurut lelaki berusia 60 tahun itu, purata pendapatan hariannya, RM50 sebelum ditolak tambang teksi. 

Walhal pendapatan purata pengemis warga asing sehari, mencecah RM400, klik di sini.

"Selepas wang hasil jualan tisu ditolak tambang teksi, tinggallah dua, tiga puluh ringgit. Bayaran sewa bilik di Chow Kit, kalau tinggal di ruang tamu, RM100 sebulan, tidur di atas tikar sahaja. Saya bukan buta sejak lahir. Masa kecil terkena demam panas dan kemudian penglihatan saya terganggu," jelasnya.

Barangkali sebelum ini luahan hatinya belum pernah didengari justeru dia dan rakannya berkongsi pandangan bersama saya sekaligus pembaca blog ini.

Sila tonton klip video saya rakamkan ini.


17 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. mohon orang ramai, jabatan kebajikan, pusat dan lembaga zakat membantu insan2 yang memerlukan ini...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. "ORANG BAIK" tu nama lain bagi "CHIKEN POX".. sampai buta tu teruk jugak..

    tapi yerlah inilah "REALITI KEHIDUPAN" masyarakat MALAYSIA sekarang ini..

    Pelik jugak kebanjiran pengemis jutawan - warga asing nie dapat simpati masyarakat... dan orang Malaysia nie tetap susah...

    BalasPadam
  4. semalam saya ada di sana dan nampak incik mazidul tgh interview pakcik dan makcik di situ..

    BalasPadam
  5. SMTI - Nak tanya, badan mana yang berkuasa untuk tangkap pengemis warga asing? Nak gi jumpa dia punya ketua. Nak tegur sikap dan tindakan dia pasal kebanjiran pengemis warga asing ni. kalau terus terus gi jumpa PM atau TPM nanti, dikata tak hormat orang, melangkau barisan pulak.

    BalasPadam
  6. Saudara Mazidul ada sedekah ke selepas interview tu. Cuma nak tahu dan saudara pun patut bagitahu pada pembaca.

    BalasPadam
  7. Tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima.

    Semoga sedekah yang kita beri dengan niat untuk membantu sesama Islam itu mendapat ganjaran pahala dari Allah.

    Kita tak ada keupayaan seperti Mazidul untuk mengetahui mengenai latar belakang mereka yang kita beri sedekah. Hajat untuk mendapat pahala sedekah berganda di bulan Ramahan itu sahaja yang kita mahu.

    Malangnya niat murni di bulan Ramadhan telah dieksploitasikan oleh mereka yang opportunis.

    BalasPadam
  8. sebak saya dengar luahan nenek ini, sebaya dengan arwah nenek saya yang tidak nampak, moga anaknya kembali menjaganya.

    BalasPadam
  9. Ya Allah, JKM: ambil tindakan yang sewajarnya...

    Pihak berWajib: warga asing perlu dibendung

    BalasPadam
  10. biar la dekat dia Cik Mazidul, makcik tu bukan nya jual maruah. Kalau dia just menadah tangan minta sedekah lain la. Apa tujuan sebenar Cik Mazidul ni... target nya apa?

    BalasPadam
  11. Hisham, saya tidak mengatakan wanita itu menjual maruah ...

    Unless you say so.

    Saya hanya ingin berkongsi pandangan dia.

    Harus ada target ke?

    Jika mengikut penjelasan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, kegiatan 'menjual tisu' itu dianggap mengemis dan boleh diselamatkan.

    Kes berlaku semalam, sewaktu saya menyertai operasi bersepadu bersama JKM Selangor di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam.

    Kekadang bila kita melontarkan pandangan tanpa informasi lengkap, kelihatan kurang cerdik.

    BalasPadam
  12. Encik Hisyam....

    Cuba la anda lihat isu ini dr pelbagai sudut, antara sudut kacamata manusia yg memandang isu kemanusiaan yg lebih telus.Ada beberapa iktibar/ action yg boleh dibincangkan disini..antara yg mampu saya huraikan hasil dr tinjauan bro Mazidul kita ini ialah antaranya..


    1. Membuka mata pihak berwajib agar lebih memberi perhatian kpd insan spt mereka.Samada bentuk bantuan kewangan, kemahiran mahupun material.


    2. Membuka mata masyarakat akan goyahnya institusi kekeluargaan dimana anak2 membiarkan ibubapa terus mengemis tanpa bantuan & penjagaan? Wajarkah perkara sebegini berlaku? Ini juga adalah salah satu nk menyedarkan org kita (bangsa kita khususnya) utk lebih prihatin ttg tanggungjawab sbg anak.


