Sabtu, Januari 03, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu ..

Lelaki bujang acapkali dituduh bersikap tidak setia kerana sering mempunyai lebih daripada seorang teman wanita.

Antara ALASAN lelaki ..

“Normal lah! Lelakikan, kalau boleh biar ada koleksi. Kemudian kita pilih satu terbaik dijadikan isteri. Bayangkan, kalau ada satu saja, macamana nak diperbandingkan, tak ada basis of comparison, so kita pun tak tahu mana satu terbaik untuk kita? ”

Kini dipercayai ..

Segelintir perempuan bujang mengambil tindakan sama, mempunyai koleksi teman lelaki.

Antara ALASAN mereka ..

“Dulu lain, sekarang lain. Lelaki ni kita faham sangat, bila dia dah tak nak, dia cabut macam tu saja. Bayangkan, kalau ada satu, payahlah. So, biar lebih daripada satu, kalau satu lari, masih ada lagi boleh dijadikan calon suami”

Aduh!

Komen lelaki dan perempuan bujang?

Mereka sudah berumahtangga boleh turut sama melontarkan pandangan ..

26 ulasan:

  1. komen mak teman mengenai isu nie

    kawan la beberape byk yg kamu nk..jnji jaga kelakuan dan maruah keluarga.. nanti mana yang kamu berkenan dan kamu dah mampu baru bawak jumpe mak.. mak xkisah kamu nk pilih sape.. jnji kamu xmenyesal selepas membuat keputusan

    p/s- pesanan ini mak teman selalu bg kat adik beradik or rakan2 yang datang ke rumah

    BalasPadam
  2. Bagi saya, kalau ikhlas dan jujur, takkan ada semua ni.

    BalasPadam
  3. Lebih baik rujuk al-Quran dan hadis tentang dosa pahala, dan hak suami isteri. Lebih jitu dan tepat. Ingat, kata nabi, di dalam neraka banyak orang wanita daripada lelaki. Melalui suamilah seseorang wanita mudah masuk ke syurga dan juga mudah masuk ke neraka.

    BalasPadam
  4. "Zaman sudah berubah.. Teknologi sudah maju.." :P

    BalasPadam
  5. Salam Maaf dan ukhuwah. saya nak bantu mempromosi pertandingan mencipta slogan mengutuk keganasan israel di sebuah laman blog. Rupanya ada jugak pertandingan macam ni. Siap ada tawarkan hadiah lagi. ni alamatnya www.juraish.blogspot.com
    TQ

    BalasPadam
  6. salam.

    mmg lebih baik bermula sebagai kawan dulu. biar beribu. bila dah jumpa yang sesuai dan rasa terberkenan (oh?), keep on eye on him/her, yang penting niat itu ikhlas dan betul - nak jadikan peneman hidup.

    bila rasa dah betul2 serasi dan hati pun tiada keraguan baru move to another level.

    sekadar pandangan.

    BalasPadam
  7. salam...
    kalow ikhlaz dalam perhubungan,x kan berlaku ini semua...

    BalasPadam
  8. Salam utk mazidul sekeluarga.
    zaman sekarang bukan bujang aje yg ada spare part, isteri atau suami orangpun pandai cari "teman" yang berlainan jantina..

    semuanya terpulang pada diri sendiri. tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  9. takder makne nyer kalau manusia pun dah dikategorikan semacam dengan kete,moto,basikal,bas,telebisen,mesin basuh... bleh main ader spare part lak... kita terlupa yang manusia nih ader 'heart n soul'...kita masih ader pegangan agama...

    bro mazidul...
    isu lelaki banyak girlfriend memang tak boleh diterima akal...dah consider melawan hukum tuhan... dah termaktub dalam al-quran mende tu salah...kalau nak cari basis of comparison, kenapa nak pasang bebanyak... kalau rasa dah mampu dan boleh kawin jer ng semua...(max 4 ajer tau)... buat comparison ko bebaik... kita semua ader kelemahan dan juga kelebihan yag tersendiri... no body perfect...

    namun disebalik pegangan kita nih...jika dilihat dari norma manusia...nampak normal satu-satu lelaki menjalin perhubungan dengan lebih dari satu wanita...asaikan wanita tu blum milik sesiapa... jangan la bini orang pun nak dibantainyer...nnt kalau jumpa doktor, bila x-ray, jumpa selipar jepun dalam perut...(if you know what i mean)... NAK KE???

    bukan isu nak memilih tetapi normanyer begitu...

    namun untuk wanita pulak untuk memiliki spare part nih, nampak terlalu janggal... dah termaktub 'a woman is for a man'... tak penah lak dengor 'a woman is for mens' lumrahnyer... wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki...bukan gabungan beberapa rusuk baru jadi satu... ade faham...???

    so kesimpulannyer...

    yang lelaki kalau dah gatai sgt, cukup syarat, anto jer rombongan... yang wanita pulak... tolong jangan kecewakan lelaki... there are still some good man out there... find them, find them hard.

    tip of a day...

    'susah nak jumpa wanita rogol lelaki...lelaki rogol dan bunuh banyak... so berhati-hati... teman nasihat sebab teman sayang semua wanita dalam dunia nih... macam sedara-mara teman...'

