Ahad, April 21, 2013

TIDAK SEMUA MAMPU TERTAWA SEPERTI DIA

Sebaik selesai membuat liputan di Chennei, India, selama 4 hari, petang tadi saya meminta pemandu, E. Marimuthu  membawa kami ke Saidapet, lokasi terletak  kira-kira 7 kilometer dari hotel tempat saya menginap.

Sebaik tiba, saya merakamkan gambar gadis di bawah ini, seorang daripaa 1.3 trillion penduduk India.  

Ajaib kerana dia masih mampu tertawa.


"Kebanyakkan penduduk setinggan di sini bekerja kontrak, memandu beca automatik dan mereka tinggal di tanah milik kerajaan. Sebilangan bukan orang Chennei," jelas Marimuthu.


Tanpa berlengah, saya terus merakamkan gambar deretan rumah diperbuat daripada papan, simen, plastik kitar semula dan daun kelapa. 


Perkampungan setinggan ini terletak di sebelah jalan utama sentiasa sibuk dan bingit akibat bunyi hon tanpa henti kenderaan lalu-lalang.


Di ruang sempit di antara rumah, saya merakamkan pelbagai kegiatan.


Chennei dihuni di antara 7 dan 8 juta penduduk. Harga hartanah juga dilaporkan semakin meningkat. Justeru tidak hairan jika tidak semua warga India berpeluang untuk mendiami rumah sempurna milik sendiri.

Kadar sewa apartmen dua bilik di Chennei mencecah RM2,500 sebulan. Manakala untuk menyewa bilik kecil sebulan, pengguna membayar kira-kira RM240 dan terpaksa mendepositkan bayaran sewa pendahuluan selama setahun.

Oleh itu, penghuni Chennei mencari altenatif lain, mendirikan rumah setinggan untuk memastikan keluarga mereka mempunyai atap untuk berlindung daripada terik matahari mencecah 38 darjah Celcius.

Di hujung perkampungan setinggan itu, mengalir sungai berair hitam pekat.


Kawasan tanah  berumput di kelilingi air,  dijadikan halaman permainan anak setinggan.


Tanpa kemudahan tandas, ruang terbuka dijadikan lokasi untuk membuang air besar. Najis terbabit kemudian diharapkan akan lenyap dari pandangan mata,  dihanyutkan oleh aliran  sungai lesu.


Sungai itu bak tong sampah besar dan tandas terbuka  tetapi pencemaran berlaku tidak menghalang beberapa  anak kecil untuk bermain air. 


Barangkali majoriti kita juga berasa loya melihat sungai mengalir perlahan itu dijadikan kolam renang mencetuskan kegembiraan.


Namun itu hakikat sebenar. 

Timbul juga persoalan, adakah sungai sama digunakan sebagai sumber air minuman di kalangan sebahagian daripada 80 juta penduduk negeri Tamil Nadu itu?


Biarpun Chennei tidak lekang daripada warna-warni kehidupan, saya tetap ingin pulang ke tanahair tercinta.

Usah kita menggadaikan pembangunan Malaysia,  jauh sekali memperjudikan kemakmuran dikecapi selama  ini di tangan pemimpin tidak keruan gilakan kuasa.

8 ulasan:

  1. itu baru chennei bang mazidul....saya pernah menetap sementara di mumbai atas urusan kerja....nmpak gayanyer situasi chennei dgn mubai lebih kurang sama jer bang....

    BalasPadam
  2. kuasa Allah....tiada pula wabak taun berterusan atau penyakit kulit dalam komuniti mereka...
    tgk gambar budak perempuan tu...cantik ja kulit dia.

    BalasPadam
  3. Saya pernah ke Mesir, Jordan, Syria, Saudi, Palestin, Pakistan dan Indonesia. Dan banyak melihat gambar dan bacaan mereka ke lain-lain negara.

    Apabila mahu pulang ke Malaysia dan sampai ke airport KL memang ternyata saya benar-benar pulang tanahair sendiri Malaysia. Sukar sekali menggambarkan perasaan itu.

    Kehidupan terbaik adalah ketika era Tun Mahathir, dan saya bertuah merasai sendiri pengalaman menjadi 'duta' Malaysia di oversea ketika zaman itu.

    BalasPadam
  4. Sigh..... Pertamanya India terlalu besar dan penduduknya terlalu ramai untuk memeluk Demokrasi. (Bandingkan dengan CHINA)

    Sistem demokrasi tidak semestinya yang terbaik. Di Malaysia ianya tidak terlalu sukar untuk di laksanakan sebab negara kita kecil. Lagipun kita bukan negara demokrasi penuh. Kita sebenarnya bersistemkan Raja (Monarchy) berpelembagaan. Rakyat MAlaysia tidak pernah memilih/mengundi Ketua Eksekutifnya (Perdana Menteri).

    Di Usa pula walaupun negaranya besar tetapi proses permatangan sistem demokrasi telah berlansung ratusan tahun. India sebagai negara demokrasi boleh di anggap muda lagi dan India bermula dengan negara yang besar.

    Mungkin rakyat India boleh di kelaskan dan di rujuk kepada pendapat Plato :- ..... Common people have not been trained in philosophy, and they have no knowledge of the eternal ideas of truth, beauty and justice. Therefore rule by the majority will be based on simple and popular ideas and random impulses."

    Sumber :- http://www.dandebat.dk/eng-demokrati1.htm


    Maka dengan 1.3 billion common peoplenya maka banyaklah idea-idea mudah, idea populis dan tindakbalas biasa. Akhirnya India di tadbir oleh mereka yang tidak layak. Akhirnya jadilah gambaran Cennai oleh saudara Mazidul.




    BalasPadam
  5. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi dgn raja berpelembagaan. Setiap 5 tahun kita akan pilih parti yg akan memerintah kita. Salahkah apabila kita bertanding utk merebut kuasa memerintah sedangkan sistem kita membenarkan berbuat demekian? Kalau yg mempertahankan kuasa dgn apa cara sekali pun kita nak gelar apa? Itu pun gila kuasa jugak. Jadi, saudara mazidul, agak agaklah dlm menulis artikel saudara. Kita pun boleh berfikir. Kalau menulis biarlaj berlaku adil.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.