    3. Membuka mata masyarakat kita agar tidak tertipu dgn 'pengemis2 luar' (selain drpd makcik diatas).. yg mana saya kira kita semua perlu tahu akan fenomena 'pengemis jalanan' yg menipu kita secara terang terangan yang kini ianya sangat berleluasa dan menjadi-jadi !! *melainkan awak tak kisah utk terus tertipu dgn pengemis2 ini*


    4. Yg terakhir.. mungkin ini juga dpt (mungkin) membuka mata sesetengah pihak untuk memberi peluang pekerjaan kpd insan2 spt ini.Yang mana masih perlukan pembelaan dan juga kos sara hidup bg menampung kehidupan.*mereka mampu bekerja malangnya tiada yg memberi peluang*



    Akhirkata....Andai kita tak mampu membantu sbg masyarakat.. apa salahnya kita menyokong hasrat sebegini En.Hisyam.Saya tak nampak satupun atau dimanakah kerugian yg akan kita tanggung!

    Salam Ramadhan.

    BalasPadam
  13. Jauh di sudut hati & pemikiran saya mengatakan bahawa si buta penjual tisu itu bekerja & bukannya pengemis.

    Setiap Ahad (kecuali ada urusan lain) saya pasti pergi ke Pasar Tani Sec. 13/Stadium Malawati, Shah Alam tersebut & pasti terserempak dgn Makcik yg buta MENJUAL tisu, Suami Isteri yg buta BERNIAGA secara bermain akordian (kalau x silap) sambil mengalunkan lagu2 zaman pop yeh-yeh & Nasyid, ada juga seorang pemuda lumpuh yg duduk di kerusi roda BERNIAGA tisu, pen, bendera & beberapa barangan lagi (selalu berada di tengah2 antara gerai ikan & sayuran).

    Jelas ada produk fizikal di samping mereka.
    Walaupun tdk pernah saya terdengar "Tisu...tisu... sebungkus seringgit, 3 bungkus dua ringgit, belilah Dik, makcik ni buta"
    Namun, sungguh jelas mereka BERNIAGA.

    Mengapa dianggap Pengemis? Yg menadah kole, menadah bekas kosong itulah dikatakan Pengemis!

    Wahai pihak yg berwajib, jika kalian benar2 prihatin, tidakkah boleh diberi satu ruang yakni 2 atau 3 petak gerai sederet & berpayung sama seperti peniaga2 ikan & sayuran tanpa dikenakan sebarang bayaran buat OKU ini mencari rezeki menjual tisu, berdendang, ataupun menjual hasil kraftangan mereka?

    Wahai pihak yg berwajib, tiadakah ihsan buat insan2 istimewa ini? Cuba kita tutup hanya sebelah mata sambil berjalan di dalam gelap - sukar atau tidak? Apatah lagi dgn menutup kedua2 mata... MasyaAllah! Bayangkanlah kesukaran mereka...

    Wahai pihak yg berwajib, tingkatkan darjah keprihatinan kalian utk membantu insan2 yg benar2 memerlukan (PERLU) perhatian, dokongan & bantuan, bukannya menaikkan darjat insan2 yg kalian mahukan (MAHU).

    Saya sebagai rakyat Malaysia sangat berharap usul yg dhoif ini diberikan perhatian, dibuat pelan tindakan, serta dilaksanakan.

    Sesungguhnya, sifat kasih, sayang & ihsan itu tidak hanya dicatatkan di atas kertas tetapi lestarikan ia di pentas kehidupan.

    Usah memberi ikan kepada org yg lapar walaupun sekali, tetapi berikan kail agar mereka dapat mengail ikan sendiri berkali-kali...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Encik Mazidul.

    Saya merupakan salah seorang volunteer kepada pasukan Islamic Relief Malaysia.Mungkin Encik Mazidul dapat berkongsi sedikit tentang butir latar belakang makcik ini kepada saya agar dapat dipanjangkan butiran tersebut kepada mereka di Islamic Relief yang bertanggungjawab mencari fakir asnaf untuk diberikan bantuan.

    Jika tidak keberatan, saya amat berterima kasih jika Encik Mazidul dapat memberikan maklumat seperti berikut tentang makcik ini:-

    1. Nama dan umur
    2. Bilangan tanggungan
    3. Pendapatan bulanan makcik ini
    4. Alamat dan nombor talifon untuk dihubungi

    Saya amat memerlukan maklumat diatas bagi membolehkan pasukan Islamic Relief berjumpa dengan makcik ini untuk melakukan penilaian. Encik Mazidul boleh emelkan kepada saya di nurhayaomar@gmail.com ataupun kepada petugas yang bertanggungjawab di Islamic Relief Malaysia di shahrir.nazri@islamic-relief.org.my

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  15. Nurhaya Omar, sebagai wartawan, saya menjalankan tugas membuat liputan.

    Pengemis terbabit masih berada di Bazar Ramadan sama.

    Saya tidak mencatatkan butiran dirinya kerana tidak bertujuan mendedahkan maklumat itu di televisyen mahupun di blog ini.

    Sila ke lokasi, saya percaya ada kewajarannya untuk mendapatkan maklumat primer.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.