    BalasPadam
  10. saya rasa kan bang...benda nie dah ada jadi dekat perempuan yang dah berkahwin dah pun..bukan apa..saya dah encounter 2-3 org dah yang macam tuh...hakikatnyer..ramai org dah hilang sikap atau hormat kepada sifat kasih sayang tuh..benda tuh dah jadi macam jualan sale...

    BalasPadam
  11. Salam saudara Mazidul,

    Masing2 nak tunjuk terror barangkali... Dunia2... ape ingat koleksi barang ke? macam2 manuasia akhir zaman... allahuakbar...

    BalasPadam
  12. peribahasa dulu ada mengatakan, berkawan biar seribu berkasih biar satu. sekarang pun ia masih digunakan. baik lelaki atau perempuan, mempunyai kawan dan kenalan yg ramai tu baik supaya minda lebih terbuka dan membantu dalam setiap penilaian. di luar sedar, mengenali pelbagai jenis manusia boleh memberi kita pengajaran tanpa memalui sesuatu perkara itu sendiri..

    BalasPadam
  13. "Lelaki bujang acapkali dituduh bersikap tidak setia kerana sering mempunyai lebih daripada seorang teman wanita".. DUNIA AKHIR ZAMAN KAUM PEREMPUAN AKAN LEBIH RAMAI DARI KAUM LELAKI.. SUAMI HANYA PANDAI BERLAKON JE DEPAN ISTERI.. SETIA HANYA DIDEPAN ISTERI JE.. BEGITU JUGAK DENGAN SI ISTERI.. SETIA HANYA DIDEPAN SUAMI.. HAHAHAHA

    BalasPadam
  14. Tuhan menjadikan pasangan itu sama mengikut sifatnya, keadaannya, dalamannya.. Kalau perempuan itu mempunyai koleksi lelaki, begitu juga dengan bakal suaminya mempunyai koleksi perempuan. Jadi masing2 fikir le sendiri baik buruk..

    BalasPadam
  15. Saya setuju kata mak Framestone.. Bagi saya, saya masih muda.. tak ada masalah utk sy berkawan dgn sesiapa. Carilah kawan seramai mana pun, asalkan pandai menjaga diri dan tingkah laku.

    Tapi, bagi yang dah berpunya tuh, pandailah2 belajar utk setia. Jgn kat luar cari cinta kontrak pulak. Tak faham betul dgn perangai org macam nie. tak cukup satu, itu bujang lg tuh, kalau dah kahwin lg ligat agaknya..

    Ini lah dia kan org zaman sekarang... Tapi org zaman dulu pun sama gak..

    BalasPadam
  16. Ct, ish! Ramai sungguh ke suami jenis tu?

    Azlin dan Frame, eloklah kalau awak berdua saling berkenalan :) Tak salah kan? Nanti bila bersanding, cakap jumpa kat blog ni tau.

    Sweet, baru masuk blog ni eh?

    BalasPadam
  17. Fina, kekadang dalam membuat keputusan memilih peneman sesuai juga sukar :) Awak akan melaluinya, I trully believe.

    BalasPadam
  18. Nik, saja jer bikin panas :) Bila nak keluar jalan2 lagi ni?

    BalasPadam
  19. Dugong, pernah saya dengar lelaki berkata "kalau ada satu gf, bila dia blah, ambil masa nak cari lain. Tapi kalau ada spare, instantly ada pengganti" :)

    BalasPadam
  20. bro, lu betul2 bikin panas...

    tapi persoalan ni sangat valid..

    kesian lelaki dan perempuan yg baik dipersiakan camtu je..

    wa dah rasa, maka wa protes! haha

    BalasPadam
  21. Pewaris, bukan bikin panas. Sekadar mencatatkan kenyataan kekadang tidak mahu dicoret orang lain. Tak salahkan? :)

    BalasPadam
  22. nih lak pndangan aku skadar nk penuhkan ruangan...

    1. golongan yg dh lame sgt couple nih kdg2 nk test market ngan org len, boring kot asyik lyn balak yg sama jer atau hari2 muke awek tuh jer...tp ttp syg yg 1 laa.ngengader je kdg2 tuh

    2. kes laki byk awek..pastuh awek banyak laki nih sonang ajo. masing2 x bertepuk sebelah tangan..settle

    BalasPadam
  23. salam,

    pendek kata lelaki & perempuan kedua2nya sama. bezanya ialah peratusan sifat malu dan cara mereka menyalurkan minat mereka pada seseorang/2 orang/3 orang bagaimana.

    BalasPadam
  24. Masih adakah golongan ADAM yg jujur, ikhlas, setia n leh trima kkurangan golongan HAWA itu?

    BalasPadam
  25. mak saya pernah cakap, kawan ngan lelaki, jangan kawan sorang je.. kawan la 2 3 orang.. baru tau yang mana terbaik untuk kita.. pada masa yang sama, maruah keluarga kene jaga..

    Tapi sekarang dah lain.. pengakuan kawan saya, dia kawan 2 3 orang lelaki.. dia 'taste' dulu, mana yang sedap, itu calon suami dia..

    sejak dari itu, saya perlahan2 menjauhkan diri dari dia.. takut terjebak dengan perbuatan tak bermoral itu..

    **sedih dan takut kalau dikenangkan**

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.