Jumaat, April 25, 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI KESIHATAN HARUS MENINJAU STATUS LAMBAKAN WARGA ASING DI KLINIK KESIHATAN

Sejak entri mengenai kemudahan hospital kerajaan  dibolot oleh warga asing,  pelbagai respon positif saya terima daripada kakitangan hospital. Bagaimanapun saya berhak untuk melindungi identiti pemberi maklumat selagi hanya fakta didedahkan di sini. 

"Jangan tersilap. Doktor bertanggungjawab memberikan layanan sama rata kepada setiap pesakit, waima dia warga tempatan atau warga asing. Kami tidak pernah menolak untuk merawat pesakit tanpa mengira  latar belakang mereka," komen doktor dihantar melalui emel kepada saya.

Alhamdulillah, ramai kakitangan hospital telah mula bersuara.

Sebelum ini saya menyiarkan kes hospital kerajaan dibanjiri oleh warga asing, klik di sini dan di sini

Pada masa sama, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertindak menempatkan pegawai penguatkuasa di hospital. 

Hasilnya, dalam tempoh 2 minggu, 71 warga asing berkunjung ke hospital, diberkas kerana melanggar Akta Imigresen 1959/63, klik di sini.

"Majoriti doktor mengetahui fakta, tanpa pemantauan teliti, kemudahan perubatan disediakan untuk warga Malaysia, sekian lama dibolot oleh warga asing. Sebilangan mereka menggunakan 'lesen' kononnya dilindungi oleh UNHCR. Sejak Mazidul menyiarkan entri berhubung lambakan warga asing mengeksplotasi kemudahan di hospital kerajaan dengan bayaran terlalu murah, kini Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, telah bertindak," ujar doktor sama.

Terkini, saya dimaklumkan oleh sumber, Ketua Pengarah KKM telah mengeluarkan surat pekeliling kepada hospital kerajaan.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, dalam tempoh terdekat semua warga asing akan dikenakan bayaran penuh untuk mendapatkan khidmat dan rawatan di hospital kerajaan. Berikutan keputusan itu, RM100 juta wang perbelanjaan negara berpeluang dijimatkan.

Ya, lebih tepat lagi, RM100 juta wang rakyat akan dijimatkan. 

Bagaimanapun warganegara Malaysia masih terus diperuntukkan subsidi bayaran mencecah 98% untuk rawatan di hospital dan klinik kerajaan.

Klik di sini.


Saya suka melihat logo baharu KKM dilancarkan oleh Subramaniam minggu lalu. Motonya, 'kami sedia membantu'.


Rakyat mengetahui mengenai bantuan dihulurkan oleh kerajaan semestinya menghargai usaha gigih KKM itu.

Apapun, saya menerima informasi menarik. 

Subramaniam atau timbalan beliau, Datuk Seri Hilmi Yahaya, harus menghantar pegawai khas mereka untuk meninjau sendiri status lambakan warga asing  di Klinik Kesihatan, KK secara rawak. In Sha Allah, saya mampu membantu melakukan misi itu tetapi khuatir kehadiran dengan kamera digital mengakibatkan pengawal keselamatan bertugas di lokasi, bakal sibuk mengusir saya.

Lazimnya begitulah dalam beberapa kes sebelum ini. Walhal saya hanya berhasrat mendedahkan kejadian sebenar.

Tiada keuntungan material diraih.


Contohnya di KK Ampang, Kuala Lumpur.

Saya menerima berita, 2 minggu lalu, KK itu masih dibanjiri oleh warga asing. Setelah Hospital Kuala Lumpur, HKL, menjadi lokasi 'panas' untuk warga asing, kini KK dilaporkan menjadi tumpuan mereka.

Sebagai ahli masyarakat  marhaen, hemat saya,  bijak jika KKM  terus menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen Malaysia, JIM, untuk memantau dan memastikan hanya warga asing berhak diberikan hak untuk mendapatkan khidmat dan rawatan di hospital dan KK milik kerajaan Malaysia.

Selama ini, penguatkuasa JIM menjalankan pelbagai operasi membanteras pendatang haram di rumah kongsi, di tapak pembinaan, di pusat hiburan dan di dalam hutan di pinggir bandar atau bandaraya. Mengapakah tidak sebilangan daripada mereka ditempatkan di semua hospital dan KK kerajaan? 

Logik akal,  dalam tempoh  2 minggu lebih 70 warga asing di HKL didapati melanggar undang-undang negara berjaya diberkas oleh penguatkuasa JIM, berapa ramaikah pula akan ditahan sekiranya cadangan saya ini dilaksanakan.

 7,000 di seluruh negara dalam tempoh sama? 

9 ulasan:

  1. Anei ni jadi menteri kesihatan tapi tak buat apa pun. Dia salahkan orang awam tak beri kerjasama hapuskan denggi. Senang senang salahkan rakyat. Dia sebagai menteri kesihatan buat apa?

    BalasPadam
  2. Saya duduk di Ampang. Memang klinik tu penuh warga asing. Nak kena beratur panjang dengan mereka rasa tak larat.

    BalasPadam
  3. Klinik Kesihatan Batu pun mempunyai nasib yang sama. Boleh dikatakan nisbah mereka yang datang adalah 5 warga asing 1 warga tempatan. Mintak pihak berkuasa juga datang menjenguk di sini

    BalasPadam
  4. Terima kasih buat Sdr Mazidul kerana mengetengahkan isu ini. Ianya juga berlaku di Pulau Pinang dan diharap pihak KKM dapat melakukan pemantauan sewajarnya.

    BalasPadam
  5. Isu negara kita diambil kesempatan oleh pendatang tak mungkin akan selesai selagi JIM terus kenyang dgn rasuah dan tidur..

    BalasPadam
  6. kenakan bayaran macam klinik swasta baru kurang dia org tu..cas di klinik ibu dan anak hanya rm15.sangat murah.layan rakyat kita dulu baru layan dia org.

    BalasPadam
  7. masalah ini sgt besar di sabah..x pyh pergi jauh..area kk shj..hspital brsalin..lambakan warga asing bersalin dgn free..mnta duit deposit..ckp dia x duit..lps tu wrganegara sndiri berebut2 dan bersesak2 dgn PATI ini..mmg x selesa..kdg tu ada yg org tmptn sndiri mmbantu PATI ini mndpt rwtn d cni..semak la dr sumber yg sahih..tunggakn hasil di hospital/klinik govt..paling tinggi d sabah..satu hosp trpaksa mnghapuskira brjuta2 tunggkan hasil kerajaan d sbb kn oleh PATI yg lari dr mmbyr yuran/kos rwtn d hspital/klinik kerajaan..klu d twu..ada kes PATI yg dtg ke hosp twu semata2 utk brsalin..lps tu lari begitu shj..ada yg dtg sehelai sepinggang..trpaksa la nurse2 melayan kerenah mereka menyediakan keperluan brsalin..pakaian bby..dan ada kes if melibatkan kematian..ada PATI yg lari begitu shj meninggalkan mayat bby atau ahli keluarga mereka d hospital..dan menyerahkan kps pihak hosp utk menguruskan nya..berjuta-juta duit kerajaan hasil dr byrn cukai rakyat yg terpaksa digunakan utk membiayai PATI..dr hospi..hingga la ke rumah tahanan PATI..

    BalasPadam
    Balasan
    1. DI SABAH ... PATI dah macam warga tempatan ... saya orang semenanjung pernah berkerja di sana .. langsung tak tau mana satu PATI mana yg tempatan.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.